Ganti Getah Blender Yang Putus Dan Berdaki
Dah lama k.fiezz cari getah blender untuk yang blender kering ni. Hat lama punya getah blender (rujuk gambar) putus. Putus satu hal. Udah hitam-hitam pula kat tepi dia. haha. Adeh. Nampak macam pengotor je kan. K.fiezz pun tak pasti kenapa jadi hitam-hitam macam tu. Nak kata tak cuci elok. Aihhh, sis ni pembersih orangnya. Memang kalau cuci tu, sental kasi elok punya.
TETAP GUNA WALAUPUN GETAH BLENDER PUTUS
Yea sis tetap guna blender kering ni walaupun tali getah dia udah putus & berdaki. Huhu. Lagipun yang berdaki tu tak kena bila dah masukkan bahan untuk kisar sebab dia kat bahagian bawah bila nak ketatkan blender.
Kenapa tak guna blender yang besar tu? Hat besar tu elok je cuma malas nak guna yang besar sebab blender k.fiezz jenis kaca. Berat weiii. Biasa k.fiezz guna hat besor tu kalau nak kisar cili kering dan nak masak dalam kuantiti yang banyak je. Kalau masak sikit-sikit ni memang guna blender kering ni je. Tapi bila dah getah blender hat kering ni putus memang satu masalah lain lah pula weii. Bila kisar, air dia meleleh. Arhhhh stress pula sis. Extra work pula nak kena lap-lap yang meleleh tu
Lama lah situasi ni sebab k.fiezz tak tahu nak cari kat mana getah blender dia.
CARI GETAH BLENDER KAT SHOPEE
Kebetulan bulan lepas ke kedai elektrik sebab nak beli kipas, k.fiezz cakap kat mr hubby nak cari getah blender untuk yang kering ni sebab getah dia dah putus. Kot lah ada jual kat kedai elektrik kan. Tapi tak ada. Mr hubby suruh try cari dalam shopee. K.fiezz macam 'ada ke'. Hah ada ke ada ke?Cari punya cari, ada yea. Jangan pandang rendah kat shopee. Sebelum tu memang ada terfikir nak cari kat shopee tapi k.fiezz tak tahu search nama apa. haha. So bila mr hubby cakap tu baru lah macam laaaa..Apa ke susah benor nak cari sebelum ni. Padahal taip je lah
Dah jumpa tu mula-mula was-was nak beli sebab takut getah blender yang jual kat situ tak muat pula. Udah membazir. K.fiezz try chat seller, tanya muat tak getah blender yang dia jual tu dengan jenama blender k.fiezz jenis Panasonic MX-GX1581. Seller cakap muat. So moh lah try beli.
GETAH BLENDER BARU SAMPAI
Yeay..Excited tunggu getah blender ni sebab nak tengok boleh muat ke idak dengan blender kering k.fiezz tu. Order 23hb Mei 2022, sampai pada k.fiezz 28hb Mei 2022.
Sampai je getah blender baru ni terus try kat blender kering.
Alhamdulillah, muat uolls. K.fiezz memang saja beli 2. Untuk spare takut hat satu putus lagi ke atau kotor ke, boleh terus tukar.
Harga getah blender > RM10.30 / satu.
Link Kedai > GETAH BLENDER
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2022/06/Ganti-Getah-Blender-Yang-Putus-Dan-Berdaki.html