Gelagat Politik Pas Tidak Patuh Syariah



Gelagat politik PAS tidak patuh syariah?
Oleh Bakar Suar
Hujung minggu ini pemimpin-pemimpin PAS akan sekali lagi mempamerkan kegesitan, kepintaran, dan ketinggian ilmu serta hemah tahaluf siyasi mereka kepada ahli-ahli parti yang mengaku memperjuangkan Islam dan kepentingan Melayu itu.
Abdul Hadi Awang dan pemimpin lain harus mentarbiyahkan pemimpin-pemimpin di semua peringkat bahawa PAS kini telah berada pada tempat istimewa percaturan politik negara.
Usaha meletakkan PAS di takuk kuasa baharu ini mampu dicapai kerana kebijaksanaan team Haji Hadi yang telah menyempurnakan kefahaman politik Islam sebenar dan berhasil menterjemahkannya dalam gelanggang politik negara.
Justeru, ahli-ahli wajar memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Hadi dan Tuan Ibrahim Tuan Man yang sudah pun diterima menjadi presiden dan Timbalan bagi satu lagi penggal, tanpa bertanding.
Namun ada juga pihak menganggap Muktamar ke-67 parti itu di Terengganu Sabtu dan Ahad ini akan menjadi sesuatu yang getir kerana mereka berasa terkilan dengan cara gaya politik yang digunakan pemimpin yang dikatakan melacuri perjuangan politik PAS.
Memang benar PAS kini bukan lagi parti Melayu-Islam sebelum era pandemik Covid-19 melanda hampir dua tahun lalu.
PAS kini komponen utama dalam kerajaan hari ini. Malah ia memiliki kuasa pengimbang dalam memelihara kerukunan dan keutuhan politik Malaysia. Ia sudah jadi “broker” dan ahli keluarga utama kerajaan yang memerintah.
Justeru ada pihak dalam PAS sendiri ragu pendekatan politik yang dibawa oleh Hadi dan beberapa pemimpin PAS yang diberi mandat untuk menduduki Kabinet Malaysia dan jawatan berpengaruh dalam beberapa kerajaan negeri.
Tambahan pula, dalam muktamar kali ini pemilihan barisan kepemimpinan baharu akan berlangsung secara hibrid di mana bukan semua perwakilan dapat bersidang secara bersemuka dan hanya mampu menyertai proses pemilihan secara maya.
Pengalaman ramai pemimpin yang tidak berpuas hati dengan beberapa teori konspirasi hingga ada ahli dan pemimpin meninggalkan PAS dan kemudian menubuhkan Amanah dikhuatiri akan berulang.
Bagi menghindari kebarangkalian ini, keluhuran dan kewibawaan proses pemilihan kali ini mungkin dipertikaikan. Lantas para pemimpin PAS harus bersedia untuk bersilat meyakinkan ahli bahawa proses ini berjalan secara syarie sepenuhnya.
Ada juga pemikir yang berpengaruh dalam PAS yang kurang senang tuduhan PAS mutakhir ini berakhlak persis pelacur politik. Ia bermula dengan hubungan intim dengan Umno atas alasan memperkukuh perpaduan Melayu-Islam dalam Muafakat Nasional (MN).
Bagaimanapun pucuk pimpinan PAS kemudian dilihat berselingkuh pula dengan pengkhianat yang melompat dari PKR bersama beberapa petualang Umno ke Bersatu untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Gelagat PAS ini mengganggu iman sesetengah ahli dan pemimpinnya apabila ada pihak menuduh tindak tanduk PAS itu seakan akhlak entiti pelacur.
Keraguan ini mula bercambah apabila dalam pilihan raya Melaka yang akan berlangsung bulan ini, PAS dilihat meninggalkan Umno dalam rundingan dengan Bersatu mengenai pembahagian kerusi yang akan ditandingi.
Ramai ahli PAS yang yakin akan keluhuran perjuangan PAS. Mereka percaya keberadaan mereka dalam PAS satu jihad. Namun bila PAS mula “bersalin tikar” dan berpacaran dengan janda-janda politik Umno dan PKR, keimanan politik mereka jadi goyah.
Jika tuntutan penjelasan tentang taktik politik pimpinan PAS yang menyarung jersi Machiavelli dalam arena politik Malaysia kerana sudah mula kecanduan kuasa selepas menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH), tidak mustahil ada yang sedia bermufarak dari Jemaah PAS.
Adalah menarik memerhatikan cara Hadi dan konco-konconya melayani ahli-ahli PAS yang mula ada syak dan waham terhadap perilaku politik PAS kini.
Adakah muktamar kali ini akan menjadi kempen raksasa mentarbiyah semula ahli bahawa tahaluf siyasi PAS kini patuh Syariah?
Atau, muktamar hibrid PAS ini akan meresapi politik pragmatisme ‘matlamat menghalalkan cara’? FMT
Gelagat politik PAS tidak patuh syariah?
hr />
Baca Artikel Menarik :
Maut leher ditoreh bapa kandung kerana ubah saluran TV Vellfire kereta rasmi menteri? Tanyalah Atok dan Abah kau Filem Prebet Sapu wakili Malaysia ke Oscars Bekas Ketua Menteri Melaka Tidak Mengaku Penganut Syiah Isteri Shuk nekad minta cerai Pas hilang peluang bertapak di Melaka bila guna lambang PN Kenapa Tertuduh Dalam Kes Buli Zulfarhan Terlepas Hukuman Mati? Isteri tidur dengan bos agar suami dinaikkan pangkat Wanita Israel dipenjara kerana enggan menentang Palestine ‘Ada pihak gembira rakyat tidak dapat keluarkan wang KWSP’ Tempah pelacur menerusi WeChat, RM190 sekali langgan Layari Laman Facebook MYKMU
Suami pelakon ditahan reman, gaduh dalam keadaan mabuk

The post Gelagat politik PAS tidak patuh syariah? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/11/05/gelagat-politik-pas-tidak-patuh-syariah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Sifatkan Politik Malaysia Seperti Permainan Bola Sepak

Pas Sifatkan Politik Malaysia Seperti Permainan Bola Sepak

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 226 hits
Dakwa keberadaan dalam kerajaan beri impak pada agama bangsa KUALA TERENGGANU Politik negara dilihat seperti permainan bola sepak yang perlu ada pecahan tugasan bagi memastikan sesebuah pasukan itu menang Meskipun PAS parti yang penting dan...
Kerjasama Pas Pn Beri Imej Positif Kepada Parti Politik Melayu Islam Nirwandy

Kerjasama Pas Pn Beri Imej Positif Kepada Parti Politik Melayu Islam Nirwandy

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 212 hits
satuberita myBy November 2 2021 KEPUTUSAN penggunaan lambang Perikatan Nasional oleh PAS tentunya akan menampakkan bentuk kerjasama yang lebih padu dalam kalangan parti pada Pilihan Raya Negeri Melaka sekali gus menarik pengundi Penganalisi...
Prn Melaka Pas Akan Bincangkan Keputusan Umno Mahu Jalin Kerjasama Politik Ahad Ini

Prn Melaka Pas Akan Bincangkan Keputusan Umno Mahu Jalin Kerjasama Politik Ahad Ini

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 297 hits
MELAKA PAS akan membincangkan mengenai keputusan UMNO untuk menjalinkan kerjasama politik dalam Pilihan Raya Negeri Melaka pada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat Ahad ini Pesuruhjaya PAS Melaka Datuk Kamarudin Sidek berkata setakat ini pihak...
Gelagat Pemimpin Politik Melayu Hari Ini Bagai Nak Termuntah

Gelagat Pemimpin Politik Melayu Hari Ini Bagai Nak Termuntah

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 286 hits
SEKIRANYA perlumbaan merebut dan mengekalkan kuasa secara tamak haloba tidak dihentikan oleh parti parti Melayu Islam menjelang PRU15 nanti yang akan menang dan dominan adalah parti parti bukan Melayu yang rasis lagi cauvinis Yang akan mena...
Ulama Pas Harap Umno Kalah Agar Boleh Belajar Politik Jujur

Ulama Pas Harap Umno Kalah Agar Boleh Belajar Politik Jujur

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 205 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 6 2021 7 39 PMPRN MELAKA Selepas pemimpin Bersatu mengajak pengundi Melaka mengajar Umno BN petang ini ulama PAS pula menyuarakan pandangan yang sama Sambil bersumpah untuk menegaskan sayangnya kepada Muafaka...
Outspoken Pasir Mas Mp Is New Pas Youth Chief

Outspoken Pasir Mas Mp Is New Pas Youth Chief

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 208 hits
Ahmad Fadhli Shaari is known to be an outspoken MP in the Dewan Rakyat having repeatedly urged Putrajaya to stop four digit special lottery draws PETALING JAYA Pasir Mas MP Ahmad Fadhli Shaari has been elected the new head of the PAS Youth ...
Pn On The Losing End If Pas Uses Own Logo Says Analyst

Pn On The Losing End If Pas Uses Own Logo Says Analyst

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 233 hits
Two political analysts say that the year old PN cannot match the strength and 60 year history of the PAS brand PETALING JAYA Perikatan Nasional parties particularly Bersatu and Gerakan will be on the losing end should their coalition ally P...
Pas The King Maker

Pas The King Maker

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 276 hits
UMNO nak PAS begitu JUGA BERSATU Tuan Ibrahim cadangkan PRN Melaka guna sajalah lambang PAS Kahkahkah selesai masalah Brilliant Tuan Ibrahim umno masih berunding dengan bersatu kahkahkah Peratus pengundi Melayu dan Cina Dewan Undangan Neger...
Guna Logo Pas Mati Emak Guna Logo Pn Mati Bapak

Guna Logo Pas Mati Emak Guna Logo Pn Mati Bapak

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 247 hits
Oleh Sirajuddin AhmadKemelut Guna Logo PAS Mati Emak Guna Logo PN Mati BapakNampaknya isu pengunaan logo dan simbol Parti untuk PRN Melaka bukan isu kecil Silap perkiraan boleh putus persahabatan atau pun marriage of convenience antara PAS ...
Pet Expo Midvalley 2024

All Cheers For 1q 2024 Gdp Growth Of 4 2 But Sustaining That Pace Is Tricky And Highly Challenging

Speed Read Rsd S Nitrous Fueled Bmw R18 Drag Bike And More

Tajuk Utama Minggu Ini Ytl Power Euforia Gabungan Axiata Inflasi Rendah Gdp 1q Wajib

Cara Buat Kad Guru Malaysia Online Dan Cara Dapatkan Sijil Guru Malaysia

Menyamar Polis Samun Warga Asing Penjawat Awam Antara 4 Ditahan

Kenapa Bini Aku Tak Cantik

Iranian President Raisi Feared Dead As Helicopter Wreckage Found



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Ayam Masak Merah Untuk Tetamu

Beyond Lettuce Wraps Unleash The Power Of Low Carb Bread

Pengadu Terima Panggilan Pertama Ebit Pada 3 40 Pagi Mahkamah Diberitahu

Seorang Lelaki Ditemui Rentung Atas Katil Selepas Apartmen Terbakar

Masa Depan Pas Bukan Dalam Pn