Gaya Paling Meletop Selebriti Di Acara Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 33
AJL 33 Setaraf Konsert
Persembahan setaraf konsert mega – itu yang dijanjikan produksi Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33 yang bakal berlangsung pada 3 Februari ini.
Penerbit Eksekutif AJL 33, Nurhul Huda Khalid berkata, bukan sekadar menonjolkan 12 lagu terbaik yang dibawakan barisan penyanyi hebat, ia turut dimantapkan kemunculan bintang legenda dan bakat muda yang menyerikan segmen interlude.
“Saya yakin persembahan yang bakal disajikan nanti berbaloi dengan harga jualan tiket yang mula diperkenalkan tahun ini.
“Setiap tahun, pihak produksi meletakkan mutu persembahan pada tahap maksimum.
“Kami bertuah kerana usaha itu mendapat kerjasama erat seluruh produksi, terutama penyanyi yang bakal bersaing pada edisi terbaru ini,” katanya.
Nurhul Huda berkata, melihat sambutan hangat yang diberikan peminat apabila tiket hampir habis ditempah, ia membuktikan AJL masih unggul di hati penggemar industri muzik tempatan.
“Segmen interlude pasti ditunggu-tunggu dengan kemunculan kumpulan kumpulan rock legenda Search, selain Nico G dan barisan artis muda seperti Nabila Razali, Ismail Izzani serta Sarah Suhairi,” katanya yang ditemui selepas cabutan undian giliran AJL33, di sini.
Tirai persembahan AJL 33 dibuka dengan kemunculan Khai Bahar membawakan Luluh, disusuli Jatuh Bangun (Haqiem Rusly menampilkan Aman Ra), Kau Pun Sama (Syamel), Tak Pernah Hilang (Amylea & Kaer) dan Hajat (Hael Husaini).
Turut bersaing Nisan Cinta (Siti Nordiana & Jaclyn Victor), Di Matamu (Sufian Suhaimi), Bunga (De Fam), Semakin (Siti Sarah Raissuddin), Bunga (Ara), Haram (Hael Husaini & Dayang Nurfaizah) dan Sampai Bila (Misha Omar).
Mengulas mengenai penjurian, Nurhul Huda berkata, tidak timbul isu pemilihan juri terlalu muda atau kurang pengalaman kerana setiap mereka mempunyai keistimewaan tersendiri.
Untuk edisi AJL 33, Nurhul Huda berkata, sebahagian daripada juri yang terpilih adalah komposer yang pernah menyertai AJL, manakala selebihnya mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.
“Juri antara tonggak utama, selain lagu dan penyanyi yang menggalas amanah komposer serta penulis lirik.
“Latar belakang, pengalaman dan kepakaran mereka diperincikan sebelum pihak penerbitan menyenarai pendek 10 juri untuk mengadili lagu yang dipertandingkan.
“Tidak timbul isu mengenai kredibiliti atau ketelusan juri memandangkan mereka mempunyai kepakaran tersendiri dalam menentukan lagu terbaik dan pemenang kategori lain,” katanya.
AJL 33 yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil menampilkan gandingan Sherry Al Hadad dan Alif Satar sebagai pengacara. Ia bakal dipancarkan secara langsung menerusi TV3.
Senarai giliran persembahan AJL 33:
1) Luluh (Khai Bahar)
2) Jatuh Bangun (Haqiem Rusli/Omar K, Haqiem Rusli dan Ikhwan Fatanna/Aman Ra, Omar K, Haqiem Rusli, Ikhwan Fatanna)
3) Kau Pun Sama (Syamel/Kidd Santhe/Syamel)
4) Tak Pernah Hilang (Kaer dan Amylea/Farouk Roman/Amylea Azizan)
5) Hajat (Hael Husaini/Hael Husaini dan Ezra Kong)
6) Nisan Cinta (Siti Nordiana dan Jaclyn Victor/Hael Husaini, Mike Chan dan Ezra Kong)
7) Di Matamu (Sufian Suhaimi/Sirkhan dan Rinkarnaen)
8) Bunga (De Fam/Omar K dan J Jeevasingam/Altimet)
9) Semakin (Siti Sarah/Mera Utama)
10) Bunga (Ara Johari/Laq Hang Nadim/Hang Nadim)
11) Haram (Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah/Hael Husaini dan Ezra Kong)
12) Sampai Bila (Misha Omar/Sharon Paul/Ahmad Fedtri Yahya dan Shah Shamsiri)
Fesyen Karpet Merah AJL33
Malam ini, telah berlangsung majlis Anugerah Juara Lagu Ke 33 (AJL 33) yang diadakan dengan penuh meriah di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Seperti tahun yang sebelumnya sebanyak 12 lagu terbaik sepanjang tahun lalu telah terpilih untuk bersaing di peringkat akhir AJL 33.
Jika dilihat kepada senarai lagu yang bertanding, masing-masing sangat popular dan boleh dikatakan setiap lagu mempunyai kekuatan masing-masing. Anda rasa lagu mana yang bakal jadi juara?
Sementara itu, Anugerah Juara Lagu Ke 33 yang berlangsung malam ini bukan sahaja menjadi tumpuan kerana lagu yang dipertandingkan tetapi ini juga adalah masa untuk selebriti tampil menyerlahkan fesyen mereka untuk acara berprestij di tanah air.
Para selebriti tidak terkecuali mengenakan pakaian atau fesyen terbaik mereka untuk hadir ke kemuncak majlis anugerah ini.
Bertemakan Galaksi, ada beberapa selebriti yang membuatkan kami terpukau dengan gaya yang cukup anggun dan bersesuaian dengan tema. Namun, ada juga mengenakan busana yang agak “kelaut” kata orang.
Kami tidak mahu cakap banyak lagi, jom layan beberapa foto gaya selebriti di AJL 33 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Di sini kami kongsikan gambar barisan selebriti yang hadir pada majlis malam ini. Enjoice!
Sumber foto : Rotikaya
The post Gaya Paling Meletop Selebriti Di Acara Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 33 appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2019/02/03/gaya-paling-meletop-selebriti-di-acara-karpet-merah-anugerah-juara-lagu-33/