Gali Sampah Tempat Pelupusan Elak Api Merebak


HARAKAH DAILY

TUMPAT: Sebanyak 12 keluarga yang tinggal berhampiran tapak pelupusan sampah milik Majlis Daerah Tumpat (MDT) yang terbakar minggu lalu terpaksa dipindah bagi mengelakkan risiko kepada kesihatan mereka.

Anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, individu terbabit kini ditempatkan di rumah penginapan MDT Pantai Sri Tujoh.

Menurut beliau, pelbagai usaha dilakukan termasuk solat hajat dan mengarah agensi terlibat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, MDT dan sebagainya bertindak.
“Hari ini kita membuat program diketuai MDT menganjurkan majlis solat hajat selain kita berikhtiar dan berusaha memadamkan api di tapak pelupusan sampah.
“Sebanyak 12 keluarga kita tempatkan di Pantai Sri Tujoh. Kita juga bersyukur kerana hujan turun pagi tadi mungkin dapat memudahkan lagi kerja-kerja memadamkan api,” katanya di sini.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Penolong Penguasa Bomba Raja Arisan Raja Ismail berkata, kerja-kerja memadamkan api bermula sejak 19 Februari lalu.
Katanya, tapak pelupusan sampah di Kampung Kok Dollah merupakan lokasi utama MDT melupuskan sampah sejak 39 tahun dahulu.
Kawasan seluas 50 ekar itu kata beliau, hanya melibatkan kebakaran 30 ekar dan 15 ekar lagi belum dapat dipadam sepenuhnya kerana api bermula daripada dalam timbunan sampah.
“Punca kebakaran belum dapat dipastikan, kalau kita tengok pun faktor cuaca panas pun memainkan peranan, begitu juga perbuatan individu yang mencari bahan buangan seperti besi.
“Bermula 1982 hingga sekarang ini pun kita berada di atas timbunan sampah setinggi 30 kaki yang mampat menghasilkan gas mudah terbakar,” katanya.
Kata beliau juga api mudah merebak daripada bawah timbunan sampah sehingga petugas terpaksa menggali timbunan sampah dengan jengkaut untuk memastikan api tidak merebak lebih besar.
Raja Arisan juga berkata, langkah itu antara kaedah yang digunakan dengan mengasingkan timbunan sampah sarap untuk mengelakkan api daripada terus merebak.
Beliau turut menjangka kerja-kerja memadam api dengan kekuatan 50 anggota pelbagai agensi termasuk Rela, Jabatan Pertahanan Awam termasuk Jabatan Amal Tumpat mengambil masa sehingga tiga minggu lagi.
“Operasi bersepadu itu tidak bekerja selama 24 jam sebaliknya hanya lapan jam kerana bertugas pada waktu malam lebih berisiko jerlus dalam sampah dan asap berbahaya.
“Api merebak dari bawah, pemadaman secara siraman air tidak sampai ke bawah, jadi terpaksa guna ekskevator untuk gali keluarkan sampai, sembur kepada punca api,” katanya. – HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/gali-sampah-tempat-pelupusan-elak-api.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendemokrasian Media Penting Elak Rakyat Dimanipulasi

Pendemokrasian Media Penting Elak Rakyat Dimanipulasi

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 266 hits
Pendemokrasian media perlu agar rakyat tidak hanya dihadapkan dengan satu arah berita atau manipulasi oleh pihak yang berkuasa Menurut Pensyarah Sains Komunikasi UNISEL Ismail Hashim Yahaya tanpa rakyat mengetahui arah media yang menguasai ...
Meniru Penting Untuk Anak Terutama Waktu Makan Luangkan Masa Elak Beri Gajet

Meniru Penting Untuk Anak Terutama Waktu Makan Luangkan Masa Elak Beri Gajet

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 404 hits
Tanpa kita sedar waktu makan sebenarnya waktu yang sangat penting terutama dalam perkembangan motor anak anak Setiap suapan sentuhan anak dengan makanan sebenarnya dia sedang belajar bau rasa untuk melatih sensori gerakan lidah sebagai pers...
Elak Kunjung Mengunjung Rumah Terbuka Chap Goh Mei Kata Masidi

Elak Kunjung Mengunjung Rumah Terbuka Chap Goh Mei Kata Masidi

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 241 hits
Masidi Manjun berkata ia bagi menghindar daripada jangkitan Covid 19 seperti mana berlaku di kluster Mawar di Sandakan baru baru ini KOTA KINABALU Kerajaan negeri mengingatkan orang ramai agar mengelakkan aktiviti kunjung mengunjung dan rum...
5435 Kerajaan Perlu Salur Maklumat Jelas Tepat Elak Salah Faham Kosmo 24 02 2021

5435 Kerajaan Perlu Salur Maklumat Jelas Tepat Elak Salah Faham Kosmo 24 02 2021

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 366 hits
PETALING JAYA Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan tegas kepada mana mana individu yang dilihat keterlaluan memberikan komen mengenai antivaksin Pakar Perundangan Prof Madya Dr Ahmad Marthada berkata ia perlu dilakukan kerana wujud kebi...
Kerajaan Guna Picagari Low Dead Volume Elak Pembaziran Vaksin Covid 19 Pfizer Biontech

Kerajaan Guna Picagari Low Dead Volume Elak Pembaziran Vaksin Covid 19 Pfizer Biontech

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 461 hits
Malaysia akan menerima vaksin COVID 19 Pfizer BioNTech esok dan untuk itu sebanyak 12 juta picagari jenis low dead volume dijangka digunakan bagi suntikan vaksin tersebut pada fasa pertama Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan Mengapa pengg...
Panas Pemimpin Umno Gesa Zahid Letak Jawatan Elak Dibuli Bersatu Dan Pas

Panas Pemimpin Umno Gesa Zahid Letak Jawatan Elak Dibuli Bersatu Dan Pas

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 312 hits
February 22 2021 Kegagalan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menguruskan parti dan persepsi dengan kes kes mahkamahnya menyebabkan UMNO mudah dibuli oleh saingan politiknya Parti Pribumi Bersatu Malaysia Pas atau lain lain Ketua UMNO Bahagian P...
Waran Tangkap Sajat Sembunyi Elak Dirinya Di Cekup Oleh Jabatan Agama Islam Selangor

Waran Tangkap Sajat Sembunyi Elak Dirinya Di Cekup Oleh Jabatan Agama Islam Selangor

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 347 hits
SHAH ALAM Usahawan kosmetik sensasi Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah didapati bersembunyi bagi mengelakkan dirinya dicekup Jabatan Agama Islam Selangor Ini...
Amk Saran Salahuddin Muhasabah Diri Elak Politik Bermuka Muka

Amk Saran Salahuddin Muhasabah Diri Elak Politik Bermuka Muka

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 183 hits
malaysiakini comDiterbitkan 28 Feb 2021 10 41 amSetiausaha Pemuda PKR Syukri Razab menyarankan supaya Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub bermuhasabah diri dan menjauhi sikap politik bermuka muka seperti parti lamanya PAS Kenyataan itu...
Perang Israel Hamas Suatu Naskah Yang Di Ulang Ulang

Jackfruit And What Are The Dishes Or Snacks Made From This Fruit

Ringgit Opens Higher Against Greenback After Washington Pauses Tariffs

Perkongsian Empower Quran Global

Kembali Ke Realiti Kehidupan

Ambil Alih Tanggungjawab Mak

15 Evacuated After Kajang Flash Flood

Prk Ayer Kuning Polis Kenal Pasti Individu Cenderung Buat Provokasi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Samsuri Bukan Penjenayah Legaaa

Tahun Pertama Raya Tanpa Dia

Kereta Yusoff Rawther Terkunci Tak Dapat Diakses Orang Lain

Hasrat Bertemu Isteri Tidak Kesampaian Lelaki Maut Kemalangan

Cornflakes Madu Resepi Mudah Bahan Bahan 5 Cawan Cornflakes 1 4 Cawan

China Balas Tarif Trump Dengan 125 Sindir Akan Jadi Bahan Jenaka