Gempa Lombok 2 Rakyat Malaysia Maut


2 warga Malaysia maut, 6 lagi hilang akibat gempa bumi di Lombok, Indonesia

KUALA LUMPUR: Dua warga Malaysia termasuk Timbalan Ketua Pengarang Sin Chew Daily, Datin Tai Siew Kim dan seorang lagi yang belum dipastikan identitinya, terkorban, manakala enam lagi rakyat Malaysia hilang akibat gempa bumi magnitud 5.8 di Lombok Timur, Indonesia hari ini

Kematian Siew Kim, 56, disahkan oleh Sin Chew Daily. Mangsa dikatakan bercuti di pulau itu bersama anak lelakinya, Teoh Jin Yik, 20, yang dilaporkan cedera dan dirawat di hospital berdekatan

Dua rakyat Indonesia turut dilaporkan maut dan beberapa lagi cedera dalam kejadian jam 2.07 petang tadi itu

Kementerian Luar, dalam satu kenyataan, berkata semua mangsa difahamkan berada di Air Terjun Tiu Kelep Senaru ketika gempa bumi menggegarkan pulau itu

Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerima laporan bahawa seorang warga Malaysia terkorban, manakala enam lagi belum dapat dikesan dalam kejadian itu

“Usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan dan hingga kini pihak berkuasa tempatan masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden itu,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan, hari ini

Menurut kenyataan itu lagi, gegaran akibat gempa bumi itu turut dirasai di kawasan Lombok Utara, Lombok Timur, Lombok Barat, Lombok Tengah, Mataram di Nusa Tenggara Barat dan sebahagian kawasan selatan Pulau Bali.
Kementerian turut melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap semua mangsa dan keluarga mereka ekoran daripada insiden gempa bumi berkenaan

Justeru, rakyat Malaysia yang terjejas akibat bencana itu diminta menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di talian 62215224947/6281380813036 dan Wisma Putra di talian 03-88874570.
“Kementerian Luar menasihat supaya rakyat Malaysia melaporkan diri dengan kedutaan dan patuh kepada arahan pihak berkuasa tempatan,” katanya

Sementara itu, Antara News yang memetik jurucakap kerajaan daerah, Mujaddin Muhas, berkata setakat ini identiti mangsa belum diperoleh

Berikutan itu, Mujaddin berkata, pihak berkuasa kesihatan dan Agensi Pemantau Bencana Lombok Utara sudah mengerah anggotanya ke kawasan terbabit, termasuk empat ambulans

“Seorang mangsa yang cedera kini dirawat di Pusat Kesihatan Masyarakat Bayan,” katanya

Beliau berkata, tempoh perjalanan ke kawasan air terjun Tiu Kelep mengambil masa selama 45 minit dengan berjalan kaki dari jalan utama Senaru

Kejadian gempa bumi pada jam 2.07 petang (waktu tempatan) itu turut menjejaskan beberapa kawasan di wilayah barat Nusa Tenggara, tetapi ia tidak menyebabkan ancaman tsunami

Menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), pusat gempa itu terletak 24 kilometer (km) dari daerah timur Lombok, 36km di timur laut daerah utara Lombok, 37 km di barat laut Pulau Panjang di daerah Sumbawa dan 63km di timur laut Mataram

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Safeek Affendy [email protected]
****************
Gambar sekitar kejadian gempa bumi di lombok yang mengorbankan 2 rakyat Malaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsikanaje.blogspot.com/2019/03/gempa-lombok-2-rakyat-malaysia-maut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gempa Lombok Seorang Lagi Rakyat Malaysia Maut Mayat Tersepit Celah Batu

Gempa Lombok Seorang Lagi Rakyat Malaysia Maut Mayat Tersepit Celah Batu

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 412 hits
Seorang lagi rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Air Terjun Tiu Kelep Senaru Lombok pasca gempa bumi di pulau itu petang semalam Menurut agensi berita Indonesia Antara mayat mangsa dilaporkan ditemui t...
Gempa Bumi Lombok Seorang Rakyat Malaysia Maut

Gempa Bumi Lombok Seorang Rakyat Malaysia Maut

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 420 hits
Gempa Bumi Lombok Seorang Rakyat Malaysia Maut Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerima laporan bahawa seorang warganegara Malaysia terkorban dalam insiden gempa bumi berskala 5 8 Richter yang melanda Lomb...
Gempa Bumi Lombok Dua Rakyat Malaysia Disahkan Terkorban

Gempa Bumi Lombok Dua Rakyat Malaysia Disahkan Terkorban

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 416 hits
PUTRAJAYA Dua rakyat Malaysia disahkan terkorban manakala enam lagi masih belum dapat dikesan dalam kejadian gempa bumi berskala 5 8 Richter yang melanda Lombok Timur Nusa Tenggara Barat Indonesia pada pukul 2 07 petang hari ini Mereka yang...
Gempa Lombok Tragedi Malang Menimpa 22 Rakyat Malaysia Di Air Terjun Tiu Kelep

Gempa Lombok Tragedi Malang Menimpa 22 Rakyat Malaysia Di Air Terjun Tiu Kelep

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 622 hits
JAKARTA Seorang lagi rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Air Terjun Tiu Kelep Senaru Lombok pasca gempa bumi di pulau itu petang tadi FOTO SenayanpostMenurut agensi berita Indonesia Antara mayat mangsa...
Seorang Lagi Rakyat Malaysia Disahkan Terbunuh Akibat Gempa Bumi Lombok

Seorang Lagi Rakyat Malaysia Disahkan Terbunuh Akibat Gempa Bumi Lombok

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 355 hits
Seorang lagi rakyat Malaysia disahkan terbunuh akibat gempa bumi Lombok Dikemas kini 17 minit yang lalu middot Diterbitkan p
Gempa Bumi Lombok Seorang Rakyat M Sia Terkorban

Gempa Bumi Lombok Seorang Rakyat M Sia Terkorban

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 470 hits
Gempa bumi Lombok Seorang rakyat M sia terkorban KEMAS KINI 10 57pm Enam warganegara Malaysia yang turut terperangkap sudah ditemui
Terkini Gempa Bumi Indonesia Seorang Rakyat Malaysia Terkorban 6 Hilang

Terkini Gempa Bumi Indonesia Seorang Rakyat Malaysia Terkorban 6 Hilang

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 340 hits
nbsp Putrajaya 17 Mac Seorang rakyat Malaysia disahkan terkorban manakala enam lagi hilang dalam kejadian gempa bumi di Lombok Timur Indonesia baru baru ini Perkara itu disahkan oleh Kementerian Luar Negeri Malaysia menerusi satu kenyataan ...
Serangan Trem Di Belanda Tiada Rakyat Malaysia Yang Terlibat

Serangan Trem Di Belanda Tiada Rakyat Malaysia Yang Terlibat

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 341 hits
KUALA LUMPUR Wisma Putra hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terbunuh atau tercedera dalam insiden tembakan yang berlaku dalam sebuah trem di bandar Utrecht Belanda semalam Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dalam kenyataan h...
Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker

Salam Maulidur Rasul

Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Lagu Lama Mengusik Jiwa

Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Karipap Daging

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital