Gangguan Tonto Mereka Kenal Anggota Jpj Bertugas No Kenderaan Peribadi Sehingga Alamat Tempat Tinggal




Selepas hampir sebulan pendedahan dilakukan media, ternyata tiada perubahan ketara dikesan apabila tonto upahan masih terus liar mengekori kenderaan penguatkuasa

Berdasarkan risikan dilakukan wartawan serta bukti bergambar, kumpulan tonto semakin berani mengekori rapat kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis trafik

Ternyata tindakan mereka ini mengundang persoalan sama ada ia satu bentuk provokasi terang-terangan atau sengaja mahu mencabar kewibawaan pihak berkuasa

Ia terbukti apabila maklumat operasi bersepadu JPJ yang sepatutnya diadakan secara besar-besaran di beberapa lebuh raya utama malam kelmarin 'dibocorkan' lebih awal oleh tonto

Operasi berkenaan yang sepatutnya disertai Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi) JPJ, Aedy Fadly Ramli di Plaza Tol Petaling Jaya (Hala Sunway) dipantau rapi oleh tonto yang sedia menunggu di lokasi berhampiran

Mereka dikesan turut merakam video dan gambar anggota penguat kuasa JPJ sebelum disebarkan di media sosial beberapa jam sebelum operasi bermula

Maklumat diperoleh wartawan mendapati kumpulan tonto masih aktif menyalurkan maklumat keberadaan kenderaan JPJ melalui media sosial

Maklumat dikongsi itu turut disertakan dengan gambar kenderaan JPJ, maklumat nombor plat serta lokasi operasi dilakukan

Tidak terkecuali, rakaman gambar anggota JPJ sedang menahan kenderaan berat bagi tujuan amaran kepada pemandu lori atau treler lain yang bakal melalui lokasi berkenaan

Turut tidak terkecuali, penyebaran gambar dan video anggota polis trafik bersembunyi di celah pokok bunga, belakang pokok, atas jejantas atau di belakang tiang ketika melakukan operasi perangkap had laju

Malah, tanpa rasa takut, mereka sengaja merakam gambar curi anggota polis dari jarak dekat di atas jejantas sebelum disebarkan kepada ahli kumpulan pemandu kenderaan berat

Salah seorang anggota penguat kuasa JPJ yang mendedahkan perkara itu menyifatkan gangguan tonto ini kian sukar dibendung

"Mereka bukan hanya mengekori kenderaan kami (JPJ), bahkan turut mengganggu operasi Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad), Polis Trafik dan Jabatan Alam Sekitar (Jas)

"Gangguan mereka bukan 'main-main' kerana mereka mengenali identiti hampir semua anggota penguat kuasa JPJ yang bertugas, nombor kenderaan persendirian kami hinggalah alamat di mana kami tinggal," katanya yang sudah 15 tahun berkhidmat

Dia mendakwa situasi itu adakalanya menyebabkan mereka berasa tidak selamat dan sentiasa diperhatikan gerak geri

"Walaupun belum ada ancaman jelas terhadap ahli keluarga kami namun ia sedikit sebanyak mewujudkan kebimbangan," katanya

Pada masa sama beliau turut mempersoalkan penubuhan Pasukan Tindakan Khas (PTK) JPJ pada 2016 yang bermatlamat menangani kegiatan sindiket tonto di seluruh negara

"Ketika itu JPJ bertekad bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) membanteras aktiviti tonto secara besar-besaran

"Namun selepas tujuh tahun, masalah tonto masih gagal ditangani. Sebaliknya mereka makin bertambah dan agresif," katanya


Kod khas, emoji wakili kehadiran pihak berkuasa
Guna pelbagai kod khas dan emoji di media sosial bertujuan memberi amaran pergerakan atau kehadiran anggota penguat kuasa di sesuatu lokasi panas

Mendedahkan perkara itu salah seorang pemandu lori yang hanya mahu dikenali sebagai Lan, 43, memaklumkan kewujudan pelbagai kumpulan telegram dan WhatsApp bagi bolehkan tonto menyalurkan maklumat pantas

Menurutnya, antara kod popular digunakan adalah abjad P atau B yang membawa maksud anggota polis, J atau A (Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), C atau W (polis trafik) dan SPT atau Z (operasi perangkap had laju)

"Malah, terdapat beberapa gelaran tertentu diberikan antaranya John yang merujuk kepada anggota JPJ, Paul membawa makna anggota polis dan Wist merujuk kepada anggota polis trafik," katanya

Dia berkata, emoji kereta polis turut digunakan selain angka mewakili nombor plat kenderaan milik penguatkuasa JPJ

"Antara contoh amaran akan diberikan adalah '1677 keluar ofis atau kandang' yang membawa maksud kenderaan penguatkuasa JPJ dengan nombor pendaftaran 1677 memulakan tugas rondaan," katanya

Menurutnya, maklumat diberikan turut membabitkan lokasi operasi had laju sedang dilakukan polis selain kes kemalangan harian seluruh negara

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam kenyataannya baru-baru ini memaklumkan pihaknya tidak gentar dengan ancaman tonto, malah akan sentiasa melindungi pegawai dan anggota JPJ yang bertugas demi keselamatan

Menurutnya, JPJ tidak berseorangan kerana mereka turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguatkuasakan peraturan dan undang-undang jalan raya

Beliau berkata, jika wujud elemen jenayah terutama ugutan, maka, JPJ akan mendapatkan bantuan daripada pihak polis bagi membanteras kegiatan itu

Sementara itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan memaklumkan pihaknya menerima lima laporan polis berkaitan aktiviti tonto yang menjadi pemberi maklumat bagi menggagalkan tugas penguatkuasaan JPJ sejak Januari lalu

Harian Metro pada 19 Mei lalu mendedahkan kegiatan tonto yang semakin agresif dengan menjadikan pelbagai platfom media sosial untuk menggagalkan usaha pihak berkuasa

HMetro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2022/06/gangguan-tonto-mereka-kenal-anggota-jpj.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Geng Tonto Naik Tocang Berani Ekori Kenderaan Jpj Dan Polis Sebelum Salur Maklumat Kepada Pemandu Lori Bermasalah

Geng Tonto Naik Tocang Berani Ekori Kenderaan Jpj Dan Polis Sebelum Salur Maklumat Kepada Pemandu Lori Bermasalah

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 230 hits
Selepas hampir sebulan pendedahan dilakukan media ternyata tiada perubahan ketara dikesan apabila tonto upahan masih terus liar mengekori kenderaan penguatkuasa Berdasarkan risikan dilakukan wartawan serta bukti bergambar kumpulan tonto sem...
Omicron Ba5 1 Mengamuk Di Makau Restoran Dan Tempat Hiburan Ditutup

Omicron Ba5 1 Mengamuk Di Makau Restoran Dan Tempat Hiburan Ditutup

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 117 hits
Hingga Kamis pukul 15 00 waktu setempat tercatat ada 110 kasus positif Omicron di Makau dan penyelidikan atas wabah terkini masih berlangsung
Sma Swasta Kapuas Resmi Menjadi Tempat Pelatihan Komputer Akuntansi Bersertifikat Di Kalimantan Barat

Sma Swasta Kapuas Resmi Menjadi Tempat Pelatihan Komputer Akuntansi Bersertifikat Di Kalimantan Barat

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 126 hits
Alhamdulillah pada hari ini telah dilaksanakan penyerahan sertifikat Zahir Academic Partner dari perwakilan PT Zahir Internasional Kalimantan Barat Dwi Wahyudi SE kepada Kepala Sekolah SMA Swasta Kapuas Pontianak Sukardi S Pd M Si Tempat Pe...
Mahkamah Agung As Putuskan Warga Boleh Bawa Senjata Api Di Tempat Umum

Mahkamah Agung As Putuskan Warga Boleh Bawa Senjata Api Di Tempat Umum

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 143 hits
Dalam keputusannya hakim Thomas membatalkan peraturan Kota New York yang mewajibkan orang memenuhi persyaratan khusus untuk membawa senjata api di tempat umum
Rtm Pun Dah Ta Sebelah Najib Alamat Tak Selamat La

Rtm Pun Dah Ta Sebelah Najib Alamat Tak Selamat La

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 159 hits
Tudia RTM pun dah tak boleh nak berpihak dekat PENYAMUN ni dah siap masuk berita pukul 8 malam ni 15hb Jun 2022 menyatakan jelas penyelewengan dana 1MDB dibuat sendiri oleh Najib PENYAMUN ni tampa pengetahuan Bank Negara Malaysia sebaliknya...
Tempat Bersejarah Menarik Di Boston Bersama Beyond Times Square

Tempat Bersejarah Menarik Di Boston Bersama Beyond Times Square

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 206 hits
Rancang untuk percutian mewah Lawati tempat bersejarah menarik di Boston bersama Beyond Times Square Agency Beyond Times Square adalah syarikat pengurusan destinasi dengan pengalaman lebih 19 tahun Mereka menguruskan program pengembaraan me...
Menaker Kemnaker Siap Jadi Tempat Yang Nyaman Bagi Talenta Muda

Menaker Kemnaker Siap Jadi Tempat Yang Nyaman Bagi Talenta Muda

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 136 hits
Menteri Ketenagakerjaan Ida Fauziyah menyatakan bahwa Kementerian Ketenagakerjaan memiliki perhatian yang tinggi terhadap talenta muda
Jangan Panggil Nama Wanita Ini Beri Tips Cari Anak Hilang Di Tempat Awam Dakwa Lebih Senang Jumpa

Jangan Panggil Nama Wanita Ini Beri Tips Cari Anak Hilang Di Tempat Awam Dakwa Lebih Senang Jumpa

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 186 hits
Ibu bapa pastinya akan berasa cemas jika anak kecil mereka tiba tiba sahaja hilang dari pandangan ketika berkunjung ke tempat awam seperti pasar raya misalnya Seperti sebuah video yang tular di media sosial baru baru ini mengenai seorang ba...
Wagub Dki Akan Siapkan Tempat Parkir Kawasan Tebet Eco Park

Wagub Dki Akan Siapkan Tempat Parkir Kawasan Tebet Eco Park

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 196 hits
Semua itu perlu waktu semua program itu kita akan laksanakan imbuhnya
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik