Game Over 9768



Segala puji bagi Allah ﷻ atas keagungan sifat-sifat-Nya dan kemurahan anugerah-Nya, Shalawat dan Salam bagi Nabi Muhammad ﷺ, berserta keluarga dan seluruh para sahabatnya.

Amma Ba’du: 

Ketika hari kiamat terjadi seluruh manusia berkumpul dari awal penciptaan sampai akhir masa kehidupan dunia. Mereka yang mukmin atau kafir di padang Mahsyar akan dihitung amalan-amalannya. Di antara manusia yang begitu banyak itu, Nabi Muhammad shalallahu alaihi wasallam akan mengenal umatnya ketika datang ke Telaga dengan ciri-ciri khusus.

Bagaimana Nabi Muhammad shalallahu alaihi wasallam mengenal umatnya? Allah Taala berfirman:
يَوْمَ نَدْعُو كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ(Ingatlah) suatu hari (yang di hari itu) Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya (QS. Al Israa’: 71)

Ibnu Abi Hatim meriwayatkan, Ibnu Abbas Radiyallahu ‘anhu berkata, “Pemimpin kebaikan dan pemimpin kesesatan”

Anas bin Malik berkata, “(arti pemimpin) adalah Nabi setiap umat” (Tafsir Ibnu Abi Hatim, 7/2339)

Ayat ini menjelaskan bahwa umat manusia pada Hari Kiamat dipanggil secara berkelompok, dan umat Islam dipanggil pada kelompok yang dipimpin oleh Nabi Muhammad shalallahu alaihi wasallam. Dengan ini kita bisa memahami, bahwa Nabi ﷺ mengenal umatnya ketika umatnya berada pada kelompok yang bersama dengannya.

Di sisi lain, bahwa umat Islam memiliki ciri tersendiri yang dengannya Nabi Muhammad shalallahu alaihi wasallam mengenal mereka. Nabi shalallahu alaihi wasallam menjelaskan dalam sebuah hadits yang berbunyi:
وَدِدْتُ أَنَّا قَدْ رَأَيْنَا إِخْوَانَنَا. قَالُوا : أَوَلَسْنَا إِخْوَانَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ، قَالَ : أَنْتُمْ أَصْحَابِي ، وَإِخْوَانُنَا الَّذِينَ لَمْ يَأْتُوا بَعْدُ . فَقَالُوا : كَيْفَ تَعْرِفُ مَنْ لَمْ يَأْتِ بَعْدُ مِنْ أُمَّتِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ فَقَالَ : أَرَأَيْتَ لَوْ أَنَّ رَجُلًا لَهُ خَيْلٌ غُرٌّ مُحَجَّلَةٌ بَيْنَ ظَهْرَيْ خَيْلٍ دُهْمٍ بُهْمٍ أَلَا يَعْرِفُ خَيْلَهُ؟ قَالُوا : بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ ، قَالَ : فَإِنَّهُمْ يَأْتُونَ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِنْ الْوُضُوءِ وَأَنَا فَرَطُهُمْ عَلَى الْحَوْضِAku berharap bahwa kami sudah bisa melihat saudara-saudara kami.” Mereka (para sahabat) berkata: “Bukankah kami adalah saudara-saudaramu, wahai Rasulullah ﷺ?, Beliau ﷺ menjawab: “Kalian adalah sahabat-sahabatku, saudara-saudara kami adalah mereka yang belum datang (lahir) saat ini.” Mereka berkata: “Bagaimana engkau mengetahui orang yang belum ada saat ini dari umatmu, wahai Rasulullah ﷺ?, Beliau ﷺ menjawab: “Tidakkah engkau melihat, jika seseorang memiliki kuda bertanda putih pada muka dan kaki-kakinya berada di antara kuda-kuda hitam pekat, tidakkah ia bisa mengenal kudanya?, Mereka menjawab: “Ya, wahai Rasulullah ﷺ” Beliau ﷺ bersabda: “Mereka akan datang dengan wajah putih bersinar dan kaki tangan bercahaya pada bagian air wudhu, dan aku menunggu mereka di Telaga. (HR. Muslim 249)

Dari ayat dan hadits di atas, kita bisa mengetahui bahwa Rasulullah shalallahu alaihi wasallam mengenal umatnya melalui dua perkara, yang pertama adalah pada hari kiamat umat Islam dipanggil bersama pemimpinnya, yaitu Nabi Muhammad shalallahu alaihi wasallam; darinya Nabi Muhammad ﷺ mengenal umatnya.

Yang kedua adalah tanda putih bercahaya pada wajah, kaki, tangan yang merupakan tempat air wudhu, sehingga tanda tersebut menjadi pembeda dari umat manusia yang lain.

Semoga kita semuanya adalah orang-orang yang dikenali Rasulullah shalallahu alaihi wasallam dan mendapatkan minum dari telaganya… Amiin. Wallahu’alam.

Dijawab oleh Ustadz Sanusin Muhammad Yusuf , Lc. MA. (Dosen Ilmu Hadits STDI Jember) 

Update:  
ada satu story lg - Mencemar Maruah
.
Hari ini, pada jam ini berakhirlah sudah semua teka teki apa yang akan terjadi kepada posisi pentadbiran Kerajaan Malaysia.
.
Dari berita yang masuk dari sumber yang sangat dipercayai, dikatakan usaha ini menemuinya kegagalan yang sungguh memalukan.
.
AMANAH, yang selama ini berdiam diri dari kemelut mengeluarkan suara garang mengherdik dengan keras DS Azmin Ali, atas usaha jahatnya untuk menumbangkan Kerajaan sedia ada.
.
Menurut sumber saya, kegagalan yang memalukan ini adalah disebabkan Tun M sendiri yang "menegur" kepimpinan parti BERSATU melalui mesyuarat yang dipengerusikannya hari ini.
.
Sumber saya tidak dapat disahkan kesahihan walaupun dari sumber yang dipercayai, kerana pemimpin BERSATU mengunci mulut selepas keluar mesyuarat. Sampai sekarang.
.
Cuma, apa yang saya boleh laporkan disini, kalau kita melihat apa yang berlaku, perkampungan pertama dibuat oleh Azmin Ali bersama-sama penyokongnya di Sheraton Hotel.
.
Dari pagi lagi, mereka kumpulan pertama yang berbuat demikian bersama-sama dengan beberapa pemimpin BERSATU. Yang paling menyakitkan hati apabila Hishamuddin Rais, seorang aktivis yang dahulunya membela Anwar Ibrahim, dilihat bersama sama dengan mereka.
.
Sepatutnya, mesyuarat ini dibuat senyap sepi tanpa pengetahuan, tiba tiba terbocor berita mereka ini bermesyuarat maka secara tergesa-gesa semua parti politik pakat habis bermesyuarat.
.
Yang tinggal adalah DAP dan AMANAH sahaja, tidak bermesyuarat, walaupun mereka tahu akan apa yang sedang berlaku, fokus mereka adalah untuk Negara lebih tinggi.
.
Contoh, Lim Guan Eng perlu menyediakan rancangan pakej rangsangan ekonomi dan Dr Dzulkefly Ahmad perlu memberikan fokus kepada pencegahan penularan wabak COVID-19. Menteri DAP dan AMANAH yang lainnya fokus untuk menguruskan negara.
.
Rakyat yang mangkuk ayon adalah rakyat yang tidak melihat perkara-perkara ini, kerana otak mereka tepu dengan isu agama dan bangsa yang dilaungkan oleh pembangkang yang kehabisan modal.
.
Maka ramai di antara mereka mengucapkan "Alhamdulillah, muafakat nasional akan menguasai kembali Malaysia" - "melayu dan Islam akan terbela" - bertapa sempit dan berkaratnya otak mereka.
.
Mereka ingat Islam ini hanya membela Melayu semata-mata. Dia tidak tahu Islam mengajar apa yang dikatakan "keadilan untuk semua".
.
Okay, Kita teruskan sikit tulisan ini. Untuk apa Tun M pergi menghadap Yang di-Pertuan Agong? Baik, saya beritahu.
.
Team Azmin Ali memang awal awal lagi, plan untuk "menikam belakang" Tun M. Perkampungan sesudah subuh di hotel adalah susunan strategi untuk mengumpul berapa "orang yang sokong aku"
.
GPS dan PAS memang buat meeting serentak sebab apabila meeting Team Azmin Ali berjaya, mereka akan beritahu GPS dan PAS untuk "on green light" Bukan itu sahaja, mereka melalui Zahid Hamidi memang telah awal-awal memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, nak mengkhabarkan yang mereka telah mempunyai sokongan yang cukup untuk membubarkan kerajaan sedia ada.
.
Perkara ini terbocor, siapa yang bocorkan, hanya Allah ﷻ yang tahu, yang pasti, terbocor ke telinga Tun M dan Anwar Ibrahim. Tun M hanya dikatakan berkata, "let me handle this" kepada Anwar Ibrahim. Sebab itu, baik Anwar Ibrahim, atau DAP, atau AMANAH buat tak tahu tak cakap apa-apa di media.
.
Masing masing fokus kepada negara, sebab itu Lim Kit Siang berani mempertaruhkan jawatan Ahli parlimen kalau peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim. Kerana mereka lebih kenal Tun M.
.
Anwar Ibrahim menganjurkan Majlis Bacaan Yasin sahaja di rumahnya, Ahli Parlimen PKR yang bersamanya dijemput hadir.
.
Tanyalah kepada pemimpin BERSATU, apa yang Tun M kata pada mereka didalam mesyuarat? Sebab itu, apabila Zahid Hamidi diberitakan memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong maka Tun M terus memohon untuk sama sama menghadap yang di-Pertuan Agong.
.
Akhirnya cerita, keluar dari istana pukul 7 malam lebih, tiada apa-apa berita. Tiada press conference, tiada maklum balas, sunyi krik krik krik.
.
Malukan kena check mate dengan Tun M? Oh, APA yang Tun M Dan Zahid Hamidi cakap di hadapan YDA?
.
Sebab itu Shafie Apdal awal-awal cakap, kami bersama Tun M, dia pun tahu kalau dicuba sailang belakang, memang "Kings" akan datang dan dia akan "Checkmate". Bagaimana dia akan Checkmate, Wallahualam.
.
Yang pasti, Team Azmin Ali memang kena Checkmate kaw kaw kaw. Rombakan kabinet akan berlaku dan Azmin Ali bersama Zuraidah akan dibuang. Malah akan ada pemimpin BERSATU juga akan dibuang dari kabinet. Diganti dengan yang lain, mungkin dari Parti Warisan Sabah.
.
Jangan awal sangat mencemar maruah.
.
Kelak tahi terpalit ke muka. 

Antara Penyelamat 👇🏻
LOGO PKR AKAN MENJADI PENYELAMAT KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

Kebijaksanaan YDP Agong ditagih untuk tidak mengesahkan kerajaan baru melalui gabungan baru yang dibentuk oleh Tun M dan Azmin Ali. Ini kerana gabungan baru Ahli Parlimen yang dibentuk itu bertanding dalam PRU14 tidak menggunakan logo parti sendiri sebaliknya menggunakan logo PKR. Kerajaan baru yang akan dibentuk ini adalah sebuah kerajaan haram dan tidak sah di sisi undang undang. Kalau terbentuk juga ia masih kerajaan PH cuma Ahli Parlimen yang menganggotai kabinet adalah orang lain bukan orang yang sama. 

Oleh itu, Parlimen mesti dibubarkan supaya mandat diserahkan semula kepada rakyat untuk memilih sebuah kerajaan yang baru. Pada ketika itu kalau Tun M berani bolehlah bertanding menggunakan logo PPBM dan Azmin serta konco konco nya boleh guna logo parti baru yang beliau wujudkan bersama Zuraidah...
media dh diberi mesej oleh pej tun. Tak ada apa2 pc malam ni. Kabarnya  Agong nak jumpa wan azizah dan anwar - to be fair

Mufti titip doa ketika desas-desus pertukaran kerajaan
Ketika pelbagai spekulasi dan kemungkinan berlaku perubahan kepimpinan di peringkat kerajaan persekutuan serta pensejajaran baru parti politik, Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad menitipkan doa khusus buat Malaysia.
Melalui satu hantaran di Facebook beliau memaparkan satu doa bertulis tangan seperti berikut:
"Bismillahirahmanirrahim. Doaku semoga Allah SWT kurniakan Malaysia sentiasa dalam aman, begitu juga dengan para pemimpin diberi taufiq, hidayah dan sabar.
"Ya Allah berikan kepada kami rasa cintakan negara, kukuhkanlah perpaduan kami."
Catatan doa tersebut ditulis pada jam 4.45 petang dan katanya ditujukan kepada rakyat, para pemimpin dan negara."Ya Allah, kepada-Mu kami berserah dan berharap," katanya.
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan beberapa kem politik yang dijangka bermesyuarat hari ini mencetuskan spekulasi berlakunya pensejajaran semula kekuasaan negara.
Para anggota parlimen yang setia kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali disahkan sedang berkumpul di Sheraton Hotel Petaling Jaya.
Turut disahkan Majlis Tertinggi Bersatu sedang bermesyuarat di ibu pejabatnya, yang tidak jauh dari hotel itu.
Para pemimpin dan MP Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijangka bertemu petang ini di Ritz Carlton, Kuala Lumpur.
Majlis Tertinggi Umno juga dipercayai mengadakan pertemuan di ibu pejabat parti itu, hari ini.
Dalam perkembangan itu, Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad masih mengunci mulut dan hanya melambaikan tangan kepada pemberita ketika beredar dari ibu pejabat parti di Petaling Jaya, sebentar tadi.
Presiden Bersatu pula, Muhyiddin Yassin dan Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula enggan mengulas mengenai mesyuarat tersebut. Begitu juga dengan setiausaha agung Marzuki Yahya.
Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/511936

Apa maksud 5 mesyuarat politik diadakan serentak hari ini?
Astro Awani |  Februari 23, 2020 15:09 MYT
Mesyuarat tergempar itu dijangka mempunyai kaitan dengan penentuan masa depan dan kepimpinan negara.

KUALA LUMPUR: Dua hari lalu, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) telah mencapai keputusan secara muafakat bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menerajui negara selepas penganjuran Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Keputusan itu juga dipersetujui oleh semua parti komponen termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberitahu, beliau sendiri mencadangkan agar Dr Mahathir menentukan tarikh peralihan kuasa.
Namun, ketenangan itu kembali berkocak apabila pada Ahad, lima mesyuarat politik diadakan serentak.

BACA: Peralihan kuasa: Terpulang pada saya untuk melepaskan ataupun tidak - Tun M

BACA: Peralihan kuasa: 'Sementara ini saya kena sabar' - Anwar

Kesannya, seluruh negara mula tertanya-tanya, apa sebenarnya berlaku pada hari Ahad yang sewajarnya menjadi tenang itu?

Kenapa lima mesyuarat politik diadakan ketika pelan peralihan kuasa sudah dimuktamadkan?

Kelima-lima mesyuarat politik tergempar yang diadakan pada Ahad ialah pertemuan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berlangsung pagi ini di ibu pejabat parti itu.

BACA: Tun M adakan pertemuan khas dengan pemimpin Bersatu

Sementara di sebuah hotel yang tidak jauh dari ibu pejabat Bersatu, turut berlangsung pertemuan sejumlah pemimpin yang dipercayai dari kem Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Antara pemimpin berkenaan ialah Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat) dan Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya).

Aktivis sosial, Hishamuddin Rais serta penasihat Azmin, Khalid Jaafar juga menyertai pemimpin-pemimpin itu.

Bukan hanya pemimpin PKR, bahkan kelibat Ahli Parlimen Larut dari Bersatu , Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga difahamkan berada di hotel tersebut.

Dalam masa sama, semua Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) difahamkan bertemu di Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat dengan Pengerusi GPS yang juga Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

BACA: Ada 'agenda besar', Abang Jo jumpa Ahli Parlimen GPS di KL

Di celah-celah kesibukan mesyuarat politik dari gabungan pemerintah, dua parti politik pembangkang iaitu UMNO dan Pas juga difahamkan menganjurkan mesyuarat pada hari ini.

UMNO dan Pas juga dilaporkan menghadiri pemukiman di kemudahan latihan UMNO di Janda Baik, Pahang pada Sabtu dan berakhir hari ini.

Memetik sumber seperti dilapor Malay Mail, sekutu Azmin didakwa akan mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad selepas Perdana Menteri selesai mengadakan mesyuarat di ibu pejabat Bersatu.

“Dr Mahathir dikatakan akan bertemu dengan Ahli Parlimen dari Bersatu dan 15 Ahli Parlimen daripada sekutu Azmin malam atau hari ini.

“Terdapat juga anggota Parlimen daripada UMNO yang turut menghadiri mesyuarat itu dengan Perdana Menteri malam ini,” demikian memetik sumber tersebut.

Terdahulu, Astro AWANI melaporkan beberapa pemimpin kanan PKR yang dilihat setia dengan Azmin sedang bermesyuarat di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Selain Zuraida, pemimpin-pemimpin PKR lain yang sedang berhimpun di hotel tersebut adalah Datuk Saifuddin Abdullah (Temerloh); Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat); dan Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya).

Mesyuarat tergempar itu dijangka mempunyai kaitan dengan ‘penentuan’ masa depan dan kepimpinan negara.

BACA: Azmin, Zuraida buat pengumuman besar petang ini?

Sebelum ini, timbul dakwaan bahawa pemimpin Bersatu memberi amaran untuk keluar PH pada mesyuarat Majlis Presiden PH Jumaat lalu, sekiranya Dr Mahathir terus ditekan untuk menentukan tarikh peralihan kuasa.

Mengikut rekod, PH dan sekutunya Warisan mempunyai 138 kerusi di Dewan Rakyat. Namun, sekiranya Bersatu mengumumkan untuk meninggalkan komponen parti itu, PH akan kehilangan 26 kerusi, meninggalkan kerajaan dengan hanya 112 kerusi.

Sumber:
http://www.astroawani.com/berita-politik/apa-maksud-5-mesyuarat-politik-diadakan-serentak-hari-ini-231458

100 anggota polis kawal keselamatan - Nik Ezanee Mohd. Faisal
Sahlizah Mohamed, Astro Awani |  Februari 23, 2020 19:34 MYT
Nik Ezanee Mohd. Faisal sahkan mesej yang tular di WhatsApp adalah benar dan bukan palsu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sekitar 100 anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya terlibat dalam penugasan kawalan keselamatan berhubung sidang media khas membabitkan kehadiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di sebuah hotel di Petaling Jaya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, mesej yang tular di aplikasi WhatsApp sejak awal pagi tadi itu bukan pesanan palsu.
“Sejak awal pagi tadi, banyak status berlegar di media sosial dipercayai Dr Mahathir ada di sekitar Petaling Jaya menghadiri sidang media khas.

“Ada yang kata beliau berada di tempat itu dan di tempat ini. Petaling Jaya berada di bawah kendalian saya, jadi kami perlu mengambil langkah keselamatan yang sepatutnya,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.

Menurut Nik Ezanee, anggota yang bertugas mula berkawal sejak pukul 8 pagi di sekitar Petaling Jaya serta beberapa kawasan tumpuan utama.

Terkini, kata beliau, situasi di semua lokasi kawalan berada dalam keadaan tenang tanpa sebarang gangguan.

Sejak pagi Ahad, orang ramai menerima mesej jadual gerak kerja polis bagi mengawal keselamatan Dr Mahathir dan pemimpin-pemimpin parti politik.

Ia ekoran mesyuarat tergempar oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), penyokong kem Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta UMNO.

Difahamkan, pemimpin dari parti-parti berkenaan sudah berada di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menerangkan mengenai keadaan politik masa kini.

Media juga difahamkan kemungkinan besar akan ada sidang media khas mengenai perkembangan terbaharu landskap politik tanah air.
BACA: Apa maksud 5 mesyuarat politik diadakan serentak hari ini?

BACA: Azmin, Zuraida buat pengumuman besar petang ini?

Sumber:
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/100-anggota-polis-kawal-keselamatan-nik-ezanee-mohd-faisal-231470

PM berkuasa rombak kabinet, cetus k’jaan baru
February 23, 2020
BERLAKU perpecahan dalam PH…itulah gambaran yang boleh dilihat dalaman PH yang tergambar sejak isu undi percaya dan undi tidak percaya dilontar Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang beberapa minggu lalu.

Malah kemudiannya ia disusuli dengan isu Kerajaan Pintu Belakang walaupun ia kemudian dinafikan pihak tertentu. Apapun istilahnya, rakyat harus memahami dan didedahkan perincian bagaimana tiga proses tadi melalui Perlembagaan Persekutuan mahupun undang-undang yang melibatkan prosedur samada di peringkat Parlimen mahupun peringkat lain. Mengupas isu ini dari kacamata Undang-undang, Ketua Pengarang, WAN NORDIN WAN YAACOB bersama Wartawan, SYAHIRAH SALLEH pada 20 Februari lalu telah mendapatkan pandangan Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS Pusat, WAN ROHIMI WAN DAUD yang juga merupakan seorang Peguambela dan Peguamcara.

Assalamualaikum wbt saudara Wan Rohimi. Terima kasih kerana sudi diwawancara Harakah pada hari ini. Baru-baru ini kita difahamkan PAS akan membawa Usul Undi Percaya ke Parlimen untuk menyokong pentadbiran Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, jadi saya minta Tuan kongsikan sedikit-sebanyak berkenaan Usul Undi Percaya dalam kerangka demokrasi undang-undang atau Perlembagaan Negara?

Undi Percaya ini tidak disebut dalam Perlembagaan, yang disebut dalam Perlembagaan adalah Undi Tidak Percaya, tetapi Undi Percaya adalah merupakan sebahagian daripada proses dalam kerangka demokrasi yang dibenarkan dan dalam konteks Malaysia, diperingkat Persekutuan, Undi Tidak Percaya tidak pernah berlaku. Tetapi Undi Percaya, Vote Of Confidence (VOC) telah berlaku sekurang-kurangnya tiga kali. Kali pertama pada 1997, tak silap saya 19 November di Dewan Rakyat, masa itu kita berada di ambang serangan krisis ekonomi.

Serangan mata wang oleh George Soros dan ketika itu Tun Dr Mahathir terlalu lantang mengkritik pelobi-pelobi Yahudi dan beliau juga digelar sebagai anti semitic yang akhirnya menyebabkan pelobi-pelobi Yahudi di Amerika melalui 34 orang senator telah meluluskan usul untuk mendesak Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.Dan pada masa itulah satu undi percaya dibawa ke Parlimen dan ironinya Undi Percaya ini dibawa oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI), sebagai Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu.

Ironinya lagi, Undi Percaya ini juga disokong oleh PAS melalui kenyataan-kenyataan Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan ketika itu yang meminta PAS dan seluruh ahli-ahli PAS menyokong Perdana Menteri sewaktu berhadapan dengan tekanan dari pelobi-pelobi Yahudi, itu kali pertama. Tahun 2003, terdapat juga satu undi percaya yang dibawa untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dan kalau tak silap saya, sebelum daripada 1977, iaitu tahun 1976, ada satu Vote of Confidence (VOC) yang dibawa oleh senator daripada BN untuk menyokong kepimpinan Tun Hussien Onn.

Jadi, saya nak simpulkan bahawa VOC ini bukan sahaja amalan demokrasi di negara luar, bahkan dalam Malaysia sudah berlaku tiga ‘occasions’ seperti Undi Percaya dibentang dan dibawa untuk menyokong kepimpinan Tun Hussien On tadi, 1976. Undi Percaya dibentang dan diluluskan oleh Parlimen, jadi secara asasnya Undi Percaya adalah sebahagian daripada proses demokrasi. VOC adalah amalan yang biasa bila kita berada di ambang krisis yang memungkinkan runtuhnya kerajaan atau bertukarnya pemimpin utama, jadi akan ada VOC.

Apa yang akan berlaku sekiranya Undi Percaya tidak mendapat sokongan?

Undi Percaya dan Undi Tidak Percaya ini implikasi dia lebih kurang sama sahaja, bila kita bentangkan Undi Percaya, kalau katakanlah Undi Percaya itu gagal mendapat undi yang cukup, maknanya gagal untuk mendapat majoriti di Dewan Rakyat, mafhum mukhallafahnya, maksudnya yang bertentangan adalah Perdana Menteri sudah hilang majoriti (sokongan dalam Dewan Rakyat). Dan sebaiknya bila hilang majoriti di Dewan Rakyat, beliau sepatutnya meletak jawatan ataupun menasihatkan Yang DIpertuan Agong untuk membubar Parlimen. Jadi, kesannya lebih kurang sama, kalau Undi Percaya gagal, dia terjumlah kepada Undi Tidak Percaya. Tapi dari segi panas atau tidak sesebuah isu, kalau kita bentang Undi Tidak Percaya, panasnya, ‘temperature’ dia lain, dia lebih panas dan hangat, tapi kalau undi percaya ini nampak macam aman dan dingin. Walhal dia mempunyai kesan yang lebih kurang samalah dalam konteks keyakinan kepada Perdana Menteri.

Dalam situasi hari ini, kalau kita tengok, senario yang sedang berlaku dalam Malaysia, keperluan mana yang lebih mendesak sebenarnya sebagai seorang pengamal undang-undang melihat, mana yang lebih utama?

Saya rasa begini sebab dalam konteks politik kita kebelakangan ini, inilah topik yang paling hangat, dia dah banyak pusingan yang berlalu, tetapi yang daripada awal bulan ini, maknanya (isu ini) dia bertali arus, hampir setiap hari isu ini dimainkan. Iaitu desakan kepada Perdana Menteri untuk menyerahkan jawatan kepada DSAI. Seolah-olah ada sesuatu, bukan seolah-olah lagu, memang jelas kelihatan adanya satu gerakan mendesak Tun Dr Mahathir untuk berundur pada Mei, sedangkan Tun Dr Mahathir berulang kali membuat kenyataan dia hanya akan berundur selepas menyuarat Sidang Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) bulan November. Ada desakan itu dan DSAI kelihatan begitu ghairah bercakap di media dalam pelbagai forum bahawa seolah-olah jawatan Perdana Menteri ke-8 itu adalah milik dia.

Isu ini sebenarnya tidak baik untuk negara, sebab pelabur melihat negara kita berada di ambang yang tidak pasti. Pucuk pimpinan negara akan bertukar pada bila-bila masa dan kita tahu dalam konteks mana-mana negara pun apabila kepimpinan utama Perdana Menteri bertukar, kabinet akan bertukar, sudah tentu ‘major policies’ akan berubah. Dan ini sangat-sangat menakutkan pelabur asing dengan sebab ketidaktentuan polisi yang akan memberi impak kepada pasaran saham. Jadi dalam meneliti apa yang berlaku ini, PAS mengambil pendekatan yang sangat ‘smart’, dengan penuh bijaksana untuk membentangkan Usul Percaya ke Dewan rakyat.

Sebab kalau usul percaya ini diluluskan, apatah lagi dengan majoriti yang kita katalah 90 peratus orang (Ahli Parlimen) menyokong, maknanya meluluskan usul ‘VOC- in favour of serving the Prime Minister’, makna katanya Tun Mahathir selaku Perdana Menteri akan mendapat mandat yang besar dan dia diharapkan untuk meneruskan pemerintahan sehingga akhir penggal. Jadi maknanya apa yang cuba dilakukan oleh PAS bukan satu benda yang sengaja atau gimik politik, tetapi untuk meletakkan noktah kepada iklim politik Malaysia yang tidak menentu dalam masa sebulan dua ini.

Kalau kita lihat dalam Undi Percaya, terdahulu sebelum ini, Presiden PAS ada menyebut tentang Usul Undi Tidak Percaya, diikuti dengan Usul Undi Percaya, dua isu ini kemudian datang isu ‘kerajaan pintu belakang’ (oleh pihak lain). Jadi dari sudut perkaitannya dan keabsahan ‘kerajaan pintu belakang’ ataupun sebenarnya istilahnya ‘kerajaan pintu belakang’ ini sebenarnya tidak wujud, atau ada istilah lain yang sepatutnya rakyat faham dalam konflik atau polemik isu ini?

Saya rasa istilah ‘pintu belakang’ ini, Presiden PAS sudah jawab di Kota Bharu dalam satu forum ataupun ceramah Pemetaan Baru Dunia dia yang dianjurkan di Kelantan. Presiden PAS menyebut dengan jelas, bahawa istilah kerajaan ‘pintu belakang’ ini ialah satu–satunya jalan ‘pintu belakang’ ialah rampasan tentera. Maknanya selain daripada rampasan kuasa di luar kerangka Perlembagaan, apa sahaja cara yang dibenarkan oleh proses demokrasi dan Perlembagaan Persekutuan adalah bukan ‘pintu belakang’. Maknanya menubuhkan kerajaan dalam konteks undang-undang ataupun Perlembagaan Malaysia terdapat beberapa pintu yang sah di sisi undang-undang.

Yang pintu depan itu adalah istilah apabila menang Pilihan Raya Umum (PRU) kemudian esok masuk pejabat. Tetapi dalam proses itu, sebab kita kena faham, proses demokrasi berlaku lima tahun sekali, jadi ‘in between’ itu akan berlaku, mungkin masalah atau krisis yang akan menukar haluan atau komponen parti bagi pakatan-pakatan tertentu. Jika percakaran atau pergeseran melibatkan benda yang serius dan besar, maka ‘re-allignment’ perlu dilakukan, maknanya ‘adjustment‘ parti ini, ‘adjust‘ dari sini ke sini, mungkin kalau cukup ahli ataupun ahli parlimen yang boleh mengubahkan komposisi kerajaan, maka satu kerajaan baharu perlu dibentuk. PRU ke-14 yang baru, contoh yang paling terbaru, di Sabah, menang pilihan raya malam tersebut, Dato Musa Aman angkat sumpah jawatan, seminggu kemudian, Dato’ Seri Shafie Afdal diangkat menjadi Ketua Menteri akibat daripada lompat-melompat. Dato’ Seri Mohd Shafie Afdal dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah dalam keadaan masa itu Musa Aman tidak meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri.

Itu cara yang dibenarkan undang-undang, kalau saya boleh bawa contoh, tak lama, pada 2009, berlaku di Perak. Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir di Perak, mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak, dalam keadaan Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar. Tapi bukanlah bermakna tidak sah, tapi itulah saya nak tunjukkan bahawa inilah pintu-pintu yang dibenarkan oleh undang-undang, syarat dia satu sahaja, ‘as long as’ calon Perdana Menteri atau Ketua Menteri mempunyai ‘confidence of the majority’ iaitu pengaruh majoriti dalam dewan-dewan. 

Boleh berlaku atau tidak dalam proses Undi Percaya atau Undi Tidak Percaya ini, dalam sesi parlimen yang sama, terbentuknya kerajaan lain dengan sesuatu polisi dimana mungkin sesuatu koalisi yang dapat megumpulkan sejumlah ahli parlimen untuk membentuk kerajaan yang sah?

Saya rasa memang boleh berlaku dan macam dalam konteks sekarang, kalau kita nak ukur dengan apa yang kita dengar diluar sana, dalam konteks sekarang, ‘rumours’ atau khabar-khabar angin itu bukan nak menukar kerajaan, khabar-khabar angin itu ialah untuk mengekalkan Perdana Menteri yang ada, jadi dia tidak mengubah kerajaan. Perdana Menteri, apabila dia membuat ‘political re-allignment’ ataupun dia ‘adjust’ semula komponen parti yang memberi sumbangan kepada pengaruh majoriti di Dewan Rakyat, Perdana Menteri mempunyai ‘prerogative‘ untuk merombak kabinet, ada menteri yang dia boleh gugur, ada menteri yang dia boleh lantik baru berdasarkan kepentingan parti-parti baru yang menyokong pentadbirannya. Jadi dalam konteks sekarang, ya! dia boleh berlaku. Sekarang adalah, kalau kita ukur dari segi perbandingan apa yang berlaku, pertukaran kerajaan dalam sejarah negara kita, tanpa PRU, sekarang adalah jangkaan berlaku pertukaran kerajaan dengan cara yang paling sah di sisi undang-undang. Sebab ia hanya melibatkan rombakan kabinet, tidak perlu Perdana Menteri baru, jadi rombakan kabinet pun bila-bila masa sahaja Perdana Menteri boleh nasihatkan Yang Di-Pertuan Agong untuk ‘drop’ menteri yang tidak disukai.

Maksudnya bukan istilah tukar kerajaan?

Bukan istilah penukaran kerajaan, dia ‘adjustment politic’, itu diluar daripada kerajaan. Cabinet Reshuffle, rombakan kabinet, teras kepada kerajaan baharu itu adalah rombakan kabinet, bukan kerajaan baharu.

Di luar sana mungkin ada yang belum tahu proses membawa usul ke Dewan Rakyat dan bagaimana proses undi itu akan menetapkan sesuatu keputusan, boleh jelaskan?

Secara mudahnya, dalam Parlimen dia ada peraturan-peraturan (Aturan Urusan Mesyuarat) yang mengawal selia untuk pembentangan usul, secara mudahnya penerangan ini, pertama sekali, kita perlu menghantar satu notis, maknanya Ahli Parlimen yang mahu membawa usul atau mahu membentang usul, perlu hantar satu notis kepada Speaker Dewan Rakyat untuk memohon diberikan laluan untuk membentangkan sesuatu usul. Namun di sini, ini ada masalah dengan Parlimen Malaysia, apabila seseorang ahli dewan meminta kebenaran speaker, speakar ada kuasa penuh untuk menerima ataupun menolak. Jadi kalau Speakar tolak, maknanya Speaker boleh buat alasan benda itu tidak memerlukan ia disegerakan macam-macam alasan, itu hanyalah subjektif dan boleh diada-dadakan pun, jika Speaker menolak usul itu maka tidak adalah perbahasan. Tapi kalau katakanlah Speaker mempunyai keberanian nak benarkan usul, maka ia akan dibentang oleh seorang pembentang, kemudian dia akan dibahaskan sama ada untuk menyokong ataupun menentang, kemudian akan ada pengundian. 

Dalam kuasa yang ada pada Speaker, adakah seseorang ahli parlimen, atau majoriti ahli parlimen boleh mencabar keputusan yang telah dibuat oleh speaker?

Setakat ini tidak ada lagilah, kerana undang-undang di Malaysia mengiktiraf cabang-cabang stuktur negara. Stuktur negara ini dia ada tiga cabang, pertamanya, eksekutif. Eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri dan barisan kabinet.

Kedua, kehakiman. Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim.

Ketiga, ‘perundangan’, Iaitu badan perundangan. Badan perundangan ini Parlimen, ketua dia adalah Speaker Dewan Rakyat, jadi apa-apa keputusan yang dibuat oleh speaker dalam ‘teritory‘ jajahan dia, Dewan Rakyat dan Yang Di-Pertua Dewan Negara, tidak boleh dicabar di mahkamah. Jadi, setakat ini memang, apa pun keputusan dia, tidak boleh dicabar, untuk undang-undang ini begitu sifatnya untuk menjulang prinsip pemisahan antara tiga cabang kenegaraan.

Nota Pengarang : –

WAN ROHIMI WAN DAUD seorang Peguambela Dan Peguamcara berpengalaman selama hampir 20 tahun dalam bidang guaman dan turut mengendalikan firma guamannya, Wan Rohimi & Associates di Kota Bharu, Kelantan. Anak muda kelahiran Negeri Cik Siti Wan Kembang ini pada masakini adalah tonggak perundangan PAS yang sentiasa mengendalikan kes-kes yang melibatkan parti dan kepimpinan PAS, dan merupakan antara arkitek utama dalam pengendalian Saman terhadap Sarawak Report di Mahkamah Tinggi Queensbench, London, United Kingdom.

HARAKAHDAILY 23/2/2020

Sumber:
https://harakahdaily.net/index.php/2020/02/23/pm-ada-kuasa-rombak-kabinet-cetus-kerajaan-baru-peguam/

Update:
Azmin umum keluar PKR? 
Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim
[email protected]


TIMBALAN Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan beberapa lagi ahli parti itu dijangka membuat pengumuman meninggalkan PKR hari ini.

Harian Metro difahamkan, ketika ini berlangsung mesyuarat tertutup parti itu dihadiri Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon. Turut hadir Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi mewakili parti itu.

Bagaimanapun, tidak pasti pengumuman akan diadakan sekitar jam berapa namun dipercayai di sebuah hotel di Petaling Jaya. Spekulasi pemimpin kanan itu bakal meninggalkan parti berkenaan sedang bertiup kencang dalam kalangan ahli politik. Ketika ini, beberapa pemimpin kanan PKR yang dilihat setia dengan Azmin sedang bermesyuarat di hotel mewah berkenaan.

Antara yang kelihatan Menteri Kerja Raya Baru Bian, Ahli Parlimen Beluran Datuk Sri Dr Ronald Kiandee, Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Kamaruddin Jaffar dan Naib Presiden PKR, Tian Chua. Sumber juga memberitahu Harian Metro, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga dijangka mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini untuk pensejajaran semula kekuasaan.

Berita berkaitan
• UMNO bincang politik semasa negara• Tujuan mesyuarat tertutup belum terjawab• Suasana politik negara 'panas'• GPS sokong Tun Mahathir• Belum terima maklumat menteri kosongkan pejabat• Tun M hadiri pertemuan pemimpin BersatuArtikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 5:47 PMSumber:
https://www.hmetro.com.my/utama/2020/02/547570/azmin-umum-keluar-pkr

'Kita teruskan agenda reformasi' - Azmin
Oleh Wartawan NSTP
[email protected]
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menegaskan pasukannya akan meneruskan perjuangan merealisasikan agenda reformasi di negara ini.

Beliau yang kekal mengunci mulut mengenai pertemuannya dengan UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menegaskan pihaknya akan memastikan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum akan menikmati kemakmuran. “Insya-Allah kita akan teruskan perjuangan melaksanakan agenda reformasi dan membangunkan negara serta memberikan kemakmuran kepada semua rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hotel Sheraton di sini, malam tadi. Diminta mengulas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa berlaku pengkhianatan dalam parti itu hari ini, Mohamed Azmin hanya mengucapkan terima kasih kepada pemberita. “Terima kasih. Terima kasih semua yang hadir,” katanya ringkas, sebelum mengulangi jawapan sama ketika ditanya mengenai hasil pertemuan dengan UMNO, PAS dan BERSATU.

Terdahulu, Mohamed Azmin bertemu dengan penyokongnya selama kira-kira sejam dalam satu pertemuan tertutup di hotel itu, sebaik selesai Majlis Makan Malam Muafakat Ahli Parlimen yang dihadiri pimpinan utama UMNO, BERSATU dan PAS. Antara yang hadir termasuk Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang. Diminta mengulas pertemuan dengan penyokongnya selepas majlis makan malam itu, Mohamed Azmin menyifatkannya sebagai ‘sangat baik’.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/658503/kita-teruskan-agenda-reformasi-azmin

Antara komen di wsp:

Apa sedang berlaku dgn politik negara kita kini....misterinya...
Ni tgh tgk berita tv...tpi x Ada berita terkini lgi
BN 41

Bersatu 26

PAS 18

Warisan 9

GPS 19

Azmin 10
=
123

Kemungkinan akan wujud Gagasan baru dlm politik tanahair..tunggu

TERKINI:-

Azmin serta beberapa ahli parlimen PKR di jangka mengumumkan keluar PKR hari ini dan akan membentuk Kerajaan Pusat bersama BERSATU, UMNO, PAS, GPS, Warisan dan Mahathir kekal PM.

Kita akn membentuk Kerajaan Pusat MELAYU ISLAM.
GPS, Warisan dan kuasa penentu Kerajaan PersekutuanZahid Hamidi, Hadi Awang sertai kem Azmin Ali di Hotel Sheraton'Pemimpin negara kena sokong' - Ahli Parlimen SantubongBelum ada tanda pengumuman besar Azmin di SheratonApa maksud 5 mesyuarat politik diadakan serentak hari ini
TERKINIPOPULAR
MALAYSIA
100 anggota polis kawal keselamatan - Nik Ezanee Mohd. FaisalMALAYSIA
'Pemimpin negara kena sokong' - Ahli Parlimen SantubongMALAYSIA
Annuar Musa sahkan Presiden UMNO ke Istana NegaraBISNES
Kenaikan harga Honda tidak libatkan situasi semasa industri automotif negara - MoFMALAYSIA
Shafie Apdal hadir mesyuarat dengan KM Sarawak di Kuala LumpurPOLITIK
Mesyuarat UMNO-Pas selesai, MT UMNO berkumpul di PWTCMALAYSIA
UMNO adakan mesyuarat khas petang iniPOLITIK
Belum ada tanda pengumuman besar Azmin di Sheraton





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/02/game-over-9768.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Game Dah Over Din Anak Yassin Pm 8

Game Dah Over Din Anak Yassin Pm 8

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 529 hits
Muafakat Nasional petang ini mengubah pendirian dengan mencalonkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri kelapan Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama Setiausaha Agung Umno Annuar Musa dan Setiausaha Agung...
Pakatan Harapan Sudah Game Over

Pakatan Harapan Sudah Game Over

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 383 hits
1 Sah tindakan terdesak saat akhir Pakatan untuk menjadi kerajaan semula adalah sia sia walau pun dakwaan mereka memiliki 114 kerusi itu mungkin benar 2 Perlembagaan Persekutuan Perkara 43 jelas mengatakan bahawa Jika Perdana Menteri tidak ...
Sabah Pac Summons 7 Ministries Agencies Over Unresolved Issues

Sabah Pac Summons 7 Ministries Agencies Over Unresolved Issues

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 235 hits
Sabah PAC chairman Abidin Madingkir and members of the Sabah PAC committee questioned officials from seven ministries agencies and departments with regards to the auditor general s 2018 report KOTA KINABALU A total of seven ministries and s...
Bangsar Folk Anxious Over High Rise Projects After Taman Desa Condo Collapse

Bangsar Folk Anxious Over High Rise Projects After Taman Desa Condo Collapse

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 414 hits
A 32 storey condominium block has been proposed for this area on Jalan Abdullah Bangsar fuelling fears among residents KUALA LUMPUR Collapsed walls and tractors sinking into the soft soil are just some of the incidents which have caused res...
Banyak Pemain Asing Baru Bikin Over Kapasitas Produksi Semen Di Indonesia

Banyak Pemain Asing Baru Bikin Over Kapasitas Produksi Semen Di Indonesia

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 206 hits
Direktur Utama PT Semen Indonesia Hendi Priyo Santoso mengakui banyaknya gempuran pemain baru asing membuat jumlah perusahaan semen di Indonesia terus bertambah Di mana dari sebelumnya hanya 7 perusahaan kini mencapai 19 perusahaan
Fear Worse Than Disease Says Guan Eng Amid Economic Concerns Over Covid 19

Fear Worse Than Disease Says Guan Eng Amid Economic Concerns Over Covid 19

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 279 hits
CORONAVIRUS Amid concerns about the economic impact of the novel coronavirus outbreak Finance Minister Lim Guan Eng said that the fear of recession can be worse than the disease itself no fear of recession but of course there are other fear...
India Summons Turkish Envoy Over Erdogan S Remarks On Kashmir

India Summons Turkish Envoy Over Erdogan S Remarks On Kashmir

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 247 hits
President Recep Tayyip Erdogan with Pakistan Prime Minister Imran Khan during his state visit NEW DELHI India summoned the Turkish ambassador on Monday to lodge a diplomatic protest over President Tayyip Erdogan s remarks on the disputed re...
Over 24 000 Youths Benefited From Yellow Ribbon Project

Over 24 000 Youths Benefited From Yellow Ribbon Project

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 282 hits
A total of 24 234 youths benefited from the Yellow Ribbon Project last year which was a pioneer project to help youths at risk rebuild their lives after serving time for their offences Youth and Sports Minister Syed Saddiq Syed Abdul Rahman...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game