Garci Pro Gel Sangat Membantu Mengurangkan Rasa Lenguh Dan Kebas
Hi Korang,
Sejak pindah office ke KL ni, masalah lenguh-lenguh dan sakit belakang mula menjelma. Maybe lama sangat duduk dalam kereta jem agaknya
Yelah lepas Subuh dah keluar, duduk dalam sejam cam tuh untuk sampai ke office, kemudian balik rumah plak makan masa dalam 1 ½ jam setiap hari mana tak lenguh-lenguh seluruh badan, terutama sekali kaki. Mana tak nyer menekan pedal minyak dan brek manjang jer kan akibat jem
Ada sekali tuh, sampai nak solat pun guna kerusi sebab solat duduk
Ni bulan Ramadan ni, bila solat terawih masa malam kedua tuh memang terpaksa guna kerusi. Nak abiskan 8 rakaat pun bercinta gamaknya. Lepas dari malam tuh selang seli buat solat terawih sebab takut kaki makin lenguh
Minyak angin biasa ada je standby kat rumah ni tapi effectnya tuh sekejap jer hah tambahan pulak rasa panas di tempat yang kak lily sapu dan ada bau yang kuat melekat di kaki. Jadinya sapu pun bukan setiap hari sebab tak tahan panas dan bau yang kuat
Bila scroll kat FB ni ternampak plak testimoni Garci Pro nieh, nampak macam memberangsangkan jer kesan orang-orang yang menggunakannya. Apa lagi malas nak fikir panjang terus kak lily order online sajor. Lepas berbalas-balas DM dan buat payment akhirnya sampai Garci Pro di rumah
Massage Gel Garci Pro
Kalau korang nak tau yang Garci Pro di keluarkan oleh jenama MISG Global produk kesihatan gel urutan yang berasaskan minyak kayu putih atau lebih di kenali sebagai Eucalyptus Oil
Produk ini mampu membantu melancarkan peredaran darah di saluran darah dan saraf dan ia amat mudah meresap ke dalam kulit kerana telah di hasilkan menggunakan teknologi nano
terpicit banyak plakk... ishk rugiii
hah letak kan tempat yang lenguh-lenguh tuh
cepat meresapnya dan bau pun harummmm
Bila sampai tuh, malam tuh jugak lepas solat kak lily sapukan gel Garci Pro ni, sapu pada bahagian lutut, tumit kaki dan juga belakang bahu ni. Seriously rasa lega seketika hah bahagian yang lenguh-lenguh tuh. Mak oi kemain sejuk lagi gel ni lepas di sapu rata, cepat meresap plak tuh
Even kak lily sapukan pada Mr Big kat bahunya terasa lega betul lenguh-lenguh katanya
Selain daripada mengurang kan lenguh-lenguh dan rasa kebas, Garci Pro ini bermanfaat untuk :
Membantu Proses Rawatan Kebas Pada Anggota Badan
Membantu Proses Melancarkan Pengaliran Darah Dan Merawat Salur Darah Tersumbat.
Membantu Proses Melegakan Kekejangan Otot
Membantu Proses Melegakan Sakit Urat Dan Sendi
Membantu Proses :-Melegakan Pening Kepala-Melegakan Selsema-Melegakan Sakit Perut/Senggugut
Mari kita lihat bahan-bahan yang terkandung di dalam gel Garci PRO ni adalah :
Minyak Kayu PutihApple HijauTeaArgan OilAloe VeraPeppermint
Di antara kelebihan Gel Garci PRO adalah :
Rasa sejuk dan tak panas
Tekstur tidak melekit dan bau menyegarkan (aromaterapi)
Pantas meresap dalam kulit dan tak berminyak langsung
Merawat saluran darah dan saraf yang rosak penyebab kebas
Melancarkan aliran darah di bahagian kebas
Mengelak risiko strok dan serangan jantung mengejut
Merawat sakit2 badan
Membuang angin dalam badan
Ni kak lily kongsi video cerita lanjut mengenai Garcia Pro ini yer
Memang kak lily rekemen kepada sesiapa yang mempunyai masalah lenguh-lenguh, sakit tumit dan masalah kebas-kebas bolehlah dapatkan Gel Garcia Pro ini, kerana ianya berjaya mengurangkan sakit-sakit yang korang alami. Kak lily sendiri pun gunakannya setiap malam sebelum tidur untuk merasa cergas keesokkan harinya
Untuk maklumat lanjut boleh rujuk info di bawah :
Instagram :instagram.com/garcipro_malaysia/
Facebook :facebook.com/gelsarafHq/
Website :https://gelcegahsaraf.com/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2021/04/garci-pro-gel-sangat-membantu.html