Gangguan Bekalan Air Di 50 Kawasan Wilayah Petaling Akibat Kejadian Paip Pecah
Sebanyak 50 kawasan di Wilayah Petaling dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, berikutan insiden paip pecah yang berlaku di Persimpangan Jalan Kerinci, Bukit Angkasa pada hari ini.
Bekalan air tersebut akan ditutup pada jam 12 tengah malam ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan. Kerja pembaikan ini akan dijangka siap pada 6 petang 7 Ogos 2020.
Perkara ini dijelaskan melalui laman Facebook rasmi Air Selangor untuk penduduk di kawasan terjejas lebih peka dengan kejadian ini.
Bagaimanapun, bekalan air akan diagihkan kepada kawasan-kawasan tersebut bagi membantu penduduk yang terjejas.
Ini senarai 50 kawasan sekitar Wilayah Petaling yang terjejas. (Rujuk pada kenyataan media)
1. Taman OUG
2. Bukit OUG
3. Taman Perindustrian OUG
4. Taman Bukit Indah
5. Taman Nam Fong
6. Taman Tan Yew Lai
7. Pusat Perniagaan Kinrara & Apartment Lavender
8. Taman Kinrara
9. Taman Lucky Puchong
10. Taman Pandyan
11. Taman Kanagapuram (Seksyen 18 PJ)
12. Seputeh
13. Taman Halimahton
14. Taman Bukit Desa
15. Taman Lee Yan Lian
16. Petaling Bahagia
17. Taman Bukit Indah
18. Taman Desa
19. Taman Angkasa Puchong
20. Taman Puchong Indah
21. Gasing Indah
22. Jalan Klang Lama Batu 3 hingga 8
23. Taman Seri Sentosa
24. Taman Kandan
25. Kuarters JKR Batu 6 1/2 Puchong
26. Kem TUDM Kinrara
27. Taman Park Siong
28. PJ New Town
29. PJ Old Town
30. Seksyen 1 hingga Seksyen 8 PJ
31. Seksyen 9 -13 PJ
32. Seksyen 52
33. Jalan Gasing
34. Jalan Tandang
35. Jalan Kilang
36. Lorong Asrama Pantai Dalam
37. Kampung Pasir
38. Kampung Dato Tatah
39. Pantai Dalam
40. Pantai Hill Park
41. Pantai Permai
42. Angkasapuri
43. Kerinchi
44. KL Gate Way Kerinchi
45. Rumah Pangsa PKNS Pantai Dalam
46. Seksyen 22, PJ
47. Seksyen 14, PJ
48. Seksyen 51A
49. SS9
50. Sebahagian SS9A
Sumber: Air Selangor
The post Gangguan Bekalan Air Di 50 Kawasan Wilayah Petaling Akibat Kejadian Paip Pecah appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/08/07/gangguan-bekalan-air-di-50-kawasan-wilayah-petaling-akibat-kejadian-paip-pecah/