Gagal Padam Dakwaan Sarawak Report Tragedi Malang Kata Husam


Husam Musa  |   Malaysiakini  3 Feb 2019     ULASAN | Takziah. Kepada siapa senandung takziah ini hendak disampaikan Saya sendiri tidak pasti kepada siapa ucapan takziah ini hendak disampaikan.
Apabila laporan Sarawak Report bertarikh 6 Ogos 2016 yang menyebut "RM90 million is widely reckoned to have flowed into the top echelons of PAS" (RM90 juta yang telah dianggap menjadi pengetahuan meluas telah mengalir kepada pemimpin-pemimpin tertinggi PAS) masih terpampang, sedang armada para pejuang dan peguam yang terbang ke London dengan wajah singa dan berpatah pulang dengan terkulai layu - ia seakan mengesahkan laporan itu adalah benar.
Selepas menghabiskan lebih daripada RM2 juta wang yang sebahagiannya dipungut dari ahli dan penyokong - yang mendapat laba hanya peguam di London dan kedudukan laporan Sarawak Report sedikit pun tidak terusik.
Rakaman audio seorang pemimpin muda PAS yang membuat pengakuan sememangnya wujud perbuatan menerima wang dari sebuah parti yang pernah digelar asabiyah oleh pemimpin parti bertunjangkan Islam gagal mendapat peluang untuk ditolak kesahihannya.
Pengumuman oleh seorang pemimpin kanan parti itu menjelang PRU lalu bahawa presiden mereka telah mendapat kejayaan pertama dalam saman berkenaan berlalu dibawa angin ‘penyelesaian tanpa perlawanan’ dan ‘penyelesaian tanpa kesudahan’.
Tajuk lebih penting di sini ialah gejala politik wang yang berjangkit, jika benar dan setakat ini kebenarannya tidak tersangkal, kepada parti Islam.Sedangkan, ketika negara dan bangsa kita boleh runtuh kerana gejala rasuah dan penyelewengan, yang diharapkan untuk menjadi penyelamat adalah parti-parti alternatif khususnya yang berjenama Islam.
Parti berjenama Islam memperaga pemimpin dan ahli sebagai bencikan godaan dunia, cintakan pahala dan takutkan dosa. Bersikap jujur dalam perjuangan dan bukan mengejar pangkat dan harta. Tidak termakan dengan godaan dunia dan paling dapat dipercayai.
Apa jadi jika segelintir pemimpin mereka telah menggadaikan prinsip perjuangan dengan turut menadah tangan kepada parti perasuah?
Tragedi malangCukup dengan beberapa ekor ‘kuda perhiasan dan ketulan emas dan perak’ yang diterima, brek perjuangan ditarik dan peluru serangan dialihkan halanya kepada musuh politik kepada parti berkuasa.
Apa akan kita katakan jika Muhamad Al Fatih berpaling dari menawan kota Konstantinapol semata-mata kerana Raja Rom menghadiahkan beberapa ekor kuda dan barang perhiasan? 
Lalu Muhamad Al Fatih berpatah balik sambil berlenggang menaiki kuda Raja Rom dan menghentikan misi menawan kota Istanbul selama-lamanya. Belot?Telah dibeli? Berpaling tadah?
Hasilnya, persekongkolan yang kini telah menjadi terbuka. Kepada siapa bangsa dan negara akan berharap? Begitu mudah sebuah perjuangan digadaikan?Dari sinilah, jauh di lubuk hati saya, episod ini adalah sebuah tragedi malang. Amat malang. Nama baik sebuah parti yang dulu menjadi pengharapan rakyat telah tercemar.
Dalam dunia pemikiran yang jernih, kegagalan mengambil peluang memadamkan dakwaan Sarawak Report, perlu diikuti oleh sesuatu tindakan.Sama ada plaintif sendiri mengambil tanggungjawab melepaskan jawatan secara terhormat. Atau pemimpin yang terlibat menerima sesuatu mengambil langkah mulia mengundurkan diri. 
Atau pemimpin dan ahli yang bermaruah mengusulkan sesuatu bagi memulihkan integriti parti. Dalam sesetengah keadaan, integriti Islam juga kerana parti berkenaan sentiasa mengasosiasi partinya dengan Islam.
Dalam dunia tarbiyah, selalu disebutkan, perjuangan lebih mahal daripada individu. Takziah itu, akhirnya, saya berikan kepada diri saya sendiri, kepada rakyat yang pernah berharap, kepada penyokong yang penuh harap, kepada negara yang kehilangan alternatif lebih berkat dan kepada mereka yang kecundang dalam percaturan politik wang.Takziah yang mendalam.HUSAM MUSA merupakan Naib Presiden Parti Amanah Negara.Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://idahsalam.blogspot.com/2019/02/gagal-padam-dakwaan-sarawak-report.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Kita Tarik Balik Saman Maka Sungguhlah Apa Yang Sarawak Report Kata Tu Hadi Awang

Kalau Kita Tarik Balik Saman Maka Sungguhlah Apa Yang Sarawak Report Kata Tu Hadi Awang

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 531 hits
PRESIDEN PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan ada pihak yang memujuknya supaya menarik balik saman fitnah terhadap Sarawak Report tentang dana RM90 juta Dalam sebuah rakaman video yang tersebar Abdul Hadi menjelaskan jika tindakan sa...
Fitnah Dakwa Dr M Bayar Sarawak Report Kata Khairuddin

Fitnah Dakwa Dr M Bayar Sarawak Report Kata Khairuddin

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 340 hits
MALAYSIAKINI Aktivis politik Khairuddin Abu Hassan membidas dakwaan bahawa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah membayar yuran guaman editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown Khairuddin merujuk kepada suatu poster yang memaparkan da...
Rakyat Malaysia Tuntut Kebenaran Isu Selesai Saman Sarawak Report Patriot

Rakyat Malaysia Tuntut Kebenaran Isu Selesai Saman Sarawak Report Patriot

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 288 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Patriot Kebangsaan menegaskan bahawa rakyat Malaysia menuntut kebenaran ke atas penyelesaian di luar mahkamah kes saman presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown Pre...
Patriot Urges Investigation Into Sarawak Report Allegations Against Pas

Patriot Urges Investigation Into Sarawak Report Allegations Against Pas

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 344 hits
The National Patriot Association has called for an investigation into the claim in a Sarawak Report article that the RM90mil that Umno allegedly paid to PAS leaders could be from 1Malaysia Development Berhad funds Patriot president Datuk Mo...
Betul Ke Kisah Sarawak Report

Betul Ke Kisah Sarawak Report

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 333 hits
Betul Ke Kisah Sarawak Report Aktivis politik Khairuddin Abu Hassan membidas dakwaan bahawa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah membayar yuran guaman editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown Khairuddin merujuk kepada suatu poster y...
Pas Bayar Sarawak Report Rm2 Juta Untuk Selesai Kes Luar Mahkamah

Pas Bayar Sarawak Report Rm2 Juta Untuk Selesai Kes Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 405 hits
Saman SR Dedahkan Terma London1 Maafkan saya kerana memberikan ulasan lanjut terhadap fiasco penarikan saman fitnah Presiden Pas yang berakhir dengan kredibiliti Pas semakin dipersoalkan Bermakna persetujuan penyelesaian itu nampaknya terde...
Bombshell Brother Of Pro Najib Propagandist Rpk Raja Idris Acted As Hadi S Agent In U K Suit Against Sarawak Report

Bombshell Brother Of Pro Najib Propagandist Rpk Raja Idris Acted As Hadi S Agent In U K Suit Against Sarawak Report

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 322 hits
As the Secretary General of UMNO steps forward to of his defamation case against Sarawak Report Najib s most loyal blogger RPK has maintained his chorus of seeking to imply inside knowledge about the conclusion of the case there is no order...
Rahsia Kenapa Pas Tarik Balik Saman Terhadap Sarawak Report Akan Terdedah

Rahsia Kenapa Pas Tarik Balik Saman Terhadap Sarawak Report Akan Terdedah

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 328 hits
ULASAN BERITAAPABILA Husam Musa mencadangkan agar Pas mendedahkan terma persetujuan dicapai di luar mahkamah kenapa parti itu menarik balik saman terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown ia menggambarkan Senator berkenaan menemu...
Pas Vs Sarawak Report Versi Yang Diluar Kotak Fikir

Pas Vs Sarawak Report Versi Yang Diluar Kotak Fikir

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 369 hits
ANALISA Bhg Pertama dari dua bhg Hadi Clare temui penyelesaian di luarMahkamah AYUH kita sama sama membuat analisa satu isu besar membabitkan orang politik dan sebuah organisasi politik besar negara Isu atau kisah itu saya namakan sebagai P...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kelas Tauhid Bersama Sofea

Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee

Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1