Gagal Tunai Manifesto Tak Sama Dengan Sirah
DENYUT REFORMASI
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad yang menyamakan kegagalan janji Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dengan Rasulullah SAW (sirah) itu satu tindakan tidak beradab dengan Rasulullah SAW
Menurutnya, kegagalan PH tidak dapat menunaikan janji tidak boleh samakan dengan apa yang berlaku kepada Rasulullah SAW
"Kita tidak boleh menyamakan janji manifesto PH dengan (sirah) Rasulullah, di mana satu perbandingan yang tidak beradab dalam Islam
"Apa yang dibandingkan dengan kegagalan kerajaan itu benda yang berbeza," katanya kepada Harakahdaily
Sebelum ini, Khalid dalam kenyataan penggulungan sebagai Pengarah Komunikasi di Konvensyen Nasional Amanah 2018 di Hotel Casuarina, Ipoh berkata kegagalan kerajaan PH menunaikan manifesto adalah akibat kekangan sumber kewangan tidak mencukupi
"Nabi SAW pun dulu pernah bawa sahabat dari Madinah nak ke Mekah, janji nak buat umrah, tetapi dihalang. Sampai di Hudaibiyyah. Itu Nabi!" katanya
Mengulas lanjut Tuan Ibrahim berkata, PH sememangnya gagal dalam melaksanakan janji manifesto mereka dan jangan sesekali membuat perbandingan dengan Rasulullah SAW
"Manifesto ini dibuat melalui kajian dan penelitian dia (PH), kita menganggap ini satu kegagalan
"Takkan dia tidak tahu, sebab laporan audit dibentangkan setiap tahun dalam parlimen, kedudukan wang negara semua orang tahu. Jadi, bila tidak boleh tunai janji jangan menyamakan perkara tersebut dengan Rasulullah itu satu benda yang tidak beradab," tegasnya
Tambah beliau, tindakan Khalid itu salah kerana telah meletakkan satu penghinaan kepada Rasulullah SAW dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi Rasulullah SAW
"Itu satu benda yang memang tidak betul. Tidak berakhlak," katanya
Katanya, Khalid sepatutnya menjadikan kegagalan itu iktibar untuk mencari penyelesaian dalam menunaikan manifesto PH
Tuan Ibrahim minta supaya pimpinan PH lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan mengaitkan dengan Islam dan Rasulullah SAW
"Sebab mutakhir ini, banyak kenyataan cuba meletakkan kesalahan (PH) menyamakan dengan peristiwa yang berlaku dalam Islam itu memang tidak betul
"Sifat-sifat negatif itu tidak layak bagi kita menyamakan dengan Rasulullah SAW," ujarnya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/gagal-tunai-manifesto-tak-sama-dengan.html