Gangguan Tempat Kerja Bentuk Gangguan Pindaan Akta


Gangguan di tempat kerja seperti buli, gangguan seksual dan buli siber merupakan satu isu serius yang boleh menjejaskan kesihatan mental, emosi dan prestasi para pekerja. Bagi menangani isu ini, kerajaan telah meminda dua akta baharu. 
Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 akan dilaksanakan bermula 11 Julai ini. Pindaan ini dilakukan bertujuan untuk memastikan persekitaran kerja yang lebih selamat dan saksama dengan mengklasifikasikan gangguan di tempat kerja sebagai kesalahan jenayah. 
Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan hal ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini. 
Pindaan Akta Kanun Keseksaan & Akta Kanun Tatacara Jenayah 2025 Pindaan Akta Kanun Keseksaan dan Akta Kanun Tatacara Jenayah telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 10 Disember 2024 dan di Dewan Negara pada 16 Disember 2024, dengan sokongan majoriti Ahli Parlimen. 
Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, pindaan ini memperkenalkan Seksyen 507B hingga 507G dalam Kanun Keseksaan, yang secara khusus menangani pelaku buli, termasuk komunikasi yang mengandungi ancaman, penghinaan, atau cercaan yang bertujuan menimbulkan gangguan emosi atau ketakutan kepada mangsa.
Pindaan ini dibuat selepas meneliti kelemahan undang-undang sedia ada yang didapati tidak mencukupi untuk menangani ancaman psikologi dan emosi, terutamanya dalam persekitaran digital. Dengan pelaksanaan undang-undang baharu ini, mangsa gangguan kini mempunyai saluran yang lebih jelas untuk membuat laporan polis.
Hukuman & Seksyen Berkaitan Untuk pengetahuan anda berikut merupakan seksyen penting yang terlibat dalam pindaan akta gangguan tempat kerja ini:
Seksyen 507B (gangguan verbal/emosi): penjara hingga 3 tahun Seksyen 507C (ugutan melalui komunikasi): penjara hingga 1 tahun atau denda Seksyen 507D(1) (gangguan menyebabkan tekanan mental) : penjara hingga 1 tahun Seksyen 507D(2) (jika menyebabkan cubaan bunuh diri) : penjara hingga 10 tahun Seksyen 507F (doxing): penjara hingga 3 tahun Jenis Gangguan Tempat Kerja Menurut sumber, pindaan undang-undang ini merangkumi pelbagai bentuk gangguan di tempat kerja yang kini boleh dikenakan tindakan undang-undang jenayah, termasuk:
Gangguan fizikal atau verbal Termasuk gangguan seksual atau emosi yang menjejaskan maruah atau keselesaan pekerja. Buli siber Seperti memalukan individu melalui media sosial, mesej berkumpulan, atau platform kerja. Penyebaran maklumat peribadi tanpa kebenaran Seperti alamat, nombor telefon, atau data sulit yang boleh menjejaskan keselamatan individu. Tekanan emosi berlebihan Tekanan emosi yang boleh menyebabkan individu mengalami tekanan mental atau kecenderungan untuk menyakiti diri sendiri. Kesan Pindaan Akta Pelaksanaan Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 bukan sahaja meningkatkan kecekapan proses keadilan jenayah, tetapi juga memastikan tindakan lebih pantas dan tegas terhadap pelaku. 
Sebelum ini, gangguan di tempat kerja sering dianggap sebagai “gurauan” atau isu pejabat yang diselesaikan secara dalaman. Kini, dengan pengklasifikasian gangguan sebagai jenayah, majikan dan pekerja perlu lebih berhati-hati dalam memastikan budaya kerja yang sihat dan bebas daripada tingkah laku toksik.
Sebagai contoh, tindakan seperti memanggil rakan sekerja dengan panggilan yang tidak wajar seperti “sayang” atau menyebarkan maklumat peribadi tanpa kebenaran kini boleh dilaporkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Alasan “buat lawak kasar je” sudah tidak relevan lagi. 
Baca juga: Buli Di Tempat Kerja: Contoh, Tindakan & Saluran Aduan
Langkah Jika Mengalami Gangguan Tempat Kerja Jika anda atau rakan-rakan anda mengalami gangguan di tempat kerja, anda boleh mengikuti setiap langkah dibawah bagi menangani isu ini:
Simpan bukti Simpan segala bukti gangguan seperti mesej, e‑mel, nota suara, rakaman, CCTV Catat kejadian Pastikan anda merekod tarikh, tempat, siapa, apa yang berlaku pada hari kejadian Lapor kepada HR Lapor kepada bahagian sumber manusia di tempat kerja anda terlebih dahulu sebagai rekod dalaman. Buat laporan polis Jika tiada tindakan di ambil atau gangguan masih berlaku, buat laporan polis. Bawa bersama bukti dan catatan yang anda lakukan. CC ke agensi lain Anda juga boleh melaporkan gangguan tersebut kepada agensi berkait seperti Jabatan Tenaga Kerja,SUHAKAM, dan Talian Kasih. Sumber: Pasukan Simpanan Persekutuan  



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/gangguan-tempat-kerja/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=gangguan-tempat-kerja

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5s Kunci Tempat Kerja Yang Lebih Teratur Bersih Dan Produktif

5s Kunci Tempat Kerja Yang Lebih Teratur Bersih Dan Produktif

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 243 hits
5S Kunci Tempat Kerja yang Lebih Teratur Bersih dan Produktif Dari kelam menjadi tenang Dari berselerak menjadi efisien Itulah kuasa 5S 5S bukan sekadar slogan Jepun di dinding kilang Ia adalah budaya kerja Satu sistem kemas yang jika diama...
Burnout Kerja Punca Tanda Tanda Dan Cara Atasi Keletihan Mental Di Tempat Kerja

Burnout Kerja Punca Tanda Tanda Dan Cara Atasi Keletihan Mental Di Tempat Kerja

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 275 hits
Original Content Dalam dunia pekerjaan hari ini yang semakin mencabar dan pantas ramai individu mengalami tekanan kerja yang tidak terkawal sehingga membawa kepada keletihan melampau dikenali sebagai burnout kerja Istilah ini bukan sekadar ...
Kerja Baik Pulih Dan Penyelenggaraan Rumah Pam Kobat Siap Lebih Awal Bekalan Air Pulih Berperingkat

Kerja Baik Pulih Dan Penyelenggaraan Rumah Pam Kobat Siap Lebih Awal Bekalan Air Pulih Berperingkat

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 252 hits
KUANTAN Kerja kerja baik pulih dan penyelenggaraan semua instrumen penting di Rumah Pam Kobat di sini telah siap sepenuhnya pada pukul 9 30 pagi tadi lebih awal daripada jangkaan asal Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad Dat...
Patut Terima Teguran Bukan Jilat Dan Tak Jalan Pun Kerja

Patut Terima Teguran Bukan Jilat Dan Tak Jalan Pun Kerja

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 161 hits
Teguran dari ahli Parlimen dalam kerajaan sepatutnya disambut dengan terbuka dan penjelasan perlu diberi terhadap isu isu yang dibangkitkan Saya tidak melihat teguran ini akan mengganggu gugat kerajaan sebaliknya menjadikan kerajaan lebih p...
5 Alasan Cuti Kerja Yang Masuk Akal Dan Gampang Dapat Acc Atasan

5 Alasan Cuti Kerja Yang Masuk Akal Dan Gampang Dapat Acc Atasan

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 440 hits
Di dunia kerja cuti kerja adalah salah satu hak yang akan kamu peroleh sebagai karyawan Hak cuti kerja sendiri sudah diatur dalam Undang Undang tepatnya Pasal 81 angka 23 UU Cipta Kerja Meskipun sifatnya adalah hak tapi tetap harus ada alas...
Kan Laju Buat Kerja Tapi Parti Kiok Ni Lain Dia Punya Biolnya

Kan Laju Buat Kerja Tapi Parti Kiok Ni Lain Dia Punya Biolnya

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 190 hits
Ustaz Al AsriDapat je surat Rafizi 2 pihak laju uturn Pas dah sokong tanpa syarat Menteri pun laju buat kajian
Itu Petanda Ada Pihak Tak Buat Kerja Makan Gaji Buta

Itu Petanda Ada Pihak Tak Buat Kerja Makan Gaji Buta

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 190 hits
Busuk melekat di baju Muhamad Lokman Khairilokman khairi hmetro com myPENCEMARAN bau dari Sungai Kerayong dikatakan sudah lama berlarutan dan semakin parah dipercayai akibat longgokan sampah dan sisa buangan lain Ampang Bau terlalu busuk se...
Hiburan Lebih 82 000 Petugas Kesihatan Kkm Dikecualikan Waktu Kerja Syif 45 Jam Seminggu

Hiburan Lebih 82 000 Petugas Kesihatan Kkm Dikecualikan Waktu Kerja Syif 45 Jam Seminggu

papar berkaitan - pada 12/7/2025 - jumlah : 261 hits
Melalui laporan pihak kerajaan bersetuju untuk memberi pengecualian kepada waktu bekerja syif untuk petugas kesihatan melibatkan lima skim perkhidmatan kritikal di Kementerian Kesihatan di mana ia menetapkan waktu bekerja kepada 42 jam semi...
Kerja Part Time Lipat Baju

Kerja Part Time Lipat Baju

papar berkaitan - pada 12/7/2025 - jumlah : 204 hits
Korang tengah cari kerja Lagi lagi kerja part time untuk tambah income Nak kerja yang senang Pernah dengar pasal lipat baju kerja ni real Tuan Puan Katalah orang baru nak start bisnes Dan melibatkan barang2 dalam kotak dorang belum ada moda...
Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025

Sabah Sarawak Parliamentary Seats Will Be Increased Says Anwar

Empat Kenderaan Terlibat Kemalangan Di Plaza Tol Bukit Kajang

Apabila Facebook Pro Dapat Kesan Copyright

Sarapan Untuk Kongsi Kong

How One Sensor Can Replace Dozens Of Cameras In Student Hotspots


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Makan Berjemaah Di Warung Zara Binaong Keningau Sabah

Amazing Beef Rib Recipe Grill

Akob Patin House 2

Tapau Chicken Tenders Ahmad S Fried Chicken Taman Cendana Pasir Gudang

Pohon Cermai Di Tepi Jalan

Ceramah Hidup Ini Kena Ikut Netizen Ke Hadis