Garam Betapa Pentingnya Dalam Kehidupan Seharian Kita


GARAM..betapa pentingnya dalam kehidupan seharian kita...Garam mempunyai pelbagai fungsi yang penting kepada tubuh badan. Ia bukan sahaja tertumpu kepada menetapkan kadar air didalam tubuh tetapi pelbagai fungsi yang berkesan untuk kesihatan secara keseluruhan. 

Fungsi Garam Kristal Hiamalaya.
Antara fungsi-fungsi penting garam ialah:

1. Garam sangat penting dalam menstabilkan degupan jantung yang tidak tetap. Terdapat tanggapan yang salah dimana garam menyebabkan tekanan darah tinggi. Sebenarnya garam penting dalam tekanan darah bersama air.

2. Garam penting untuk mengeluarkan asid yang berlebihan daripada sel-sel didalam tubuh terutama sel-sel otak.

3. Garam penting untuk menyeimbangkan paras gula dalam darah, elemen yang diperlukan oleh pesakit diabetes.

4. Garam sangat penting untuk menjana tenaga hidroelektrik dalam sel-sel tubuh. Ia digunakan untuk menjana kuasa dalaman dimana tenaga diperlukan oleh sel-sel.

5. Garam penting untuk proses komunikasi dan informasi sel saraf semasa sel- sel otak bekerja, dari saat persenyawaan hingga kematian.

6. Garam penting  untuk penyerapan partikel makanan melalui saluran usus.

7. Garam penting untuk mengeluarkan lendir dan gelema, khususnya masalah asma dan cystic fibrosis.

8. Garam penting untuk melegakan masalah selesema dan resdung

9. Garam merupakan antihistamin semulajadi yang kuat.

10. Garam sangat penting untuk mencegah kekejangan otot.

11. Garam juga penting untuk mencegah pengeluaran air liur yang berlebihan semasa tidur.Keadaan ini menunjukkan bahawa badan kekurangan garam.

12. Garam sangat penting untuk membina struktur tulang. Osteoporosis terjadi akibat kekurangan garam dan air dalam tubuh.

13. Garam dapat membantu tidur menjadi lebih nyenyak.

14. Garam merupakan unsur yang sangat diperlukan dalam merawat pesakit diabetes.

15. Garam yang diletakkan di lidah mampu menghentikan batuk kering.

16. Garam penting untuk mencegah penyakit gout dan arthritis gout.

17. Garam penting dalam mengekalkan seksual dan libido.

18. Garam penting untuk menghalang vena varikos (urat timbul) pada peha dan kaki.

19. Garam Kristal Himalaya mengandungi 84 mineral yang diperlukan oleh tubuh. Sebahagiannya diperlukan dalam kuantiti yang sangat kecil. Garam biasa yang dibeli di pasaran telah dikeluarkan mineral – mineral yang lain dan mengandungi unsur aditif seperti aluminium silikat untuk menjadi serbuk dan berpori. Aluminium adalah unsur yang sangat beracun dalam sistem saraf manusia dan ini sebagai salah satu punca yang menyebabkan penyakit Alzheimer.

20. 27% garam berada di bahagian tulang manusia. Osteoporosis terjadi apabila badan memerlukan lebih banyak garam dan ia di ambil dari tubuh itu sendiri. Tulang mempunyai 22% air. Ianya jelas bahawa Osteoporosis berlaku apabila badan kekurangan garam atau air atau kedua-duanya.
Nota:
Sumber diperolehi daripada  buku  “Salt Your Way to Health” yang ditulis  oleh Dr. David Brownstein

Garam
Didalam GARAM ini, elemen elemen yang didapati adalah dalam serbuk yang mana ianya senang dilarut oleh tubuh manusia dan mudah diproses. Garam Kristal Suatu ketika dulu pernah digelar Raja Garam kerana ianya hana dihidangkan untuk RaJA sahaja.

Mengandungi elemen yang tertinggi di dunia dengan 84 elemen nutrient yang kita perlukan setiap hari.
Asli, tidak tercemar. Tanpa kesan persekitan. Daripada masa apabila dunia dalam keadaan asli.
Tidak mengandungi sebarang pencemaran daripada kesan pencemaran dipersekitarannya.
Rahsia alam semulajadi yang tersimpan sejak 250,000,000 tahun yang lalu akhirnya terbongkar Garam Himalaya adalah sumber simpanan semulajadi untuk kekuatan tenaga hayat. Garam yang istimewa ini menunggu masanya untuk menyatakan sifat semulajadinya sebagai penyimpan tenaga dengan kendungan BIO-PHOTON bagi kesihatan manusia sejagat.
Kehidupan Fisikal, Kebendaan,Biologi TELAH membentuk secara semulajadi masuk dan keluar sejak berbillion tahun daripada lautan yang disebut Lautan Purba. Sehingga di saat ini air, garam dan oksigen adalah suatu keperluan untuk penciptaan kehidupan organic.

Kristal garam bukit daripada Himalaya berasal daripada penguapan lautan purba semenjak ratusan juta tahun yang lalu. Tenaga solar, yang diperlukan untuk penciptaan ini diperangkap didalam setiap zarah daripada kristal garam ini yang dipanggil BIO-PHOTONS
Selain daripada tenaga, setiap galian didalam bumi berada didalam garam kristal ini dalam bentuk yang banyak yang mana ia menyamai dengan Jumlah galian yang terdapat didalam struktur sel kita,jika kita hendak mengambilnya dengan cara yang bijak.

Galian-galian ini tersangatlah kecil, yang mana mereka boleh diterima oleh badan kita pada paras selular: mereka adalah. Jika dilarutkan kedalam air,garam itu sangat berguna kepada kita,bersama dengan tenaga solar yang diperolehi.

Dengan mengambil sejumlah kecil dengan segelas air akan mempastikan kandungan galian dikembalikan pada tubuh kita : sel sel tersebut akan berfungsi semula diharmonikan , disusun dan dikuatkan semula: dan banyak penyakit moden akan lenyap dalam masa itu dan dengan itu kehidupan kita akan menjadi lebih baik dan sihat.

EMAS PUTIH KEPADA RACUN PUTIH. 
Garam yang telah ditapis termasuklah garam laut  tidak menyumbangkan secara positif apa sahaja fungsi terhadap tubuh kita. Kesan daripada proses penapisan saiz serbuk garam tersebut menjadi terlalu besar untuk diambil oleh sel badan kita. Ini juga sama seperti dalam kes garam laut dan garam bukit yang biasa. Alasan yang kukuh mengapa garam ditapis sedemikian rupa ialah kerana industri kimia memerlukan Jumlah yang sangat besar dalam bentuk garam tulin iaitu Sodium Klorida(NaCI)

Garam dapur dirumah kita adalah sisa daripada penapisan garam industri ini. Bagaimanapun tubuh badan kita mengklasifikasikan garam ini sebagai RACUN, bukan semulajadi dan akan menggunakan apa saja proses untuk mengeluarkannya.

Hidup kita mustahil tanpa garam. Tetapi garam yang kita gunakan pula membunuh kita. Daripada Emas Putih bertukar menjadi Racun Putih. Garam yang kita makan bukanlah garam asli yang mempunyai semua galian sebaliknya hanyalah Sodium Klorida.

Buah Pinggang kita, yang bertanggungjawab untuk proses ini, malangnya hanya mampu menapis lebeh kurang 7 gram tulin sehari: dan baki garam yang kita makan akan dibawa air dan dimendapkan ke dalam tisu otot, keatas tulang dan penyambung, yang akhirnya akan menyebabkan masalah lain iaitu arthritis(sakit sendi) dan rheumatism (sengal sengal).

Daripada 84 elemen-elemen galian yang terdapat di dalam tubuh badan manusia , 72 dipercayai bahan paling penting dan diet yang sihat.
Semua galian-galian ini adalah kristal matrik yang sempurna dan bersifat bentuk yang terakhir (caj elektrik )
Saranan Nabi SAW ialah supaya memakan sedikit garam sebelum makan ini nampaknya berlawanan dengan pendapat perubatan moden yang menyatakan bahawa memakan garam berlebihan itu membahayakan kesihatan . Tetapi dengan ilmu metabolisme jasmani di zaman moden. Ini jelas mengesahkan bahawa nasihat Nabi SAW itu memang bijak dan tepat sesuai dengan sains moden .

Garam mengandungi 84 elemen-elemen galian terpenting. Diantaranya klorida, dan klorida dalam garam itu sahajalah satu-satunya klorida yang boleh digunakan oleh badan untuk membuat asid hidroklorik iaitu bahan penting untuk penghadaman. Oleh yang demikian sedikit garam dimakan sebelum makan dapat mencukupkan asid hidroklorik dalam perut sebelum makanan yang baru masuk dalam perut.
Perlu diketahui bahawa kesan yang membahayakan akibat terlalu banyak makan garam itu adalah kerana paras sodium naik tinggi .bukannnya paras klorida .Bahkan orang yang langsung tidak makan garam mungkin mendapat penyakit akibat kekurangan asid hidroklorik dalam badannya. Nabi pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali makan. Baginda berkata Sesiapa yang memulakan makan dengan memakan secubit garam ALLAH akan hindarkan 330 jenis penyakit , yang paling kurang ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh ALLAH sahaja.
Kelebihan garam
Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.
Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.
SUNNAH-SUNNAH BERKAITAN GARAM
Dari  Abdullah Bin Umar
" Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu beis, api ,air dan garam"
Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .
Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda " Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .
Hadis riwayat Ibnu Majah
" Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam "
Rasulullah pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali makan. Baginda berkata "Sesiapa yang memulakan makan dengan memakan secubit garam ALLAH akan hindarkan 330 jenis penyakit , yang paling kurang ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh ALLAH sahaja."

'Dengan mengambil secubit garam dan segelas air tubuh kita akan mencuci dengan sendirinya secara keseluruhan, sel-sel badan akan dikembalikan, semua proses kehidupan akan diharmonikan , disusun dan dikuatkan semula: dan banyak penyakit moden akan lenyap dalam masa itu dan dengan itu kehidupan kita akan menjadi lebih baik dan sihat.'





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.khatyaiman.com/2020/01/garambetapa-pentingnya-dalam-kehidupan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Betapa Pentingnya Me Time Untuk Isteri Suami Jangan Tutup Rapat Mata Dan Telinga

Betapa Pentingnya Me Time Untuk Isteri Suami Jangan Tutup Rapat Mata Dan Telinga

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 650 hits
Bukan suami je yang ada hobi Cover image via Akhtar Syamir Isteri bahagia Keluarga bahagia Inilah formula rumah tangga yang paling lazim kita dengar dalam memastikan kebahagiaan hidup berkeluarga Kaum ibu atau isteri adalah satu ciptaan Tuh...
Jalani Kehidupan Seharian Kerana Allah In Syaa Allah Kehidupan Dapat Dinikmati Dan Disyukuri 9513

Jalani Kehidupan Seharian Kerana Allah In Syaa Allah Kehidupan Dapat Dinikmati Dan Disyukuri 9513

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 247 hits
Apapun yang Terjadi Dalam Hidup Ini Jalani Nikmati Syukuri dan Jangan Mengeluh By Abdul somat maulana Desember 16 2019 Tidak usah banyak tanya dan mengeluh atas apapun yang Allah persembahkan kepada kita cukup jalani nikmati syukuri dan pas...
Bagaimana Kehidupan Anda Sejak Harga Bawang India Meningkat

Bagaimana Kehidupan Anda Sejak Harga Bawang India Meningkat

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 296 hits
Berikutan itu pembeli sukar untuk mendapatkan bawang India kerana kekurangan bekalan dan jika ada sekalipun harganya sangat mahal Bagaimana kehidupan anda sejak harga bawang India meningkat
Pada Akhirnya Semua Akan Meninggalkan Jogja Kota Yang Memberimu Kehidupan 25 Jam Setiap Harinya

Pada Akhirnya Semua Akan Meninggalkan Jogja Kota Yang Memberimu Kehidupan 25 Jam Setiap Harinya

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 290 hits
Bagi yang pernah atau sedang menimba ilmu dan pengalaman hidup di kota yang satu ini kamu akan sadar bagaimana Jogja tak pernah mengizinkanmu berdamai dengan ingatan
Rindu Adalah Sebahagian Fitrah Kehidupan Manusia Bersifat Makhluk Dan Hamba Allah 9539

Rindu Adalah Sebahagian Fitrah Kehidupan Manusia Bersifat Makhluk Dan Hamba Allah 9539

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 751 hits
Rindu Kerinduan Dirindui Merindui Adalah lumrah kehidupan seseorang manusia Bagaimana orang bertakwa dan beriman meladeni perasaan rindu ini Mereka tanpa ragu ragu kerana Allah mengutamakan perasaan merindui Allah dan Pesuruhnya Nabi Muhamm...
Sitkom Young Rock Inspirasi Kehidupan Remaja Dwayne The Rock Johnson Bakal Dihasilkan

Sitkom Young Rock Inspirasi Kehidupan Remaja Dwayne The Rock Johnson Bakal Dihasilkan

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 385 hits
Stesyen penyiar NBS bakal menghasilkan sitkom bertajuk Young Rock inspirasi dari kisah hidup remaja Dwayne The Rock Johnson Sitkom tersebut dihasikan Nancatchka Khan dan turut diterbitkan Johnson sendiri Johnson juga turut mewar warkan sitk...
Kehidupan Di Syurga Menurut Al Quran Dan Hadis

Kehidupan Di Syurga Menurut Al Quran Dan Hadis

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 307 hits
Kehidupan Di Syurga Menurut Al Quran Dan Hadis Sebelum tiba ke syurga manusia akan di kumpulkan di padang Mahsyar Allah SWT akan membentangkan alam ini dan diratakan Tiada lagi tempat yang rendah dan tinggi Padang mahsyar ini teramatlah lua...
Kehidupan Seorang Cikgu Seperti Digambarkan Dalam Jumanji The Next Level

Kehidupan Seorang Cikgu Seperti Digambarkan Dalam Jumanji The Next Level

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 232 hits
Hai semua Rasanya belum terlambat untuk kami ucapkan Selamat Tahun Baru 2020 kepada semua pengunjung blog Cikgu Share Masing masing sudah pasti sedang sibuk dengan kelas dan aktiviti awal tahun di sekolah kan Ada yang masih dalam mood cuti ...
Zaid Mahu Kehidupan Lebih Baik Untuk Rakyat Kelantan

Zaid Mahu Kehidupan Lebih Baik Untuk Rakyat Kelantan

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 256 hits
BERITABekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Zaid Ibrahim mempunyai rancangan untuk memastikan kemenangan DAP di Kelantan walaupun negeri itu diketahui merupakan kubu kuat PAS Pengerusi DAP Kelantan yang baru dilantik itu berkata matlamat...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024

Polis Kuantan Sedang Menyiasat Lelaki Disyaki Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri

Pernah Makan Ikan Puyu

Ke Pantai Telok Kemang

My K Drama Pilgrimage

Hiburan Kisah Jawab Exam Online Atas Pokok Pernah Tular Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan