Ganjaran Selawat Ke Atas Nabi Di Dunia Ini Dan Akhirat


Berselawatlah ke atas Nabi, sebagai seorang Muslim kita semua dianjurkan untuk berselawat pada setiap masa, mengikut sunnah dan menjadikan Baginda SAW sebagai role model terunggul sebagai seorang Islam. Nama nabi Muhammad disebut di dalam kalimah syahadah iaitu sebagai pesuruh Allah SWT. Ini menunjukkan betapa mulianya Baginda di sisi Allah dan para malaikat. 


Telah disebut di dalam Rukun Islam yang pertama iaitu, mengucap kalimah syahadah yakni Iman atau pengakuan akan keesaan Allah dan kenabian Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW merupakan pesuruh Allah dan manusia yang paling dicintai Allah dan seluruh Umat Islam. 


Syahadah adalah pengucapan lidah yang melahirkan pengakuan hati dan keinginan jiwa terhadap ketuhanan dan keesaan Allah serta kebenaran Rasul-Nya Muhammad SAW sebagai utusan terakhir yang membawa rahmat kepada keseluruhan alam.


Apabila lidah kita dilazimkan untuk sentiasa berzikir dan berselawat memuji Nabi Muhammad SAW, dan pula tingkah laku akan terdorong untuk melaksanakan segala sunnah baginda. Inilah contoh perbuatan sebagai seorang umat Islam untuk menzahirkan rasa cinta dan sayang kepada Rasulullah SAW. 
Table Of Contents Pengertian "Selawat Ke Atas Nabi"Perkataan Selawat atau Salawat adalah diambil dari perkataan solat, beerti doa, pujian. Menurut istilah Kamus Bahasa Melayu, selawat ditakrifkan sebagai; "doa kepada Tuhan supaya dilimpahkan rahmat atas Nabi Muhammad SAW." Ibnu Kathir berkata dalam tafsirnya yang meriwayatkan dari Al-Bukhari, telah berkata Abu `Aliyah: Allah turut berfirman di dalam Al-Quran dalam Surah Al-Ahzab pada ayat ke-56 tentang berselawat: Ayat tersebut menjelaskan antara banyak-banyak perlakuan ibadah yang dilakukan oleh manusia, hanya selawat sahaja yang turut dilakukan oleh Allah bersama para malaikat.


Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran yang menyebut perkataan "selawat" atau "salawat":
1. Surah Al-Ahzab (33:56):
   "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."
2. Surah Al-Ahzab (33:43):
   "Dia-lah yang mensucikan kamu dan para malaikat-Nya untuk menjemputmu keluar dari kegelapan (kafirah) kepada cahaya (iman). Dan mereka (malaikat) adalah pemberi kabar gembira (berselawat) kepada orang-orang yang beriman."


Ayat-ayat di atas menunjukkan pentingnya berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan mengajak umat Islam untuk melakukannya. Berselawat kepada Nabi merupakan suatu tindakan ibadah yang mendatangkan rahmat dan berkah dari Allah SWT.


Nak tahu lebih mendalam apakah pengertian Selawat ke atas Nabi, dengarkan tazkirah : Maksud Selawat Dan Kelebihannya - Ustaz Shamsuri Ahmad

Sesungguhnya amalan berselawat ke atas Rasulullah SAW merupakan satu amalan yang agung dan besar ganjarannya di sisi Allah SWT. Dalam menggambarkan keagungan dan kebesaran amalan tersebut, Allah SWT memulakan perintah untuk berselawat dengan dzat-Nya dan para malaikat terlebih dahulu, sebelum kita sebagai orang-orang beriman dituntut untuk mengucapkan selawat dan salam kepada Rasulullah SAW. 
Kepentingan dan Makna mengirim salam kepada NabiSaya kutipkan pendapat daripada Al-Khatib al-Syarbini menjelaskan: Para ulama’ mempunyai pandangan yang berbeza berkaitan kewajipan mengucapkan selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW kepada beberapa pandangan, iaitu:

Pada setiap kali solat didirikan dan Imam al-Syafie memilihnya dengan menyatakan ia di dalam tasyahhud akhir. (wajib untuk kita baca)Sekali seumur hidup.Setiap kali apabila nama Baginda SAW disebut disisinya dan pandangan ini dipilih oleh al-Halimi daripada ulama’ al-Syafieiyyah, Imam al-Tahawi daripada ulama al-Hanafiah, al-Lakhmi daripada ulama’ al-Malikiyyah, Ibn Battoh daripada ulama’ al-Hanabilah, yakni apabila disebut sahaja nama Baginda contohnya Nabi, Muhammad, Nabi Muhammad, kita sebagai umat Islam digalakkan untuk menyebut Selawat ke atas nabi ( Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad )Di dalam setiap majlis.Pada setiap permulaan, pertengahan dan akhir doa.[Rujukan al-Iqna’ fi Hall Alfaz Abi Syuja’, hlm. 9]


Dalam satu hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:


رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ
Maksudnya: “Amat rugilah seseorang itu apabila disebutkan namaku tetapi dia tidak berselawat ke atasku.”


Di dalam hadith yang lain pula, Rasulullah SAW bersabda:


الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ
Maksudnya: “Orang yang bakhil adalah orang yang apabila disebutkan namaku, maka dia tidak berselawat ke atasku.”


Makna bakhil di sini adalah disebabkan apabila seseorang itu malas menjalankan ketaatan kepada Allah SWT (seperti berselawat).[Riwayat Muslim (384)] Selawat juga adalah sebahagian dari zikir, maka jelaslah dan fahamlah kita bahawa selawat ke atas Nabi Rasulullah SAW merupakan satu tuntutan di dalam agama Islam. 


Hadis Sahih Kelebihan Selawat Ke Atas NabiSaya kongsikan beberapa hadis sahih yang menyebut akan kelebihan dan keistimewaan Selawat. Semoga hadis-hadis ini dapat menguatkan lagi keimanan kita terhadap bacaan selawat dan memberikan berita gembira buat semua yang suka berselawat.


1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda – (HR Muslim.)
2) Semua permohonan doa akan dihijab (terhalang) sehinggalah dibacakan selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad SAW.” HR al-Tabrani 
3) Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku.” HR al-Tirmizi – dinilai Hasan
4) “Tiadalah suatu kaum berada di sesuatu majlis di mana mereka tidaklah menyebut nama Allah dan mereka tidak pula berselawat ke atas Nabi mereka.melainkan mereka pasti akan ditimpai padah(penyesalan). Maka jika Allah kehendaki ,Dia akan seksa mereka ; dan jika Dia kehendaki, Dia akan mengampunkan mereka.” [Sila rujuk HR At-Tirmizi-3440 ]


Jenis-Jenis Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAWSesungguhnya terdapat banyak jenis selawat Nabi jika pembaca ingin tahu. Namun untuk entri ini, saya akan kongsikan 7 jenis Selawat ke atas Nabi yang popular dan paling banyak diamalkan. Semoga insya Allah dengan perkongsian ini dapatlah membantu pembaca semua mengamalkannya mengikut masa, keutamaan, masing-masing. 


Berselawatlah kalian setiap masa, pagi dan petang, sebanyak yang mungkin insya Allah.


1| Selawat Munjiyah (penyelamat)Ia diamalkan selepas selesai solat fardu dan boleh dijadikan wirid harian. Akan dijauhkan segala bala bencana dan menjadi penyelamat terutama pada masa-masa yang genting, insya-Allah
Munjiyah bererti penyelamat. Jika diamalkan Selawat ini dengan dijadikan zikir, maka ia akan menyelamatkan dari segala sesuatu yang tidak diinginkan. Insya Allah ia akan mendatangkan segala hajat yang diingini.
.

Video Selawat Munjiyah:-


Fadhilat Khusus Selawat Munjiyah:-

Selawat ini diamalkan selepas selesai solat fardhu dan boleh dijadikan wirid harian. Insya Allah akan dijauhkan segala bencana dan menjadi penyelamat terutama pada waktu-waktu genting.Jika dibaca 500 kali setiap hari, akan mendapat rezeki yang banyak.Jika dibaca 1000 kali setiap hari, akan tercapai hajat dunia dan akhirat serta dijauhkan dari tenyakit taun.Bagi orang yang mempunyai hajat yang sangat penting dan ingin segera dikabulkan oleh Allah, maka selawat ini eloklah dibaca sebanyak 1,000 kali.Sesiapa membaca selawat ini 300 kali semasa belayar ke laut, akan terselamat dari karam atau tenggelam.


2| Selawat Ibrahimiah  (Paling Afdal)Selawat yang dibaca lazimnya ketika tahiyat awal dan tahiyat akhir. Selawat ini menggabungkan dua ucapan salam dan hormat ke atas kedua-dua Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim AS.
Ibnu Taimiyyah berkata, “Selawat yang paling sempurna untuk Rasulullah adalah Selawat Ibrahimiyah.”
Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.”
Video Selawat Ibrahimiyah:-

Fadhilat Khusus Selawat Ibrahimiyah:-

Mendapat pahala yang besar kerana selawat ini tergolong sebagai selawat utama.Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang membaca selawat ini, nescaya aku saksikan baginya di hari qiamat dengan pengakuan dan aku beri syafaat baginya.”Berkata setengah ulama; “Sesiapa membaca selawat ini 1000 kali, InsyaAllah dia akan bertemu Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam di dalam tidurnya.”Menurut Ahmad As-Shawi; “Sesiapa membaca selawat ini akan mendapat syafaat dan pertolongan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam di hari Qiamat.“

3| Selawat Tafrijiyah (Rezeki)Selawat Tafrijiyah disebut juga “Selawat Kamilah” atau “Selawat Nariyah” yang bermaksud sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan hidup dengan izin Allah SWT.


Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW yang dengan rahmatnya itu semoga terurai segala simpulan, terhapus segala kesusahan, tertunai segala hajat, tercapai segala keinginan dan kesudahan umur yang baik (mati dalam keimanan) serta dicurahi hujan rahmat dengan berkat peribadinya yang mulia. Rahmatilah ahli keluarga dan para sahabatnya dalam setiap kerlipan mata dan tarikan nafas sebanyak jumlah pengetahuan Mu
Video Selawat Tafrijiyah:-

Fadhilat Khusus Selawat Tafrijiyah:-

Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramaiDia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.


4| Selawat Fatih (Pembuka)Selawat Fatih ini dinamakan akannya ‘Selawat Ahli Bait’ juga dinamakan dengan ‘Selawat yang membuka akan rahsia Hakikat Muhammadiah’ dan tidak terkecuali dinamakan dengan ‘Ibu Selawat’.


"Ya Allah berikanlah selawat kepada penghulu kami Nabi Muhammad yang membuka apa yang tertutup dan yang menutupi apa-apa yang terdahulu,penolong kebenaran dengan kebenaran yang memberi petunjuk ke arah jalan yang lurus. Dan kepada keluarganya, sebenar-benar kemuliaan padanya dan kedudukan yang amat mulia.”
Video Selawat Fatih:-




