Gaji Minimum Rm1 700 Terpakai Untuk Pekerja Asing


freemalaysiatoday.com
Bernama-19 Oct 2024, 03:45 PM

Perintah Gaji Minimum hanya kecuali ke atas pekhidmat domestik dan kontrak perantisan.
Sekretariat Majlis Perundingan Gaji Negara berkata dasar gaji minimum hendaklah tidak mendiskriminasi seseorang pekerja atas alasan kewarganegaraan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Perintah Gaji Minimum (PGM) sebanyak RM1,700 yang akan berkuat kuasa Februari tahun depan terpakai kepada semua pekerja termasuk pekerja bukan warganegara di sektor swasta, kecuali pekhidmat domestik dan kontrak perantisan.

Menurut soalan-soalan lazim (FAQ) PGM yang disediakan Sekretariat Majlis Perundingan Gaji Negara, dasar gaji minimum hendaklah tidak mendiskriminasi seseorang pekerja atas alasan kewarganegaraan selaras Konvensyen ILO No.100: Equal Remuneration yang diratifikasikan oleh Malaysia pada 1997.

Selain itu, Seksyen 69F Akta Kerja 1955, Seksyen 118B Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) atau Seksyen 119B Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76) tidak membenarkan sebarang bentuk diskriminasi antara pekerja tempatan dan pekerja asing.

Majikan wajib membayar kadar gaji minimum kepada pekerja walaupun pekerja bersetuju untuk majikan membayar gaji pokok lebih rendah daripada gaji minimum selaras Seksyen 43 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732), menurut FAQ berkenaan.

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2025 mengumumkan kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan, berkuat kuasa 1 Feb 2025.

Anwar yang juga menteri kewangan, berkata kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan gaji minimum RM1,700 bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja selama enam bulan hingga 1 Ogos 2025.

Menurut FAQ itu, PGM sebanyak RM1,700 yang akan berkuat kuasa pada 1 Feb depan melibatkan majikan yang mengambil lima pekerja atau lebih dan majikan menjalankan suatu aktiviti profesional tanpa mengira bilangan pekerja.

Merujuk kepada pengkelasan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) 2020 terdapat sembilan kumpulan sub utama aktiviti profesional iaitu profesional sains dan kejuruteraan, profesional kesihatan, profesional perguruan, profesional perniagaan dan pentadbiran, serta profesional teknologi maklumat dan komunikasi.

Turut tersenarai profesional perundangan, profesional perkhidmatan hospitaliti dan yang berkaitan, profesional sosial dan kebudayaan, serta profesional badan pengawalaturan.

FAQ itu memaklumkan seseorang yang tidak dibayar gaji pokok tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang kena dibayar kepada mereka hendaklah tidak kurang daripada gaji minimum bulanan semasa iaitu RM1,700.

Merujuk kepada FAQ itu, pelaksanaan PGM tidak bertentangan dengan amalan majikan yang melaksanakan Sistem Upah Yang Dikaitkan dengan Produktivti dengan syarat pekerja tidak menerima kadar yang kurang daripada kadar gaji minimum.

Selain itu, PGM tidak akan digantikan oleh Dasar Gaji Progresif kerana dasar berkenaan adalah pelengkap kepada gaji minimum dan dilaksanakan secara sukarela oleh majikan.

FAQ itu memaklumkan dengan pewartaan PGM 2024, PGM 2022 adalah terbatal, namun apa-apa prosiding undang-undang, pendakwaan atau siasatan yang dibuat di bawah PGM 2022 diteruskan sehingga selesai.

Semua kontrak perkhidmatan dan perjanjian kolektif hendaklah mengambil kira semua peruntukan dalam PGM 2024, menurut FAQ itu.

PGM dikuatkuasakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTK Sabah), serta Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) dan sebarang pelanggaran boleh dilaporkan kepada pihak berkenaan.

Majikan yang gagal mematuhi PGM boleh dikenakan tindakan penalti antara RM1,000 hingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/10/gaji-minimum-rm1700-terpakai-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Smes Worry Minimum Wage Hike To Rm1 700 Could Strain Businesses Despite Potential Benefits

Smes Worry Minimum Wage Hike To Rm1 700 Could Strain Businesses Despite Potential Benefits

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 90 hits
The announcement of a minimum wage increase to RM1 700 starting next February by Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has raised concerns among small and medium enterprises with industry experts describing the move as a double edged swor...
Minimum Wage Of Rm1 700 Also Applies To Foreign Workers

Minimum Wage Of Rm1 700 Also Applies To Foreign Workers

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 77 hits
Employers are required to pay the minimum wage rate even if the employee agrees to be paid a basic wage lower than the amount PETALING JAYA The minimum wage of RM1 700 which will take effect from next February applies to all workers This in...
Fmm Mtuc Welcome Minimum Wage Increase To Rm1 700

Fmm Mtuc Welcome Minimum Wage Increase To Rm1 700

papar berkaitan - pada 19/10/2024 - jumlah : 70 hits
The Federation of Malaysian Manufacturers said the increase in the minimum wage will help workers wages keep up with inflation PETALING JAYA The main umbrella body for workers unions and the country s largest manufacturing group have welcom...
Gaji Guru Pasti Masih Rm600 Ke Kesian Gaji Minimum Sudah Rm 1 700 La

Gaji Guru Pasti Masih Rm600 Ke Kesian Gaji Minimum Sudah Rm 1 700 La

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 87 hits
Gaji minimum naik pun guru Pasti cuma dapat RM600 Pemuda Pas disindirSITI NUR ZAWANIPemuda Pas Malaysia mengundang kecaman ramai selepas memuat naik satu hantaran Facebook mengenai kadar gaji minimum yang dinaikkan daripada RM1 500 kepada R...
Belanjawan 2025 Naikkan Gaji Minimum Tingkatkan Kadar Cukai Korporat

Belanjawan 2025 Naikkan Gaji Minimum Tingkatkan Kadar Cukai Korporat

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 99 hits
KANGAR Dalam mendepani kos sara hidup yang semakin mendesak pendapatan minimum isu rumah perlu sekurang kurangnya RM6 000 sebulan khususnya bagi keluarga yang tinggal di bandar bandar besar Justeru dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangk...
Ramai Luah Rasa Tak Puas Hati Ini Alasan Bytedance Hentikan 700 Pekerja Di Malaysia

Ramai Luah Rasa Tak Puas Hati Ini Alasan Bytedance Hentikan 700 Pekerja Di Malaysia

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 76 hits
Sedia maklum ByteDance iaitu syarikat induk TikTok telah memberhentikan seramai 700 orang pekerja di Malaysia dan hal itu telah menarik perhatian ramai di mana ramai menyuarakan rasa tidak puas hati kerana bersikap tidak adil dengan pekerja...
Gaji Minimum Dinaikkan Rm1700 Belanjawan 2025

Gaji Minimum Dinaikkan Rm1700 Belanjawan 2025

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 64 hits
Berita baik gaji minimum akan naik dari RM1500 kepada RM1700 berkuatkuasa 1 Februari 2025 Perkara tersebut diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2025 hari ini Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang pengumuman tersebut Gaji Minimum 2025 ...
Gst Akan Dilaksanakan Semula Apabila Gaji Minimum Rm3 000

Gst Akan Dilaksanakan Semula Apabila Gaji Minimum Rm3 000

papar berkaitan - pada 13/10/2024 - jumlah : 108 hits
PM maklum GST akan dilaksanakan semula apabila gaji minium RM3 000 Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan di Malaysia telah menjadi topik yang sering dibincangkan khususnya selepas ia dimansuhkan pada 2018 Kini kerajaan bercadang untuk m...
Pembunuhan Sosilawati Hukuman Mati Bekas Peguam Dan Pekerja Ladang Dikekalkan

Pembunuhan Sosilawati Hukuman Mati Bekas Peguam Dan Pekerja Ladang Dikekalkan

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 107 hits
PUTRAJAYA 8 Okt Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap bekas peguam dan pekerja ladangnya kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya 14 tahun lepas Panel tiga hakim diketuai oleh K...
Bench Racing The Six Most Thrilling 2024 Motorcycles By Genre

Give Guests 23 Hours Stay Tiong Urges Hotels

Sarapan Dua Pagi

Sarapan Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah

Barang Menarik Di Hatyai Pakaian Produk Kecantikan Kraf Pelbagai Lagi

Israel Terkecoh Ini Dampak Video Detik Detik Syahidnya Yahya Sinwar

Pak Belang Dipercayai Baham 2 Lelaki Masuk Perangkap

Langgar Perlembagaan Dap Biadap Kit Siang Keluar


echo '';
Famili Duo 2024 Senarai Peserta Keputusan Markah Lagu Tugasan Cara Undi Format Penjurian Hadiah Dan Segala Info Musim 4

20 Cara Buang Angin Dalam Badan Dan Perut

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Di Hatiku Ada Kamu Viu Malaysia

5 Jenis Bantuan Sosial 100 Percuma Yang Disediakan Negara Luar

10 Fakta Biodata Pelakon Fattah Amin Bekas Suami Fazura Penyanyi Lagu Wanita Terakhir Juara Hero Remaja 2011 2012


How To Make Malaysia An Innovation First Nation

Rasa Tidak Mahu Makan Bila Scaling

Niat Puasa Ganti Puasa Qada Dalam Rumi

Wau Kepala Burung

Ramles Walter Feat Mista Moose Overdo Chord

Penerangan Apa Itu Golongan T15 Berapa Gaji T15 Dan Cukai Ke Atas T15