126 000 Orang Mampu Disuntuk Vaksin Sehari Mulai Akhir Bulan Ini


azrulhakimie7 vaksinator akan disediakan di setiap 600 lokasi vaksinasi KULAI – Sebanyak 126,000 orang dijangka mampu diberikan suntikan vaksin COVID-19 dalam sehari di lokasi vaksinasi di seluruh negara bermula akhir bulan ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Katanya, tujuh vaksinator akan disediakan di setiap 600 lokasi vaksinasi di sekitar komuniti merangkumi klinik kesihatan, hospital awam dan swasta.
“Kita telah dimaklumkan bahawa Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan dimulakan 26 Februari ini, yang mana di peringkat Kementerian Kesihatan (KKM) kita menyediakan 600 tempat pemberi vaksin di seluruh negara.
“Tujuh vaksinator mampu menyuntik vaksin COVID-19 kepada seramai 30 penerima setiap hari, bermakna bagi setiap lokaliti atau kawasan, melibatkan 210 penerima vaksin mampu disuntik sehari,” katanya.
Beliau ditemui pemberita pada Operasi Bersepadu Jabatan Kesihatan Negeri Johor bersama Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor bagi melakukan pemeriksaan di asrama pekerja asing di Jalan Seelong, Senai, di sini hari ini.
Dr Adham berkata fasa pertama penerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech, mulai hujung bulan ini hingga April, melibatkan golongan petugas barisan hadapan meliputi anggota KKM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam serta sektor-sektor tertentu.
Fasa kedua pada Mac pula melibatkan golongan yang berisiko termasuk mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan kumpulan dilindungi seperti menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
“Mereka kena isi dokumen sama ada dimuat turun menerusi aplikasi MySejahtera atau kita dapatkan pasukan petugas untuk hantar secara manual seminggu sebelum divaksin, jadi mereka tidak perlu tunggu lama di kaunter tempat vaksinasi.
“Cuma kita ada saringan sama ada mereka bersetuju atau tidak dan kita akan pastikan bahawa dalam masa mereka dapatkan vaksinasi itu, mereka akan diberi jadual dan bukannya datang serentak,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Adham berkata pekerja warga asing khsususnya dalam kalangan petugas barisan hadapan seperti doktor, ahli farmasi dan pergigian akan menerima suntikan vaksin percuma.
“Ada warga asing yang menetap di Malaysia bekerja sebagai doktor, ahli farmasi dan pergigian, bagaimanapun, kita akan mengutamakan Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kepada rakyat tempatan dahulu sebelum meneliti warga asing bekerja dalam sektor berisiko lain,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Tenggara itu turut menafikan tanggapan orang ramai berhubung berlakunya masalah kelewatan dalam pengagihan vaksin COVID-19 kepada rakyat.
“Ramai orang anggap berlaku masalah bekalan di Eropah tetapi saya bagi jaminan, pembekalan untuk Malaysia, saya dapat “secure” lot-lot yang diperlukan untuk kita jalankan pelan imunisasi,” katanya. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/126000-orang-mampu-disuntuk-vaksin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Petugas Barisan Hadapan Pahang Akan Terima Vaksin Covid 19 Mulai Pada Hujung Bulan Ini

Petugas Barisan Hadapan Pahang Akan Terima Vaksin Covid 19 Mulai Pada Hujung Bulan Ini

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 257 hits
KUANTAN Petugas barisan hadapan di Pahang dijadualkan menerima suntikan vaksin Covid 19 hujung bulan ini Keputusan untuk memberi keutamaan kepada kira kira 28 000 petugas barisan hadapan itu dibuat kerajaan negeri selepas dibincangkan dalam...
Rumah Mampu Milik Untuk Anak Muda Sebanyak 12 000 Unit Dibina Daftar Mulai 23 Feb

Rumah Mampu Milik Untuk Anak Muda Sebanyak 12 000 Unit Dibina Daftar Mulai 23 Feb

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 273 hits
Hari ini Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dalam kemaskini di Twitter menyatakan sebanyak 12 000 unit kediaman Residen Prihatin bakal dibina khas untuk anak muda Inisiatif kerajaan ini dilihat bagi memastikan golongan muda mam...
Filipina Jangka Terima 600 000 Dos Vaksin Sinovac 23 Februari Ini

Filipina Jangka Terima 600 000 Dos Vaksin Sinovac 23 Februari Ini

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 210 hits
Filipina jangka terima 600 000 dos vaksin Sinovac 23 Februari ini Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 11 Feb 2021 1
Covid 19 20 000 Kes Harian Di Malaysia Diramal Mulai Mac Tahun Ini

Covid 19 20 000 Kes Harian Di Malaysia Diramal Mulai Mac Tahun Ini

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 258 hits
SHAH ALAM Kes Covid 19 di Malaysia diramalkan meningkat sehingga 20 000 jangkitan setiap hari bermula 3 Mac tahun ini Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan Amerika Syarikat ...
Ya Ampun Hingga Akhir Tahun 2020 Utang Ri Naik Makin Dekat Rp6 000 T

Ya Ampun Hingga Akhir Tahun 2020 Utang Ri Naik Makin Dekat Rp6 000 T

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 204 hits
Hingga akhir triwulan IV 2020 utang luar negeri Indonesia mencapai US 417 5 miliar atau setara Rp 5 845 triliun Bank Indonesia menyebut angka itu tumbuh 3 5 dibanding periode yang sama tahun lalu Sebagaimana diketahui sepanjang triwulan IV ...
Rasuah Dua Anggota Polis Di Hukum Penjara 36 Bulan Dan Denda Rm25 000 Di Kuala Lipis

Rasuah Dua Anggota Polis Di Hukum Penjara 36 Bulan Dan Denda Rm25 000 Di Kuala Lipis

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 207 hits
KUANTAN Dua anggota polis masing masing dihukum penjara 36 bulan dan denda RM25 000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4 000 lima tahun lepas Hakim Datuk Ahmad Zam...
Perkembangan Checkup Dan Menerima Suntikan Vaksin Pneumococcal Pada Usia 10 Bulan

Perkembangan Checkup Dan Menerima Suntikan Vaksin Pneumococcal Pada Usia 10 Bulan

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 394 hits
Assalamualaikum Selamat pagi Sementara anak anak masih tidur Fiza curi masa yang ada untuk berkongsi cerita di sini Alhamdulillah bulan ni umur Nur Dhia dah masuk 10 bulan So far untuk checkup 10 bulan Berat tinggi dan BMI berada pada tahap...
Digaji Rp 300 000 Per Bulan Pariyem Dipukul Majikan Tiap Hari

Digaji Rp 300 000 Per Bulan Pariyem Dipukul Majikan Tiap Hari

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 285 hits
Pariyem asisten rumah tangga yang meloncat dari lantai dua rumah majikannya di Kota Probolinggo mengaku kerap mengalami kekerasan dari majikannya Ditemui di rumah anak tirinya di Kelurahan Wiroborang Kecamatan Mayangan Kota Probolinggo dia ...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Semak Kadar Dividen Asb 2024

Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam