Gajet Dapur Air Fryer


Assalamualaikum.

Salam Ramadhan yang ke 14hari. Pantasnya masa berlalu. Hampir setengah bulan berpuasa dan puasa kali ini adalah yang paling menyedihkan untuk semua umat Islam didunia ini bilamana Allah telah menghantar tentera-tentera kecilNya untuk menyedarkan sekalian makhluk yang ada

Berbalik kepada topik harini. Kisahnya, suami aku lah, awal PKP bulan 3 lalu, tengah malam tiba-tiba dia mintak aku survey air fryer. Berhajat sangat pulak dia. Pada aku, ada pun ok, tak ada pun tak apa. Lagi pulak kat dapur dah ada oven dan microwave. Cukup lengkap pada aku

Aku tanya pendapat kawan-kawan yang dah ada airfryer. Kebanyakkan beli jenama Russel Taylor atau Perry Smith. Bila aku join group AF ni, ada yang guna Rino, Tefal, Philips dan pelbagai jenama

Tertarik pada cerita si Iera BFF aku. Katanya kalau nak beli, belilah jenama Philips sebab hanya jenama ni sahaja yang menggunakan kaedah Turbo, yakni memasak tanpa perlu balik-balikkan ayam/ikan dan sebagainya sebab habanya rata.

Ciri AF kuasa turbo, bahagian bawah busket dia bentuk macam ni


Kalau jenama lain, perlu balik-balikkan masakan tu untuk pastikan ianya masak sempurna. Kalau tak nak balik-baliknya, boleh aje,tapi tak boleh guna AF yang jenis berlaci tu. Mesti guna yang bentuk oven tak kira lah bulat atau bersegi

Terfikir jugak aku. Ada betulnya. Beli AF ni untuk mudahkan dan cepatkan masakan. Kalau dah nak kena balik-balikkan..baik tak payah beli. Guna aje oven yang dah ada tu

Kata Iera lagi, belilah yang bersaiz besar sekurang-kurang 3liter ke atas. Baru berbaloi. Katanya lagi AF ada 2 jenis operasi, analog dan digital. Digital pada aku rumit..nak tekan button tu..button ni..ikut jenis apa yang nak masak,set timer..kiranya 5-6kali tekan jugaklah. Kebarangkalian rosak button tu agak tinggi. Jadi lebih baik aku pilih yang analog saja. Pusing berapa suhu nak guna dan timer berapa minit nak masak, siap

Maka aku pun mula mencari model Philips yang bersaiz besar. Saiz standart yang ada di pasaran kapasitinya 0.8liter sahaja. Itupun harga antara RM300- RM800. Boleh tahan jugak tu

Tak apalah aku cari lagi. Akhirnya terjumpa yang bersaiz XL dan XXL.. macam nak beli baju pulak. Hasil review  aku dapati, XXL mampu muat seekor ayam saiz sederhana. Atau kalau dalam ukuran liter 1.4liter. So, aku tak berapa pasti, ukuran ni macam mana.  Jadi pendapat aku, oklah kalau muat seekor ayam tu


Survey sana sini,bandingkan harga. Aku pilih model HD9630. Harga pasaran RM1449. Akhirnya aku jumpa di Shopee dengan harga RM1299. Aku ada coin Shopee yang banyak, maka aku tebus maksima 3000coin bersamaan RM30 dan aku juga dapat voucher kedai RM50. Order dibuat pada 1Mei dan terima pada 5Mei


Sebelum order, aku chat dengan seller..ada apa-apa gift tak? Sebab banyak review di fb dan google search yang aku jumpa, mesti ada gift tak kiralah loyang ke, atau apa-apa aksesori AF. Betul-betul dia bagi face mask sekeping dan voucer diskaun RM10 kalau beli minima RM150..macam mana pun dua jugak duit aku. Kedekut punya seller. Bila barang sampai, aku pm dia..haram tak jawab. So..memang aku tak recomended langsung seller ni.

Inilah yang aku dapat. 
Apapun,pada korang yang berhajat sangat dengan AF ni.. carilah yang sesuai dengan kegunaan dan bajet masing-masing. Sebabnya ada aku baca yang mana beli AF berjenama "biasa" harga bawah dari RM500..kebanyakkan ada masalah, tray menggelupas, bawah busket yang nonstick pun menggelupas, apa-apa yang beku(frozen) ,mesti di nyahbeku (defrozed) dulu, ada yang kena reheat sebelum guna dan macam-macam.

Apa-apa pun cara penjagaan tu yang penting. Tapi untuk Philips, tak perlu reheat, defrozed..belasah je. Settle.

Menu pertama.. nugget tempura yang memang beku macam batu. Suhu 180°c 20minit. 
Itu je..selamat memilih dan membeli



Bila Penbiru Menulis...🖊

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.penbiru.com/2020/05/gajet-dapur-air-fryer.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikan Salmon Dan Kambing Bakar Air Fryer

Ikan Salmon Dan Kambing Bakar Air Fryer

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 924 hits
Air Fryer musim PKP ni dengar ceritanya laku keras Boleh masak macam macam guna Air Fryer termasuk bakar ikan bakar kambing kek cheesecake Pengalaman saya dengan air fryer ni bermula dari waktu saya di lagi Tapi jarang jarang pakai sebab ka...
Rahsia Mudah Buat Lemang Moden Hanya Guna Air Fryer

Rahsia Mudah Buat Lemang Moden Hanya Guna Air Fryer

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 739 hits
Rahsia Mudah Buat Lemang Moden Hanya Guna Air FryerSeorang wanita Nor Nisrin berkongsi resepi membuat lemang moden dengan hanya menggunakan Air Fryer Menurutnya dengan pertolongan suaminya untuk membuat buluh resepi tersebut diambil secara ...
Panduan Tetapan Masa Dan Suhu Memasak Guna Air Fryer

Panduan Tetapan Masa Dan Suhu Memasak Guna Air Fryer

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 1101 hits
Siapa sini adalah pengguna air fryer Aha dah lama ke anda gunakan air fryer untuk memasak Selalu gunakan ke atau cuma kadangkala sahaja Kenapa anda jarang gunakan walhal air fryer boleh memasak pelbagai menu resepi yang sedap sedap Aha saya...
Resepi Strawberry Yogurt Kek Mahal Tapi Senang Buat Guna Air Fryer Je

Resepi Strawberry Yogurt Kek Mahal Tapi Senang Buat Guna Air Fryer Je

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 594 hits
Teringin nak makan kek Apa kata cuba buat sendiri resepi ni Lagi puas buat kek homemade boleh alter nak rasa manis ke nak kurang manis Resepi ni boleh jadi pemanis mulut untuk anak anak berbuka puasa nanti Tak ada pembakar tak apa sebab res...
Resepi Daging Bakar Danok Guna Air Fryer Senang Dan Mudah

Resepi Daging Bakar Danok Guna Air Fryer Senang Dan Mudah

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 861 hits
Resepi Daging Bakar Danok Guna Air Fryer Assalammualaikum rasanya ramai yang mencari resepi berkaitan daging bakar Bagi sesiapa yang pernah ke sempadan Thailand atau di Danok Daging Bakar ni sememangnya menjadi pilihan kerana itu salah satu...
Should You Buy An Air Fryer Here Are 5 Affordable Brands Under Rm300

Should You Buy An Air Fryer Here Are 5 Affordable Brands Under Rm300

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 372 hits
You don t have to go out of your way to find the best air fryer Opt for an affordable air fryer it works just the same The air fryer is no stranger to the market the hype began a couple years ago with many gravitating towards the magic of g...
Air Mata Bayi Di Luar Nikah Itu Meleleh Saat Ditinggal Ibunya

Air Mata Bayi Di Luar Nikah Itu Meleleh Saat Ditinggal Ibunya

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 325 hits
Biasanya orangtua akan menempatkan anak gadis mereka yang terlanjur dan hamil di luar nikah di rumah perlindungan Baitus Solehah Malaysia Tujuannya adalah supaya anak mereka itu mendapat perlindungan yang sebaiknya selama masa kehamilan Ten...
Pasien Sembuh Corona Cerita Sambil Bercucuran Air Mata Saat Berada Di Ruang Isolasi Jangan Sampai Disini

Pasien Sembuh Corona Cerita Sambil Bercucuran Air Mata Saat Berada Di Ruang Isolasi Jangan Sampai Disini

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 319 hits
Menjalani isolasi di salah satu ruangan khusus di rumah sakit rujukan menjadi pengalaman tersendiri bagi pasien positif Covid 19 Belum lama ini seorang pasien sempat dinyatakan positif corona menceritakan pengalamannya berada di ruang isola...
Lelaki Dipenjara 10 Minggu Langgar Pkp Ceroboh Restoran Untuk Buang Air Kecil

Lelaki Dipenjara 10 Minggu Langgar Pkp Ceroboh Restoran Untuk Buang Air Kecil

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 376 hits
KUALA LUMPUR 30 April Seorang lelaki yang menceroboh sebuah restoran dengan alasan untuk membuang air kecil serta melanggar Perintah Kawalan Pergerakan hari ini dipenjara 10 minggu oleh Mahkamah Majistret di sini Majistret Mohamad Aizat Abd...
The Weekend That Brought Us Back To Simple Joy

Create Your Next Masterpiece With The All New

Ctos Sme Biz Day Ends On A High In Kuching Fueling Digital Growth For 6 000 Smes Nationwide

Lima Remaja Didakwa Guna Perkataan Mencela Terhadap Zara Qairina

Double Jeopardy In Zara Case Lawyer Says It Depends

Apa Peluang Kerja Untuk Graduan Pengurusan Pelancongan Di Malaysia

Apa Itu Fpx Panduan Lengkap Tentang Pembayaran Fpx Di Malaysia

Presbyond Laser Explained The Science Behind Age Related Vision Correction


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ex Sabah Minister Fails To Secure Retrial Of Forgery Case

Bertukar Ke Shampoo Dan Treatment Honey

Hakim Paling Baik Di Dunia Frank Caprio Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun

Their Window Seats Lacked Windows So Delta And United Passengers Sued

Hiburan Ramai Harap Berjodohan Roslan Shah Akui Tidak Setanding Dato Vida Kekayaan Tidak Sama

Norma Filem Indonesia Paling Viral 2025 Sanggup Ke Tengok