Gelora Pemilihan Menanti Amanah Kelantan


N Faizal Ghazali  
   
ULASAN | Bahang menjelang pemilihan Amanah Kelantan makin dirasai. Taktik mula diatur, strategi disusun, bidak pun membuka langkah.

Selaku parti 'setahun jagung' yang kemudian menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan, pemilihan Amanah kali ini pastinya dilihat istimewa dan mempunyai nilai tersendiri.

Situasi semasa di Kelantan menyaksikan pertembungan dua pasukan khususnya dalam pemilihan anggota jawatankuasa (AJK) Pemuda Amanah negeri yang bakal berlangsung 3 Ogos depan.

Dua kumpulan dilihat akan bersaing, iaitu Pemuda Bangkit dan Pemuda Bekerja.

Pemuda Bangkit adalah kumpulan yang penyandang jawatankuasa pemuda Amanah negeri diketuai Hazmi Hassan, manakala Pemuda Bekerja dipelopori aktivis Amanah negeri, Hisyamuddin Ghazali.
Hisyamuddin GhazaliKewujudan dua kem ini bukanlah bersifat lokal di peringkat Kelantan saja, tetapi kesan daripada pecahan pengaruh di peringkat Pemuda Amanah nasional.

Biarpun di peringkat nasional pertembungan Pemuda Amanah ini mewujudkan tiga kumpulan, namun di Kelantan hanya dua kem tersebut yang mendominasi persaingan.

Atas alasan apa pun politik adalah pentas orang-orang berkemahuan, meletakkan diri dalam posisi dirasakan selesa, strategik dan berpengaruh secara dengan prinsip demokrasi.

Maka bunga-bunga silat dipersembah, dengan tari, lenggok dan tikaman saling bersahutan sama ada secara langsung atau tidak.

Tanda ribut sebelum pemilihan
Tanpa sebarang kerusi - sama ada DUN mahupun parlimen - di Kelantan, pergerakan Amanah negeri dilihat perlahan dalam banyak hal.

Bahkan peringkat cawangan, kawasan dan sayap dilihat tidak produktif dalam melaksanakan program bagi meningkatkan pengaruh dan meneruskan hubungan dua hala antara pemimpin dan rakyat.

Beberapa hari lalu, sudah bermula episod pembubaran cawangan dan peletakan jawatan ahli jawatankuasa di peringkat pimpinan akar umbi.

Apa jua asbab ia berlaku, itu adalah petanda kecil akar umbi mula 'memberontak'. Tidak mustahil isu-isu lebih besar bakal melanda dan Amanah Kelantan perlu bersedia menempuh badainya.

Kini terdapat ura-ura pimpinan-pimpinan di kawasan tertentu bakal meletak jawatan dan tidak mustahil akan angkat kaki daripada Amanah.

Ia susulan rasa tidak puas hati dalam pelbagai perkara antaranya pergeseran sesama pimpinan kawasan, penilaian terhadap pimpinan tertinggi parti dan faktor pemilihan.

Menggantikan Cikgu Rahim dan Husam
Selain itu, Amanah Kelantan juga akan berdepan cabaran untuk mencari pengerusi baru untuk menggantikan Wan Abd Rahim Wan Abdullah yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk berundur

Ia selepas beliau kini menggalas tanggungjawab sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa). 
Ini kerana belum ada yang dilihat bertenaga - sama ada melalui kayu ukur senioriti, pengarah ataupun ketokohan - untuk meneruskan kesinambungan kepimpinan Amanah Kelantan.
Wan Abd RahimJusteru medan pemilihan kali ini perlu menjadi tanda mula, bagaimana sinergi kepimpinan itu boleh membiakkan baka-baka kental, menonjol dan mampu terkedepan dalam politik arus perdana

Mereka perlu melahirkan lebih ramai Wan Abd Rahim dan Husam Musa dengan menggilap muka-muka baru untuk keluar daripada kepompong 'suam-suam kuku' dan bukan sekadar menjadi selebriti Facebook sesama sendiri.

Sebagai parti yang bersaing di sebuah negeri yang berliku sejarah politiknya, yang totok pegangan politik masyarakatnya - mahu tidak mahu Amanah Kelantan perlu lebih dalam semua hal.

Sehubungan itu, apa juga ujian menjelang pemilihan kali ini, setiap ahli dan pimpinan parti itu harus rasional dengan situasi semasa parti.

Amanah Kelantan perlu dilihat harmoni khususnya di mata musuh politik yang senantiasa menanti bola tanggung dan perang persepsi.

N FAIZAL GHAZALI adalah wartawan Malaysiakini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/gelora-pemilihan-menanti-amanah-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rihana Cabar Sultan Kelantan Buat Ujian Dna Untuk Buktikan Status Leon

Rihana Cabar Sultan Kelantan Buat Ujian Dna Untuk Buktikan Status Leon

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 437 hits
Rihana Oksana Veovodina mencabar Sultan Kelantan melakukan ujian DNA selepas peguam baginda mendakwa tiada bukti objektif bahawa anak yang dilahirkan oleh Rihana itu adalah anak baginda lapor MSN Rihana berkahwin dengan Sultan Muhammad V ta...
Why Is Pakatan Still Robbing Sabah Sarawak Terengganu And Kelantan

Why Is Pakatan Still Robbing Sabah Sarawak Terengganu And Kelantan

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 292 hits
Since Pakatan Harapan took over in May 2018 Sabah Sarawak Terengganu and Kelantan have been robbed a further RM80 billion or so Pakatan promised since back in 1999 this is going to end But it appears like they blame Umno and Barisan Nasiona...
Sultan Kelantan Bercerai Talak Tiga Dengan Rihana Oksana

Sultan Kelantan Bercerai Talak Tiga Dengan Rihana Oksana

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 565 hits
Sultan Kelantan Bercerai Talak Tiga Dengan Rihana Oksana Peguam kepada Sultan Muhammad V Koh Tien Hua dari firma guaman Eversheds Herry Elias LLP yang berpangkalan di Singapura hari ini membuat pengesahan berhubung kes perceraian Sultan Kel...
Selepas Kes Pijak Al Quran Ini Reaksi Pedas Mb Kelantan

Selepas Kes Pijak Al Quran Ini Reaksi Pedas Mb Kelantan

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 382 hits
TUMPAT Perbuatan biadab remaja yang memijak al Quran dalam kejadian di Kusial Tanah Merah turut memberi tempias kepada pemerintahan kerajaan Islam di Kelantan walaupun ia kes terpencil Selepas kes pijak Al Quran Ini reaksi pedas MB Kelantan
Kisah Penceraian Sultan Kelantan Niat Sebenar Ratu Rusia

Kisah Penceraian Sultan Kelantan Niat Sebenar Ratu Rusia

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 1974 hits
Sekilas ikan di air sudah boleh diketahui niat sebenar Ratu Moscow itu Dia bukannya kisah diceraikan dia sebenarnya mahukan pampasan Tindakannya memuat naik post di instagram adalah serampang tiga mata iaitu memancing simpati memberitahu du...
Kerutuk Percik Ayam Masakan Kelantan Yang Tak Pernah Jemu Punya

Kerutuk Percik Ayam Masakan Kelantan Yang Tak Pernah Jemu Punya

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 507 hits
Masakan tradisional Kelantan seperti ayam percik dan kerutup memang digemari ramai namun kedua masakan ini bukan hanya sesuai di musim perayaan tetapi juga sebagai hidangan untuk makan tengahari atau malam keluarga Kedua menu ini sebenarnya...
Di Sebalik Ig Oksana Istana Kelantan Akhirnya Jelaskan Siapa Tengku Mahkota Yang Sah

Di Sebalik Ig Oksana Istana Kelantan Akhirnya Jelaskan Siapa Tengku Mahkota Yang Sah

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 432 hits
PETALING JAYA Istana Kelantan hari ini berkata gelaran keluarga diraja hanya dapat diberikan melalui pengumuman rasmi dalam kenyataan yang menyusul beberapa kiriman Instagram oleh Rihana Oksana Gorbaten model Rusia yang berkahwin dengan Sul...
Netizens Berterusan Kecam Orang Kelantan Kali Ini Kisah Curi Wain Bakar Green House Di Korea

Netizens Berterusan Kecam Orang Kelantan Kali Ini Kisah Curi Wain Bakar Green House Di Korea

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 424 hits
SOSMED Nampaknya sejak akhir akhir ini Kelantan dikecam netizens kerana terlibat dalam beberapa kes yang dianggap merosakkan imej negeri itu Bermula dengan kes pijak Alquran kes cikgu diserang dan cikgu pukul polis hinggalah kepada kes kuci...
Audit 7 Jabatan Di Kelantan Cemerlang

Audit 7 Jabatan Di Kelantan Cemerlang

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 192 hits
BACHOK Tujuh jabatan di negeri ini mendapat penarafan lima bintang pada Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1 Jabatan terbabit iaitu Jabatan Air Kelantan mencatat 96 2 peratus Jabatan Pengairan dan Saliran Perbadanan Pembangunan Ladang Rak...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya