Gelak Tu Cute Sangat Hampir 4 Bulan Comelnya Fatima Ketawa Tak Berhenti Diagah Daddy
Selepas mengumumkan kehamilannya, rata-rata seluruh peminat Fatah dan Fazura tidak sabar-sabar menanti perkongsian wajah comel permata hati kesayangan mereka.
Pun begitu, selepas tiga bulan barulah pasangan sama cantik sama padan ini sudi berkongsikan wajah anak mereka. Kini hampir saban hari, ada sahaja wajah si comel Fatima yang dikongsikan Fazura di Instagramnya.
Bukan hanya redup wajah, bahkan wajah persis daddy yang sering dikatakan oleh wargamaya ini sering muncul di Instagram ibunya. Nur Fatima Aisya semakin comel dan kini makin berisi.
Kata Fazura melalui satu akaun rasmi di Instagram, @fattzuralovelife, Fatima kini hampir berusia empat bulan sedikit masa lagi.
“Our happy baby just before she turned 4 months,” tulisnya.
Malah perkongsian video yang dikongsikan Fazura beberapa hari lalu mengundang rasa terhibur wargamaya. Video Fatima yang ketawa tanpa henti kala diagah daddynya, membuatkan semua terhibur.
“Always obsessed with her daddy,” kongsinya di kapsyen.
Mana tidaknya, dengan hanya satu patah perkataan yang dikeluarkan Fatah, Fatima ketawa tanpa henti. Hilang segala masalah bila mendengar tawa Fatima yang cukup comel.
Dalam pada itu, baik pengikut Fatah mahupun Fazura, masing-masing meninggalkan pelbagai reaksi di komen.
“Akhirnya dapat tengok Fatima Aisya senyum dan ketawa. Lagi buat aunty geram dengan si comel gebu gebas ni”
“Comel betul Fatima gelak, so sweet, moga mnjadi anak solehah…aamiin”
“Ya Allah comelnya. Happy Fatima tengok daddy”
Semoga Fatima terus membesar menjadi anak yang membahagiakan mommy dan daddynya.
View this post on Instagram
A post shared by Fattah Fazura (@fattzuralovelife)
Terdahulu Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan pasangan ini kini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya yang dilahirkan pada 2 Oktober 2020 lalu.
Artikel berkaitan: Comelnya Fatima, Perfect Family, Akhirnya Fattah & Fazura Kongsi Wajah Anak
Nama Penuh Makna, Nur Fatima Aisya Pilihan Fattah & Fazura Buat Cinta Hatinya
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @fattzuralovelife
The post “Gelak Tu Cute Sangat” Hampir 4 Bulan, Comelnya Fatima Ketawa Tak Berhenti Diagah Daddy! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/gelak-tu-cute-sangat-hampir-4-bulan-comelnya-fatima-ketawa-tak-berhenti-diagah-daddy/