Gempa Bumi Di Malaysia
pagi tadi korang ada dapat rasakan tak gegaran anggaran 10 minit dekat tempat korang? member opis bagitau gegaran tu berlaku dan menyebabkan mereka keluar daripada bangunan. aku dekat rumah pulak tak ada rasa sebab kepala memang dah tingtong kot... hahahaha
korang baca aku dah copy n paste dari website berita harian
JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda pantai barat Sumatera di Indonesia hari ini pada kedalaman 10 kilometer, kata agensi geofizik negara BMKG.
REUTERS melaporkan pusat gempa bumi berada di darat dan tiada risiko tsunami, kata agensi itu menerusi Twitter.
GB kuat M 6.1 di Utara Sumatra, Indonesia pd 9:39 pg, 25 Feb 2022. Pusat gempa bumi terletak 0.2° U & 100.0° T dgn kdlman 10 km. 76km BL dr Payakumbuh,Indonesia. Tiada ancmn tsunami. Gegaran dirasai di bhgn Barat Smnjg terutama di S'gor, Perak, NSembilan, Melaka & Johor. METMsia pic.twitter.com/4lgKSc2V7G
DISYORKAN UNTUK ANDAGempa bumi magnitud 7.5 landa PeruGempa bumi magnitud 6.7 dikesan berdekatan JawaPulau Jawa digegar gempa 6.7 magnitudGempa kuat melanda pantai timur Taiwan— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) February 25, 2022
Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Lembah Klang, termasuk Kuala Lumpur, Pelabuhan Klang dan Cyberjaya.
Ia dikongsikan warga media sosial.
Do guys feel it just now? #gempa pic.twitter.com/kPxfTbNanQ
— hilfa ⚡️ (@hilfa_akmal) February 25, 2022
Para petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Perpustakaan Negara dan bangunan berhampiran keluar dari premis masing-masing berikutan dipercayai berlaku gempa bumi di 76 kilometer barat laut Payakumbuh, Indonesia. pic.twitter.com/ZnK8BVsC0W
— BERNAMA (@bernamadotcom) February 25, 2022
Felt an earthquake just now . @ Putrajaya , Malaysia . Stay safe everyone #Earthquake #Gempa #Sumatera #BukitTinggi #Indonesia pic.twitter.com/jt8qdEA2Cc
— WMH هاسف (@wmsif) February 25, 2022
Sementara itu AFP melaporkan gempa itu melanda utara kepulauan Sumater pada kedalaman 12 kilometer, kira-kira 70 kilometer dari bandar Bukit Tinggi di barat wilayah Sumatera mengakibatkan penduduk meninggalkan kediaman masing-masing untuk menyelamatkan diri.
Menurut Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada laporan kerosakan setakat ini namun gegaran dapat dirasai di Riau, Sumatera Utara serta Malaysia dan Singapura.
Penduduk memaklumkan, gempa itu berlaku pada jam 8.30 pagi waktu tempatan, beberapa minit selepas USGS merekodkan gegaran berukuran 5.0 pada skala Richter.
Ketua Agensi Mitigasi Bencana Pasaman, Alim Bazar, berkata beberapa bangunan retak susulan gempa yang berlaku.
"Datuk Bandar mengarahkan semua penghuni di tingkat dua dan tiga supaya mengosongkan bangunan," katanya.
Bazar berkata, terdapat laporan kecederaan dialami penduduk namun tidak memiliki perincian mengenai perkara terbabit.
Penduduk Pasaman, hanya dikenali Irpanda, berkata dia merasai kedua-dua gegaran yang berlaku.
"Gegaran pertama hanya berlaku beberapa saat. Orang ramai bergegas meninggalkan kediaman dan bangunan sebaik ia berlaku.
"Kemudian satu lagi gegaran berlaku dan ia amat kuat menyebabkan orang ramai bertempiaran menyelamatkan diri manakala pesakit yang dirawat di hospital berhampiran diusung keluar," katanya.
Di Singapura, gegaran turut dirasai kira-kira jam 9.45 pagi waktu tempatan.
Polis dan perkhidmatan keselamatan menerima beberapa panggilan daripada orang awam yang melaporkan gegaran terbabit.
Di Malaysia pula, Jabatan Meteorologi memaklumkan gegaran dirasai di pantai barat Semenanjung.
"Gegaran dirasai terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor," katanya menerusi ciapan di Twitter.
Pada 2004, gempa bumi berukuran 9.1 pada skala Richter melanda pantai Sumatera mengakibatkan tsunami yang meragut lebih 220,000 nyawa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://penulisanyus.blogspot.com/2022/02/gempa-bumi-di-malaysia.html