Gelombang Kedua Banjir Diramal Bermula Esok Pahang Johor Dijangka Terjejas Ahmad Zahid



Gambar fail (BERNAMA)KUALA LUMPUR: Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan gelombang kedua banjir dalam tempoh dua minggu bermula esok, dengan Pahang dan Johor antara negeri yang dijangka turut terjejas dengan bencana itu kali ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata di Sabah dan Sarawak pula, banjir dijangka berlaku dalam tempoh penghujung bulan ini hingga Mac. 
“Kita harap supaya tidak terjadi sepertimana gelombang pertama, kali ini gelombang kedua mungkin akan melibatkan Johor dan Pahang dengan lebih berat lagi, namun kesiapsiagaan melalui pengagihan perkhidmatan untuk aset dan pegawai serta anggota dan peralatan telah kita atur gerak.
“Kita harapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan melakukan penyelarasan terhadap usaha yang dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat pelepasan sukarelawan Skuad Misi Bantuan Pasca Banjir Barisan Nasional (BN) ke Pantai Timur dan Utara di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.
Ahmad Zahid berkata setakat ini, kurang 10,000 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 153,000 pada 1 Dis lepas, yang melibatkan 45,000 keluarga.
Beliau berkata hingga kini, sejumlah 222,000 mangsa banjir telah disantuni, sambil menzahirkan penghargaan atas kerjasama NGO yang luar biasa dalam membantu mangsa banjir termasuk menerusi kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Mengulas mengenai misi bantuan banjir berkenaan, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata ia merupakan bukti gabungan parti itu melakukan kerja tidak bermusim dengan memberikan khidmat bantuan kepada masyarakat sepanjang masa tanpa mengira ketika bencana atau pilihan raya. 
“Ramai orang tolong sebelum dan ketika banjir, tetapi tidak ramai yang bantu selepas banjir, maka keprihatinan dan pertolongan BN selepas banjir menunjukkan keprihatinan BN tidak bermusim. Kita tetap menyantuni rakyat keseluruhannya,” katanya. 
Sukarelawan pascabanjir berkenaan terdiri daripada 300 Pemuda, Wanita dan Puteri BN serta 100 UMNO Siswa yang melibatkan tujuh kenderaan pacuan empat roda, dua van, 15 lori dan satu treler.
Mereka turut membawa 1,000 pek bantuan barangan keperluan asas untuk diagihkan kepada mangsa banjir. –AlHijrah Online






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/12/gelombang-kedua-banjir-diramal-bermula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Gelombang Kedua Sudah Bermula Ramai Pelajar Terkandas Ke Sekolah

Banjir Gelombang Kedua Sudah Bermula Ramai Pelajar Terkandas Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 147 hits
Banjir gelombang kedua sudah bermula ramai pelajar terkandas ke sekolah Banjir gelombang kedua sudah pun bermula pagi tadi Situasi itu telah menyebabkan penduduk di beberapa perkampungan di daerah Gua Musang terputus hubungan Banjir Gelomba...
Sebanyak 10 Kampung Di Kawasan Rendah Daerah Jerantut Diramal Banjir Bermula Hari Ini Hingga Rabu

Sebanyak 10 Kampung Di Kawasan Rendah Daerah Jerantut Diramal Banjir Bermula Hari Ini Hingga Rabu

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 280 hits
KUANTAN Sebanyak 10 kampung di kawasan rendah dalam daerah Jerantut diramalkan banjir bermula hari ini hingga Rabu demikian menurut kenyataan Jabatan Pengairan dan Saliran yang dimuat naik di laman Facebook JPS memaklumkan kawasan terbabit ...
Monsun Timur Laut Gelombang Banjir Kedua

Monsun Timur Laut Gelombang Banjir Kedua

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 160 hits
Zuwairi Md YusofMonsun Timur Laut Gelombang Banjir KeduaHujan monsun di jangka berterusan sehingga ISNIN 16 Dis 2024 berdasarkan analisis model cuaca terkini oleh Jabatan Meteorologi Malaysia https www nst com my news nation 2024 12 1145922...
Menteri Besar Lepaskan 400 Orang Sukarelawan Pahang Bantu Kawasan Terkesan Banjir Di Negeri Kelantan

Menteri Besar Lepaskan 400 Orang Sukarelawan Pahang Bantu Kawasan Terkesan Banjir Di Negeri Kelantan

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 203 hits
KUANTAN Seramai 400 sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan jabatan negeri badan berkanun dan Majlis Tindakan Sosial Pahang ditugaskan untuk membantu kawasan terkesan akibat banjir di Kelantan Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Zulk...
Rakyat Pahang Yang Menetap Di Kawasan Risiko Banjir Diminta Berwaspada Dan Patuh Arahan Pihak Berkuasa

Rakyat Pahang Yang Menetap Di Kawasan Risiko Banjir Diminta Berwaspada Dan Patuh Arahan Pihak Berkuasa

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 250 hits
KUANTAN Rakyat Pahang khususnya yang menetap di kawasan berisiko banjir diminta lebih berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk bersedia untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara yang ditetapkan Menteri Besar Pahang Dato Sr...
Semakin Ramai Mangsa Banjir Di Pantai Timur Johor Ditempatkan Di Pps

Semakin Ramai Mangsa Banjir Di Pantai Timur Johor Ditempatkan Di Pps

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 219 hits
KUALA LUMPUR Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara manakala di Perak semakin pulih dan di Melaka pula pulih sepenuhnya Di TERENGGANU dua dae...
Penduduk 5 Negeri Hati Hati Hujan Berterusan Dijangka Bermula Hari Ini Hingga Rabu

Penduduk 5 Negeri Hati Hati Hujan Berterusan Dijangka Bermula Hari Ini Hingga Rabu

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 257 hits
HarapandailyDecember 8 2024Penduduk di lima buah negeri disaran untuk berhati hati selepas Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan bermula hari ini sehingga Rabu depan 11 Disember Negeri yang terkesan termasuklah t...
Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 225 hits
KUALA LUMPUR Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Kelantan Terengganu dan Pahang sehingga 29 November ini Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan kawasan terlibat di Tumpat Pasir Mas Kota Bharu Jeli Tanah Merah Bachok Machang ...
Wan Rosdy Rakyat Pahang Diminta Agar Senantiasa Bersiap Siaga Menghadapi Kemungkinan Banjir

Wan Rosdy Rakyat Pahang Diminta Agar Senantiasa Bersiap Siaga Menghadapi Kemungkinan Banjir

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 217 hits
KUANTAN Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengingatkan rakyat negeri ini agar sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi kemungkinan banjir Menurutnya pihak kerajaan pihak berkuasa tempatan dan agensi agensi penyelamat senti...
Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening

Urban Renewal Not A Dirty Term

Makan Tengah Hari Nasi Minyak Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Tarikh 16 Mei Yang Diingati

Time To Rethink Wildlife Crossings On Our Highways


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bisnes A Bisnes B

Y Gen Dining By Architects Eat A Multi Sensory Culinary Sanctuary In Melbourne

Vin Populi Next Door Rezen Studio S Intimate Italian Inspired Wine Bar In Fremantle

Yb Wong Chen Says Opposition Parties Now In Govt Embraced Money Politics

Awas Polis Tiada Kaitan Dengan Iklan Dapatkan Semula Wang

Akmal Slams Anwar On Obsession With Najib Netizens Clap Back On Rule Of Law