Gagal Pinda Ruu Perlembagaan Bukan Pengakhiran Kata Bekas Km Sabah


Tracy PatrickAhli politik digesa untuk menjelaskan kebaikan dan keburukan pindaan Perkara 1(2) dalam mengembalikan status Sabah dan Sarawak.KOTA KINABALU: Bekas ketua menteri Sabah, Harris Salleh berkata kegagalan meminda rang undang-undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan untuk memulihkan status Sabah dan Sarawak bukanlah pengakhiran kerana ia akan dibentangkan di Parlimen sekali lagi.

Bagaimanapun, beliau mencadangkan ahli politik dari kedua-dua pihak di Sabah dan Sarawak mengadakan perbincangan dan membuat kertas putih untuk menjelaskan isu itu dan menggariskan pro dan kontra bagi mengembalikan perkataan asal Perkara 1(2).

Katanya, kertas putih itu kemudiannya akan dijelaskan kepada orang ramai supaya mereka memahami isu tersebut.

“Sekarang, saya dengar orang bercakap tentang pindaan itu, tetapi saya tidak fikir mereka tahu apa maksudnya. Ahli politik perlu menghuraikan alasan untuk mendapatkan sokongan rakyat,” katanya kepada FMT.

“Buat masa ini, tiada ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak bercakap mengenai kebaikan dan keburukannya. Mereka bercakap tentang perkongsian yang sama tapi mereka tidak mengatakan apakah itu.

“Adakah perkongsian sama bermakna kita mempunyai sekeping kek yang besar? Adakah dana dibahagikan kepada 3 bahagian? Apakah kepentingannya?”

RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2019, bagi mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi yang sama dengan Semenanjung, tidak lulus di Dewan Rakyat, Selasa lalu.
Bekas ketua menteri Sabah, Harris Salleh.Kerajaan gagal memperoleh sokongan 2/3 ahli Dewan Rakyat untuk meminda Fasal 2 Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan.

Seramai 138 daripada 221 wakil rakyat menyokong pindaan itu, dengan 59 orang berkecuali.

Harris berkata RUU itu gagal akibat isu itu dipolitikkan dan kerajaan tergesa-gesa membuat pindaan tersebut.

“Saya fikir ahli Parlimen pembangkang mahu menggagalkan kerajaan persekutuan dan menunjukkan kerajaan tidak mempunyai kekuatan yang mereka sangkakan.

“Tetapi alasan yang lebih penting bagi kegagalan ini adalah kekeliruan mengenai bagaimana pindaan itu akan memberi manfaat kepada rakyat di Borneo dan juga di Tanah Melayu,” katanya kepada FMT.

Malah sebelum pindaan 1976 kepada Perkara 1(2) yang ditangani RUU itu, Sabah dan Sarawak ditadbir sebagai antara 13 negeri dalam persekutuan tersebut, katanya.

Kebanyakan masa, katanya, kerajaan persekutuan memang adil kepada Sabah.

“Selebihnya dilakukan untuk kepentingan negara. Dan tidak ada yang 100% sempurna di dunia ini,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/gagal-pinda-ruu-perlembagaan-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mp Umno Bn Punca Gagal Pinda Perlembagaan Status Sabah Sarawak Anwar

Mp Umno Bn Punca Gagal Pinda Perlembagaan Status Sabah Sarawak Anwar

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 419 hits
Ahli Parlimen Barisan Nasional menjadi punca Rang Undang undang Persekutuan 2019 gagal mendapat majoriti undi 2 3 ketika dibentangkan di Dewan Rakyat semalam kata Anwar Ibrahim Anwar yang juga ahli Parlimen Port Dickson berkata Dewan Rakyat...
Gagal Pinda Perlembagaan Tun Mahathir Tak Salahkan Mp Sarawak

Gagal Pinda Perlembagaan Tun Mahathir Tak Salahkan Mp Sarawak

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 307 hits
Kegagalan kerajaan meminda peruntukan perlembagaan berhubung status Sabah dan Sarawak malam tadi di Parlimen Foto Kosmo Perdana menteri kelihatan bersikap terbuka dengan pendirian anggota parlimen pembangkang yang enggan menyokong usul diba...
Gagal Pinda Ruu Bukan Salah Bn

Gagal Pinda Ruu Bukan Salah Bn

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 284 hits
Wartawan Watan Online Kegagalan kerajaan Pakatan Harapan meminda Rang Undang Undang Perlembagaan 2019 sebelum ini bukan salah Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata RUU tersebut ...
Kerajaan Gagal Pinda Perlembagaan

Kerajaan Gagal Pinda Perlembagaan

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 336 hits
Dewan Rakyat 9 April Kerajaan mencatat kekalahan hatrik dalam seminggu sebentar tadi apabila cadangan meminda artikel perlembagaan 1 bagi mengembalikan status Sabah dan Sawarak gagal diluluskan di peringkat dasar malam tadi lapor Malaysiaki...
Zahid Pemimpin Jepun Bunuh Diri Bila Gagal Pinda Perlembagaan

Zahid Pemimpin Jepun Bunuh Diri Bila Gagal Pinda Perlembagaan

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 400 hits
Presiden Umno Zahid Hamidi mendakwa pemimpin Jepun melakukan harakiri atau bunuh diri jika gagal mendapat sokongan majoriti bagi meminda perlembagaan Zahid berkata demikian mengulas kegagalan kerajaan Pakatan Harapan meminda Rang Undang und...
Bentang Semula Pinda Perlembagaan Ikut Keperluan Kata Pm

Bentang Semula Pinda Perlembagaan Ikut Keperluan Kata Pm

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 292 hits
Bentang semula pinda Perlembagaan ikut keperluan kata PM Dikemas kini 27 minit yang lalu Diterbitkan pada 10 Apr 2019 8 35PM
Kegagalan Pinda Ruu Cerminkan Kerajaan Lemah Tiada Perundingan Tok Mat

Kegagalan Pinda Ruu Cerminkan Kerajaan Lemah Tiada Perundingan Tok Mat

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 344 hits
REMBAU 10 April Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kegagalan pindaaan berkenaan status Sabah dan Sarawak di Parlimen semalam merupakan satu perkara yang amat tidak baik bagi kerajaan semasa Itu mencerminkan...
5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku

Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rutin Penjagaan Kulit Pagi Malam Untuk Kulit Bebas Cela

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Cinta Yang Menakluki

Sarapan Di Warong Laman Nurani Kuala Pilah

Kerabu Daging Salai Paling Senang Tapi Padu

Dedah Skandal Perlombongan Sabah Mr A Bimbang Keselamatan Diri