Afdlin Shauki Dakwa Banyak Penipuan Dalam Pemilihan Pkr



KUALA LUMPUR: Pelakon, pelawak dan pengarah filem, Datuk Afdlin Shauki yang tewas pemilihan jawatan Ketua PKR Cabang Setiawangsa, membuat laporan polis antara lain mendakwa Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) gagal mengurus perjalanan pengundian dengan baik.
Dalam laporan dibuat di Balai Polis Pudu malam tadi, beliau yang tewas kepada Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, turut mendakwa banyak penipuan berlaku dalam pemilihan pada hujung bulan lalu itu.
Katanya, laporan polis dibuat terhadap JPP yang didakwanya gagal bertindak terhadap aduan mengenai kelemahan perjalanan pengundian yang diajukan sepanjang pemilihan berlangsung.
"Kami buat laporan polis terhadap JPP, banyak benda mereka lakukan menimbulkan syak wasangka dan benda-benda mereka lakukan terang-terang salah,"dakwa pelakon utama filem Papadom
Beliau yang mendakwa, sudah membuat laporan kepada JPP namun setakat ini tiada maklum balas diterima daripada jawatankuasa berkenaan.
"Tidak ada maklum balas, yang ada senyap dan sunyi. Oleh itu kami buat laporan polis untuk lakukan siasatan," katanya.
Afdlin Shauki antara lain menakwa, terdapat kertas undi yang hilang apabila jumlah undi yang diumum JPP dengan jumlah undi di tempat mengundi bahagian Setiawangsa berbeza dengan ketara.
"Jumlah undi diumum di tempat mengundi adalah 750, namun demikian setelah pengundian fizikal tamat, jumlah undi rasmi yang dikemas kini dalam sistem JPP adalah 528, perbezaan sangat ketara dengan 222 undi hilang begitu sahaja," dakwanya lagi.
Beliau juga mempersoalkan proses pengiraan kertas undi yang dibuat tanpa wakil calon dan tidak didedahkan, selain pelantikan bekas setiausaha PKR Cabang Setiawangsa sebagai penyelaras tempat mengundi dan suami seorang calon wanita bertugas di dewan mengundi semasa hari pemilihan.
"Lantikan ini dilihat berat sebelah kerana kedua-dua mereka mempunyai hubungan secara langsung dengan calon bertanding, tiada jaminan ketelusan serta integriti memandangkan mereka juga ahli parti dan bukan pihak berkecuali serta berkepentingan," katanya.
Dalam keputusan pemilihan yang dikeluarkan pada hujung bulan lalu, Afdlin Shauki memperoleh 372 undi, manakala Nik Nazmi yang juga penyandang jawatan mendapat 482 undi lapor Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/06/afdlin-shauki-dakwa-banyak-penipuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gagal Pemilihan Pkr 2022 Afdlin Shauki Lapor Polis Jpp Gagal Urus Pemgundian Dengan Baik

Gagal Pemilihan Pkr 2022 Afdlin Shauki Lapor Polis Jpp Gagal Urus Pemgundian Dengan Baik

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 235 hits
KUALA LUMPUR Pelakon pelawak dan pengarah filem Datuk Afdlin Shauki yang tewas pemilihan jawatan Ketua PKR Cabang Setiawangsa membuat laporan polis antara lain mendakwa Jawatankuasa Pemilihan Parti gagal mengurus perjalanan pengundian denga...
Berita Pendek Keputusan Pemilihan Pkr Tak Bererti Akar Umbi Hilang Keyakinan Terhadap

Berita Pendek Keputusan Pemilihan Pkr Tak Bererti Akar Umbi Hilang Keyakinan Terhadap

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 322 hits
Keputusan pemilihan PKR tidak bererti akar umbi telah hilang keyakinan terhadap Anwar Ibrahim sebaliknya ahlinya mengharapkan Rafizi Ramli membawa perubahan asas kata penganalisis
Pakar Digital Siasat Aduan Pemilihan Pkr

Pakar Digital Siasat Aduan Pemilihan Pkr

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 209 hits
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Zaliha Mustafa berkata beliau yakin hasil siasatan itu dapat memberikan penjelasan kepada persoalan ditimbulkan pengadu PETALING JAYA Jawatankuasa Pemilihan Parti berkata pakar digital sedang menyiasat...
Artis Artis Kalah Dalam Pemilihan Pkr

Artis Artis Kalah Dalam Pemilihan Pkr

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 240 hits
KUALA LUMPUR Pelakon penerbit dan pengarah Datuk Afdlin Shauki tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang PKR Setiawangsa Cabang itu dimenangi penyandang yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad selepas memperoleh 482 u...
Pemilihan Pkr Rafizi Ramli Menang Besar Di Melaka Beliau Dijangka Menang Keseluruhan Untuk Berganding Bersama Anwar

Pemilihan Pkr Rafizi Ramli Menang Besar Di Melaka Beliau Dijangka Menang Keseluruhan Untuk Berganding Bersama Anwar

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 210 hits
May 29 2022 Rafizi Ramli menyapu bersih semua cabang di Melaka dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden menentang Saifuddin Nasution Ismail PETALING JAYA Rafizi Ramli menyapu bersih semua cabang di Melaka dalam pemilihan PKR bag...
Keputusan Pemilihan Pkr Ditunda Audit Digital Dilakukan

Keputusan Pemilihan Pkr Ditunda Audit Digital Dilakukan

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 191 hits
Keputusan Pemilihan PKR ditunda audit digital dilakukanPosted By on June 11 2022Keputusan Pemilihan KEADILAN 2022 terpaksa ditunda setelah mendapati beberapa masalah dalam sistem pengundian yang digunakan Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemi...
Usai Pemilihan Parti Fokus Pada Pru15 Pkr Diberitahu

Usai Pemilihan Parti Fokus Pada Pru15 Pkr Diberitahu

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 211 hits
May 31 2022 Syed Husin Ali berpendapat pendirian Rafizi Ramli yang keras menentang pendekatan khemah besar tidak akan mengakibatkan perselisihan dalam PKR tetapi sedikit kesukaran dijangka berlaku PETALING JAYA Seorang veteran PKR menggesa ...
Fuziah Akui Tewas Kerana Tidak Berada Dalam Chai Kedua Dua Calon Timbalan Presiden Pkr

Fuziah Akui Tewas Kerana Tidak Berada Dalam Chai Kedua Dua Calon Timbalan Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 260 hits
KUANTAN Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh mendakwa beliau bersyukur kerana telah mendapat undi sebanyak 24 613 dari kalangan anggota Parti Keadilan Rakyat biar pun dia tidak tersenarai dalam Chai calon Timbalan Presiden pada pemilihan par...
Khemah Besar Ditolak Majoriti Ahli Pkr

Khemah Besar Ditolak Majoriti Ahli Pkr

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 205 hits
Khemah besar ditolak majoriti ahli PKRPosted By on June 01 2022Strategi khemah besar masih berlegar dalam ulasan politik terkini usai Pemilihan KEADILAN 2022 Terbaharu penganalisis politik Azmi Hassan berkata Timbalan Presiden KEADILAN Rafi...
Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Maulidur Rasul Jom Throwback Sirah Nabi Dalam Hidup Kita

Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani

Momen Pakcik Pakcik Lepak Sambut Hari Lahir Bersama Rakan Runtun Hati Ramai

Hujan Demi Lencana Di Dada Chord

Jojo Ends Skid With Brutal Two Minute Tko In Bangkok

Bersatu Is Most Inclusive Party In Malaysian Political History Not Just For Malays Says Hamzah Zainudin