Gardenia Toast Em Pandan Kelapa Sedap Dan Enak Di Makan Begitu Saja
Gardenia Toast’em Pandan Kelapa Sedap Dan Enak Di Makan Begitu Saja | Bila cakap pasal Gardenia ni kan, semua dari kita tahu kalau dah namanya Gardenia, opkos la SUNGGUH ENAK DI MAKAN BEGITU SAJA. (ada yang nyanyi ke tu). Ok meh kita nyanyi la dulu sampai habis lagu. Hahahaha. Ya betul kalau sebut jer Gardenia teringat selalu kat tagline sungguh enak dimakan begitu saja
Gardenia Toast’em Pandan Kelapa
Lama jugak la KakYa duk tercari cari Gardenia Toast’em Pandan Kelapa ni. Tapi tak jumpa jumpa. Banyak kali la jugak KakYa minta encik suami tengok tengokkan rak roti jeling jeling sikit kalau pegi pasaraya kot kot ada terselit. Tapi sampai ke sudah takde.
Encik suami cakap cer try tanya pihak Gardenia tu, roti ni ada ke tak kat sini. Kalau takde tak payah la nak carik lagi. Hahaha marah benor tuu suruh tanya Gardenia selalllluuu dia. Sebenarnya bukan marah, dia kesian kat bini dia duk suruh cari roti ni dah lama tapi tak jumpa jumpa lagi. Tu jer sebenarnya.
Rasa cam malas dah nak carik. Terus cakap kat encik suami, kalau takde takpe la maybe dah habis atau kat sini memang takde kot. Tup tup semalam encik suami bawak balik Gardenia Toast’em Pandan Kelapa ni. Ni haaa yang di carik carik dah ada ni, baru jumpa. Meh la try apa rasa dia, yang susah sangat nak jumpa ni. Hahaha cam marah jer nada ajak makan.
Nak Cakap Apa Ya Pasal Gardenia Toast’em Pandan Kelapa
Ramai cakap Gardenia Toast’em Pandan Kelapa ni sedap. Maka kita try test cuba (hahaha ayat samaa jer ni) dulu tengok lagumana. Ada jugak yang cakap kalau nak lagi sedap boleh jer bakar. KakYa dah try semalam. Tak sempat nak bakar, makan gitu jer pon dah rasa sedap. Memang sedap seperti yang dikata. Kiranya tak nyesal la beli. Tapi nyesal sebab beli satu jer! Selamat dah masuk perut semua semalam. Layan makan ngan encik suami dan anak anak. Anak anak pon cakap sedap. Lepas sekeping, sekeping lagi diaorang makan. Sedar sedar dah habis dah satu plastik.
Sedap Tak Boleh Bawak Bincang!Masa mula mula pandang dan tenung tenung, YESS ada iras iras Gardenia Butterscotch. Sebijik nak sama, beza sikit jer warna hijau light light tu jer tak sama (tak nampak sangat hijaunya) Tapi bila dah masuk mulut, oyeah oyeahh Gardenia Toast’em Pandan Kelapa lagi sedap dari Butterscotch la. Sedap takleh nak ajak bawak bincang hahaha. Cukup rasa dia. Macam makan roti zaman kecik kecik dulu. Memang rugi kalau korang tak cuba. Sedappppp!! Seyess sedap! Korang cubalah sendiri.
Harga dia RM4.70 sahaja. Oleh sebab sedap takleh bawak bincang, KakYa cakap la kat encik suami, nanti kalau nampak jer belilah lagi. Takyah tanya tanya dah. Beliiii jer. Boleh gittew.
Gambar roti takde ke? Tak sempat nak tangkap gambar. Tangkap gambar roti dalam plastik jer. Jadi takde la rupa paras roti kat dalam entri ni. Nak tengok rupa paras roti lagumana, cepat cepat pegi beli hahahahaha .. Ni bukan review berbayar dari Gardenia okey. Ni review ikhlas dari hati. Haaaa ikhlas dari hati gituuu ..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2021/08/gardenia-toastem-pandan-kelapa-sedap-dan-enak-dimakan-begitu-saja.html