Ganja Saya Takut Jadi Gila Seperti Sebelum Ini Yasin Sulaiman



PETALING JAYA : Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman,47, dalam permohonan rayuannya meminta agar pihak mahkamah mempertimbangkan ikat jamin buatnya dalam pertuduhan mengedar ganja di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini, semalam.
Ini kerana, Yasin menjelaskan di hadapan Majistret Zafran Rahim Hamzah bahawa dia bimbang menjadi tidak waras berikutan ada masalah kesihatan mental.
“Saya ada ubat diberikan, tapi khuatir bila-bila masa kesihatan terjejas. Saya takut jadi gila seperti yang pernah berlaku tiga kali sebelum ini,” katanya sewaktu mendengar pertuduhan mengedar ganja di mahkamah.
Keadaan itu kemudiannya disahkan oleh peguam belanya, Mohd Yusmadi Yusoff selepas pertuduhan itu dibaca.
Yusmadi turut memaklumkan anak guamnya itu mengidap penyakit bipolar yang kronik.
“Dia melalui proses perubatan sejak tahun 2009 termasuk dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Cuma, dia tak bercerita dekat orang pasal tahap kesihatannya. Itu yang bagus pasal dia.
“Proses perubatan itu berterusan sampai sekarang termasuk di hospital lain. Justeru, hak rawatannya perlu dipastikan. Dia kena dapat rawatan segera. Pengalaman dilakuinya kini (ditahan reman) tak sewajarnya.
“Sejak ditahan, dia tidak mendapat rawatan lagi. Hal ini juga sudah dimaklumkan polis. Pihak polis juga kata perkara itu (masih belum dirawat) perlu dihujahkan di mahkamah,” katanya.
Dalam pada itu, Yusmadi juga berharap peminat dan kawan mendoakan kesihatan anak guamnya.
Terdahulu, Yasin dilaporkan berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di sebuah kondominium dua minggu lalu.
Bagaimanapun, penyanyi itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya kerana kes itu dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, penyanyi lagu Mimpi Laila itu didakwa telah mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit rumah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu (2022).
Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum 39B(2) akta sama.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.
Sebelum itu, dalam prosiding berlainan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Norshila Kamaruddin, Yasin mengaku tidak bersalah atas petuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah merah yang mana daripanya Kanabis (ganja) yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.
Bagi kedua-dua prosiding itu, mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap Yasin dan menetapkan 18 Mei ini untuk sebutan semula kes.
 
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Kita ada satu lagi spesies katak istimewa, sindir Azalina Reputasi bertaraf dunia faktor Sapura Energy layak diselamatkan Yasin beritahu Syed Saddiq segerakan kelulusan ganja untuk perubatan (Video) Saya tak bersuara ketika itu sebab Sapura bukan syarikat GLC, Najib beritahu Rafizi Telinga, Muka Pelajar Ini Terkoyak Diserang Anjing Dengan Lebih 800 Gigitan Pensyarah bantu pelajar B40 beli laptop siapkan tesis akhir ‘Hubungan Pas-MN, Ibarat Kita Duduk Baik Dengan Bini Kita’ – Idris Bumi Tak Bergerak, Kenyataan Ustaz Kazim Buat Netizen ‘Speechless’ Limosin Putin Direka Seperti ‘Kubu Mudah Alih’ Bernilai Hampir RM800 juta Bella beritahu dia diikat, dicili, dijirus air panas: Saksi Pelakon Zarina Anjoulie Mengaku Ambil Dadah Mengapa Rasulullah s.a.w. Anjurkan Bermusafir Pada Waktu Malam? Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]

Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya

Pelajar mahukan ilmu takkan aibkan pensyarah

The post Ganja, saya takut jadi gila seperti sebelum ini – Yasin Sulaiman appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/04/01/ganja-saya-takut-jadi-gila-seperti-sebelum-ini-yasin-sulaiman/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Miliki Tanam Pokok Ganja Yasin Sulaiman Didakwa Di Mahkamah Hari Ini

Miliki Tanam Pokok Ganja Yasin Sulaiman Didakwa Di Mahkamah Hari Ini

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 229 hits
Penyanyi Yasin Sulaiman tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada jam 10 pagi diiringi anggota polis untuk didakwa atas pertuduhan memiliki dan menanam pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara Penyanyi berusia 47 tahun itu akan ditud...
Lepas Didakwa Yasin Minta Syed Saddiq Usahakan Kelulusan Ganja Perubatan

Lepas Didakwa Yasin Minta Syed Saddiq Usahakan Kelulusan Ganja Perubatan

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 190 hits
Nadia AzamYasin Sulaiman yang berdepan dua pertuduhan atas kesalahan menanam 17 pokok ganja di kediamannya hari ini meminta Presiden Ikatan Demokratik Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengusahakan agar ganja perubatan diluluskan di pa...
Singer Composer Yasin Sulaiman Charged With Trafficking Cannabis

Singer Composer Yasin Sulaiman Charged With Trafficking Cannabis

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 176 hits
Singer composer Yasin Sulaiman being brought to the magistrates court in Petaling Jaya today PETALING JAYA Singer and composer Yasin Sulaiman faces a possible death sentence after being charged in the magistrates court here with trafficking...
Didakwa Edar Ganja Yasin Berdepan Hukuman Mati

Didakwa Edar Ganja Yasin Berdepan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 193 hits
freemalaysiatoday com March 31 2022 12 31 PMYasin Sulaiman didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan mengedar ganja PETALING JAYA Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman berdepan hukuman mati apabila didakwa di Mahka...
Yasin Sulaiman Tiba Di Mahkamah Untuk Pendakwaan

Yasin Sulaiman Tiba Di Mahkamah Untuk Pendakwaan

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 189 hits
Pada Khamis lalu seorang penyanyi nasyid lelaki ditahan di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara di sini dan pemeriksaan menemui 17 batang pokok ganja di rumah berkenaan Dia yang juga komposer turut disiasat mengikut Seksyen 3...
Elak Makan 3 Jam Sebelum Keluar Tolak Gajet Mia Ahmad Kongsi Tip Bawa Anak Keluar Makan

Elak Makan 3 Jam Sebelum Keluar Tolak Gajet Mia Ahmad Kongsi Tip Bawa Anak Keluar Makan

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 222 hits
Membuat keputusan untuk membawa anak makan diluar bukanlah satu hal yang mudah Menunggu masa yang lama dan berada di kedudukan yang sama pada tempoh yang lama sememangnya membuatkan anak tidak senang duduk Ada sahaja keletahnya Namun bagi p...
Kkm Syor Kanak Kanak Segera Divaksin Sebelum 1 April

Kkm Syor Kanak Kanak Segera Divaksin Sebelum 1 April

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 183 hits
KUALA LUMPUR 26 Syaaban 1443H Selasa Kementerian Kesihatan mengesyorkan supaya kanak kanak yang belum mendapatkan vaksin agar berbuat demikian menerusi Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan Kanak Kanak dengan kadar segera sebelum negara ber...
Beralih Fasa Endemik Sebelum 1 April Kanak Kanak Disyor Ambil Vaksin Covid

Beralih Fasa Endemik Sebelum 1 April Kanak Kanak Disyor Ambil Vaksin Covid

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 173 hits
Kementerian Kesihatan mengesyorkan supaya kanak kanak yang belum mendapatkan vaksin agar berbuat demikian menerusi Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan Kanak Kanak dengan kadar segera sebelum negara beralih ke Fasa Peralihan ke Endemik mul...
Hiburan Kes Covid 19 Kanak Kanak Meningkat Kkm Mohon Vaksin Anak Sebelum 1 April

Hiburan Kes Covid 19 Kanak Kanak Meningkat Kkm Mohon Vaksin Anak Sebelum 1 April

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 159 hits
Biarpun akan datang negara Malaysia akan melalui fasa baharu iaitu Fasa Endemik namun pihak Kementerian Kesihatan mengesyorkan golongan ibu bapa untuk segera membawa anak mereka ambil vaksin Dalam pada itu pihak KKM turut berkata ia sebaik ...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Fishing As A Stress Reliever

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco