Gelilah Tengok Muka Kau Lagi Kisah Dihina Diperli Kerana Muka Penuh Berjerawat
Baru-baru ini viral beberapa keping foto seorang gadis tempatan yang mengalami masalah jerawat yang teruk. Raut wajahnya yang sebelum ini ‘licin’ berubah selepas memakai satu produk tempatan
Dakwanya lagi, perkara yang paling menyedihkan apabila beberapa kenalan rapat cuba menjauhkan diri darinya selepas kulit wajah bertambah teruk. Teruk betul perangai! Agaknya mereka malu, berkawan pun kerana paras rupa
Seorang lagi wanita yang turut mengalami nasib sama tampil menceritakan apa yang dilaluinya semasa muka dinaiki penuh jerawat
Hina bukan hanya dari mulut, tapi pandangan
JANGAN HINA ORANG MUKA BERJERAWAT
Ada baca kisah viral adik yang salah produk & dari flawless terus breakout? Breakout yang bukan calang-calang siap dengan pakej nanah
Hina bukan hanya keluar dari mulut, tapi dari pandangan. Hanya kami yang pernah rasa tahu. Pandang jerawat kita tu dengan penuh jijik
Pernah kawan saya yang turut ada masalah jerawat cerita kawan pejabat sampai tegur “Eee akak GELI lah tengok muka kau..seriau tengok nanah tu..” Nasib kawan saya jenis telinga tebal. Kalau saya pasti dah menangis dalam toilet
Nak tahu apa sudahnya? Dengar cerita tak lama lepas tu muka kakak tu naik ruam2 kecik. KARMA
Ada orang muka dari baby sampai tua tak ada jerawat naik. Kulit halus mulus tak pakai apa.
Ada orang muka dari baby halus mulus sampai remaja berubah disebabkan hormon.
Ada orang kejap flawless kejap singgah pula jerawat tu. Kenapa perlu perkecilkan orang lain?
Masa Allah uji saya selama 3 bulan naik jerawat teruk, baru saya faham apa rasa ada masalah kulit. Kawan2 bahan tak sudah. Trust me, saya avoid jumpa kawan dan tak attend sebarang majlis kahwin. Sebab
Malu nak jumpa org, down
Soalan wajib :“Wehh, kenapa dengan muka kau! Dulu okay je kan??”Pernah seorang officemate ni, kerja dia hari-hari tegur keadaan muka saya.“Sab, kau pakai lah QU PUTEH teruk sangat muka kau ni!”“Ish, kau ni makan macam-macam patut lah muka teruk.” (Masa ni saya tgh makan nasi lemak. Berjujuran air mata masa makan. Punya sedih)“Sab, kau ada baca tak paper pasal sorg artis dia fobia dengan jerawat? Kau tak fobia ke?”“Kau ni tak basuh muka ke apa Sab?”Dan semua dialog dihamburkan depan orang ramai & suara yang kuat! Kalau anda ditempat saya waktu itu, apa rasa anda? Sakitnya lebih perit dari kena tinggal boyfriend
Tapi saya puji self esteem adik tu. Dia tunjukkan satu Malaysia keadaan skin sebenar dia. Berbeza dengan saya, hanya berani release keadaan kulit saya masa kulit sudah pulih sepenuhnya. I salute you
Kalau harini muka anda flawless mulus, jangan hina yang ada masalah kulit. Awak tak tahu pada bila masa & ketika Allah tarik nikmat-Nya. Saya sudah lalui. Dari seorang kaki selfie, saya jadi benci pada kemera! Kalau ambil pun jarak jauh & mesti filter
Balik rumah masuk bilik terus pandang telek muka depan cermin. Tengok muka down, sedih terus tidur. Berjam2 masa habis picit jerawat! Saya stop workout, bisness saya slow. Saya malu sangat nak jumpa orang
Berhenti patahkan semangat orangNasihat saya :-1) Amalkan makanan sihat
2) Jauhi kekacang
3) Ayam/ Ikan yang disuntik hormon (contoh: Ikan Keli)
4) Berhenti guna sebarang foundation/ compact powder (tak ada masalah untuk guna lipstik/ makeup mata/ browliner
5) Wajib pakai sunblock
6) Ambil vitamins yang bersesuaian
7) Rawatan Ais – sapu muka dengan ais setiap pagi & malam, lebihkan ais pada kawasan jerawat!
8) Pastikan skincare anda bebas merkuri
9) Tukar sarung bantal/ cadar dengan kerap
10) Tahan tangan dari gatal picit..please
BERHENTI hina orang ada jerawat
BERHANTI hina orang badan besar
BERHENTI hina orang kulit gelapTolong berhenti patahkan semangat & downkan orang lain sebab awak tak tahu bila masa awak akan tiba
Bagi yang tengah struggle dengan masalah kulit, percaya saya ia akan selesai. Sooner or letter. Cepat atau lambat. Yang pasti, KUAT & SABAR
Yang Ikhlas,Kakak yang pernah mukanya breakout
Sumber : Sabrina Suhaimi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://u-ohgosip.blogspot.com/2016/07/gelilah-tengok-muka-kau-lagi-kisah.html