Galaxy Tab A8 Baharu Dengan Skrin Lebih Besar Dan Prestasi Lebih Mantap


GALAXY TAB A8 BAHARU DENGAN SKRIN LEBIH BESAR DAN PRESTASI LEBIH MANTAP | Assalammualaikum semua! Beberapa hari lalu Samsung telah mengumumkan siri Galaxy Tab baharu mereka. Siri dari Galaxy Tab A sentiasa mengoptimumkan rutin harian kita, sama ada untuk hiburan hinggalah ke pembelajaran hibrid.
Sepanjang menggunakan Tab dari Samsung, ia adalah penyelamat dalam banyak kerja dan pembelajaran. Boleh dikatakan ia melengkapi keluarga Ruby. 
Penglihatan kita bersama peranti sudah tidak asing lagi, namun kita masih mendambakan skrin lebih besar. Jadi, untuk anda yang seperti Ruby menyukai skrin besar di dalam siri Galaxy Tab. Jom kita lihat Galaxy Tablet A8.



GALAXY TAB A8 BAHARU DENGAN SKRIN LEBIH BESAR DAN PRESTASI LEBIH MANTAPSamsung Malaysia Electronics hari ini telah melancarkan secara rasminya Galaxy Tablet A8, peranti paling berkuasa dan diperkemaskan dalam siri Tab A. 
Galaxy Tab A8 mempunyai saiz skrin yang mengagumkan, kuasa dan prestasi dalam reka bentuk yang tipis dan ringan yang sedia untuk digunakan untuk pembelajaran, hiburan dan banyak lagi. Ia menawarkan pengalaman mudah alih menawan yang sepadan dengan gaya hidup dan belanjawan harian pengguna dan menyegerakkan secara lancar dengan peranti Galaxy lain.

“Tablet kini amat diperlukan oleh ramai, terutamanya dalam dunia di mana pembelajaran yang berlaku di rumah adalah perkara biasa”, kata Edward Han, Presiden Samsung Malaysia Electronics. 
“Produk ini merupakan peranti yang sesuai untuk ramai orang memanfaatkan aktiviti mereka di rumah dan semasa dalam perjalanan. Memandangkan lebih ramai orang menggunakan tablet untuk panggilan video, di kelas, dalam talian, permainan dan penstriman, Galaxy Tab A8 dilengkapi dengan ciri baharu yang cemerlang untuk membantu pengguna berhubung pada tahap baharu.”



SEMUA YANG ANDA INGIN LIHAT DAN LAKUKAN DIPERTINGKATKAN Pengalaman Galaxy Tab A8 bermula dengan reka bentuk khas Samsung yang disukai oleh pengguna siri Tab S. Bentuknya yang ringan mempunyai skrin 10.5-inci yang diperluas dengan bezel 10.2mm yang sangat tipis dengan nisbah aspek sebanyak 16:10. Hasilnya ialah 80.1 peratus nisbah skrin kepada tablet yang membolehkan pengalaman tontonan yang lebih mengasyikkan berbanding model tablet terdahulu. 
Sama ada pengguna menstrimkan rancangan kegemaran, bermain dengan rakan-rakan atau berhubung dengan keluarga melalui panggilan video, pembesar suara quad Galaxy Tab A8 dengan Dolby Atmos® memberikan audio yang kaya dengan perincian, kedalaman dan realisme yang tiada tandingan. Galaxy Tab A8 tersedia dalam warna Kelabu dan Emas Merah Jambu baharu.



Di sebalik paparannya yang mengagumkan, Galaxy Tab A8 mempunyai lebih banyak kuasa dan prestasi untuk pengalaman siri Tab A Samsung yang memuaskan. CPU dan GPU Galaxy Tab A8 telah ditingkatkan sebanyak 10% untuk memberi prestasi yang lebih pantas dan lancar tanpa sekatan yang mengecewakan. 


