Ganjaran Bernilai Hampir 1 Juta Ringgit Bakal Menanti Pengunjung Di Suria Klcc Alamanda Putrajaya Dan Mesra Mall


GANJARAN BERNILAI HAMPIR 1 JUTA RINGGIT BAKAL MENANTI PENGUNJUNG DI SURIA KLCC, ALAMANDA PUTRAJAYA DAN MESRA MALL | Assalammualaikum semua! Kemeriahan sambutan perayaan Hari Krismas bagi pengganut agama Kristian kian terasa. Beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup harmoni bersama pelbagai lapisan masyarakat. Kepelbagaian agama dan bangsa memberikan kita satu keunikan dan kegembiraan. Dekorasi setiap sambutan perayaan meriah dihiasi di dalam pusat membeli-belah Suria KLCC, Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall. 
Saban tahun, setiap dekorasi dan kempen pasti memberi sesuatu kepada pelanggan setia. Tahun ini, kelaianan dipaparkan dalam dekorasi Krismas Suria KLCC. Kilang penyediaan hadiah oleh Santa Klaus dan pembantunya meriah berada di Centre Court. 
Anda boleh abadikan gambar kenangan sekeluarga di sini sambil merasai keseronokan seperti filem Charlie and the Chocolate Factory. Kehadiran Santa Klaus dan Santarina juga amat menggembirakan terutamanya kepada anak-anak. 100 kaki ketinggian Pokok Krismas ikonik juga menghiasi ruang di kawasan luar Suria KLCC. Musim cuti sekolah ini jangan lepaskan peluang bersama keluarga untuk lihat sendiri dekorasi hebat ini. Selamat Menyambut Hari Krismas!
GANJARAN BERNILAI HAMPIR 1 JUTA RINGGIT BAKAL MENANTI PENGUNJUNG DI SURIA KLCC, ALAMANDA PUTRAJAYA DAN MESRA MALL

Pengunjung berpeluang menyelami keajaiban bengkel Santa sepanjang musim Krismas yang dibawakan oleh Kumpulan Syarikat Suria KLCC
Seiring dengan ambang musim Krismas yang bakal kunjung tiba, suasana Suria KLCC akan dimeriahkan dengan kehadiran Santa Klaus dan buniannya yang bakal menghadiahkan pelbagai hadiah dan alat permainan kepada para pengunjung.


Melalui kempen Hari Krismas Suria KLCC, para pengunjung dijemput untuk berkunjung ke bengkel Santa yang akan bertempat di “Centre Court” sehingga 25 Disember 2022. Pengunjung juga bakal dirai dengan keindahan hiasan dan alunan meriah yang sinonim dengan sambutan hari Krismas. 
Santa Klaus bersama buniannya akan mengedarkan hadiah di karusel alat permainan. Sebuah hiasan menara jam yang akan berbunyi setiap jam diiringi dengan melodi perayaan yang akan ditemani bunian yang akan bergerak secara beriringan.



Para pembeli juga berpeluang untuk membuat pendaftaran di skrin interaktif yang akan digunakan untuk aktiviti “Naughty or Nice” oleh Santa yang mana para pembeli berpeluang untuk mendapatkan hadiah kejutan. Hadiah kejutan ini adalah terhad untuk 100 pembeli setiap hari.
Pembeli juga akan menikmati kemeriahan membeli belah bersempena sambutan Krismas di Suria KLCC. Satu sudut paparan kad ucapan juga akan disediakan untuk pembeli menghantar ucapan perayaan kepada yang tersayang melalui kad ucapan Krismas Suria KLCC. Kanak-kanak juga berpeluang menyertai bengkel “Santa Workshop Alive!”. 
Aktiviti mewarna pelbagai watak Krismas yang mana hasil kraf tersebut akan disiar di skrin layar bakal menanti si kecil.




Para pembeli berpeluang untuk bersua muka bersama Santa Klaus pada sesi hujung minggu tidak ketinggalan dengan pemberian lolipop secara percuma untuk pengunjung kanak-kanak.
Pelbagai latar belakang perayaan juga tersedia untuk digunakan oleh para pengunjung merakam detik bermakna bersama. Karusel Bengkel Santa bersaiz kecil akan di letakkan di “Ramlee Mall” di Aras 1, manakala kaunter simpanan hadiah dan alat permainan akan diletakkan di pintu masuk “Ampang Mall” dan “Ramlee Mall”. 



Kereta Berkuda Santa boleh dilihat di pintu masuk “Park Mall” yang mana ruangan pemberian hadiah juga boleh didapati di situ. Kios foto perayaan dan juga cetakkan foto dan e-foto percuma akan disediakan untuk pembeli merakam memori bersama yang tersayang.




Pokok Krismas ikonik setinggi 100 kaki adalah hiasan pokok krismas mewah yang tertinggi di Malaysia, sekali kali lagi akan membuat penampilan di “The Esplanade” untuk menyapa ketibaan para pengunjung. Selain dari pelbagai aksesori unik dan bergemerlapan yang akan digantung di pokok tersebut, pelbagai hadiah juga akan di letakkan sebagai hiasan utama di ruang bawah pokok krismas tersebut sinonim dengan tema bengkel Santa. Dekorasi ini mampu memberikan peluang untuk pengunjung mengambil gambar yang lebih mesra dengan panggilan “insta- worthy”.
Kemeriahan membeli-belah bersempena perayaan Krismas tidak lengkap dengan peluang untuk membawa pulang ganjaran. Pembeli yang berbelanja RM1,500 ke atas melalui dua resit pembelian daripada mana-mana kedai terpilih bermula dari 25 November sehingga 18 Disember 2022 akan menerima e-baucar Suria KLCC (SKLCC) melalui Program Ganjaran Pembeli. Bagi mereka yang berbelanja RM3000 dan ke atas melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima rantai tangan Pandora yang bernilai RM600.



“Dengan kepelbagaian ganjaran kami berharap untuk membantu jualan para peruncit dengan sambutan perayaan yang meriah sebagai tirai penutup untuk tahun ini,” ucap Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif, Suria KLCC.
Tambah Brien, “Sambutan Krismas sentiasa menjadi sambutan yang amat penting buat kami di Suria KLCC melihat dari sudut kemeriahan suasana yang kami sediakan untuk pembeli. Bagaimanapun, kami tidak lupa untuk memastikan tahap keselamatan yang tinggi untuk setiap pengunjung bagi mengekalkan persekitaran yang terlindung menginjak sambutan akhir tahun.”
“Kesimpulannya, sambutan Krismas bukan dinilai dari sudut dekorasi yang meriah dan paparan yang indah semata-mata. Ia adalah sambutan yang sinonim dengan saat meluangkan masa bersama mereka yang tersayang. Selepas mengharungi tempoh gitar yang baru sahaja berlalu, terlalu banyak detik bersama yang sewajarnya kita raikan.”




Selaras dengan inisiatif Program Kesederan Kesihatan Mental, Suria KLCC akan memberi sokongan kepada Kumpulan Green Ribbon melalui hasil jualan Pin Reben Suria. Pin reben tersebut boleh didapati di kaunter pertanyaan Suria KLCC dengan harga RM10 setiap pin.
KEMERIAHAN KARUNGAN HADIAH DAN ANEKA PERMAINAN DI ALAMANDA PUTRAJAYA


Tidak ketinggalan, Pusat Beli Belah Alamanda Putrajaya juga bakal mengadakan Kempen Krismas yang akan menyediakan Bengkel Santa bermula dari 25 November sehingga 25 Disember 2022. Anjung “Centre Court” bakal dilengkapi dengan pelbagai permainan kanak-kanak yang akan dihiasi di atas mesin penghantar automatik yang mana sudah semestinya akan memberi kemeriahan suasana di kalangan pengunjung.
Pelbagai persembahan dan aktiviti Krismas akan diadakan bagi menyemarakkan lagi suasana membeli-belah. Para pembeli juga turut akan dihiburkan dengan pertunjukan silap mata, tarian dan akrobatik Krismas di anjung “Centre Court”.


Untuk menceriakan lagi pengalaman membeli-belah, pembeli yang berbelanja RM500 dan ke atas melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima satu baucar beli-belah Alamanda bernilai RM30. Melalui Program “High Spender Rewards”, pembeli yang berbelanja RM1,500 ke atas melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima satu baucar beli-belah Alamanda bernilai RM80 selagi stok masih ada.
Pada Ambang Krismas dan Hari Krismas juga, Santa Klaus akan membuat penampilan istimewa untuk menyambut ketibaan para pembeli. Pembeli berpeluang untuk merakam detik keraian tersebut dengan mengambil gambar bersama Santa Klaus semasa pemberian gula-gula secara percuma kepada kanak-kanak.
Kepelbagaian seleksi bengkel yang bertemakan Krismas akan dianjurkan untuk VIKids. Setiap ahli VIKids berpeluang menyertai bengkel yang tersedia dan pernyataan adalah terhad berdasarkan konsep “first-come-first-serve”.
Antara bengkel menarik adalah bengkel “Gingerbread Man Decoration” dan “Waterless Snow Globes”. Bagi kanak-kanak yang belum mendaftar sebagai ahli VIKids, pendaftaran keahlian boleh dibuat untuk menyertai bengkel tersebut.
SAMBUTAN KRISMAS DI MESRA MALL

Kempen Krismas di Mesra Mall Terengganu bakal berlangsung bermula dari 1 Disember sehingga 25 Disember 2022. Memandangkan sambutan Krismas amat sinonim dengan kehadiran salji, Mesra Mall akan memeriahkan suasana dengan hiasan perayaan yang bertemakan “White Christmas”.
Tebusan ganjaran program Krismas di Mesra Mall turut berlangsung sepanjang tempoh perayaan bagi menggalakkan pengalaman bermakna buat semua. Pembeli yang berbelanja RM350 ke atas melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih layak menebus sebuah balang simpanan kaca. 



Sementara itu, pembeli yang berbelanja RM500 ke atas melalui dua resit daripada mana- mana kedai terpilih akan menerima satu set kombo balang simpanan kaca yang mengandungi dua balang simpanan bersaiz 800ml dan juga sekeping baucar beli-belah bernilai RM50.
Pembeli juga boleh beramah mesra bersama Santa Klaus semasa dua sesi lawatan pada hari Krismas tersebut pada jam 3.00 petang dan juga 5.00 petang. Semasa tempoh ini, kanak-kanak berpeluang mendapatkan gula-gula percuma.
MENGENAI SURIA KLCC SDN BHDSuria KLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh KLCC Property Holdings Berhad (60%) dan CBRE Global Investors (40%). Ia merupakan kumpulan pengurusan aset runcit bertaraf dunia yang memfokuskan kepada pembangunan dan operasi pusat membeli belah di Malaysia. 
Portfolio terkininya merangkumi tiga pusat membeli belah iaitu Suria KLCC (Kuala Lumpur), Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai dan lebih 2 juta kaki persegi ruang runcit keseluruhannya, syarikat ini memberi peluang kepada peruncit tempatan dan antarabangsa untuk mendekati golongan pembeli berkemampuan tinggi di Malaysia.
Untuk info lanjut, layari:
i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
iii. Mesra Mall - www.mesramall.com.my / www.facebook.com/MyMesraMall


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/12/ganjaran-bernilai-hampir-1-juta-ringgit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Burger Lobster Suria Klcc

Burger Lobster Suria Klcc

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 254 hits
BURGER LOBSTER SURIA KLCC Assalammualaikum semua Dah lama Ruby tidak mengulas makanan yang Ruby cuba Mengetahui pembukaan Burger Lobster di Suria KLCC benar benar buat Ruby teruja untuk mencuba Terima kasih kepada pasukan Suria KLCC yang me...
Kejar Target 1 5 Juta Wisatawan Injourney Bakal Percantik Labuan Bajo

Kejar Target 1 5 Juta Wisatawan Injourney Bakal Percantik Labuan Bajo

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 94 hits
PT Aviasi Pariwisata Indonesia atau InJourney bakal mempercantik kawasan wisata Labuan Bajo Nusa Tenggara Timur Mengingat ada target dari Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif mendatangkan 1 5 juta wisatawan per tahun ke Labuan Bajo
Beli Motor Listrik Bakal Disubsidi Rp6 5 Juta Haruskah Kita Beralih Ke Kendaraan Listrik

Beli Motor Listrik Bakal Disubsidi Rp6 5 Juta Haruskah Kita Beralih Ke Kendaraan Listrik

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 130 hits
Ada rencana pemerintah untuk subsidi motor listrik tahun depan tapi cermati dulu kebutuhanmu serta kelebihan dan kekurangan kendaraan listrik sebelum memutuskan untuk membelinya ya
Beli Mobil Listrik Bakal Dapat Subsidi Pemerintah Rp80 Juta Tapi Ada Syaratnya

Beli Mobil Listrik Bakal Dapat Subsidi Pemerintah Rp80 Juta Tapi Ada Syaratnya

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 91 hits
Bisa jadi pertimbangan baru nih buat kamu yang pengin beli mobil baru ke depannya
Lunch Date Di Mama Thai Ioi Mall Putrajaya

Lunch Date Di Mama Thai Ioi Mall Putrajaya

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 169 hits
Assalamualaikum Ehem Ahad lepas kami dating hahahaha ngade kan sepatutnya jumpa Sabtu tapi last minute Uncle Dania kena kerja 7am 7pm Sabtu tu so tukar plan ke hari Ahad off day bertukar ke hari Ahad Ye Uncle Dania kerja kat Singapore dan h...
Yoodo Wheel Yoo Win Tawarkan Hadiah Bernilai Lebih Rm2 Juta

Yoodo Wheel Yoo Win Tawarkan Hadiah Bernilai Lebih Rm2 Juta

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 399 hits
Ada pengguna Yoodo kat sini Ada berita baik nak kongsi ni Jom rebut peluang untuk memenangi pelbagai hadiah hebat bernilai lebih RM2 Juta dengan menyertai peraduan Wheel Yoo Win Pengguna Yoodo yang layak membuat putaran dijamin akan memenan...
Taeyang Bigbang Bakal Buat Comeback Solo

Taeyang Bigbang Bakal Buat Comeback Solo

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 95 hits
Rasanya ramai yang menantikan lagu baru dari Taeyang BIGBANG kan Berita baik buat semua lelaki itu dikhabarkan melancarkan lagu solo tak lama lagi Respon agensinya Belum ada apa yang disahkan Tolonglah jadi kenyataan Jom Like dan Follow dan...
Konspirasi Bakal Halang Khairy Tanding Kerusi Presiden Umno

Konspirasi Bakal Halang Khairy Tanding Kerusi Presiden Umno

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 115 hits
agendaily com12 12 2022Khairy Jamaluddin menempelak Zahid Hamidi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau Khairy Jamaluddin yang sebelum ini mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan tidak menolak kemungkinan untuk bertanding jawata...
Bakal Nyanyi Lagu Indigo Rm Bts Akan Tampil Di Rancangan Radio Npr Tiny Desk

Bakal Nyanyi Lagu Indigo Rm Bts Akan Tampil Di Rancangan Radio Npr Tiny Desk

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 99 hits
RM BTS bakal tampil dalam satu siri konsert NPR s Famous Tiny Desk ARTIKEL BERKAITAN Lagi satu khabar baik buat ARMY pula kali ini yang mana satu penyiar awam Amerika Syarikat NPR secara rasminya mengumumkan bahawa RM akan mengadakan konser...
Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Pramugari Malaysia Airlines Meninggal Dunia Tak Sempat Pulang Ke Tanah Air

Biodata Shalin Zulkifli Ratu Boling Tenpin Negara

Tutorial Cara Daftar Asb Online Dan Cara Semak Asb Guna Ic

Apa Itu Wang What Is Money

Doubletree By Hilton Presents Signatures Across The State A Makan Kitchen Showcase

Beyond Lettuce Wraps Unleash The Power Of Low Carb Bread



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Al Ikhsan Sports Spend And Win

Cuci Karpet

Lambstongues The Benefits Of Plastic Downspouts Over Metal Alternatives

Beyond The High Exploring The Therapeutic Uses Of Thca Flower In Houston

Mahkamah Warga Emas Bunuh Jiran Hukuman Diganti Penjara 30 Tahun

From The Dock To Rubbing Shoulders With Pmx Kk Mart Founder Shows Steely Resurgence With Uzbek Expansion Plan