Garam Berlebihan Bawa Penyakit


Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
[email protected]


KURANGKAN pengambilan garam dalam masakan
APA yang anda makan hari ini? Kalau di rumah, anda mungkin dapat mengawal makanan sekeluarga. Di luar sama ada anak anda di sekolah atau pasangan anda di pejabat, mereka mungkin makan makanan yang anda bekalkan atau membeli makanan yang dijual di kafe, restoran atau kantin.


Misalnya, apabila loceng berbunyi di akhir sesi sekolah, lain pula ceritanya. Anak-anak mungkin mengisi perut dengan snek atau makanan ringan apalagi jika masih ada banyak duit belanja di saku.
Ada juga snek yang disertakan dengan barang permainan yang dijadikan sebagai umpan pembelian.


Snek semakin menjadi isu besar khususnya dalam kalangan generasi muda yang juga boleh menjurus kepada pelbagai isu kesihatan jika dibiarkan berleluasa.
Si ibu yang mengandung pula tidak boleh berpisah dengan jeruk. Kata mereka, ia menjadi kegemaran untuk menghilangkan rasa loya. Benar atau tidak, orang ramai juga perlu mengkaji kandungan garam pada jeruk. Ia mungkin memberi kesan pada ibu dan bayi yang dilahirkan.


Lain pula ceritanya warga kota yang gemarkan makanan yang diproses dalam tin seperti sardin dan sebagainya. Kesibukan berkerja atau tempat membeli makanan segar yang terhad menggalakkan senario ini. Mungkin tidak salah tetapi cuba baca label makanan tersebut kerana ia mungkin mengandungi garam yang berlebihan.
Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan menyuarakan kebimbangan masyarakat dalam pengambilan garam. Ramai tidak menyedari garam juga memberi kesan terhadap kesihatan. Jiika gula popular dengan kencing manis, garam pula sering dikaitkan dengan darah tinggi. Malah, garam juga menjadi ibu segala penyakit kerana masalah darah tinggi boleh memberi kesan kepada jantung, buah pinggang, masalah obesiti dan sebagainya.


Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, selain daripada mengurangkan pengambilan gula, orang ramai disarankan supaya mengurangkan pengambilan garam ataupun natrium dan sodium dalam makanan.
Saranan pengurangan garam tidak melebihi satu sudu atau lima gram dibuat berikutan hasil kajian di Hong Kong yang mendapati beberapa produk makanan dalam tin seperti daging lunceon dan sardin mempunyai kandungan natrium atau sodium yang tinggi. Kajian tersebut yang dilaporkan agensi berita antarabangsa pada 15 April lalu, mendapati kandungan natrium dalam makanan melebihi saranan pengambilan harian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


Seperti yang ditegaskan Tiong Lai, daging lunceon dan sardin dalam tin merupakan makanan yang terproses dan mengandungi garam, air dan bahan pengawet seperti natrium nitrat, kalium nitrat, natrium nitrit atau kalium nitrit.
Natrium boleh digunakan sebagai ramuan makanan atau bahan pengawet.


Di Malaysia, pelabelan bagi nitrat tidak diwajibkan memandangkan fokus pelabelan pemakanan hanya bagi empat nutrien utama -- tenaga, protein, karbohidrat dan lemak, dengan pemantauan ke atas kandungan natrium hanya dibuat bagi makanan terproses.
Di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, standard bagi garam (natrium klorida) ditetapkan di bawah peraturan 283, di mana garam perlu mengandungi tidak kurang daripada 95 peratusan natrium klorida.


Bagaimanapun, beberapa standard makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 mempunyai peruntukan membenarkan penambahan garam, dengan peruntukan khusus bagi paras garam atau natrium yang perlu tambah seperti untuk belacan, cincalok, sos ikan, ikan kering dan pekasam (jeruk).
Liow berkata, peraturan Diet Makanan 2010 menyarankan pengambilan garam tidak melebihi satu sudu atau lima gram garam, bersamaan 2000 miligram natrium sehari, dan ini selaras dengan saranan WHO (2007).


"Berdasarkan kajian pengambilan makanan di kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, pengambilan natrium di kalangan rakyat Malaysia adalah sebanyak 2,575 miligram sehari.
"Ini menunjukkan rakyat Malaysia mengambil natrium melebihi jumlah yang disarankan. Kajian yang sama juga mendapati pengambilan garam yang tinggi dikaitkan dengan peningkatan tekanan darah," katanya.


Berdasarkan Panduan Diet Malaysia 2010 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, terdapat beberapa contoh makanan yang tinggi kandungan natrium melebihi paras 480 mg natrium seperti -- kacang panggang (tin), sayur/sayur jeruk (tin), sup tomato (tin), ayam goreng (makanan segera), kari ayam (tin), kiub ayam, rendang daging (tin), kari daging (tin) dan sardin (tin).
Selain itu kicap pekat dan kicap cair, kondimen seperti sos tomato/cili/tiram, cincalok dan belacan juga melebihi paras 480 mg natrium.


Sehubungan itu, Liow menyeru orang ramai mengurangkan penggunaan garam dan sos dalam makanan selain kurangkan pengambilan makanan dalam tin, dijeruk atau makanan digaramkan seperti telur masin.
"Utamakan makanan segar seperti daging segar berbanding daging ditinkan. Rendam dahulu makanan yang bergaram (seperti ikan masin/ikan bilis) sebelum dimasak untuk membuang garamnya.


"Sekiranya membeli makanan terproses, baca panel maklumat pemakanan pada label makanan untuk mengetahui kandungan garam dan pilihlah produk yang mengandungi kurang kandungan natrium," katanya.
Kesedaran


Sementara itu, menurut Pakar Pemakanan Hospital Pantai Ampang, Nor Lizawati Che' Lah, natrium sebenarnya perlu untuk melancarkan proses bendalir dalam badan. Namun kandungan natrium perlu ada hadnya kerana jika berlebihan, ada yang tidak boleh dibuang. Ia sekali gus memberi kesan kepada kesihatan.
"Pengambilan garam yang normal adalah 2400 miligram sodium atau satu sudu teh garam. Menurut kajian di Amerika, pengambilan garam melebihi 3,000 miligram akan meningkat cara pengambilan makanan segera.


Sebaliknya, dalam makanan yang diproses terdapat 75 peratus garam yang tersembunyi," katanya.
Tambah Nor Lizawati, jika pengambilan garam diambil secara berlebihan, ia akan menyebabkan penyakit darah tinggi, jantung, osteoporosis, kanser perut, gastrik dan buah pinggang.


Mengakui hakikat kewujudan pelbagai jenis garam, Nor Lizawati berpendapat, kandungan atau kesannya tidak jauh berbeza.
Misalnya, ada kajian yang dilakukan ke atas garam laut, kandungan mineral lebih baik daripada biasa dan ia lebih masin. Namun, terdapat garam tiruan seperti pan salt. Ia mungkin lebih masin dan lama-kelamaan lebih pahit daripada garam biasa.


Mengulas kesedaran masyarakat tentang isu ini, ia masih ditahap yang rendah. Nor Lizawati memberitahu, walaupun ada kempen mengurangkan garam dan menggantikannya dengan rempah atau perahan limau, garam masih menjadi perisa utama.
Antara langkah pencegahan yang boleh dilakukan adalah memesan makanan kurang garam dan MSG ketika makan di restoran.


Berdasarkan pengalaman Nor Lizawati, beliau pernah berdepan dengan pesakit darah tinggi yang baru berusia 12 tahun. Hakikatnya, garam bukan sahaja menyebabkan penyakit tersebut, ia juga menjadi punca utama obesiti.
"Apabila kita makan makanan yang mengandungi lebih garam, kita akan berasa cepat haus. Justeru itu, seseorang itu tidak akan berasa puas minum air kosong dan dia lebih gemarkan minum air jus atau manis. Kemudian, dia akan berasa nak makan lebih. Akhirnya, dia tidak dapat mengawal pemakanan dan berat badannya mencapai paras obesiti.


Bagi ibu mengandung, pada trimester kedua dan ketiga, mereka tidak digalakkan mengambil garam berlebihan seperti jeruk buah kerana ia akan menyebabkan kaki bengkak.
Penyelesaian kepada masalah ini, orang ramai digalakkan makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran


Sumber : http://ww1.utusan.com.my/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://adamayu.blogspot.com/2014/12/garam-berlebihan-bawa-penyakit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bawa Keluarga Anak Berlari Lari Perlahan Setiap Hari Boleh Jauhi Risiko Penyakit Kronik

Bawa Keluarga Anak Berlari Lari Perlahan Setiap Hari Boleh Jauhi Risiko Penyakit Kronik

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 293 hits
Berlari merupakan salah satu bentuk olahraga kardio yang paling popular Setiap orang setidaknya pasti pernah melakukan aktiviti ini sepanjang hidupnya Aktiviti ini juga tidak memerlukan anda mengeluarkan belanja hanya dengan berlari lari an...
Sembuhkan Penyakit Bahasa Melayu

Sembuhkan Penyakit Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 248 hits
MUKADIMAHDALAM pertemuan 20 minit di pejabat Yang Dipertua Dewan Negara di Parlimen tengah hari kelmarin TAN SRI DR RAIS YATIM menarik perhatian satu isu yang pada pengamatannya cukup besar hari ini Iaitu untuk mengembalikan bahasa Melayu s...
Maritim Malaysia Tahan Bot Nelayan Vietnam Bawa Diesel

Maritim Malaysia Tahan Bot Nelayan Vietnam Bawa Diesel

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 208 hits
Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF ARIFFIN Ghazali memeriksa tempat penyimpanan minyak diesel dalam bot nelayan Vietnam di jeti Maritim Malaysia Kuala Terengganu hari ini UTUSAN TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFFKUALA TERENGGANU Agensi P...
Sakit Gigi Tak Boleh Bawa Bincang Lagi

Sakit Gigi Tak Boleh Bawa Bincang Lagi

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 324 hits
Assalamualaikum dan Selamat Malam Hai Semua Pembaca Diharap anda semua dalam keadaan yang sihat sahaja Minggu ini Bonde dalam mood mengawal emosi apabila diserang sakit gigi sejak hari Isnin This is a content summary only Visit my website f...
Gejala Dan Tanda Tanda Penyakit Asma

Gejala Dan Tanda Tanda Penyakit Asma

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 375 hits
adalah antara penyakit yang teruk penghidap Asthma akan merasa sukar untuk bernafas Penghidap Asma juga sangat sensitif dengan rangsangan seperti udara tercemar dan cuaca yang sejuk Antara gejala atau tanda tanda asma adalah seperti batuk b...
Najib Tak Dipercayai Bawa Kemenangan Prn Melaka Umno Terdesak Perlukan Pas

Najib Tak Dipercayai Bawa Kemenangan Prn Melaka Umno Terdesak Perlukan Pas

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 282 hits
agendaily com29 10 2021Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat pusingan U apabila tidak melantik rakan baiknya Datuk Seri Najib Razak mengetuai kempen Pilihan Raya Negeri Melaka Keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam secara tidak l...
Apa Itu Penyakit Asma

Apa Itu Penyakit Asma

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 338 hits
merupakan sejenis penyakit yang boleh dianggap kronik Dimana ia menyerang saluran organ pernafasan pada paru paru manusia Pada dinding rongga bronchiale akan mengalami radang yang mengakibatkan saluran pernafasan menjadi sempit akhirnya si ...
Menilik Ritual Tapak Kuda Sembrani Dipercaya Bisa Sembuhkan Penyakit Mata

Menilik Ritual Tapak Kuda Sembrani Dipercaya Bisa Sembuhkan Penyakit Mata

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 167 hits
Tapak Jaran Sembrani itu lah ritual yang dilakukan warga Ritual ini bertujuan untuk menjaga mata air Tapak Jaran Sembrani Warga meyakini air mata ini berkhasiat dapat mengobati penyakit mata
Bedak Ruam Bayi Ruam Bayi Powder Adalah Penawar Penyakit Kulit Eczema Psoriasis Dan Ruam Bayi

Bedak Ruam Bayi Ruam Bayi Powder Adalah Penawar Penyakit Kulit Eczema Psoriasis Dan Ruam Bayi

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 344 hits
Bedak Ruam Bayi Ruam Bayi Powder Adalah Penawar Penyakit Kulit Eczema Psoriasis dan Ruam Bayi Tahukah kamu apakah yang best atau special dengan Bedak Ruam Bayi Ruam Bayi Powder ini Bedak ini dihasilkan dengan 100 tanah liat yang mengandungi...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm