Amk Saran Salahuddin Muhasabah Diri Elak Politik Bermuka Muka


malaysiakini.com

Diterbitkan 28 Feb 2021, 10:41 am

Setiausaha Pemuda PKR (AMK) Syukri Razab menyarankan supaya Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub bermuhasabah diri dan menjauhi sikap politik bermuka-muka seperti parti lamanya - PAS.

Kenyataan itu hadir susulan teguran Salahuddin semalam yang mengatakan tidak manis untuk PKR menerima tiga bekas Adun Amanah, berdasarkan semangat setiakawan dalam Pakatan Harapan.

“Salahuddin kelihatan begitu 'terusik' apabila PKR menerima penyertaan mantan ahli Amanah, lalu Salahuddin sifatkan PKR sebagai tidak hormat semangat PH.

“Bagaimana pula sikap Salahuddin sendiri yang masih akrab dengan kelompok yang tidak pun mahu bersama dalam gabungan PH, malah kerap menyerang Presiden PKR (Anwar Ibrahim) secara terbuka?

“Salahuddin perlu bermuhasabah diri dan menjauhi sikap parti lama beliau yang gemar bermain politik bermuka-muka atau politik dua kolam - mahu bersama PKR tapi dalam masa yang sama masih tidak mahu keluar daripada kelambu Tun M (Dr Mahathir Mohamad),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas kenyataan Salahuddin, Syukri berpandangan adalah “lebih tidak manis” bagi Ahli Parlimen Pulai itu beranggapan tindakan hijrah tiga Adun Amanah ke PKR secara negatif, kerana mereka bukan menyertai Bersatu, Umno atau Perikatan Nasional.

Semalam, dilaporkan bahawa tiga Adun Amanah dari Johor iaitu Khairuddin A Rahim (Senggarang), Faizul Amri Adnan (Serom) dan Muhamad Said Jonit (Mahkota) ke dalam PKR.

Tahun lepas, dua Adun Amanah dari Selangor, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (Meru) dan Ahmad Mustain Othman (Sabak) turut mengambil langkah serupa.

Untuk rekod, sebelum ini dilaporkan Amanah berdepan dengan konflik dalaman dipercayai berhubung isu hala tuju parti sama ada untuk cenderung kepada Anwar Ibrahim atau Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air, Dr Mahathir Mohamad.

Ia antaranya dikaitkan dengan pertemuan Mahathir, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah pada 29 Oktober lalu yang dikatakan membincangkan isu “kerajaan perpaduan”.
Mengulas lanjut mengenai kenyataan Salahuddin, Syukri berkata Salahuddin sewajarnya berterima kasih kepada PKR kerana memberi pilihan alternatif kepada tiga adun tersebut untuk terus setia bersama PH.

“Apakah Salahuddin mahu PKR menolak penyertaan tiga Adun ini dan membiarkan mereka membeku dalam Amanah sedangkan jiwa mereka sudah tidak lagi bersama Amanah?" soalnya.

Dia turut menyifatkan Salahuddin seperti sedang keliru untuk membezakan antara rakan dan musuh berikutan kenyataannya itu.

Syukri menambah, Salahuddin boleh menyerang PKR jika parti itu menjalinkan hubungan dengan PAS, memandangkan PAS merupakan seteru politik Amanah.

Namun menurutnya, ia tidak berlaku sama sekali kerana PKR menghormati pendirian Amanah dan perkara yang sama perlu dilakukan oleh Amanah dengan tidak menjalankan hubungan dengan seteru PKR.

“Saya percaya sikap bermain dua kolam ini sedang menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan ahli Amanah sendiri.

“Mungkin inilah yang menyebabkan berlakunya hijrah ahli Amanah ke dalam PKR yang dilihat lebih jelas dan tegas atas prinsip.

“Justeru Salahuddin Ayub wajar bermusabah dan insaf sebelum menyerang PKR,” katanya.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/02/amk-saran-salahuddin-muhasabah-diri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhasabah Diri

Muhasabah Diri

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 1203 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraMUHASABAH MALAM INIKEMATIAN adalah guru terbaik dalam kehidupan ini Jika kita lalai dari mengingati KEMATIAN Maka kita akan kehilangan guru terbaik dalam kehidupan ini INGATLAH Kullu nafsin zaaiqatul maut ...
Kritik Nilai Kompaun Bermotif Politik

Kritik Nilai Kompaun Bermotif Politik

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 156 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM KMAMARUL ZAMAN YUSOFFPUTRAJAYA Kritikan pemimpin DAP terhadap tindakan kerajaan meningkatkan nilai maksimum kompaun RM10 000 atas perlanggaran prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan disifatkan hanya...
Darmizal Usai Dipecat Demokrat Kepalang Basah Kami Bongkar Dosa Politik Mereka

Darmizal Usai Dipecat Demokrat Kepalang Basah Kami Bongkar Dosa Politik Mereka

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 222 hits
Kami tidak akan tinggal diam melihat arogansi dan otoritarianisme ini tegasnya saat dihubungi merdeka com Sabtu
Politik Surga

Politik Surga

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 233 hits
BERSATU dan UMNO paling ghairah untuk berhadapan PRU kerana agenda masing IALAH untuk MENGUASAI kerajaan baru Gang mahkamah dijangka AKAN terpinggir dan bergabung ehsan dengan PH atau komponen PH tetapi berakhir dengan majoriti tewas Umno d...
Rasuah Rm6 35 Juta Bekas Setiausaha Politik Mat Sabu Dibicara Pada 15 Mac

Rasuah Rm6 35 Juta Bekas Setiausaha Politik Mat Sabu Dibicara Pada 15 Mac

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 198 hits
MALAYSIA GAZETTE Mohd Azhar Che Mat Dali yang merupakan bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas lima pertuduhan rasuah berjumlah RM6 3 juta berkaitan pro...
Politik Sabah Adun Dap Setia Bersama Warisan Plus

Politik Sabah Adun Dap Setia Bersama Warisan Plus

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 273 hits
SANDAKAN Selepas Parti Warisan Sabah Parti Tindakan Demokratik Sabah tampil menjelaskan tiada Ahli Dewan Undangan Negeri parti itu bertindak keluar parti Penjelasan itu menepis dakwaan akan ada Adun DAP dan Warisan bertindak keluar parti se...
Amanah Jangan Main Politik Dua Kolam Seperti Diamalkan Pas

Amanah Jangan Main Politik Dua Kolam Seperti Diamalkan Pas

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 278 hits
AMK saran Salahuddin muhasabah diri elak politik bermuka mukaSetiausaha Pemuda PKR Syukri Razab menyarankan supaya Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub bermuhasabah diri dan menjauhi sikap politik bermuka muka seperti parti lamanya PAS ...
Ahli Politik Bukan Frontliners Kenapa Langgar Protokol Vaksinasi

Ahli Politik Bukan Frontliners Kenapa Langgar Protokol Vaksinasi

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 209 hits
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam Selangor Datuk Dr Jacob George KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam hari ini mempersoalkan mengapa ahli ahli politik diberi keutamaan mendapat vaksin terlebih dahulu sedangkan...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Pakej Percutian Turki

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mengandungi Dna Babi 9 Produk Halal Indonesia Ditarik Balik

Hidupringkas Com Akan Ditutup Pada Bulan June 2025 Yang Akan Datang

Sabtu Cerdas Finansial Literasi Keuangan Jadi Kunci Hadapi Tantangan Ekonomi 2025

Bitcoin Overtakes Google Apa Artinya Untuk Dunia Digital

Chamber Hyperbarik Terobosan Pengobatan Modern Kini Hadir Di Rsud Dr Soedarso

Kaya Sebab Duit Banyak