Gempa Bumi Banten Lif Bergegar Kuat Saya Satu Satunya Penghuni Di Hotel Iqbal Video
Gempa bumi Banten: “Lif Bergegar Kuat, Saya Satu-satunya Penghuni Di Hotel!” – Iqbal [VIDEO]
USAHAWAN yang kini bergelar penyanyi, Iqbal Zulkefli berkongsi pengalaman mencemaskan ketika melalui situasi gempa bumi di Indonesia.
Menurut Iqbal, itu merupakan kali pertama dia merasai gempa bumi dan ia berlaku ketika dia sedang tidur di bangunan hotel yang didiami di negara jiran itu.
“Pengalaman pertama merasai gempa bumi yang baru sahaja berlaku di sini tadi. Tempat yang lebih tepat berlaku di Serang, Banten – 6,7
“Kencang, gegaran pertama, saya sedang tidur lalu dikejutkan oleh kawan dan pembantu rumah. Saya satu-satunya penginap di bangunan hotel ini. Tiada orang lain yang sewa di sini selain saya.
“Saya di tingkat paling atas, gambar di dinding hampir jatuh, lif bergoyang, air berkocak,” kongsinya menerusi Instagram Story.
Infografik berhubung gempa bumi Banten. – Infografik Astro AWANI
Tambah bekas pembantu peribadi jutawan kosmetik Datuk Seri Vida itu, semua staf turun menggunakan tangga dan berkumpul di bawah bangunan.
VIDEO DIBAWAH:–
https://mykmu.net/wp-content/uploads/2022/01/Gempa-bumi-Banten-Lif-bergegar-kuat-saya-satu-satunya-penghuni-di-hotel-Iqbal.mp4
Namun dia turun menggunakan lif dan melihat sendiri gangguan elektrik di dalamnya.
“Semua staf di sini berkumpul di bawah, mereka turun guna tangga sahaja. Saya turun guna lif, lampu lif tertutup dan terbuka setiap detik,” coretnya lagi.
Kemudian, gegaran kali kedua berlaku kira-kira selepas setengah jam dan Iqbal cepat-cepat mengajak rakan serta pembantunya turun ke bawah sekali lagi.
Difahamkan keadaan telah kembali seperti biasa pada malam yang sama. Justeru Iqbal berharap agar daerah tersebut diberi keselamatan oleh Allah SWT.
Terdahulu, Iqbal memaklumkan dia berada di Indonesia untuk tempoh yang agak panjang atas tujuan kerja dan mencari ketenangan di luar Malaysia.
Penyanyi lagu Hujan itu juga kerap berkongsi perkembangan dan pelbagai kisah sepanjang berada di sana.-GEMPAK
Gempa bumi Banten: “Lif Bergegar Kuat, Saya Satu-satunya Penghuni Di Hotel!” – Iqbal [VIDEO]
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
Datuk remaja curi tabung masjid yang suruh lapor kepada polis
Baby Shark catat 10 bilion tontonan
Unboxing isteri: Amy mengaku salah tapi…..
Puteri Balqis didoakan mati cepat
Khairuddin digugur daripada AJK PAS setelah 2 bulan dilantik
Annuar tak hadir mesyuarat, tapi beri kenyataan wakili MKT – Shahrir
Pensyarah dipenjara selepas tukar gred peperiksaan dengan seks
Biodata Artis Jasmine Suraya Chin. Profail dan Latar Belakang
Banjir 31 Disember, kenapa Syed Saddiq turun 7 Januari? – Onn
Abu Syafiq Dakwa Muhyiddin Yassin Tidak Divaksin Ketika Tunaikan Umrah
Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Rupa-rupanya Kamal Adli
Resepi Crab Rangoon Viral Gila
The post Gempa Bumi Banten: “Lif Bergegar Kuat, Saya Satu-satunya Penghuni Di Hotel!” – Iqbal [VIDEO] appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/01/15/gempa-bumi-banten-lif-bergegar-kuat-saya-satu-satunya-penghuni-di-hotel-iqbal-video/