Garapan Cerita Rindu Kamu Separuh Nyawa Meruntun Hati Sa


Assalamualaikum..
Hi korang...
Siapa follow drama Rindu Kamu Separuh Nyawa yang tengah trending kat Astro sekarang ni? SA memang dh baca novel hasil nukilan novelis yang SA minat sangat iaitu Siti Rosmizah Ismail. Setiap nukilan dan karya Siti Rosmizah memang buat SA puas hati sangat-sangat dan x pernah tak bagus. Sebab tu Siti Rosmizah antara nivelis popular yang karya nyer laris di pasaran. Siapa yang mengikuti drama Rindu Kamu Separuh Nyawa ni rasanya setuju dengan pendapat SA dimana cerita ni sangat-sangat melekat di hati semua yang meminatinya...untuk minggu terakhir ni kisahnya sangat menyentuh hati....tak semena-mena SA turut mengalirkan airmata bila tgok citer ni. Memang terkesan seperti semaaa SA baca novel cerita ni. Entah mana SA letak novel ni...ada dalam almari kot...adik SA nak pinjam novel....hehehe...nanti la cari semula...

Sinopsis Novel
“Kasih Maisara!!!”


Kemarahan papanya tidak diendahkan. Sikap angkuh dan sombong begitu menebal dalam diri. Ditambah pula dia menyalahkan papanya atas kematian arwah mamanya.
Pertemuan tanpa di duga dengan lelaki bernama Nazril Nazim membuka tirai baru dalam hidupnya. Maisara bertemu buku dengan ruas, keegoannya dicabar!
“Saya lagi rela kahwin dengan perempuan hodoh! Sebab kebahagiaan bukan pada paras rupa. Saya mencari isteri solehah bukan ratu cantik dunia!”
Bagai nak meletup jantung Maisara mendengarnya!
“Nazril! Kau sedang bermain dengan api! Dan api itu adalah aku! Aku akan bakar kau sampai hangus!”
Manusia itu tak sempurna pasti ada salah dan silapnya. Begitu juga Maisara, ketulusan cinta Nazril Nazim menyinar keinsafan dalam dirinya. Namun di kala kasih berputik, cinta bersemi, Nazril pergi begitu saja.
Maisara akur kesilapannya tapi kenapa tiada ruang kemaafan buatnya? Hati Nazril beku! Maisara memujuk! Maisara merayu! Sekelumit pun tidak terkesan di hatinya!
“Mulai hari ini, awak tutup pintu hati awak serapat-rapat untuk saya sebab Nazril Nazim tak akan terima awak sampai awak mati!”
Ya Allah! Begitu bisa setiap patah katanya.
“Awak jangan risau, saya tak akan kembali semula dalam hidup awak. Kalau ditakdirkan saya mati, saya akan bawa kata-kata awak sampai ke liang lahad! Cuma jika awak ada sedikit ehsan, buat terakhir kali imamkan jenazah saya. Bawa jenazah saya ke kubur, kebumikan saya dan kata Kasih Maisara saya dah buktikan saya tak akan terima awak sampai awak mati!” Jelas kelukaannya.
Kini, Kasih Maisara telah pergi. Keluar air mata darah sekali pun dah tak berguna lagi!
“Maafkan abang sayang, maafkan abang. Hati abang tak pernah mati buat sayang. Saralah nafas, nyawa dan bidadari syurga abang.”
Dalam hati dihimpit kekesalan, Nazril mendongak ke langit memandang bintang yang bertaburan.
“Kasih Maisara, rindu awak separuh nyawa,” bisiknya dengan deraian air mata.


Sinopsis Drama
SINOPSIS RINDU AWAK SEPARUH NYAWA
Maisara menyimpan dendam terhadap ayahnya, Dato’ Raqib, kerana dia merasakan bahawa Dato’ Raqib merupakan penyebab kematian ibunya. Kerana dendam itu, Maisara telah menggunakan Aidil, anak lelaki kepada sahabat baik bapanya sebagai kambing hitam dalam rancangan memalukan ayahnya. Maisara berpura-pura jatuh cinta dengan Aidil dan membatalkan upacara pertunangan ketika ia bakal berlangsung. Aidil kecewa namun dia menerima keputusan Maisara kerana perasaan cintanya masih ada buat gadis sombong itu.


Dalam kejadian lain, Maisara hampir melanggar Nazril Nazim yang sedang menunggang motorsikal. Tercetus perbalahan kecil sewaktu mereka berdua bersemuka buat pertama kali itu. Pertemuan kedua mereka adalah apabila Nazril menghubungi Maisara untuk menyerahkan surat amanah sahabat baiknya Aidil, tanpa mengetahui bahawa Kasih Maisara yang telah mengecewakan sabahatnya itu merupakan perempuan yang sama yang diceramahnya sebelum ini. Sewaktu bertemu, sekali lagi Nazril menegur kesombongan Maisara. Nazril satu-satunya lelaki yang berani menegur perangai buruk Maisara. Egonya terusik dengan teguran Nazril. Teguran Nazril didengari oleh musuh Maisara, Sally yang kemudiannya mencabar gadis itu untuk menjadi isteri Nazril. Dengan sombongnya Maisara bersetuju menyebabkan Nazril Nazim menjadi mangsa pertaruhan bodoh Maisara tanpa dia ketahui.


Pelbagai cara yang Maisara gunakan untuk mendekati Nazril. Tanpa Maisara ketahui, keluarga Nazril telah memilih Nurul Huda, gadis sekampung Nazril sebagai calon isteri buat Nazril dan mereka bakal disatukan setelah keduanya habis belajar. Nurul Huda juga merupakan teman sebilik Maisara yang sangat dibencinya. Namun satu kejadian yang tidak dijangka berlaku, Nazril membuka hatinya untuk mengambil Maisara sebagai isterinya. Nurul Huda yang sememangnya menyayangi Nazril kecewa. Manusia tidak sempurna dan melakukan kesalahan. Maisara hidup dan belajar, ketulusan Nazril menyiram dirinya dengan cinta membuatkan dia sedar. Walaupun begitu, ketika cintanya mulai mekar, Nazril menyedari bahawa perkahwinan mereka hanyalah ‘pertaruhan’ buat Maisara, dan dia pergi dengan hati yang patah. Maisara yang sedang dilamun cinta menunggu kepulangan suaminya namun Nazril tidak kunjung tiba, apakah itu pengakhiran kisah cinta mereka.
Rindu Kamu Separuh Nyawa lakonan mantap Shukri Yahaya, Uqasha Senrose, Marsha Milan, Norreen Iman, Fizo Omar dan ramai lagi...
Jom kita tengok episode seterusnya malam nanti...drama ni yang SA tunggu-tunggu walau SA dah tau ending ceritanya cuma tak nak la jadi spoiler sebab SA tau ramai yang blom baca novel ni lagi kan..




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.suriaamanda.com/2021/06/garapan-cerita-rindu-kamu-separuh-nyawa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Penonton Terkesan Lakonan Shukri Yahaya Dalam Rindu Awak Separuh Nyawa Dipuji

Hiburan Penonton Terkesan Lakonan Shukri Yahaya Dalam Rindu Awak Separuh Nyawa Dipuji

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 410 hits
Pelakon Shukri Yahaya berasa amat gembira apabila lakonan beliau dalam drama Rindu Awak Separuh Nyawa dipuji kerana berbeza dengan drama drama yang sebelum ini pernah dilakonkan olehnya Menurut Shukri atau nama sebenar Mohd Shukri Yahaya di...
Biodata Pelakon Yang Membawa Watak Qistina Dalam Rindu Awak Separuh Nyawa 2021

Biodata Pelakon Yang Membawa Watak Qistina Dalam Rindu Awak Separuh Nyawa 2021

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 677 hits
Blog post kali ni Fiza nak share sesuatu tentang drama trending berkaitan dengan pelakonnya Mungkin ada yang dah kenal ada yang belum Kan Sebenarnya Fiza pun tak pernah tahu pun mengenai artist ni tapi bila menonton drama Rindu Awak Separuh...
Puas Hati Dengan Jersi Sublimation Yang Dicetak Jrig Gear Sublimation Packaging Printing

Puas Hati Dengan Jersi Sublimation Yang Dicetak Jrig Gear Sublimation Packaging Printing

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 391 hits
Puas Hati dengan Jersi Sublimation yang Dicetak JRig Gear Sublimation Packaging Printing Baru baru ni Nona terdengar kat my favourite radio Best FM tentang jersi sublimation yang dicetak oleh team JRIG Gear Jersi yang sesuai untuk aktiviti ...
Penyatuan Dua Hati Menjadi Satu

Penyatuan Dua Hati Menjadi Satu

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 320 hits
Pertunangan Tarikh 08 Jun 2013Tempat Bandar Indera Mahkota Kuantan PahangPernikahan Tarikh 10 Ogos 2013Tempat Masjid Negeri Kuantan Pahang Kenduri Sebelah Perempuan Tarikh 11 Ogos 2013Tempat Dewan Utama Wisma Belia Indera MahkotaFB Event Ke...
Lirik Satukan Hati Kami Kintani

Lirik Satukan Hati Kami Kintani

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 326 hits
Disini setahun yang laluMenyatu hatiku dan hatimuTanpa janji janji tanpa kemesraanKau diam akupun membisuKau pergi dengan cita citaKe kota yang jauh di sanaPasrah sudah hati hanya doa restuKutunggu
Tanda Tanda Hati Yang Sudah Mati Muhasabah Diri Sebelum Tidur

Tanda Tanda Hati Yang Sudah Mati Muhasabah Diri Sebelum Tidur

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 300 hits
Setiap kebaikan yang dilakukan di atas muka bumi ini pasti akan dibalas dengan kebaikan kelak Sebagai umat Islam ganjaran pahala akan diberikan kepada mereka yang sentiasa beramal dan melakukan kebaikan
Suami Yang Sakitkan Hati Isteri Allah Akan Tarik Berkat Dalam Hidupnya Kerana Isteri Adalah Amanah Dari Allah

Suami Yang Sakitkan Hati Isteri Allah Akan Tarik Berkat Dalam Hidupnya Kerana Isteri Adalah Amanah Dari Allah

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 214 hits
nbsp Suami Yang Sakitkan Hati Isteri Allah Akan Tarik Berkat dalam Hidupnya Kerana Isteri Adalah Amanah Dari Allah nbsp Isteri adalah amanah Allah kepada suami begitu juga sebaliknya Apabila disebut sebagai amanah bermakna ia bakal ditanya ...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Isu Ham Di Universiti Malaya

Lirik Lagu Jauh Danial Kifli

0x1c8c5b6a

Tidak Seindah Filem Ini Kisah Dina Sanichar Mowgli Versi Sebenar Yang Dibesarkan Serigala

Gua Damai Extreme Park Batu Caves Pakej Aktiviti Dan Harga

2025 Skoda Octavia Select And Rs Price And Specs