Fadhilat Khusus Selawat Fatih:-

Berkata sebahagian ulamak Maghribi, berselawat sekali dengan Selawat Fatih menyamai 10 000 atau 600 000 yang lain.Dibaca 11 kali selepas solat fardhu, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kecil dan aman tenteram jiwanya.Dibaca 21 kali setiap hari, luas rezeki dan keluarganya selamat dari kesusahan.Sesiapa beristiqamah berselawat Fatih 40 hari, dosanya akan diampuni Allah.Sesiapa mengamalkan  dengan istiqamah, nescaya akan terbuka rahsia keajaiban, menghilangkan dukacita, mendapat hidayah dan tercapai segala hajat. Dan akan menjadi ahli syurga, walaupun hanya membaca sekali seumur hidup.Kebanyakan daripada arifin menyebut bahawasanya selawat ini dapat membukakan asrar (rahsia) ajaib yang terhairan oleh akal sesiapa yang dapat membacanya 100 kali setiap hari,Sesungguhnya sesiapa yang tekun membacanya setiap hari 100 kali dibukakan baginya banyak daripada hijab. Dan hasil baginya daripada anwar. Dan ditunaikan segala keinginannya; dengan qadar yang tidak diketahui melainkan oleh Allah Ta’ala.Selawat ini bermanfaat kepada orang Mubtadi, Mutawassith dan Muntahi.Sesiapa yang berselawat dengan Selawat Fatih ini sekali dalam hidupnya nescaya tidak akan dijilat api neraka.Sesiapa membacanya 1000 kali pada malam Khamis dan Jumaat atau Isnin akan dihimpunkan bersama-sama Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Caranya adalah membacanya selepas bersolat 4 rakaat,

Baca surah al-Qadr,Baca al-Zalzalah,Baca al-Kafirun,Baca Ma-’uzatain.
Seeloknya diasapkan dengan gaharu ketika membaca Selawat Fatih.


5| Selawat Syifa (Penawar)Selawat syifa biasa digunakan untuk tujuan pengubatan dan memohon kesembuhan penyakit. Selawat syifa juga dikenali sebagai selawat tib. Perkataan ‘Tib’ dalam selawat Syifa adalah kata nama yang membawa makna penawar atau ubat.


"Ya Allah rahmati dan berkati penghulu kami Nabi Muhammad, pembuka apa yang tertutup, penamat bagi yang telah sudah, penolong bagi yang hak, penunjuk kejalan yang lurus. Selawat dan salam ke-atas nya juga keluarga dan sahabatnya..sebagaimana yang selayaknya..dengan darjat dan kedudukan yang tinggi dan mulia.”
Video Selawat Syifa:-



Fadhilat Khusus Selawat Syifa:-

Setiap lepas Solat  Subuh dan Maghrib dibaca 3 atau 7 kali Selawat Tib, kemudian sapu ke muka dan seluruh badan; akan:Sentiasa sihat zahir dan batin.Terhindar daripada penyakit berat dan merbahaya.Sukar dipengaruhi oleh anasir buruk dan tidak sihat.

6| Selawat Jibril (Selawat Paling Ringkas)Selawat Jibril adalah selawat Nabi yang lebih pendek dan paling sering diamalkan oleh umat Muslim kerana penuh makna walaupun singkat. Selawat ini diberi nama selawat Jibril oleh kerana ia kali pertama dilafazkan oleh malaikat Jibril ketika memberi pengajaran kepada Nabi Muhammad SAW.

Video Selawat Jibril:-

7| Selawat Umum (Selawat ke Atas Nabi) "Ya Allah, berilah selawat kepada penghulu kami Muhammad, hamba-Mu dan utusan-Mu Nabi yang Ummi (tidak boleh membaca) dan kepada keluarga baginda dan sahabat baginda beserta sejahtera"



KesimpulanAlhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi dapat kita hari ini selain membaca, berselawat sekali ke atas Nabi Muhammad SAW. Saya mengharapkan agar artikel ini dapat memberikan anda pengetahuan baru dan kemudahan untuk lebih banyak berselawat. Syafaat yang dinanti diakhirat kelak adalah syafaat Rasulullah SAW. Jika di dunia tiada sedikit pun ingatan kepada baginda, bagaimana nanti baginda ingin membantu kita dalam jutaan manusia yang bersesak dan berpanas di padang mahsyar. Sollu ‘Alan Nabi


Puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2023/06/selawat-ke-atas-nabi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Lautan Sedunia Amalan Kepercayaan Masyarakat Dunia Terhadap Lautan

Hari Lautan Sedunia Amalan Kepercayaan Masyarakat Dunia Terhadap Lautan

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 435 hits
Penulis Isma Rosila Ismail Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan Universiti Malaysia Terengganu Tahukah anda lautan meliputi 70 peratus permukaan bumi dan mengandungi kira kira 1 35 bilion kilometer padu air iaitu kira kira 97 peratus daripada...
Demi Masa Kenapa Manusia Mahu Kembali Ke Dunia Setelah Mati

Demi Masa Kenapa Manusia Mahu Kembali Ke Dunia Setelah Mati

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 151 hits
Jika waktu tidak dimanfaatkan untuk mencari kebahagiaan akhirat maka kelak di akhirat akan disesali pada setiap saat yang dibazirkan pada perkara perkara yang sia sia semasa hidup didunia Kerana itu banyaknya ayat Allah yang dirakamkan di d...
10 Nilai Matawang Tertinggi Di Dunia 2023

10 Nilai Matawang Tertinggi Di Dunia 2023

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 305 hits
Negara yang memiliki mata wang terbaik di dunia diharapkan memiliki persekitaran ekonomi yang kuat Keadaan ini antara lain mengukuhkan mata wangnya Lama kelamaan dunia telah menerima denominasi mata wang tertentu dan lebih suka menggunakann...
Innalillah Ibu Pelajar Cemerlang 11a Spm Meninggal Dunia

Innalillah Ibu Pelajar Cemerlang 11a Spm Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 254 hits
Ibu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia yang memperoleh 11A Muhammad Syahril Saidi 18 meninggal dunia kira kira jam 8 malam tadi Allahyarhamah Tuan Faridah Tuan Ismail 53 meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar kira kira j...
Rm730 000 Subsidi Padi Dibayar Kepada Pesawah Meninggal Dunia

Rm730 000 Subsidi Padi Dibayar Kepada Pesawah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 332 hits
KUALA LUMPUR Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara akan menjalankan prosiding siasatan terhadap tiga isu dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2 yang membabitkan kerugian puluhan juta ringgit Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati...
Potret Cantik Aura Kasih Di Jepang Netizen Bidadari Di Dunia

Potret Cantik Aura Kasih Di Jepang Netizen Bidadari Di Dunia

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 228 hits
Aura Kasih membagikan sederet fotonya saat sedang liburan di Jepang Pesonanya langsung mencuri perhatian Ramai netizen memberikan pujian untuk ibu satu anak ini Ia dinilai amat cantik sampai ada yang menyebutnya bidadari di dunia Ini foto f...
Kalau Ada Dalam Dunia Yg Buruk Jawapannya Umno

Kalau Ada Dalam Dunia Yg Buruk Jawapannya Umno

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 174 hits
2 persoalan penuh putar belit menghasut dan spin utk hanya memuaskan sifat busuk hati dan perut yg ada lagi konon mahu satukan bangsa Peliknya MAHUKAN jawapan yg sama Bodoh sgtkah kamu mahu perbodohkan bangsa ko sendir Hahaha ko ras je ko b...
10 Negara Dengan Jumlah Cawangan Restoren Kfc Terbanyak Di Dunia

10 Negara Dengan Jumlah Cawangan Restoren Kfc Terbanyak Di Dunia

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 435 hits
KFC KFC ialah rangkaian restoran kedua terbesar di dunia selepas McDonald s dengan 22 621 lokasi di seluruh dunia di 150 negara Walaupun orang Amerika mungkin mengaitkan KFC dengan makanan segera yang murah di banyak negara di Asia ia dilih...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue