Gaya Raya Bersama Top Menghadiahkan Busana Rekaan Jovian Mandagie Berjumlah Rm30 000 Kepada Lima Keluarga Bertuah


Hi Korang,
Sempat jugak kak lily ke majlis rumah terbuka anjuran TOP dan majalah NONA ni minggu lepas, dapatlah jumpa rakan-rakan media yang lama tak jumpa kan
Pereka Pakaian Jovian Mandagie (tengah) dengan Ms Ling Ai Li, Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd, (Bahagian penjagaan fabrik), dikelilingi oleh pemenang dari Gaya Raya Bersama TOP, dan kanak kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera.
Lima keluarga kelihatan ceria mengenakan busana istimewa pada Hari Raya tahun ini, hasil kejayaan dalam kempen ‘Gaya Raya Bersama TOP’. Di atas sokongan setia terhadap TOP, jenama detergen No. 1 di Malaysia [1], kelima-lima keluarga berkenaan telah memenangi koleksi rekaan daripada pereka fesyen terkemuka, Jovian Mandagie serta rangkaian produk TOP yang berjumlah RM30,000. 
Berita gembira itu telah dikongsi pada acara Rumah Terbuka ‘Gaya Raya Bersama TOP’ yang dihadiri pasukan TOP bersama Jovian Mandagie, artis-artis popular Ernie Zakri dan Ismail Izzani, para pemenang peraduan serta pengamal media. Pada majlis keraian berkenaan, para tetamu juga telah bersama-sama menyambut kemeriahan Hari Raya Aidilfitri bersama kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera. 
Pada tahun ini, TOP telah menerapkan komponen Tanggungjawab Sosial Korporat dalam kempen ‘Gaya Raya Bersama TOP’ dengan menggembirakan 31 kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera dengan menghadiahkan koleksi baju kurung dan baju Melayu sedia dipakai rekaan Jovian Mandagie yang bernilai RM10,000. 
Pereka Pakaian Jovian Mandagie (tengah) dengan Ms Ling Ai Li, Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd, (Bahagian penjagaan fabrik), menyumbangkan pakaian pereka bernilai RM10,000 kepada wakil dari Rumah Bakti Nur Syaheera.
Menurut Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik), Southern Lion Sdn Bhd, Cik Ling Ai Li, pengguna meyakini teknologi detergen TOP dari Jepun bagi penjagaan kain cucian harian mereka yang turut merangkumi item-item berat seperti tuala, langsir dan kelengkapan tempat tidur. Malah, TOP juga dipercayai menjaga item-item pakaian jagaan rapi. 
“Semakin ramai rakyat Malaysia beralih kepada TOP sebagai detergen pilihan utama mereka, sama ada dalam bentuk serbuk, cecair mahupun detergen dengan konsentrasi ultra. Kami sentiasa melihat peningkatan ketara jualan sebelum musim perayaan kerana rakyat Malaysia suka mencuci dan menyegarkan semula pakaian mereka sebelum sambutan, malah ia turut digunakan untuk busana rekaan pereka terkemuka. 
“Oleh itu, ini merupakan waktu terbaik bagi kami untuk memberi ganjaran kepada para pelanggan di atas kesetiaan dan sokongan yang diberikan dalam menjadikan TOP sebagai keperluan penting cucian. Para pemenang dan keluarga mereka kelihatan hebat mengenakan koleksi Jovian Mandagie pada Hari Raya ini,” katanya. 
Cik Ling menambah, “Kami memilih untuk menjalin kerjasama dengan Jovian Mandagie kerana rekaan beliau sentiasa menarik perhatian rakyat Malaysia yang bergaya, pada masa yang sama mengekalkan kehalusan jahitan baju raya tradisional. Kami amat berbangga kerana pada tahun ini, syarikat telah meneruskan kempen ‘Gaya Raya Bersama TOP’ sebagai satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat dengan menghadiahi kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera pakaian rekaan Jovian Mandagie yang dapat dipakai lama. 
“Sebagai detergen pilihan ramai, TOP terbukti efektif menanggalkan kotoran degil serta mampu menembus ke teras fabrik melalui inovasi Anti Sebum dan Micro-Clean Tech kerana ia lebih menjimatkan masa dan terjamin bersih.” 
Lima keluarga pemenang peraduan berkenaan telah menawan pentas peragaan dan berkongsi gaya serta penampilan pakaian Gaya Raya Bersama TOP oleh Jovian Mandagie. Sungguhpun ia merupakan peragaan sulung masing-masing, namun model-model terlibat jelas menunjukkan aura keyakinan serta keterujaan mereka. 
Sementara itu, bagi Jovian Mandagie, kempen ‘Gaya Raya Bersama TOP’ menjadikan koleksi sedia dipakai beliau lebih mudah digayakan oleh lebih ramai rakyat Malaysia. 

“Terlalu ramai individu menjauhi diri daripada mengenakan pakaian oleh pereka fesyen ternama kerana beranggapan ia mahal dan memerlukan jagaan khas tanpa mencuba pakaian tersebut terlebih dahulu. Sungguhpun demikian, koleksi sedia dipakai kami adalah amat bergaya, diperbuat daripada fabrik berkualiti dengan potongan rapi serta jahitan yang halus. Koleksi ini boleh dipakai lama dan masih mengekalkan bentuk dan keadaan fabrik yang masih elok. Detergen TOP merupakan pilihan ideal untuk digunakan bagi mencuci fabrik-fabrik rekaan ini - hanya pastikan anda mengikut arahan penjagaan yang disediakan,” ujar Jovian. 
Bagi Amira Nadiah Bt Abdullah, salah seorang pemenang peraduan ‘Gaya Raya Bersama TOP’ memberitahu ia merupakan satu kempen yang dinanti-nantikan seisi keluarganya ekoran hadiah eksklusif yang ditawarkan. 
“Kami adalah pengguna setia TOP dan sentiasa ingin memenangi peraduan ‘Gaya Raya Bersama TOP’ kerana koleksi pereka yang anggun dan eksklusif disediakan kepada pemenang. Akhirnya pada tahun ini, kami menang dan sangat gembira dengan pakaian rekaan Jovian Mandagie serta produk yang diterima daripada TOP. Kaum keluarga dan rakan-rakan kami menyukai pakaian ini dan memberitahu ia amat berpadanan dengan kami,” kata Amira. 
Salah satu keluarga pemenang dari Gaya Raya Bersama TOP seronok bergambar sambil mengayakan baju raya rekaan Jovian Mandagie mereka.
Kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera juga teruja dengan pakaian baharu yang diterima mereka pada musim perayaan ini. 
“Sumbangan ini tentunya sesuatu yang tidak diduga dan telah memberikan kegembiraan kepada anak-anak ini. Tidak dinafikan bahawa ada kalanya mereka menerima sumbangan baju raya baharu daripada pihak lain, tetapi ia tidak pernah melibatkan hasil rekaan terkemuka seperti Jovian. Malah, pada hari mereka menerima pakaian ini, ada di antara anak-anak ini tidak mahu menanggalkannya kerana amat menghargai sumbangan yang diberikan!” 
“Kami amat menghargai dan berterima kasih kepada TOP dan Jovian Mandagie kerana memberikan hadiah yang amat istimewa kepada anak-anak ini,” kata Pentadbir Rumah Bakti Nur Syaheera, Pn Suzana Binti Jafar. 
Aina Syahirah, remaja berusia 16 tahun dari Rumah Bakti Nur Syaheera, tidak berhenti menguntumkan senyuman sepanjang majlis sambutan berkenaan. 
“Saya amat suka pakaian ini kerana ia amat cantik dan istimewa. Saya tidak pernah memilik sesuatu yang seindah ini. Selepas majlis hari ini, saya akan mencucinya dengan tangan menggunakan detergen TOP dan menyimpannya dengan rapi untuk majlis istimewa lain.” 
sempat bergambar dengan Ismail Izani, kak lily suka tau lagu-lagu awak tau
Majlis rumah terbuka TOP turut diserikan oleh persembahan oleh artis-artis popular seperti Ernie Zakri dan Ismail Izzani. 
Tahun ini merupakan tahun kelima penganjuran kempen ‘Gaya Raya Bersama TOP’. 







[1] Berdasarkan Indeks Peruncitan Perkhidmatan untuk Kategori Sabun Pencuci selama 12 bulan yang berakhir pada Jun 2018 di Semenanjung Malaysia (oleh The Nielsen Company (M) Sdn Bhd)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2019/06/gaya-raya-bersama-top-menghadiahkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pamerkan Gaya Menawan Di Hari Raya Jazz Co Melancarkan Koleksi Raya Bersama Dina Nadzir

Pamerkan Gaya Menawan Di Hari Raya Jazz Co Melancarkan Koleksi Raya Bersama Dina Nadzir

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 638 hits
Apabila fesyen menjadi topik perbincangan golongan berbadan besar seringkalidipinggirkan terutama daripada segi pemilihan busana Namun kehadiran portal atas talianJazz Co mampu menghentikan tanggapan ini dengan pelancaran Koleksi Baju Raya ...
Pukul Isteri Gara Gara Duit Raya Rm10 Lelaki Ini Dipenjara Setahun Denda Rm2 000

Pukul Isteri Gara Gara Duit Raya Rm10 Lelaki Ini Dipenjara Setahun Denda Rm2 000

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 483 hits
Gara gara tidak diberikan duit raya anaknya RM10 untuk membeli kad prepaid handphone seorang lelaki memukul isterinya kerana menghalang lelaki itu dari memukul anaknya yang enggan memberi duit tersebut kepadanya Abdul Hafiz Man 32 tahun men...
Malaysians Buy 1 000 Illicit Cigarettes A Minute To Avoid Tax

Malaysians Buy 1 000 Illicit Cigarettes A Minute To Avoid Tax

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 509 hits
KUALA LUMPUR Malaysia s move to stub out tobacco use with higher levies has pushed smokers to the black market instead The Southeast Asian country has the world s highest share of illegal tobacco sales at 59 of its market with 1 000 illicit...
Ramai Tak Tahu Ibu Bapa Korang Mungkin Layak Terima Bantuan Alat Perubatan Sehingga Rm20 000

Ramai Tak Tahu Ibu Bapa Korang Mungkin Layak Terima Bantuan Alat Perubatan Sehingga Rm20 000

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 580 hits
Sebelum ini sebuah inisiatif di bawah Kementerian Kewangan Mysalam telah diperkenalkan untuk membantu golongan B40 menangani kesulitan kewangan apabila dimasukkan ke hospital kerajaan atau ditimpa penyakit kritikal Dan ia ternyata mendapat ...
Landowner And Operator Of An Illegal Factory Fined Rm2 000 Over Bukit Teh Illegal Dumpsite

Landowner And Operator Of An Illegal Factory Fined Rm2 000 Over Bukit Teh Illegal Dumpsite

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 344 hits
The landowner of the illegal dumpsite in Bukit Teh near Machang Bubok and the operator of an illegal factory there were fined RM2 000 each after both pleaded guilty at a magistrate s court on Thursday In March The Star reported the discover...
Barang Kemas Rm500 000 Dilarikan Perompak Di Rawang

Barang Kemas Rm500 000 Dilarikan Perompak Di Rawang

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 295 hits
KUALA LUMPUR 21 Jun Sebuah kedai emas dilaporkan kerugian RM500 000 dalam satu kejadian rompakan bersenjata melibatkan empat penjenayah di sebuah pusat membeli belah di Batu 16 Rawang dekat sini hari ini Ketua Polis Daerah Gombak ACP Samsor...
Najib Says Jakel Paid For Cloth Distributed To 7 000 Mosques

Najib Says Jakel Paid For Cloth Distributed To 7 000 Mosques

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 388 hits
Former PM Najib Razak says western media and Pakatan Harapan had wrongly claimed that he and his wife spent RM55 million at Jakel on lavish clothes PETALING JAYA Najib Razak says the payment made to textile giant Jakel Trading Sdn Bhd from ...
Daripada Bersepah Tepi Jalan Lelaki Beli 10 000 Buah Basikal Bantu Orang Miskin

Daripada Bersepah Tepi Jalan Lelaki Beli 10 000 Buah Basikal Bantu Orang Miskin

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 408 hits
Masih ingatkah anda terhadap basikal berwarna kuning dan putih yang terdapat di institusi institusi pengajian tinggi laluan pejalan kaki dan bandar bandar utama di Malaysia pada satu ketika dahulu Basikal yang perlu diakses menggunakan apli...
Anugerah Pelajar Cemerlang 2018 Tawar Hadiah Hampir Rm50 000

Anugerah Pelajar Cemerlang 2018 Tawar Hadiah Hampir Rm50 000

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 478 hits
Pihak Berita Harian dan New Straits Times telah menawarkan hadiah hampir RM50 000 bagi mencari pemenang Anugerah Pelajar Cemerlang 2018 Pengurus Besar Jabatan Vertikal Pendidikan NSTP Farah Ezrin Mohd Rashidi berkata berikutan penyertaan ya...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching