Gaji Rm2 500 Tapi Boleh Simpan Sampai Rm750 Sebulan Caranya Guna Formula Ini
Biar betul gaji RM2,500 boleh simpan sampai RM750 sebulan. Selalunya nak simpan sampai RM300 sebulan pun susah kalau gaji takat nih
Boleh sebenarnya kalau kita tahu cara yang betul seperti yang dikongsi oleh Nur Aliah Mohd Nor ikut Formula 30:60:5:5
Caranya kita kena buat simpanan dan perbelanjaan ikut formula yang disenaraikan. Formula Nur Aliah yang juga seorang bisnes speaker ini dikongsi di Facebook beliau dan viral sampai dapat 17k share
Hati ini rasa gelisah pula bila tahu ada orang yang bergaji RM8000 sebulan tapi nak simpan RM1000 sebulan tu pon sangat susah
Sini Lia kongsikan 1 formula yang dipanggil ‘kompas kewangan’. Guna je formula mudah ni untuk selamatkan kewangan korang
Kompas kewangan terbahagi kepada 4 iaitu:
Untung (30%)Terpaksa (60%)Bocor (5%)Sampah (5%)
Dapatkan dulu pendapatan bersih korang
Kerja biasa: Gaji kasar – KWSP – SOCSO – Zakat = Gaji bersih
Kerja sendiri: Pendapatan kasar – belanja bisnes – cukai pendapatan = pendapatan bersih
#No.1 Untung (30%)
30% ini adalah SIMPANAN yang kita akan ketepikan dari gaji yang kita dapat setiap bulan
Simpanan ini termasuklah dengan:
> Simpanan jangkamasa pendek> Simpanan jangkamasa panjang> Simpanan emergency> Simpanan pelajaran> Simpanan pencen> Simpanan pelancongan> Simpanan wakaf> Simpanan sedekah
Contoh tempat terbaik untuk buat simpanan:
> Tabung Haji> Saham> Unit Trust> Takaful (Islamic Insurance)> EPF> ASB> Hartanah> Emas
#No.2 Terpaksa (60%)
Maksud terpaksa ini ialah semua jenis belanja komitmen sara diri dan keluarga termasuklah semua jenis loan
Contoh loan:> Loan rumah> Loan kereta> ASB Financing> Personal loan> PTPTN
Contoh sara diri dan keluarga:
> Minyak kereta> Bil telefon> Bil api air> Keperluan keluarga
Lia faham setengah orang loan itu amat penting untuk kegunaan sesuatu perkara atau sesuatu tujuan. Lain orang lain kegunaannya
#No.3 Bocor (5%)
Bocor ni maksudnya bukan keperluan sangat, kita boleh kawal lagi di bahagian bocor ni
Contoh:
> ASTRO> Kredit kad
Kalau di bahagian bocor ini lebih dari 5%, boleh lah potong apa-apa perkara yang tak penting contohnya unifi dan astro
#No.4 Sampah (5%)
Untuk sampah 5% maksudnya boleh guna dan belanja dengan bahagianya
Contoh:
> Fast food (McDonald, KFC)> Tealive, Starbucks> Karoke> Tengok wayang
Kenapa penting guna formula ini
Sebab kita nak wujudkan 5 tiang impian kewangan kita
5 tiang impian kewangan
Cipta duit (melalui business atau makan gaji)
> Urus pendapatan kita dengan baik menggunakan kompas kewangan> Lindung harta dengan baik> Labur harta untuk masa depan> Agihkan harta dalam keadaan yang baik setelah meninggal dunia
Lia yakin dan percaya, dengan tips mudah ini dapat bantu korang untuk uruskan kewangan dengan lebih baik. Semoga bermanfaat
Nota tambahan: Jangan lupa untuk sedekah dan zakat ya. Lebihkan memberi, lebihlah rezeki. Kan
Nota: Formula Abg Abu
Nur Aliah Mohd Nor
Ok dah tau cara, boleh praktik terus ya sementara gaji masih ada tu
Sumber: Nur Aliah Mohd Nor via Vanilla Kismis
sumber Sehinggit Media News
Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://encikpenyu.blogspot.com/2019/11/gaji-rm2500-tapi-boleh-simpan-sampai.html