Galaxy Tab A8 dilengkapi dengan 3GB RAM dan 32GB storan dan ciri kad MicroSD yang boleh ditambah untuk membolehkan pengguna memiliki sehingga 1TB ruang. Bateri 7,040mAh dengan pengecasan pantas sehingga 15W memudahkan pengguna menstrim pelbagai kandungan media selama berjam-jam tanpa risau kehilangan kuasa.
GALAXY YANG MEMBERIKAN KEMUDAHAN DAN PERLINDUNGANGalaxy Tab A8 memberikan pengalaman yang menghiburkan dan produktif, dipertingkatkan oleh ekosistem terbuka peranti Galaxy yang bertujuan untuk menjadikan kehidupan seharian lebih mudah dan berfaedah. Dua tahun yang lalu telah membuktikan bahawa tablet boleh menjadi pintu masuk kepada pengalaman yang lebih baik—sama ada untuk bekerja ataupun untuk bermain. 
Galaxy Tab A8 menawarkan kandungan pendidikan interaktif yang mantap dan kawalan ibu bapa yang memudahkan ibu bapa untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat dan menarik di rumah atau semasa dalam perjalanan bagi anak-anak mereka. Pengguna dengan serta-merta boleh mengakses rumusan komprehensif penggunaan peranti dan semua aktiviti di satu tempat dan boleh menetapkan matlamat tempoh masa penggunaan skrin dan menjejak kemajuannya sepanjang minggu. 
Kanak-kanak juga boleh menikmati pengalaman tablet yang menyeronokkan dan mengikut pilihan peribadi hasil usahasama Samsung dan rakan kongsi kandungan global, dan juga keupayaan untuk menyesuaikan skrin utama dengan ikon dan skema warna yang menyeronokkan.

Untuk menjalankan pelbagai tugas pada masa yang sama dengan lebih mudah dan berkuasa, anda boleh membahagikan skrin anda dan menggunakan dua aplikasi bersebelahan, dan menambah tetingkap pop-up dengan Multi-Active Window. 
Jika anda berada di dalam kuliah, anda boleh berbincang dengan rakan sekelas secara serentak, mencatat nota dan meneliti pembentangan sekaligus. Dan apabila melayari internet, hanya seret pautan dari tetingkap semasa anda ke tepi skrin untuk membuat skrin pisah. Ciri Drag & Split secara automatik membuka tetingkap pelayar internet kedua untuk pengalaman melayar web yang lebih dinamik.



Dengan kamera belakang 8MP, kamera hadapan 5MP dan ciri Screen Recorder serba baharu, pelajar, guru dan juga pemain tidak akan terlepas apa-apa. Anda boleh merakam video tutorial atau kuliah yang jelas dan terperinci, atau merakam diri anda semasa membuat demonstrasi dengan suara dan skrin anda. 
Ciri ini membolehkan anda merakam diri anda membuat anotasi, sambil anda menyerlahkan perkara penting atau menulis pada skrin, untuk memadankan apa yang anda perkatakan dengan apa yang anda lihat, dan ini dapat membantu anda fokus dengan lebih baik dan memahami nota anda. 
Dan apabila anda bersedia untuk beralih daripada Galaxy Tab A8 anda kepada telefon pintar Galaxy anda, anda boleh kongsi teks, halaman web, imej dan banyak lagi dengan pantas hanya melalui salin dan tampal yang pantas.
Paling penting, pengguna boleh menikmati semua fungsi Galaxy Tab A8 dengan keyakinan dan ketenangan fikiran. Galaxy Tab A8 disokong oleh platform keselamatan Knox yang terkemuka dalam industri oleh Samsung dengan perlindungan berbilang lapisan. 
Pengecaman muka memastikan pemilik Galaxy Tab A8 adalah satu-satunya pengguna yang mempunyai akses mudah kepada peranti mereka. Perlindungan yang mantap dan berterusan bagi perisian teras memastikan ancaman luar tidak boleh mendapat akses kepada peranti anda.
PROMOSI GALAXY TAB A8Galaxy Tab A8 (Wi-Fi 3+32GB) kini boleh didapati dengan harga runcit yang disarankan berharga RM999. Mulai sekarang hingga 28 Februari 2022, pembeli boleh menikmati hadiah percuma dengan pembelian: satu Clear Edge Cover bernilai RM99 dan pelan perlindungan Samsung Care+ setahun bernilai RM110.



Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: https://www.samsung.com/my/tablets/galaxy-tab-a/galaxy-tab-a8-wifi-pink-gold-32gb-sm-x200nidaxme/ 
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi, sila layari: https://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-tab-a8-launch/ 
SPESIFIKASI*Semua fungsi, ciri, spesifikasi dan maklumat produk yang disediakan dalam dokumen ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, faedah, reka bentuk, harga, komponen, prestasi, ketersediaan dan keupayaan produk adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Spesifikasi berbeza mengikut pasaran dan/atau rangkaian.
MENGENAI SAMSUNG ELECTRONICS Samsung menginspirasikan dunia dan membentuk masa depan dengan idea dan teknologi yang menjana perubahan. Samsung juga mentakrif semula TV, telefon pintar, peranti boleh pakai, tablet, peralatan digital, sistem rangkaian dan memori, sistem LSI, penyelesaian faundri dan LED. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2022/01/galaxy-tab-a8-baharu-dengan-skrin-lebih-besar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Galaxy Unpacked 9 Feb 2022 Meraikan Pengalaman Epic Telefon Pintar Dengan Piawaian Baharu

Galaxy Unpacked 9 Feb 2022 Meraikan Pengalaman Epic Telefon Pintar Dengan Piawaian Baharu

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 172 hits
GALAXY UNPACKED 9 FEB 2022 MERAIKAN PENGALAMAN EPIC TELEFON PINTAR DENGAN PIAWAIAN BAHARU Assalammualaikum semua Bagi Samsug rian pastinya kita menanti dengan penuh sabar pada setiap tahun untuk Galaxy Unpacked Apa yang anda inginkan kali i...
Sabah Jangka Lebih Banyak Kluster Baharu Babitkan Institusi Pendidikan

Sabah Jangka Lebih Banyak Kluster Baharu Babitkan Institusi Pendidikan

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 136 hits
Masidi Manjun berkata saringan kontak rapat dalam kalangan penghuni asrama di enam sekolah dan ia menunjukkan akan berlaku peningkatan kluster KOTA KINABALU Lebih banyak kluster Covid 19 membabitkan institusi pendidikan dijangka muncul di S...
8 Gaya Terbaru Rebel Wilson Usai Turunkan Berat Badan Lebih Dari 30 Kg

8 Gaya Terbaru Rebel Wilson Usai Turunkan Berat Badan Lebih Dari 30 Kg

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 164 hits
Bukan cuma Adele yang pamer penampilan baru Rebel Wilson juga tampil stunning dengan tubuhnya yang kini lebih fit
Lebih Kecil Dari Rumah Gihoon Dalam Squid Game Lee Jungjae Kongsi Hidup Susah Sewaktu Kecil

Lebih Kecil Dari Rumah Gihoon Dalam Squid Game Lee Jungjae Kongsi Hidup Susah Sewaktu Kecil

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 141 hits
Meskipun mengecapi populariti yang hebat sejak memulakan karier sebagai pelakon namun Lee Jung jae bukan lah bermula dengan hidup yang senang Menerusi Yoo Quiz On The Block pelakon popular itu telah berkongsi mengenai kehidupan daif semasa ...
Rasuah Jadikan Manusia Lebih Hina Daripada Babi

Rasuah Jadikan Manusia Lebih Hina Daripada Babi

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 127 hits
DOSA makan rasuah jauh lebih besar daripada makan babi Rasuah lebih haram daripada babi Pastinya manusia terlibat rasuah lebih hina daripada babi Seharam haram babi babi tidak boleh meruntuhkan agama bangsa dan tanah air Babi tidak mengacau...
Kplb Terima Lebih 300 Permohonan Pembaikan Rumah Pasca Banjir Di Bukit Changgang

Kplb Terima Lebih 300 Permohonan Pembaikan Rumah Pasca Banjir Di Bukit Changgang

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 159 hits
Oleh Ketua Setiausaha KPLB Datuk Ramlan Harun meninjau proses permohonan dan semakan kelayakan untuk pembaikan dan bina baharu rumah pasca banjir di bawah Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia di Pusat Sehenti Tabika Kemas Bukit Changgang...
Bawa Lebih Ramai Pekerja Bangladesh India Thailand Ke Malaysia Zuraida

Bawa Lebih Ramai Pekerja Bangladesh India Thailand Ke Malaysia Zuraida

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 176 hits
The ReporterSelain Indonesia Malaysia sedang mengadakan perbincangan dengan India Bangladesh dan Thailand untuk membawa lebih ramai pekerja asing ke dalam industri perladangan tempatan kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk ...
Cosmoderm Glow C Untuk Kulit Lebih Cerah Dan Anjal

Cosmoderm Glow C Untuk Kulit Lebih Cerah Dan Anjal

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 150 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraPenjagaan wajah merupakan salah satu perkara yang diutamakan bukan sahaja oleh kaum wanita tetapi juga lelaki Sekarang lebih ramai kaum lelaki yang turut sama menjaga penampilan dengan mengutamakan penjaga...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Pesawat Helikopter Tldm Di Lumut Terhempas



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Wish List April 2024

Sentiasalah Mengharapkan Rahmat Redha Allah

Puding Kastad Mangga

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Isteri Bersubahat Dengan Suami Melakukan Amang Seksual Terhadap Remaja 17 Tahun