Garis Kemiskinan Baru Lulus Tetapi Tak Dipakai



Musibah pandemik Covid 19 menyebabkan lebih banyak rakyat Malaysia mengalami insiden kemiskinan.
Malangnya, kadar kemiskinan di Malaysia yang tidak realistik dan pengekalan had tidak realistik tersebut untuk melayakkan rakyat mendapat bantuan menyukarkan lagi kehidupan golongan B40.
Bagi Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar, kerajaan sewajarnya mengguna pakai had kemiskinan yang ditetapkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2019, iaitu RM2,208 sebagai garis kemiskinan semasa yang melayakkan memperolehi bantuan.
“Ukuran kemiskinan kita kena realistik. Tahun 2021 dah moden maka ukuran kemiskinan pun perlulah moden supaya realistik. Kenapa penting? Kerana kalau dulu 2018, RM980 pendapatan isi rumah dikira miskin tegar maka sesiapa yang di atas garis kemiskinan ini tidak dapat bantuan khas. Pada 2019 selepas desakan, kerajaan PH tinggikan lagi kepada RM2,208.
“Bagaimanapun apa yang mengejutkan, bila didedahkan dalam laporan Khazanah Research, untuk pemberian bantuan masih dikekalkan oleh kerajaan (semasa) hanya mereka pendapatan isi rumah RM908 sahaja yang dapat bantuan.
“Bayangkan waktu pandemik ini, ramai yang dapat musibah, mestilah kita kena besarkan (jumlah miskin) sejajar dengan keputusan untuk ambil RM2,208. Kita sedih semacam perjuangan itu tidak ada pelaksanaan kata-kata. Kerajaan semasa perlu ada political will,” katanya dalam wawancara bersama Lensa Parlimen.
Selain itu, menurut Nurul Izzah, kemiskinan isi rumah juga perlu diukur berdasarkan gender.
Katanya, tidak sama kemiskinan ketua isi rumah wanita yang ketiadaan suami berbanding kemiskinan isi rumah yang dikepalai oleh suami.
Jelas Nurul, dalam kajian yang dibuat di kawasan Parlimen beliau, dengan kerjasama pasukan Dr Fatimah Kari, mendapati kemiskinan berasaskan gender tersebut adalah realistik dan perlu diambil kira
Oleh itu, katanya, tumpuan yang lebih terperinci harus diberikan oleh kerajaan kepada isu berkenaan.
“Kita lihat ketua isi rumah wanita jauh lebih miskin daripada ketua isi rumah lelaki. Tangga gaji ketua isi rumah wanita RM1,400 berbanding yang biasa (ketua isi rumah lelaki) lebih RM2,000.
“Kita perlu merangka dasar supaya ia memberi kesan dari segi gender. Kalau ketua isi rumah wanita maka anak-anak akan lebih terkesan. Kita kena lengkapkan (perbaiki) dasar bantuan bagi memenuhi keperluan kepada (isu berasaskan) gender ini,” katanya.
Mengenai Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi dibangun dan diperkenal 2016 oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Nurul amat menyokong kerajaan menggunakannya.
Bagaimanapun katanya, data-data kemiskinan di Malaysia perlu kerap dikemaskini supaya ianya tepat. Misalnya, kemiskinan sebelum Covid 19 dan selepas pandemik berlainan, kerana banyak golongan M40 yang mungkin hilang kerja, muflis dan sebagainya telah menjadi golongan B40.
“Jadi atas dasar itu kalau tengok tengok Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi dibangun dan diperkenal 2016 oleh PBB sebenarnya telah digunakan pakai dalam RMK 11 tetapi tidak begitu diterima (kerajaan) kerana jumlah dan ukurannya yang rendah (menambahkan golongan miskin),” katanya.
Namun tegas Nurul, realiti pahit tersebut perlu diakui kerajaan untuk memastikan tidak ada rakyat Malaysia yang tercicir daripada dibantu. Terutama dalam keadaan banyak fakta menunjukkan simpanan hari tua golongan yang berkerja terlampau sedikit malah tidak mencukupi untuk menampung hidup selepas persaraan.
“Saya kongsikan kajian pesara KWSP 2019 oleh Prof Fatimah Kari. Tengok pesara KWSP rata-rata mereka yang ada pendidikan peringkat sarjana misalnya lebih mudah akses bantuan kerajaan.
“Kedua yang memiliki akses pengangkutan, boleh bawa kereja. Jadi dalam hal ini wanita dianggap lebih miskin dan tersisih kerana bergantung kepada suami untuk bergerak. Atas 60 tahun ramai kehilangan suami.
“Ketiga simpanan selepas persaraan, maksudnya ada simpanan atau tidak dalam amanah saham dan sebagainya.
“Sebab itu, dulu kerajaan PH memperkenalkan skim MySalam, antaranya kalau kita sakit maka kita perlukan dana tambahan untuk ke hospital dan lain-lain bantuan,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33253

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parti Baru Pulak Ada Ros Nak Lulus Balik Awai La

Parti Baru Pulak Ada Ros Nak Lulus Balik Awai La

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 194 hits
Terkini Abang PM bakal lancar parti baru saingan kepada UmnoOctober 7 2021 Kamarazaman Yaakob abang kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan melancarkan parti baru iaitu Parti Kuasa Rakyat yang berbilang kaum dan mesra kerajaan pada ...
Jokowi Resmikan Terminal Baru Bandara Mopah Merauke Berharap Ekonomi Makin Efisien

Jokowi Resmikan Terminal Baru Bandara Mopah Merauke Berharap Ekonomi Makin Efisien

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 181 hits
Jokowi meminta para kepala daerah khususnya di Merauke untuk memanfaatkan bandara ini dengan baik untuk melahirkan sentra ekonomi baru dan meningkatkan investasi di Merauke dan sekitarnya
Adakah Ini Sop Baru Peguam Negara Sprm Soal Ph

Adakah Ini Sop Baru Peguam Negara Sprm Soal Ph

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 226 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan amat risau dengan trend kes mahkamah melibatkan individu individu berprofil tinggi serta penyokong parti pemerintah yang telah dilepaskan atau dibebaskan dari pendakwaan dengan sama ada memulangkan sejumlah w...
Pelajar Ini Teruja Baru Je Sampai Uk Nyanyian Lagu Nazam Berkasih Dapat Pujian Syura Saya Akan Terus Buat Video Di Sini

Pelajar Ini Teruja Baru Je Sampai Uk Nyanyian Lagu Nazam Berkasih Dapat Pujian Syura Saya Akan Terus Buat Video Di Sini

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 312 hits
BAKAT nyanyian gadis ini menerima pujian ramai apabila dia mendendangkan lagu berentak etnik kreatif Malahan cover lagu Nazam Berkasih oleh Nur Farah Azmeera Musa 24 turut menarik perhatian penyanyi asalnya iaitu Syura Mesra disapa Farah di...
Biaya Renovasi Hingga Rp500 Juta Ini Potret Dapur Baru Sule Dan Nathalie Yang Mewah

Biaya Renovasi Hingga Rp500 Juta Ini Potret Dapur Baru Sule Dan Nathalie Yang Mewah

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 253 hits
Istri komedian Sule Nathalie Holscher baru saja merenovasi dapurnya Menghabiskan dana hingga Rp500 juta dapurnya kini menjadi sangat mewah Bernuansa putih dengan sentuhan warna emas Intip beberapa potretnya berikut ini
Sebelum Ini Dia Tak Kisah Sangat Tapi Apa Yang Terjadi Baru Baru Ini Buat Rita Rudaini Tidak Boleh Diam Diri Lagi

Sebelum Ini Dia Tak Kisah Sangat Tapi Apa Yang Terjadi Baru Baru Ini Buat Rita Rudaini Tidak Boleh Diam Diri Lagi

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 352 hits
Selepas namanya digugurkan sebagai pelakon bagi drama 100 episod baru baru ini pelakon Rita Rudaini berkongsi yang sebuah lagi produksi drama telah membatalkan penglibatannya semata mata mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetap...
Baru Tahu Ker Lama Dah Rakyat Tahu Dan Tolak Pada Pilihanraya Lepas Tak Pikap La Otak Slow

Baru Tahu Ker Lama Dah Rakyat Tahu Dan Tolak Pada Pilihanraya Lepas Tak Pikap La Otak Slow

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 207 hits
BOB KELANANGHahaha baru tahu ka lambat pikap la orang lain dah lama tau tapi kitorang paham la pasai korang kuat ketaksuban ngan UMNO dan Melayu selama ni rasis xhinggat sampaikan selalu incite hatred kepada masyarakat Skang bila dah kena b...
Norhizam Saya Baru Gaduh Takkan La Kot

Norhizam Saya Baru Gaduh Takkan La Kot

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 205 hits
Norhizam Saya baru gaduh takkan la kot Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee menafikan dirinya kembali melompat menyokong Pakatan Harapan serta terbabit dalam gerakan beberapa wakil rakyat yang didakwa akan berpal...
Selandia Baru Perketat Perbatasan Setelah Covid Menyebar Di Wilayah Bebas Virus

Selandia Baru Perketat Perbatasan Setelah Covid Menyebar Di Wilayah Bebas Virus

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 188 hits
Selandia Baru mengumumkan untuk memperketat perbatasan karena kasus baru Covid 19 muncul di daerah yang bebas dari virus corona
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk