Gambaran Paling Tepat Nasib Rakyat Biasa Sekarang Ialah Kalahkalah




 

RAFIZI RAMLI

 

 

Minggu depan mungkin diumumkan PKP (lockdown) sekali lagi.

Saya pasrah dan saya faham, tapi bagi jutaan rakyat seperti saya yang ada tanggungan dll; lockdown ada harga yang besar.

Jangkitan COVID semakin di luar kawalan.

Saya faham tidak ada cara lain untuk hadapi keadaan ini kecuali dengan lockdown.

Saya ingat semua akan pandai-pandai sendiri bila ada lockdown sekali lagi, dah faham sangat #kitajagakita.

 

Tapi bencana ini sepatutnya boleh dielakkan.

Kalau siri curi mencuri kerajaan tidak berlaku sejak Februari, PRN Sabah September lalu mungkin tidak berlaku.

Tanpa PRN Sabah, gelombang ketiga COVID tidak berlaku.

Saya pasrah ini ujian dan hanya dengan lockdown ia dapat ditangani.

Tapi giler bengang sebab tak ada seorang pun yang tampil bertanggungjawab.

Memang la ajal tu di tangan Tuhan, tapi gelombang ketiga yang berpunca dari gelojohnya politikus mencetus gelombang kematian yang baru.

 

Politikus terus curi mencuri kerajaan, yang mati orang biasa (dan juga tikus-tikus).

Buat PKP, PKPB - yang kena saman, denda, penjara -> orang biasa.

Menteri lebai berkopiah langgar & membahayakan nyawa orang -> cukup dia bagi dalil dapat kompaun.

Giler bengang.

Pada masa yang sama, ekonomi belum sempat pulih dari PKP pertama.

Yang hilang kerja punyalah banyak.

Yang muda tak dapat kerja makin banyak.

Menteri dan politikus seorang pun tak hilang kerja.

Gagal tangani nak jump start ekonomi, sekarang nak masuk PKP kedua.

 

Masa PKP pertama; umum segala jenis bantuan.

Bagi bisnes milik persendirian yang pakai modal sendiri macam saya, satu bantuan dana pun tak dapat. Mohon saja dapat jawapan -> “dana dah habis”

Subsidi upah pun awal-awal je dapat, lepas tu duit habis.

Bila ada PKP, sentimen ekonomi merudum. Bisnes takut. Duit makin kurang.

Tapi kami tetap kena bayar gaji.

Saya ada 110 kakitangan, jumlah gaji yang perlu dibayar RM500,000+ sebulan.

Dengan sentimen ekonomi merudum, walaupun dah biasa new normal, bisnes pun merudum.

 

Itu nasib orang biasa macam kita #kalahkalah

Sekarang juak-juak di bawah masih jerit perpaduan Melayu, masih main sentimen perkauman.

Yang untung besar bos-bos politikus mereka di atas, yang bodoh dan tak dapat apa-apa  mereka di bawah.

Bila PKP dibuat sekali lagi, mereka yang terkesan.

Anak mereka susah dapat kerja.

Harga barang tidak terkawal. Kalau ada kerja, kerja terancam. Kalau bisnes, bisnes merudum.

Tapi asal Melayu Isle tak pe, walaupun jenis Melayu Isle tu nak kuasa tapi tak ada idea atau kepakaran nak selesai masalah.

Jadi pandai-pandai la jaga diri.

Masalah orang kelas pertengahan macam saya lebih kepada  nak pastikan pekerja tak hilang kerja dll, paling kurang tak de masalah soal makan, belanja bulanan dll.

 

Tapi yang orang kebanyakan, pandai-pndai lah jaga diri sebab bab ni kita #kalahkalah

Tapi memang layak pun kita #kalahkalah sebab kalau di negara lain, kalau gelombang kedua dan ketiga dicetuskan oleh tindakan curi mencuri kerajaan oleh politikus, DAH LUNYAI politikus-politikus tu kena dengan rakyat.

Kat Malaysia tak pe, asal Melayu Isle.

Melayu Isle #kalahkalah pun takpe.

Jadi sama-sama tarik nafas yang panjang.

 

Saya pasrah dan redha melalui PKP sekali lagi.

Sekali lagi berdepan dengan risiko gulung tikar (bayar gaji RM500k sebulan, bisnes makin lembap).

Saya pasrah yang orang Malaysia ni jenis tak kisah dan suka dibuli, asal yang buli tu kaum dia ha.ha..ha.

Pandai-pandai la korang #kitajagakitawalau confirm #kalahkalah

Jangan tambah 10kg masa PKP2.0 sudah, memang super #kalahkalah

-end-

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/gambaran-paling-tepat-nasib-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp Orang Politik Menang Rakyat Kalahkalah

Pkp Orang Politik Menang Rakyat Kalahkalah

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 272 hits
Gambaran paling tepat nasib rakyat biasa sekarang ialah kalahkalah Minggu depan mungkin diumumkan PKP sekali lagi Saya pasrah dan saya faham tapi bagi jutaan rakyat spt saya yg ada tanggungan dll lockdown ada harga yg besar Jangkitan COVID ...
Dulu Masa Memerintah Tak Betul Betul Bantu Rakyat Sekarang Konon Sibuk Berjuang

Dulu Masa Memerintah Tak Betul Betul Bantu Rakyat Sekarang Konon Sibuk Berjuang

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 322 hits
Keputusan Agong pun dicabar layak ke Anwar pimpin negara BANGI Rakyat menempelak cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya semua Ahli Parlimen menghantar surat kepada Yang di Pertuan Agong bagi memohon perkenan Baginda membatalkan proklamasi...
Ramai Kec4m Jkr Laju Minta Maaf Pada Kj Kalau Rakyat Biasa Sekali Kj Bal4s Komen Ini

Ramai Kec4m Jkr Laju Minta Maaf Pada Kj Kalau Rakyat Biasa Sekali Kj Bal4s Komen Ini

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 252 hits
loading Semalam Menteri Sains Teknlogi Inovasi Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali dengan panggilan KJ telah terlibat dalam satu kemal4ngan kecil sewaktu berbasikal
Waspada Ini 5 Gejala Vertigo Yang Paling Sering Dirasakan Beda Dengan Sakit Kepala Biasa

Waspada Ini 5 Gejala Vertigo Yang Paling Sering Dirasakan Beda Dengan Sakit Kepala Biasa

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 312 hits
Sering ngerasa kamu atau sekelilingmu berputar putar Mungkin kamu lagi terserang vertigo
Najib Selar Dr M Anggap Hsr Tak Penting Tak Tahu Kepayahan Rakyat

Najib Selar Dr M Anggap Hsr Tak Penting Tak Tahu Kepayahan Rakyat

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 194 hits
Najib Razak berkata Dr Mahathir Mohamad tidak tahu kepayahan rakyat yang perlu berulang alik setiap hari dari Malaysia ke Singapura untuk bekerja PETALING JAYA Najib Razak menyelar Dr Mahathir Mohamad yang menganggap projek Kereta Api Berke...
Pergaduhan Pn Boleh Bawa Celaka Pada Rakyat Kata Bekas Menteri Kesihatan

Pergaduhan Pn Boleh Bawa Celaka Pada Rakyat Kata Bekas Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 322 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONBekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengingatkan ahli ahli politik Perikatan Nasional untuk berhenti berbalah kerana mereka seperti membawa celaka dan ketidakstabilan buat rakyat Beliau menyindir baha...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Shahirah Natasha Pasang Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umdap Paling Sesuai

Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik