Bawa Lebih Ramai Pekerja Bangladesh India Thailand Ke Malaysia Zuraida


The Reporter



Selain Indonesia, Malaysia sedang mengadakan perbincangan dengan India, Bangladesh dan Thailand (Selatan) untuk membawa lebih ramai pekerja asing ke dalam industri perladangan tempatan, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin.


Katanya, Indonesia sudah meluluskan kemasukan 32,000 rakyatnya pada pertengahan Februari tahun ini selepas Malaysia menyelesaikan beberapa isu teknikal dengan pemerintahnya.


"Mereka mahu menandatangani memorandum persefahaman yang merangkumi pekerjaan dalam industri sebaik sahaja, apabila kita mengesahkan rakyat mereka dibenarkan datang ke Malaysia," katanya kepada pemberita sempena Seminar Kajian Ekonomi dan Tinjauan Minyak Sawit (R&O) 2022 anjuran MPOB hari ini.


Menurutnya, terdapat juga faktor lain yang sedang dibincangkan dengan Indonesia iaitu tempat tinggal dan kebajikan sosial pekerja mereka di sini.


"Upah tidak menjadi isu kerana gaji minimum adalah RM1,200 dan secara purata pekerja kelapa sawit berpendapatan RM2,200 sebulan," katanya.


Ditanya sama ada Indonesia meminta gaji minimum yang lebih tinggi, Zuraida berkata kementerian akan membabitkan syarikat perladangan dan akan berunding semula dengan pemerintah Indonesia untuk mencari penyelesaian yang lebih baik.


Sementara itu, beliau mahu memastikan industri perladangan terus mempunyai bekalan tenaga kerja bagi mengekalkan pengeluaran minyak sawit yang konsisten termasuk mengelakkan kehilangan tandan buah segar.


Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa ini hanyalah strategi jangka pendek memandangkan dalam tempoh lima tahun akan datang, negara akan mengurangkan kebergantungannya kepada buruh asing dan menggantikan dengan automasi serta mekanisasi yang mantap.


Zuraida dalam ucapannya sebelum ini menjelaskan dari Januari hingga Disember 2021, purata harga MSM melonjak 64.1 peratus kepada rekod tertinggi dalam sejarah minyak sawit pada RM4,407.00 satu tan berbanding RM2,685.50 satu tan dalam tempoh yang sama pada 2020.


Katanya, purata harga MSM mencapai kemuncak rekodnya bagi purata bulanan pada RM5,341.00 satu tan menjelang November 2021 dan purata harian rekod sebanyak RM5,429.00 satu tan pada 19 November 2021.


Ini menghasilkan peningkatan ketara jumlah hasil eksport produk minyak sawit sebanyak 47.7 peratus kepada RM95.76 bilion pada 2021 (Januari-November) berbanding RM64.85 bilion pada 2020 (Januari-November).


"Walaupun jumlah ini agak cemerlang, kita tidak boleh untuk terus berpuas hati. Industri minyak sawit masih menghadapi banyak cabaran di peringkat global.


"Bagi mengekalkan daya saing Malaysia di pasaran global, isu-isu seperti tadbir urus alam sekitar dan pengeluaran mampan adalah peringatan jelas tentang cabaran yang perlu ditangani," katanya.


Beliau menambah kerajaan tetap komited dalam melaksanakan strategi dan inisiatif ke arah mengukuhkan industri minyak sawit.


Peruntukan yang dibuat di bawah Belanjawan Malaysia 2022 bertujuan untuk pemulihan ekonomi pasca Covid-19 dan bagi meningkatkan pertumbuhan industri komoditi pertanian.


Sebelum ini, kerajaan memperuntukkan RM35 juta untuk melaksanakan Skim Rangsangan Tanam Semula Kelapa Sawit Pekebun Kecil dan RM20 juta bagi menangani kempen anti minyak sawit yang sedang berjalan di peringkat antarabangsa.


Ia juga memperuntukkan sejumlah RM30 juta untuk penyelidikan dan pengkomersialan teknologi mekanisasi pertanian kepada Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit (MARCOP).


Fokus utama MARCOP adalah untuk menangani masalah operasi penuaian tandan buah segar (BTS), yang sekarang ini menggunakan 80 peratus buruh asing. MARCOP akan memberi tumpuan kepada teknologi terkini dalam rangka Revolusi Industri 4.0.


Sumber: Bernama


January 14, 2022 at 02:24AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2022/01/bawa-lebih-ramai-pekerja-bangladesh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mgnews Nak Bawa Masuk Warga Bangladesh Tapi Sekat Orang Malaysia Nak Pe

Mgnews Nak Bawa Masuk Warga Bangladesh Tapi Sekat Orang Malaysia Nak Pe

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 232 hits
Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia Yusuf Azmi bercakap kepada media bercakap kepada media selepas menyerahkan memorandum kepada Kementerian Sumber Manusia supaya menangguhkan proses membawa pekerja asing ke Malaysia di Komplek...
Malaysia Bangladesh Mou Fails To Address Many Labour Issues

Malaysia Bangladesh Mou Fails To Address Many Labour Issues

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 291 hits
The memorandum of understanding between the governments of Malaysia and Bangladesh on the employment of workers was inked on Dec 19 last year after months of preparations and consultations Yet many pressing issues remain unanswered Why the ...
Malaysia Dipuji Dalam Peranan Rundingan Damai Konflik Di Selatan Thailand

Malaysia Dipuji Dalam Peranan Rundingan Damai Konflik Di Selatan Thailand

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 182 hits
HARAKAH DAILY PHUKET Malaysia telah melaksanakan peranan sebagai fasilitator dengan baik dalam rundingan damai bagi menamatkan konflik bersenjata di Selatan Thailand kata ketua perunding bagi rundingan damai Selatan Thailand Jeneral Wanlop ...
Thailand Boleh Mengapa Malaysia Tidak Haramkan Pembalakan Komersial

Thailand Boleh Mengapa Malaysia Tidak Haramkan Pembalakan Komersial

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 414 hits
MALAYSIA DATELINEKerajaan mesti mengharamkan pembalakan komersial bagi mengelakkan bencana banjir yang mendatangkan banyak kemusnahan tegas Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil Menurutnya ...
Malaysia To Go On Attack To Counter Palm Oil Critics Says Zuraida

Malaysia To Go On Attack To Counter Palm Oil Critics Says Zuraida

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 207 hits
Some have argued that campaigns against palm oil are just part of an attempt to bolster markets for edible oils produced in the West PUTRAJAYA Malaysia plans to adopt an attacking and aggressive approach to marketing its palm oil as the wor...
Malaysia Thailand Halal Food Festival 2021

Malaysia Thailand Halal Food Festival 2021

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 248 hits
Lokasi Encorp Strand Mall Alamat Jalan PJU 5 22 Pusat Perdagangan Kota Damansara 47810 Petaling Jaya Selangor Waktu Operasi 10 00 petang 10 00 malam Tarikh Lawatan 29 Disember 2021 Malaysia Thailand Halal Food Festival 2021 yang diadakan di...
Malaysia Is Certainly Open For Business Says Muhyiddin

Malaysia Is Certainly Open For Business Says Muhyiddin

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 243 hits
Muhyiddin hopes that more businesses will invest in Malaysia and for Malaysian companies to venture not just into the United Arab Emirates but across the Gulf Cooperation Council countries 8211 Bernama photo KUALA LUMPUR Malaysia is c
1 Malaysia Kena Tipu Varian Deltacron Sebenarnya Tak Wujud Pun

1 Malaysia Kena Tipu Varian Deltacron Sebenarnya Tak Wujud Pun

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 224 hits
1 Malaysia kena tipu varian Deltacron sebenarnya tak wujud pun Selepas satu demi satu varian COVID 19 dikenalpasti kini tular pula tentang para saintis di Cyprus yang dikatakan telah menemui varian terbaharu gabungan Delta dan Omicron yang ...
14 Kostum Peserta The Masked Singer Malaysia Musim 2

14 Kostum Peserta The Masked Singer Malaysia Musim 2

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 447 hits
Sebuah program nyanyian The Masked Singer Malaysia yang sebelum ini pernah menjadi fenomena kembali lagi untuk musim kedua Program ini merupakan idea asal daripada program nyanyian di Korea iaitu The King Of Mask Singer kini dibawa untuk ve...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti

Honor Magic7 Pro Malaysia Spesifikasi Varian Harga