Gelagat Pemimpin Politik Melayu Hari Ini Bagai Nak Termuntah


SEKIRANYA perlumbaan merebut dan mengekalkan kuasa secara tamak haloba tidak dihentikan oleh parti-parti Melayu Islam menjelang PRU15 nanti, yang akan menang dan dominan adalah parti-parti bukan-Melayu, yang rasis lagi cauvinis.

Yang akan menanggung kerugian dan derita berpanjangan adalah bangsa dan umat semata-mata.

Ini kerana para pemimpin politik Melayu dan Islam terlalu sibuk:

Berebut kuasa;
Mempertahankan kuasa;
Menggadai prinsip;
Menukar kesetiaan;
Mengkhianati mandat;
Mengutamakan perpecahan;
Mengabaikan kesepakatan;
Menubuhkan parti-parti baru.

Mereka semua boleh memberi apa sahaja alasan, hujah atau dalil akan tetapi bangsa dan umat sudah lama sedar akan muslihat, kepura-puraan dan sifat hipokrit dan oportunis mereka di sebalik setiap gubahan kalimat dan retorik lapuk mereka.

Malangnya, belum kelihatan lagi sosok tubuh yang akan lahir dan bangkit melewati sempadan politik kepartian yang sempit di atas untuk benar-benar memimpin dan membimbing bangsa dan umat ini.

Ini kerana kepompong dan lubuk politik yang sudah wujud sejak puluhan tahun tidak akan memberi peluang atau membenarkan sesiapa sahaja, apatah lagi wajah-wajah baru, untuk menukar percaturan politik yang sudah begitu lama berakar umbi.

Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa lubuk politik usang ini perlu ditinggalkan sekiranya kira ingin melakar sejarah baru atau membentuk asas-asas peradaban baru untuk negara ini.

Ekosistem politik yang jujur dan iklim transformasi bangsa dan umat tidak akan berjaya dilahirkan dari sistem nilai yang telah rosak, dari maksiat dan kemungkaran yang diagung-agungkan, dari makruf yang dipinggirkan dan dari tunjang yang telah dirasuki oleh hembusan Iblis.

Di saat bangsa dan umat sedang diperdayakan dan sedang terpinga-pinga dengan paparan kerakusan dan kerasukan untuk berkuasa serta saling berlumba-lumba ke atas perpecahan, pihak lain khususnya parti-parti bukan-Melayu dan Islam yang rasis lagi cauvinis tidak membuang masa untuk mengaut sebesar-besar manfaat dan sebanyak-banyak keuntungan, yang sekiranya tidak dimanfaatkan sepenuhnya pada ketika ini, mereka tidak akan mampu untuk mencapainya pada ketika umat dan bangsa kembali bersatu padu dan meninggalkan karat-karat perpecahan yang diwarisi dari zaman Jahiliyah mereka.

Seandainya senario itu menjadi kenyataan, kita patut salahkan diri sendiri kerana memilih pemimpin-pemimpin Melayu dan muslim yang khianat, tidak jujur, hipokrit, oportunis dan gila kuasa.

Adakah mereka yang dilantik itu pernah merasa berdosa dan bersalah terhadap amanah yang dikhianati dan kepercayaan yang diberikan?

Jangan terkejut sekiranya puak-puak inilah juga akan tetap akan dipilih menjadi ‘wakil’ bangsa dan umat pada PRU15 nanti!

Tangan siapakah yang akan memilih mereka?

Mohd Luttfi Abd Khalid
Pengerusi iPeguam/Pemerhati politik

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/10/gelagat-pemimpin-politik-melayu-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kah Kah Mula La Nak Jual Nama Melayu Islam Pertahan Politik Islam Tapi Hapa Pun Tak Buat Orang Lihat La Weiii

Kah Kah Mula La Nak Jual Nama Melayu Islam Pertahan Politik Islam Tapi Hapa Pun Tak Buat Orang Lihat La Weiii

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 324 hits
Mula lah jual nama islam Bila islam susah terdesak ada mereka tanya Tu group kwsp ictra isinar siang malam rakyat merayu utamanya melayu boleh dikatakan setiap hari merayu minta 10k bayar terus yang dijanjikan ada mereka dengar Kaji kaji sa...
Melayu Mengemis Di Tanah Melayu Disebabkan Perbuatan Dan Ketamakan Pemimpin Melayu Sendiri

Melayu Mengemis Di Tanah Melayu Disebabkan Perbuatan Dan Ketamakan Pemimpin Melayu Sendiri

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 180 hits
Melayu sepatutnya boleh berbangga kerana mempunyai pemimpin Melayu di barisan kabinet negara Melayu sepatutnya boleh berjaya kerana mempunyai hak keistimewaan sebagai penduduk pribumi di Tanah Melayu Melayu sepatutnya menjadi bangsa pertama...
Prn Melaka Zahid Di Nasihatkan Berunding Jangan Pertaruh Nasib Politik Melayu Islam

Prn Melaka Zahid Di Nasihatkan Berunding Jangan Pertaruh Nasib Politik Melayu Islam

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 315 hits
SHAH ALAM Pemimpin Pas meminta Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya berunding bersama semua parti Melayu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyataka...
Pemimpin Melayu Terus Jadi Bisu Pekak Dan Buta Bila Berhadapan Dengan Isu Ini

Pemimpin Melayu Terus Jadi Bisu Pekak Dan Buta Bila Berhadapan Dengan Isu Ini

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 296 hits
Desak perkukuh sekolah vernakular menjelang PRN Melaka taktik pertubuhan Cina BANGI Pertubuhan berasaskan kaum Cina Hua Zong seolah seolah sengaja mengambil kesempatan menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka dengan menuntut pelbagai perkara te...
Anak Muda Jangan Kecewa Dengan Politik Hari Ini Kata Muhyiddin

Anak Muda Jangan Kecewa Dengan Politik Hari Ini Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 389 hits
Golongan muda perlu menjadikan situasi yang sedang atau yang telah berlaku sebagai satu pengajaran menurut Muhyiddin Yassin PETALING JAYA Bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meminta golongan belia tidak kecewa dengan senario politik sema...
Prn Melaka Adakah Rakyat Tidak Kisah Pemimpin Politik Rasuah Yb Adli

Prn Melaka Adakah Rakyat Tidak Kisah Pemimpin Politik Rasuah Yb Adli

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 291 hits
Semua perkara ditentukan oleh orang politik Jika silap buat pilihan rakyat menanggung akibatnya
Hasad Rosakkan Politik Melayu

Hasad Rosakkan Politik Melayu

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 235 hits
POLITIK Melayu sudah lama merana Di Melaka pun bukan baru sekarang ini Apa yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang daripada UMNO Datuk Seri Idris Haron hanyalah orkestra akhir Lintang pukang politik negeri itu sudah jadi ra...
3 Bulan Sekali Cuti Cari Pembantu Melayu Rupanya Ramai Nak Kerja Dengan Rebecca Nur Al Islam

3 Bulan Sekali Cuti Cari Pembantu Melayu Rupanya Ramai Nak Kerja Dengan Rebecca Nur Al Islam

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 362 hits
Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam menerusi posting di Instagram memaklumkan bahawa dia membuka peluang pekerjaan kepada bangsa Melayu untuk menjadi pembantu serta mengasuh anak anaknya Cari pembantu MelayuDatin Rebecca memaklumkan jenis pe...
Barang Kemas Rm300 00 Hilang Warga Emas Terkejut Baru Balik Mengaji

Bila Mata Anak Mula Merah Ini Mungkin Sebabnya

Kesilapan Penggunaan Kad Kredit Yang Ramai Orang Buat

Smk Panggung Jaya Tempat Pertama Program Anjuran Th

So Apa Sudah Jadi Malaysia

Basic Structure Should M Sia Not Revert Its Position

Resipi Tauhu Goreng Crispy Cicah Sambal Kicap Sedap

12 Taman Taman Negara Di Sarawak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


678 Mario678 Info 9 September 678 30 678 Top 87 By Margery

Levels Of Investments

Pengertian Dari Mesin Slot Online

Sle Autoimmune Disease

2 Koleksi Baru Louis Vuitton M A D Editions Yang Bakal Hebatkan Pengembaraan Anda

Saya Tak Pernah Kena Cakar Atau Terajang Adira Tepis Dakwaan Liar Bekas Madu Suruh Tanya Sendiri