Rasuah Jadikan Manusia Lebih Hina Daripada Babi
DOSA makan rasuah jauh lebih besar daripada makan babi. Rasuah lebih haram daripada babi. Pastinya manusia terlibat rasuah lebih hina daripada babi.
Seharam-haram babi, babi tidak boleh meruntuhkan agama, bangsa dan tanah air (ABATA). Babi tidak mengacau sesiapa, kecuali diganggu. Tetapi, jika rasuah, sejarah telah membuktikan, semua itu ABATA, akan hancur.
Walaupun daging babi haram dimakan, saya tak jumpa apa balasan babi, hidupnya selepas mati, tetapi manusia yang bukan babi, makan rasuah pasti diseksa dan masuk neraka jika tidak bertaubat, sebelum mati.
Seharam-haram babi, babi tetap makhluk Allah, Allah yang menjadikannya sebagai penghias di muka bumi ini. Sesiapa yang menghina babi dan sifatnya, sebenarnya kita menghina Allah, kerana Allah yang menjadikan semua makhluk itu.
Malangnya, semulia-mulia makhluk bergelar manusia, yang ada status khalifah, tidak pernah faham bahawa mereka bukan babi. Mereka sanggup ‘bertukar’ menjadi babi dan menjadi lebih hina daripada babi, hanya kerana mengejar habuan dunia, dengan menerima dan memberi rasuah.
Wajarkah ia bergelar manusia atau berstatus khalifah?
Justeru, saya sangat teruja dengan khutbah Jumaat minggu lalu mengenai rasuah. Tetapi khutbah tersebut tidak cukup ‘power’. Disampaikan dengan lemah gemalai oleh khatib. Lembut sangat. Sekarang, zaman berlembut sudah berlalu. Perlu berterus-terang. Itulah yang anak-anak muda perlukan. Terlalu berlembut dan berselindung, makin tidak faham. Khutbah tinggal khutbah.
Sepatutnya, keluar perkataan babi ini bersama, kerana dalam kalangan orang Islam, babi itu terlalu haram sehingga memandang babi seolah-olah berdosa, sedangkan babi itu makhluk Allah yang tidak berdosa.
Jika babi, masuk kebun kita memakan hasil, pasti tuan punya kebun dapat pahala kerana dapat berkongsi rezeki dengan babi. Babi tidak ada akal seperti manusia. Analogi seperti ini jarang jumpa dalam khutbah yang dibaca begitu berhati-hati.
Persoalannya, apakah pengajaran diambil daripada khutbah tersebut?
Di peringkat negara, kita ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegahan Rasuah (BPR).
Di peringkat universiti, sudah ada subjek wajib mengenai integriti dan rasuah diajar. Ada yang mencadangkan supaya ia diajar seawal di peringkat sekolah.
Ajarlah pada peringkat mana pun. Tetapi jangan lupa bawa analogi babi. Supaya rasuah dapat dilihat lebih jijik daripada babi. Babi lebih mulia daripada rasuah.
Kebimbangan saya, semakin banyak dan kuat kempen, rasuah tidak berkurang, malah semakin serius. Cara pendidikan, pengajaran dan pembelajaran tidak betul. Terlalu akademik. Akhirnya, orang masih tidak nampak betapa jijiknya rasuah. Tenaga dan wang ringgit habis begitu sahaja.
Sama seperti apabila BPR dinaik tarafkan, kepada SPRM, rasuah tidak berkurang, malah makin kuat.
Di mana salahnya?
Mudah sahaja jawapannya, kita tidak ada contoh. Pendidikan kita tidak ada hala tuju. Action oriented. Kejap begini, kejap begitu. Kadang kala terlalu akademik, hingga sukar difahami.
Begitu juga dengan kepemimpinan melalui teladan. Orang atas sapu, orang bawah akan kata, “masakan aku”.
Rasuah bermula daripada pihak berkuasa dan mereka yang bergelar pemimpin. Pemimpin tidak dapat menunjukkan teladan. Orang yang diberikan amanah tidak menjalan amanahnya, termasuk mereka yang bergelar, kerabat.
Bermula dengan pemilihan pemimpin sehinggalah menjadi pemimpin, bertali-temali dengan rasuah. Akhirnya, rasuah semakin menjadi-jadi.
Jika tidak, masakan, hutan-hutan boleh menjadi gondol, hingga menyebabkan matapetaka alam, seperti banjir besar, menggadaikan nyawa rakyat.
Jika sentuh berlebihan, akan kena Akta Hasutan. Walhal kita bukan mahu menghasut, tetapi berkata benar. Pahit bukan?
Semua sedia maklum bahawa rasuah ini melibat pihak berkuasa dari pelbagai agensi, majoritinya yang menerima adalah orang Islam. Yang beri rasuah, bukan Islam.
Bertentangan sungguh dengan ajaran agama. Agama lain tidak sebut makan rasuah masuk neraka. Tetapi agama Islam kata ya. Pemberi penerima, dua-dua masuk neraka. Begitulah tegasnya agama Islam berkaitan rasuah.
Tiada penerima, tiada pemberi. Sebab itulah, kedua-duanya dihukumkan masuk neraka. Malangnya, orang Islam yang paling kuat rasuah.
Di negara maju bukan Islam seperti China, yang kita katakan mereka masuk neraka, negara inilah antara paling tegas dengan rasuah, seolah-olah seperti negara Islam. Mereka yang disabitkan dengan rasuah akan dihukum mati.
Malangnya, di negara Islam, seperti Malaysia, negara rahmah, menjunjung Islam sebagai agama Persekutuan, perasuah hanya mendapat hukuman yang agak ‘ringan’. Lebih malang lagi, penerima dalam kalangan pihak berkuasa sentiasa ‘kena’, pemberi seolah-olah terlepas.
Rasuah tidak mengenal siapa. Tidak ada cara lain hari ini untuk membenteras rasuah,.
Pendidikan satu hal, hukuman satu hal lain.
Boleh dikatakan kita gagal dalam membudayakan makan rasuah itu lebih hina, lebih jijik daripada makan babi. Kenapa kita berjaya menjijikkan babi, sehingga pandang, lalu gerai babi pun kalau boleh cuba dielakkan? Apa salah dengan babi? Babi tidak pernah salah, mungkin ternak babi terlalu banyak itu salah.
Selagi kita gagal menjijikkan rasuah seperti kita berjaya menjijikkan babi, selagi itulah kita akan gagal dalam pendidikan rasuah. Ceritalah macam mana pun.
Selagi manusia tidak takut dengan Tuhan, tidak kembali kepada agama fitrahnya, selagi itulah mereka akan terus mengambil dan memakan ‘babi’ ini.
Kepada mereka yang bekerja di institusi integriti seperti SPRM, kamu kena ingat satu perkara.
Kamu dipandang seperti ‘malaikat’ apabila berada di sana. Justeru, elakkan daripada terjebak dengan skandal dan kontroversi. Lebih-lebih lagi dengan rasuah. Jangan harapkan pagar, pagar makan padi.
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Ada ‘tangan ghaib’ ubah data kematian Covid-19, dakwa Tiong
Khairy jadi sasaran Tiong lagi, kali ini isu pembelian vaksin
Kekasih pisau cukur saman putera diraja Itali
Abang Viva dapat hadiah superbike Yamaha XJ6
Pemuda Umno lancar kaji selidik berhubung isu pengeluaran KWSP
Kelibat lembaga ‘misteri’ bergolek atas jalan raya
Pegawai JIM dakwa diugut pegawai penyiasat SPRM
Isteri serang kekasih gelap suami
Pening kepala dapat jiran perangai macam ini
Hati Mahadi Sedih Dapat Tahu Lamaran Ditolak, Rupanya Kena Prank Dengan Ibu Bapa Heliza [VIDEO]
“Jangan Buat Perkara Mengarut!! PU Syed Tegur Trend ‘Unboxing Pengantin’ Di TikTok [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Janji perangi rasuah, gimik PN yang tak berkesudahan
The post Rasuah jadikan manusia lebih hina daripada BABI! appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/01/12/rasuah-jadikan-manusia-lebih-hina-daripada-babi/