Aku Bukanlah Manusia Yang Boleh Bagi Inspirasi Pada Semua Tapi Aku Cuba


AKU BUKANLAH MANUSIA YANG BOLEH BAGI INSPIRASI PADA SEMUA... TAPI AKU CUBA... Apa aku tulis atau buat, kadang tak semua orang suka, apatah lagi nak terima. Aku akui aku pun ada khilaf diri sendiri. Dan khilaf aku itu sering menghantui diri aku sendiri. Entahlah..

Bila aku tengok ada dikalangan insan yang disahkan sakit, jadi down, jadi stress, terus kena depression, percayalah, aku juga lalui perkara yang sama. Malah mungkin lebih teruk, tapi mungkin juga tidak seteruk mereka yang lebih teruk ujiannya dari aku.


Aku rapat dengan arwah Opah. Apa saja aku hanya berani cerita dengan arwah Opah. Lepas arwah Opah meninggal, aku rasa aku memang jalani hidup secara rebel. Aku suka sakitkan diri sendiri. Bila aku rasa sakit, aku puas

Satu tahap, aku pilih untuk berkahwin. Bukan mudah aku harungi hidup perkahwinan. Suami aku jasadnya tidak normal macam orang lain. Sebelum berkahwin, ada ketika, aku terbayang kalau aku pengsan atau apa saja yang terjadi pada aku, macam mana suami aku nak handle keadaan aku

Tapi ALLAH MAHA BESAR. Bukankah sesuatu kejadian itu bersebab? Mungkin ada hikmah besar? Mungkin Allah SWT nak gandakan pahala aku?

Aku terima seadanya suami aku. Aku serahkan 100% pada Allah Azza Wajalla. Aku tak kisah langsung keadaan suami aku. Cukuplah dia menerima aku, apa adanya aku.

Aku menahan emosi bila setiapkali berjalan dengan suami, orang mengajuk-ngajuk cara dia berjalan. Sekali sekala aku termarah juga, diam terus yang mengajuk-ngajuk tu. Bila aku down, suami akan cakap, "Biar jela sayang, abang dah biasa.... " aku sebagai isteri? SEDIH ! Aku sentap orang ejek suami aku.


Bila suami mula kena strok, dia jadi tak keruan, seolah bukan dia... Aku down lagi. Entah macam mana aku yang sakit ini nak handle suami yang tiba-tiba kencing berak bersepah. Aku stress. Tapi sebolehnya aku cuba tenang. Aku menangis, aku marah dia... Padahal masa tu dia sakit.

Dia langsung tak boleh angkat punggung untuk duduk atas kerusi. Aku paksa, aku desak dia, sampai satu tahap aku putus asa. Aku lari tinggalkan suami aku lebih kurang seharian. Bukan lari saja, aku cuba tenangkan fikiran. Aku tak ada kawan menumpang bahu, sebab masing-masing ada komitmen, aku faham.

Akhirnya ALLAH ketuk hati aku.. "Auni.... kau isteri... kau yang perlu berikan sokongan pada suami kau, sepertimana suami kau pernah sedayanya menjaga segala kebajikan kau..." tuppss! Aku terus bagi semangat pada suami. Alhamdulillah... akhirnya dia berjaya juga duduk di atas kerusi... Benarlah, semangat orang yang paling rapat salah satu punca kekuatan...

Suami bergantung hidup dengan kerusi roda sekarang. Aku tukang angkat kerusi roda keluar masuk kereta, aku juga yang tukang tolak suami. Walaupun badan aku kecil, dan nampak sangat terhegeh-hegeh. Ehh kisah apalah aku?


Dari mengeluh, terus aku terbiasa. Sehingga aku cakap, aku sanggup jika sepanjang hayat dia perlu bergantung di kerusi roda, cuma aku berdoa supaya dia tidak jatuh macam dulu, dan aku dikurniakan kudrat yang kuat untuk berada disisinya hingga nafas terhenti.

Disahkan pula mengalami Kanser Tiroid, betul-betul menduga emosi. Ya Allah.... bukan senang nak atasi perasaan yang up and down ni. Aku sendiri tak suka bila tengok diri sendiri beremosi. Orang siap cakap aku meroyan. Entahlah, satu tahap aku macam dah tak peduli.

" AUNI.... PASAL AWAK SAYA BERSEMANGAT... "
" AUNI.... KERANA AWAK SAYA LEBIH MENGHARGAI HIDUP... "

dan seterusnya.... Orang akan cakap, membaca kisah kehidupan aku punca inspirasi buat mereka. Alhamdulillah, syukur. Syukur sangat... jika kerana kisah aku, ada yang mampu berlawan emosi dan tangis. Aku happy !

Jujurnya aku malu... malu sangat.

Sebab aku rasa aku zero, aku bukanlah kuat. Aku antara manusia yang kuat mengeluh. Cuma keluhan aku sekarang ini, aku lebih suka meratap di tikar sejadah. Di situ aku mampu menangis puas-puas, selepas itu aku dapat kembali kekuatan yang luar biasa.

Aku cuma harap, satu masa aku boleh bantu orang-orang yang down, terus jadi bersemangat. Sebab aku pernah lost hope, aku rasa tak berguna, aku ada trauma yang tak dapat aku jelaskan...

Seperti sebelum ini, aku hanya akan melihat ujian orang yang lebih besar dari aku. Setidaknya kehidupan aku masih disinari cahaya, masih mampu berkata-kata, masih juga mampu mendengar walaupun tuli kadangkala.

Aku sentiasa belajar bersyukur, bersyukur, dan bersyukur. Aku kurangkan mengeluh pada manusia, aku lebihkan mengeluh pada YANG ESA. Aku tak baik... Aku seorang yang pernah gagal dalam hidup, tapi aku cuba isi sisa-sisa hidup aku dengan cuba memberi semangat pada orang lain.

Dan apa saja orang nak kata tentang aku, aku okay saja. Sebab aku suda tiada daya langsung nak puaskan hati semua :)

Saja aku nak cerita, sebab dulunya blog adalah diari harian aku. Haha ! Okaylah korang, sorry terjadi serius pula dalam entri yang ini.

The writer,
Auni Muthal'lib
Kidney & Thyroid CA Fighter
................................................................


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aunitalib.com/2019/11/auni-afiqah-story-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Juru Mengaku Orang Malaysia Tapi Tak Boleh Nyanyi Negaraku

Juru Mengaku Orang Malaysia Tapi Tak Boleh Nyanyi Negaraku

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 382 hits
Dakwa dirinya rakyat Malaysia namun wanita warganegara Thailand ini kantoi apabila gagal menyanyikan lagu Negaraku Kejadian berlaku ketika dia ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang dalam operasi di Plaza Tol Juru Lebuhraya Utara S...
Bukan Semua Boleh Survived Jadi Suri Rumah Kalau Anda Terpilih Kira Hebatlah

Bukan Semua Boleh Survived Jadi Suri Rumah Kalau Anda Terpilih Kira Hebatlah

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 253 hits
Ramai wanita bergelar suri rumah rasa tak hebat seperti wanita bekerjaya sehingga sentiasa rendah diri Sedangkan pada hakikatnya ia pengorbanan besar dan patut dibanggakan Namun dalam masyarakat sekarang bila sebut saja suri rumah kebanyaka...
Satu Satunya Manusia Yang Bukan Nabi Bukan Pula Rasul Tapi Kisah Hidupnya Diabadikan Dalam Qur An

Satu Satunya Manusia Yang Bukan Nabi Bukan Pula Rasul Tapi Kisah Hidupnya Diabadikan Dalam Qur An

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 397 hits
Satu satunya manusia yang bukan nabi bukan pula Rasul tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur an adalah Lukman Al Hakim Kenapa tak lain karena hidupnya penuh hikmah Suatu hari ia pernah menasihati anaknya tentang hakikat hidup Anakku jika ...
Huawei Mate 30 Dan Mate 30 Pro Boleh Dibeli Semua Bermula 15 November

Huawei Mate 30 Dan Mate 30 Pro Boleh Dibeli Semua Bermula 15 November

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 356 hits
Huawei Malaysia sebelum ini telah membawa Huawei Mate 30 dan Mate 30 Pro dalam kuantiti terhad terlebih dahulu sekaligus membuatkan pengguna perlu mempunyai beberapa perkara sebelum mendapatkannya Hal berkenaan bakal berubah bermula 15 Nove...
Makan Buah Segar Tak Nak Tapi Bila Olah Anak Makan Sampai Habis Cuba Chewy Apple Oat Ni

Makan Buah Segar Tak Nak Tapi Bila Olah Anak Makan Sampai Habis Cuba Chewy Apple Oat Ni

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 343 hits
Tidak dinafikan ada di antara anak anak kita yang kurang gemar makan buah Atau ada juga dikalangan anak kecil kita yang memilih jenis buah tertentu untuk dijamah Epal misalnya kurang digemari apabila dijadikan puri kerana rasanya yang masam...
Dah Bayar 5 Bilik Hotel Tapi Tak Boleh Check In Layanan Kurang Ajar Kami Dapat Pengadu

Dah Bayar 5 Bilik Hotel Tapi Tak Boleh Check In Layanan Kurang Ajar Kami Dapat Pengadu

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 468 hits
The Reporter Ni ler layanan hotel yang kami dapat demikian luahan rasa kecewa pengadu mengenai sebuah hotel yang terletak di Banting Selangor didakwa memberi layanan buruk Menurut pengadu yang berkongsi pengalamannya itu di Facebook berkata...
Ini Pertama Kali Suami Berkelakuan Kasar Cuba Tikam Syukur Semua Masih Selamat

Ini Pertama Kali Suami Berkelakuan Kasar Cuba Tikam Syukur Semua Masih Selamat

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 812 hits
Suami saya mengalami masalah kemurungan kerana tekanan kerja dan keperluan untuk menguruskan masa bagi menghantar dan mengambil anak di sekolah kata seorang guru yang menjadi mangsa tikaman suaminya di sini kelmarin Wanita berusia 35 tahun ...
Baik Buruk Suami Semua Dalam Poket Isteri Jangan Mimpi Boleh Sorok

Baik Buruk Suami Semua Dalam Poket Isteri Jangan Mimpi Boleh Sorok

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 479 hits
Setiap perkahwinan pasti pernah dilanda badai Setiap pasangan pasti pernah bermasam muka antara satu sama lain Itu adalah lumrah kehidupan berumah tangga Tiada masalah untuk sesekali berselisih pendapat kerana dengan cara itu kita akan lebi...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat