Gantung Parlimen Anwar Empat Wakil Rakyat Mohon Kebenaran Rayu Keputusan Mahkamah Rayuan


Bernama
Anwar (gambar) memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman pada 25 Januari lalu, menamakan Muhyiddin dan kerajaan sebagai responden pertama dan kedua. - Gambar fail KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan empat wakil rakyat telah memohon kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan mereka untuk mencabar tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong menggantung Parlimen semasa tempoh darurat
 Peguam Ramkarpal Singh, yang mewakili Anwar, ketika dihubungi pemberita berkata anak guamnya memfailkan lapan persoalan undang-undang pada 24 Dis untuk memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan bagi membolehkan merit permohonan itu didengar
 Pejabat pendaftaran Mahkamah Persekutuan menetapkan 26 Jan 2022 bagi pengurusan kes.  Peguam Christopher Leong, yang mewakili Ahli Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul, Ahli Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi Abdul Aziz Bari dan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim, berkata anak guamnya turut memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran merayu pada 23 Dis dengan masing-masing mengemukakan dua persoalan undang-undang yang sama
 Pada 24 Nov lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Datuk Has Zanah Mehat menolak permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran bagi memfailkan semakan kehakiman terhadap bekas Perdana Menteri itu dan kerajaan
 Dalam keputusan sebulat suara, hakim Has Zanah berkata mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk melayan permohonan semakan kehakiman walaupun kebenaran diberikan kepada perayu
 "Ia akan dilaksanakan dengan sia-sia kerana mahkamah dilarang oleh Perkara 150 (8) Perlembagaan Persekutuan daripada mempersoalkan penggunaan budi bicara oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai pengisytiharan darurat," katanya
 Beliau berkata kuasa mahkamah bergantung kepada apa yang diperuntukkan oleh perlembagaan, bukannya apa yang difikirkan oleh sesetengah pemikir politik apa itu kuasa kehakiman
 Hakim itu berkata menurut Perkara 150 (6) dan (8) Perlembagaan Persekutuan, Parlimen berhasrat untuk mengecualikan semakan kehakiman terhadap keputusan mengisytiharkan darurat serta menutup pintu mahkamah terhadap sebarang cabaran undang-undang yang dibuat semasa darurat dan pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong
 Pada 22 April lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman untuk mencabar nasihat Muhyiddin kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menggantung sidang Parlimen darurat seluruh negara
 Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Datuk Seri Mariana Yahya (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menolak permohonan Anwar atas alasan mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar semakan kehakiman berdasarkan Perkara 150(6) dan 150(8) Perlembagaan Persekutuan
 Hakim Mariana memutuskan bahawa nasihat Jemaah Menteri dan Muhyiddin kepada Al-Sultan Abdullah untuk mengisytiharkan Ordinan Darurat adalah tidak tertakluk kepada semakan kehakiman
 Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman pada 25 Januari lalu, dengan menamakan Muhyiddin dan kerajaan masing-masing sebagai responden pertama dan kedua
 Beliau memohon deklarasi bahawa keputusan yang diberikan oleh Jemaah Menteri, diketuai Muhyiddin untuk menasihati Al-Sultan Abdullah untuk mengisytiharkan Seksyen 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang telah mengakibatkan penggantungan Parlimen adalah bertentangan dengan undang-undang, tidak berperlembagaan, tidak sah, tidak mempunyai sebarang kesan dan ultra vires
 Pada 11 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman yang dikemukakan Salahuddin, Johari dan Abdul Aziz atas perkara yang sama manakala permohonan kebenaran Hassan ditolak Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 26 April lalu
 Mereka juga menamakan Muhyiddin dan kerajaan sebagai responden dalam permohonan mereka
-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/gantung-parlimen-anwar-empat-wakil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar 4 Wakil Rakyat Lain Bawa Kes Cabar Keabsahan Darurat Ke Mahkamah Persekutuan

Anwar 4 Wakil Rakyat Lain Bawa Kes Cabar Keabsahan Darurat Ke Mahkamah Persekutuan

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 144 hits
December 28 2021Pada 24 Nov Mahkamah Rayuan menolak rayuan kelima lima individu berkenaan dengan menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan semakan kehakiman itu walaupun kebenaran diberikan kepada pe...
Langgar Sop Mahkamah Kekal Keputusan Lepas Tanpa Bebas Neelofa Suami

Langgar Sop Mahkamah Kekal Keputusan Lepas Tanpa Bebas Neelofa Suami

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 168 hits
Neelofa dan suami didakwa melanggar SOP PKPB di sebuah premis permaidani di Nilai Mei lalu PETALING JAYA Mahkamah Majistret Seremban hari ini mengekalkan keputusan melepas tanpa membebaskan selebriti popular Noor Neelofa Mohd Noor dan suami...
6146 Anwar Ppim Kerjasama Tangani Beban Rakyat Malaysia Post 27 12 2021

6146 Anwar Ppim Kerjasama Tangani Beban Rakyat Malaysia Post 27 12 2021

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 221 hits
KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia akan bekerjasama untuk menangani masalah rakyat yang terbeban dengan pelbagai kesusahan ketika ini Ahli Parlimen Port Dickson itu memaklumkan pe...
Semangat Baharu Pindaan Ma63 Rakyat Sarawak Harus Berani Berubah Anwar

Semangat Baharu Pindaan Ma63 Rakyat Sarawak Harus Berani Berubah Anwar

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 176 hits
Rakyat Sarawak yang mendapat semangat baharu selepas lulusnya pindaan Perjanjian Malaysia 1963 semalam seharusnya meneruskan perubahan dengan melantik Kerajaan Negeri baharu dalam Pilihan Raya Negeri pada 18 Disember ini Menurut Ketua Pemba...
Muhyidin Dan Anwar Watak Yg Lebih Sesuai Bantu Rakyat Susah Masa Banjir

Muhyidin Dan Anwar Watak Yg Lebih Sesuai Bantu Rakyat Susah Masa Banjir

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 310 hits
Ramai yang mengeluh dan menuding jari pada kerajaan berhubung kelembapan bertindak awal terhadap mangsa dan situasi banjir Apakah jabatan kajicuaca gagal memberi amaran awal atau Menteri Dan pM sendiri sebok dan fokus pada kerusi politik ma...
Urusan Rakyat Mohon Bantuan Akan Dipermudah Mb Selangor

Urusan Rakyat Mohon Bantuan Akan Dipermudah Mb Selangor

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 208 hits
Semalam semasa Sidang Media Khas Situasi Banjir di Selangor saya telah mengumumkan beberapa inisiatif khusus buat rakyat Negeri Selangor yang terkesan akibat tragedi banjir ini Selain itu saya turut mengumumkan pelaksanaan langkah seterusny...
Jangan Sampai Rakyat Amuk

Jangan Sampai Rakyat Amuk

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 291 hits
Menteri mai penuh dengan orang2 dia Flood victims trapped on roofs but Govt too busy playing politics and rescuing PM s son in law At least 17 people have died and over 60 000 displaced while some victims were still stranded on Monday three...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Resepi Spicy Salted Egg Cornflakes

Bertha Benz Cipta Sistem Brek Kenderaan

Hilux Vios Main Langgar Orang Tepi Jalan Di Jalan Klang Lama

Belajar Trading Bagi Pemula Gratis Bergaransi Sampai Bisa Di Pontianak

3 Cara Memaksa Penipu Online Mengembalikan Uang Anda

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Funny18 Funny18 Top 62 By Xavier Funny18 Xyz 23 67

188betth Cc 28 68 Website 188betth Top 73 By Dominic

Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Why Not Indian Cm In Penang Mipp Leader Asks