Gelombang Keluar Ppbm Muhyiddin Minta Nyawa Dengan Umno Tapi Macai Muhyiddin Berlagak Macam Dewa


 

Sejak Dr Mahathir umumkan akan menubuhkan parti baharu bersama-sama serpihan PPBM pada 7 Ogos 2020 lalu, tidak dapat dinafikan ianya mencetuskan suasana panik kepada kem Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin.
Sama ada Dr Mahathir benar-benar mahu menubuhkan parti baharu atau ia cuma satu lagi sandiwara politik Dr Mahathir, bagi admin, elok kita ambil sikap tunggu dan lihat.

Sebab bagi admin agak pelik dan terasa amat janggal bila Dr Mahathir memanggil wartawan untuk membuat sidang media tetapi bila ditanya wartawan bila dan apakah nama parti baharu tersebut, jawapan yang keluar dari mulut Dr Mahathir adalah belum ditentukan lagi dan akan dimaklumkan kemudian.
Jadi apa sebenarnya tujuan sidang media itu diadakan?
Apa pun kita mengambil sikap negara kita mengamalkan sistem demokrasi, siapa sahaja yang mampu, boleh menubuhkan parti, tidak kira sama ada parti politik atau parti Tupperware!!!
Admin yakin, bagi pihak UMNO khasnya dan Muafakat Nasional amnya, penubuhan parti baharu oleh Dr Mahathir tidak mendatangkan impak yang besar.
Tapi yang jelas nampak panik ialah pihak PPBM atau lebih tepat lagi kem Muhyiddin Yassin.

Sangat jelas, selepas pengumuman dibuat oleh Dr Mahathir, bukan sahaja PPBM dilanda tsunami keluar parti secara beramai-ramai oleh pemimpin dan ahli PPBM, malah ada yang menutup terus cawangan PPBM di kawasan mereka dan ianya semakin merebak ke seluruh negara (BACA DI SINI), (DI SINI), (DI SINI) dan (DI SINI). 
Muhyiddin yang telah menjangkakan perkara ini akan berlaku telah bertindak awal dengan mengadakan pertemuan dengan kesemua Ahli Parlimen Barisan Nasional.
Tujuan pertemuan itu diadakan adalah untuk mendapatkan jaminan sokongan dari Ahli Parlimen Barisan Nasional sekiranya sebahagian besar Ahli Parlimen PPBM yang berada di dalam blok kerajaan sekarang ini melompat ke team Dr Mahathir.

Selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional, Muhyiddin bertemu pula Presiden UMNO dan Presiden PAS untuk mengukuhkan lagi jaminan sokongan ke atas beliau dengan alasan untuk menyatukan ummah.
Percaturan Muhyiddin mudah, sekarang sudah berlaku gelombang keluar PPBM beramai-ramai di peringkat akar umbi, namun ini belum menjejaskan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri.
Tetapi sekiranya berlaku pula gelombang keluar PPBM di peringkat Ahli Parlimen, maka sokongan dari UMNO dan PAS sangat-sangat beliau perlukan untuk kekal sebagai Perdana Menteri.
Kerana sekiranya ini berlaku, Muhyiddin tidak ada pilihan lain, kecuali untuk bubarkan parlimen.
Dalam PRU 15, tanpa sokongan Muafakat Nasional, terutamanya dari UMNO dan PAS, PPBM akan terus terpinggir dari gelanggang politik tanah air dan tidak mungkin beliau dapat mengekalkan jawatan Perdana Menteri.
Kerana itu di dalam 2 pertemuan yang berasingan antara Muhyiddin dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional dan pertemuan antara Muhyiddin dengan Presiden UMNO dan Presiden PAS, Muhyiddin secara terus terang menyatakan hasrat beliau untuk membawa PPBM ke dalam Muafakat Nasional.
Kalau mengikut adat dan adab, sepatutnya pihak PPBM yang perlu mengemukakan permohonan rasmi kerana PPBM lebih memerlukan Muafakat Nasional dari Muafakat Nasional memerlukan PPBM tetapi admin kurang pasti mengapa perlu Muafakat Nasional yang menghantar surat jemputan kepada PPBM!!!
Tetapi admin kurang pasti mengapa Muafakat Nasional pula yang perlu mengeluarkan pelawaan rasmi kepada PPBM untuk menyertai Muafakat Nasional?
Ini membuatkan 'macai-macai' Muhyiddin 'besar kepala' kerana menyangkakan Muafakat Nasional yang beriya-iya mahukan penyertaan PPBM, seolah-olah tanpa PPBM maka Muafakat Nasional akan hilang hala tuju.
Beberapa kenyataan biadab dari pemimpin PPBM terutamanya terhadap UMNO telah menyerlahkan sikap bongkak mereka.
Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga merupakan Ahli Parlimen Mersing, Dr Abdul Latiff, dengan biadabnya telah mengatakan bahawa UMNO sudah tidak laku.

Dalam menghadapi Pilihanraya Negeri Sabah, Ketua Badan Pimpinan PPBM Sabah, Hajiji Noor pula menampakkan sifat tamak yang tidak langsung berpijak di bumi nyata bila membuat kenyataan bahawa PPBM mahu bertanding 45 dari 73 kerusi DUN Sabah, sedangkan 32 kerusi DUN yang dimenangi dalam PRU 14 lalu adalah atas tiket UMNO!!!

Terkini pula Timbalan Menteri Belia & Sukan, Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, yang cuma bertaraf senator telah mengeluarkan kenyataan bahawa PPBM tidak pernah menyokong DS Najib sedangkan beliau pasti tahu DS Najib adalah mantan Presiden UMNO dan mempunyai impak yang besar dalam UMNO dan Barisan Nasional.
Sekiranya tujuan PPBM mahu menyertai Muafakat Nasional adalah benar-benar ikhlas untuk penyatuan dan kebaikan ummah, rasanya ibarat kecil tapak tangan, nyiru kita tadahkan tetapi sekiranya PPBM cuma mahu menggunakan Muafakat Nasional semata-mata untuk mengekalkan Perdana Menteri datangnya dari PPBM dan untuk mengelakkan dari PPBM berkubur selepas PRU 15, maka pemimpin Muafakat Nasional mesti bijak di dalam membuat keputusan.
Tujuan Muafakat Nasional yang lahir dari gerakan Penyatuan Ummah adalah semata-mata bermatlamatkan penyatuan ummah di negara ini terutamanya masyarakat Melayu Islam.
Penyatuan Ummah yang sudah mempunyai kekuatan di peringkat akar umbi dan lebih diperkukuhkan lagi dengan penyertaan parti komponen dari Barisan Nasional, In Sya Allah, sudah cukup kukuh untuk menumbangkan Pakatan Harapan walau pun tanpa PPBM.
Beberapa siri PRK telah membuktikan bahawa rakyat lebih selesa dengan Muafakat Nasional berbanding Pakatan Harapan walau pun ketika itu Muafakat Nasional adalah pembangkang dan PPBM berada bersama-sama di blok Pakatan Harapan.
Apakah itu bukan petunjuk yang jelas kepada kita semua?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/08/gelombang-keluar-ppbm-muhyiddin-minta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Tak Kisah Pun Nak Join Dengan Umno Tapi Pemimpin Pun Macam Munafik Menafikan

Orang Tak Kisah Pun Nak Join Dengan Umno Tapi Pemimpin Pun Macam Munafik Menafikan

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 446 hits
Akhirnya Pas mengaku penyatuan melayu dimulakan sejak 2015Setiausaha Agung Pas Dato Takiyudin Hassan mengakui usaha ke arah penyatuan Melayu telah dimulakan sejak 2015 Menurutnya usaha tersebut adalah arahan daripada Presiden Pas Dato Seri ...
Trend Keluar Parti Menjadikan Bersatu Semakin Mengecil Kini Menjadi Mangsa Buli Umno

Trend Keluar Parti Menjadikan Bersatu Semakin Mengecil Kini Menjadi Mangsa Buli Umno

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 372 hits
Sebaik saja Tun Mahathir Mohamad mengumumkan akan menubuhkan sebuah parti baru petang semalam ternampak sudah ramai mula membuat keputusan meninggalkan Bersatu Antaranya termasuk beberapa Ahli MPT Pusat seperti A Kadir Jasin dan Tariq Ismai...
Apakah Gagalnya Usaha Menaikkan Musa Aman Adalah Usaha Muhyiddin Memalukan Umno

Apakah Gagalnya Usaha Menaikkan Musa Aman Adalah Usaha Muhyiddin Memalukan Umno

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 231 hits
Jika diperhati sejak awal usaha menumbangkan kerajaan Sabah melalui gerakan yang dilakukan oleh Musa Aman untuk kembali memimpin negeri itu adalah suatu perkara yang dalam pengetahuan serta restu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Ini berikut...
Dr M Should Return To Ppbm Or Umno Says Rais

Dr M Should Return To Ppbm Or Umno Says Rais

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 238 hits
PPBM Negeri Sembilan chairman Rais Yatim said there is no basis for setting up another Malay based party KUANTAN Former PPBM chairman Dr Mahathir Mohamad should return to PPBM or Umno instead of setting up another Malay based political part...
Pergolakan Ppbm Baik Buat Umno

Pergolakan Ppbm Baik Buat Umno

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 344 hits
Apa yang berlaku muktahir ini dalam parti PPBM sebenarnya bagus untuk Umno Kenapa Kerana PPBM sudah semakin mengecut pengaruh mereka ahli sudah semakin berkurangan dan besar kemungkinan akan pupus tidak lama lagi Melihat kepada situasi itu ...
Dr M Sepatutnya Kembali Kepada Ppbm Atau Umno Kata Rais

Dr M Sepatutnya Kembali Kepada Ppbm Atau Umno Kata Rais

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 321 hits
KUANTAN Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sepatutnya kembali ke pangkuan PPBM atau Umno daripada menubuhkan parti baru kata pengerusi PPBM Negeri Sembilan Rais Yatim Katanya parti politik bertunjangkan bangsa Melayu sudah banyak sel...
Umno Yet To Withdraw Suits Against 7 Mps Now In Ppbm

Umno Yet To Withdraw Suits Against 7 Mps Now In Ppbm

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 205 hits
The plaintiff only wants to withdraw their action but with the liberty to file afresh Umno has not withdrawn its lawsuits against at least seven MPs who defected to PPBM last year their lawyer Ashok Kandiah said The plaintiff only wants to ...
Both Ppbm Umno Need Musa To Win Polls Says Analyst

Both Ppbm Umno Need Musa To Win Polls Says Analyst

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 308 hits
Sabah PPBM leaders most of whom are former Umno members and current Umno grassroots leaders are largely supportive of former chief minister Musa Aman PETALING JAYA A political analyst has described Musa Aman as a force by himself in Sabah p...
8 Cawangan Ppbm Di Hulu Langat Bubar 450 Ahli Keluar Parti

8 Cawangan Ppbm Di Hulu Langat Bubar 450 Ahli Keluar Parti

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 225 hits
PETALING JAYA Lapan cawangan PPBM di Bahagian Hulu Langat dibubarkan selepas semua 450 ahlinya didakwa meninggalkan parti itu semalam Ketua 8 cawangan itu Dusun Tua Semenyih Indah Bandar Rinching Seksyen 5 6 Kuala Pajam Kampung Rinching Kam...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp