Gatal Bahagian Dubur Mengamuk Merengat Pucat Kerap Sakit Perut Tanda Anak Kecacingan Dewasa Tak Terkecuali


Gatal bahagian dubur & mengamuk/ merengat, pucat & kerap sakit perut antara simptom kecacingan. Apa mama papa boleh buat?
Menurut Dr Rosni Jamaluddin, Pakar Pediatrik KPJ Klang Specialist, masalah kecacingan atau jangkitan cacing merupakan masalah yang boleh berlaku di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. Walau bagaimana pun, kebanyakan jangkitan cacing tidak serius /teruk dan tidak memberikan apa-apa gejala atau mudarat. Ini menyebabkan ia mungkin tidak disedari oleh penghidap.
Kes kecacingan yang teruk dan serius lebih kerap berlaku di kalangan masyarakat luar bandar atau di tempat di mana tidak terdapat bekalan air bersih. Ini adalah kerana kebanyakan kes jangkitan cacing berlaku melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar  dengan tanah yang mengandungi cacing atau telur cacing.

SIMPTOM KECACINGAN
Antara simptom atau gejala kecacingan yang teruk dan kronik adalah kurang berat badan atau terbantut tumbesaran, pucat atau anemia, sakit perut dan perut kembung atau membengkak. Malah, sebahagian pesakit kecacingan juga boleh mengalami kesukaran pembelajaran.
Segelintir pesakit mengadu kurang selera makan atau mempunyai selera makan yang aneh seperti tabiat suka memakan benda-benda yang kotor seperti tanah.
Adakalanya disebabkan kitaran hidup sebahagian cacing yang akan migrasi ke organ-organ tertentu, pesakit mungkin mengalami simptom –simptom yang berkaitan dengan organ tersebut seperti sakit kepala, batuk, sesak nafas, sakit perut, hati yang membengkak dan sebagainya.

GATAL DUBUR & MENGAMUK/ MERENGAT
Setengah pesakit lain boleh merasa gatal di bahagian dubur. Ada kalanya pesakit atau ibu bapa sendiri boleh terjumpa atau melihat cacing di dalam najis kanak-kanak yang kecacingan.
Simptom seperti merengat atau mengamuk mungkin boleh dijelaskan sekiranya kanak-kanak mengalami sakit perut. Namun begitu, merengat atau mengamuk secara khususnya bukanlah merupakan simptom yang spesifik untuk  masalah kecacingan kerana terdapat banyak lagi masalah lain yang boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak berkelakuan demikian
JUMPA DOKTOR JIKA ANDA DALAM KATEGORI BERISIKO
Jika si kecil terdedah kepada gaya persekitaran hidup yang berisiko tinggi untuk menghidap kecacingan dan mengalami simptom-simptom tersebut di atas, anak anda disyorkan untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan penilaian yang lebih terperinci.
Doktor mungkin akan mengambil sampel najis untuk diuji di makmal bagi mendapatkan diagnosis yang tepat.  Doktor juga boleh memberikan ubat yang sesuai untuk merawat masalah kecacingan tersebut, dan seterusnya memberikan nasihat lanjut tentang cara-cara untuk mencegah jangkitan daripada berulang.

PASTIKAN MEMINUM AIR BERSIH
Secara amnya,  sentiasa pastikan air minuman dan air yang digunakan untuk menyediakan makanan semuanya telah dirawat dan dibersihkan. Lebih baik sekiranya semua air yang digunakan direbus sehingga mendidih terlebih dahulu. Cuci semua bahan masakan dan makanan dengan air bersih sebelum di makan, terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan yang dimakan mentah.  Kebersihan tangan dan diri-sendiri juga adalah penting agar jangkitan dapat dielakkan.
The post Gatal Bahagian Dubur, Mengamuk/ Merengat, Pucat & Kerap Sakit Perut Tanda Anak Kecacingan. Dewasa Tak Terkecuali appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/gatal-bahagian-dubur-mengamuk-merengat-pucat-kerap-sakit-perut-tanda-anak-kecacingan-dewasa-tak-terkecuali/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Basuh Botol Susu Penting Untuk Elak Anak Kerap Sakit Bukan Guna Sabun Saja

Cara Basuh Botol Susu Penting Untuk Elak Anak Kerap Sakit Bukan Guna Sabun Saja

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 696 hits
Tak kira sama ada ibu bagi anak minum susu formula atau susu ibu penggunaan botol susu memang tak boleh dielakkan Bila sudah menggunakan botol susu pastilah ia perlu dicuci dengan betul Tahukah ibu semua kalau botol susu tidak dicuci betul ...
Anak Kerap Berpeluh Mungkin Petanda Penyakit Jika Mama Bimbang Bawa Jumpa Doktor

Anak Kerap Berpeluh Mungkin Petanda Penyakit Jika Mama Bimbang Bawa Jumpa Doktor

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 335 hits
Anak berumur setahun dua bulan Kepala kerap berpeluh sehingga basah rambutnya Kadang kadang boleh menyebabkan bau masam hingga terpaksa syampu rambutnya setiap hari Adakah ia normal atau ada tanda penyakit lain Berikut jawapan dari Pakar Pe...
Anak Bermain 20 Kali Ganda Mudah Faham Ulang Buat Benda Sama Tanda Sel Otak Sedang Berhubung

Anak Bermain 20 Kali Ganda Mudah Faham Ulang Buat Benda Sama Tanda Sel Otak Sedang Berhubung

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 439 hits
Bemain ialah fitrah kanak kanak Menerusi bermain anak mudah faham ingat Manakala pengulangan pula bantu perkembangan sel otak Menurut konsultan keibubapaan dengan bermain anak 20 kali ganda lebih mudah faham Jadi ibu bapa jangan rimas kalau...
Tak Jenguk Bapanya Dah Meninggal Ke Anak Sakit Ramai Kecewa Sikap Bekas Suami Rita Rudaini

Tak Jenguk Bapanya Dah Meninggal Ke Anak Sakit Ramai Kecewa Sikap Bekas Suami Rita Rudaini

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 374 hits
Enam tahun menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal ternyata bukan satu perkara yang mudah buat pelakon jelita Rita Rudaini Ketika sibuk dengan penggambaraan lakonan salah seorang anaknya Airit Qaqa Arjuna jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan...
Anak Selalu Sakit Belajar Pun Cepat Lupa Ada Sebabnya Pakar Otak Berikan Jawapannya Take Note Mama

Anak Selalu Sakit Belajar Pun Cepat Lupa Ada Sebabnya Pakar Otak Berikan Jawapannya Take Note Mama

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 362 hits
Pelik juga bila anak kita selalu sangat sakit demam dan selesema Kadangkala sampai dua kali sebulan Duit habis belikan ubat setiap bulan Bila jadi begini kita selalu tertanya tanya Soal pemakanan adalah jawapannya bila anak sering sakit dan...
Video 3 Kali Tangguh Pengajian Sebab Sakit Akhirnya Pergi Bapa Ganti Terima Skrol Anak Undang Sebak

Video 3 Kali Tangguh Pengajian Sebab Sakit Akhirnya Pergi Bapa Ganti Terima Skrol Anak Undang Sebak

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 385 hits
VIDEO 3 Kali Tangguh Pengajian Sebab Sakit Akhirnya Pergi Bapa Ganti Terima Skrol Anak Undang Sebak Hari konvokesyen adalah detik ditunggu tunggu oleh mereka yang bergelar penuntut setelah sekian lama bertungkus lumus ke kelas menyiapkan tu...
Adakah Kerap Kencing Tanda Penyakit

Adakah Kerap Kencing Tanda Penyakit

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 557 hits
Tahukah anda kekerapan membuang air kecil sebenarnya turut menentukan tahap kesihatan pundi kencing anda Lebih sukar lagi keinginan atau gesaan membuang air kecil bukan sekadar masalah kecil tetapi turut menjadi petanda anda berkemungkinan ...
Geram Sangat Dengan Mak Ayah Yang Selfish Bawa Anak Jalan Jalan Walaupun Anak Sakit Penyakit Mudah Berjangkit

Geram Sangat Dengan Mak Ayah Yang Selfish Bawa Anak Jalan Jalan Walaupun Anak Sakit Penyakit Mudah Berjangkit

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 504 hits
Sebagai ibu bapa jika anak anak tidak sihat atau terkena penyakit yang boleh berjangkit kebiasaanya akan dinasihatkan oleh pakar perubatan untuk banyakkan berehat di rumah Penyakit berjangkit boleh merebak dan menyerang kanak kanak lain ter...
2 Anak Di Tapanuli Selatan Bunuh Ayah Karena Kerap Lakukan Kdrt

2 Anak Di Tapanuli Selatan Bunuh Ayah Karena Kerap Lakukan Kdrt

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 236 hits
Berdasarkan informasi dihimpun kedua pelaku pembunuhan yakni TWH dan adiknya FA warga Desa Sampean Sipirok Tapsel Mereka menghabisi ayahnya Sahat warga Desa Sosopan Julu Sosopan Padang Lawas
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut