Pas Vs Sarawak Report Versi Yang Diluar Kotak Fikir


ANALISA 
[Bhg Pertama dari dua bhg]

Hadi - Clare temui penyelesaian di luar
Mahkamah.AYUH kita sama-sama membuat analisa satu isu besar membabitkan orang politik dan sebuah organisasi politik besar negara. Isu atau kisah itu saya namakan sebagai “Pas dan RM90 Juta”. Isu ini akan menjadi satu lagi dokumen sejarah khasnya dalam aspek politik di Malaysia.

Isu atau cerita ini melatari denai kehidupan (perjalanan) Parti Islam seMalaysia (Pas) muasir ini. Isu ini bermula sebelum pilihan raya umum lagi. Ia bermula apabila sebuah portal berita, Sarawak Report, yang didaftarkan di London mendedahkan kononnya, Najib Razak telah memberikan wang RM90 juta kepada para pemimpin Pas.

Portal itu melaporkan Umno telah menyalurkan wang lebih kurang RM90 juta ke dalam akaun beberapa pemimpin tertinggi Pas. Ia adalah sebagai habuan untuk menyokong dan bekerjasama dengan Umno.

Jika ini benar terjadi, saya lebih suka menyebut ia sebagai untuk mengabui mata para pemimpin dan ahli-ahli Pas.

Pas marah berapi-api dengan pendedahan itu? Lalu tanggal 21 April 2017 Pas memfailkan saman terhadap SR dan Editornya Clare Rewcastle-Brown di Mahkamah Tinggi London. Tindakan saman oleh Pas ini adalah langkah yang tepat untuk membersihkan maruahnya.

Manakala dalam pernyataan atau saman balas dikemukakan oleh Clare terhadap Abdul Hadi Awang, beliau menyebut, Hadi bersekongkol dengan Najib untuk cemarkan kredibiliti dan nama baik SR. Maksudnya Clare menolak tuduhan Pas terhadapnya itu.

Bagi Pas tuduhan Clare itu sangat berat. Menerima wang seperti itu adalah rasuah, dan rasuah atau "tumbuk rusuk" bertentangan dengan amalan dan prinsip hidup pemimpin Pas. Sejak parti itu ditubuhkan lebih 60 tahun lalu belum ada mana-mana pemimpin Pas diseret ke mahkamah atas isu rasuah? Rekod ini satu kebanggaan merbau buat Pas.

Rasuah hanya relevan dikaitkan dengan Umno-BN. Apabila ia membabitkan Najib sendiri, memberi wang itu, menyebabkan ada sedikit kerelevansinya. Apa lagi Najib dikenali suka memberi wang. Beliau sangat mempercayai kuasa wang; Cash is king adalah slogannya. Slogan dan keyakinan inilah menyebabkan Dr Mahathir Mohamad marah kurba kepadanya.

Pendedahan SR dijadikan modal.

Pendedahan SR itu sesuatu yang keji bagi Pas dan mengaibkannya. Dalam politik ia risiko membebankan kerana ia dijadikan modal oleh musuh-musuh Pas. Musuh Pas akan menggunakan laporan itu untuk membusuk-hanyirkan parti agama itu. Walaupun ia agak sukar untuk dipercayai kerana orang Pas sinonimas dengan kopiah dan serban, namun jika lama kelamaan “fitnah” atau berita itu dimainkan ia akhirnya dipercayai juga.

Bagaimana pun tindakan undang-undang diambil Pas ini dilihat telalu sukar baginya. Saman itu pula perlu dibuat dimahkamah di London. Kenapa? Ia terlalu jauh dan memerlukan biaya yang tinggi dan proses perbicaraan yang penuh profesional. Kenapa tidak disaman dalam negara sahaja? Persoalan juga timbul kenapa menyaman SR tetapi tidak individu lain yang juga ada membangkit perkara itu seperti antara Husam Musa dan Rafizi Ramli.

Rafizi lebih berani dengan kenyataanya apabila sedia membuat akuan bersumpah (SD) untuk menyokong tuduhannya itu. Pas nampaknya diam membisu dan hanya mengugut tetapi tidak berani melaksanakan. Sebaik Husam mendedahkan perkara itu Pas bukan main lagi tangkas membuat kenyataan akan menyaman Husam. Pas jadi berani macam kera di "selongen", tahu nganga mulut tetapi bacul untuk bertindak.

Namun sampai ke hari ini Pas tidak mengiring Rafizi dan Husam ke mahkamah. Kegagalan itu menyebabkan orang melihat Pas sebagai bersalah, kerana kalau ia dipihak benar pasti tidak akan membiarkan Husam dan Rafizi menjaja fitnah itu.

Patut diamkan diri.

Tindakan Pas menyaman SR itu dilihat tidak praktikal. Beberapa pemerhati politik yang simpati kepada Pas memberi pendapat, sepatutnya Pas mendiamkan diri sahaja. Membiarkan sahaja tuduhan SR itu. Lagi pun ramai yang tidak baca laporan itu. Kalau pun ianya diheret oleh parti lawan, termasuk Keadilan dan Amanah serta DAP, apalah sangat kesannya. Dan orang akan menerimanya sebagai semestinya begitu kerana mereka adalah musuh Pas. Pas boleh tangkis begitu sahaja tanpa berpenat lelah dan menghabiskan wang.

Namun emosi membuak-buak dalam diri Pas, menjadikan mereka lupa untuk menghening cipta dan bertindak dengan berhemah. Disinilah Pas tidak cekap dan tidak fatanah membaca apa yang akan berlaku. Walhal laporan itu sengaja hendak memerangkapkan Pas. Memberi keributan kepada Pas dengan motif tertentu. Ternyata akhirnya benar, dengan apa yang berlaku kini Pas terjerut dalam jerat yang dibuat oleh SR itu, apabila saman ditarik balik.

Berjuta duit telah dibelanjakan untuk saman berkenaan. Anggaran kasar lebih RM2 juta. Yang jadi mangsa ialah ahli dan penyokong Pas. Atas kepercayaan setiap sen dibebankan untuk perjuangan Pas akan mendapat imbuhan syurga, ahli tanpa berfikir panjang mengorek kocek seluar dan baju masing-masing.

Dengan meletakkan kepercayaan kepada peribadi zahiriah Pas sebagai bersih, ahli yakin Pas akan menang. Abdul Hadi sendiri memberi keyakinan saman itu akan dimenangi. Dalam satu kenyataan beliau mengatakan keyakinan itu bahkan ada pihak yang berusaha untuk menyuruh Clare tarik balik.

Susulan mahkamah menolak permohonan (interlocutry proceeding) oleh Clare yang mahu pindaan pembelaan dan mahu perbicaraan berasingan dengan kes utama, dengan mahkamah perintah membayar sebanyak RM156,017 kepada Abdul Hadi, ia dianggap oleh Pas mereka sudah menang kes itu.

Penolakan dan perintah bayar  segera itu juga disebarkan sebagai rahmat dan bantuan daripada Allah s.w.t. Apa lagi ahli Pas di kampung pun bersorak dan terloncak-loncat macam beruk kena belacan, dan ada yang sampai terlondeh kain hingga ternampak “telor” kerana saking gembira.

Gambar ini menunjukkan kemesraan para
pemimpin Pas dengan Najib Razak.Penolakan dengan dikenakan kos itu sudah tentu menjadikan SR sedikit gusar dan resah. Namun dalam Rewcastle-Brown terkial-kial mencari bukti atas pertuduhan itu, yang hanya berasaskan kepada dengar cerita, tiba-tiba pecah pula rakaman rakam suara yang memberi tahu atau mengiyakan yang Pas menerima duit Umno.

Rakaman suara itu diberi jolokan “Ana Tahu, Ana Tahu” dibabitkan dengan ahli Parlimen Bachok yang juga putera politik arwah Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Muhammad Abduh. Suara itu dirakam dalam satu pertemuan “Nik Abduh” dengan beberapa jemaah Pas disuatu tempat. Katanya di Puchong. Bagaimana pun Nik Abduh menafikan bahawa suara dalam rakaman itu sebagai suaranya.

Kata Nik Abduh, “Dakwaan rakaman ucapan saya itu adalah karut, mengarut dan fitnah ke atas diri saya, malah juga secara langsung dan sengaja ke atas parti Pas yang sejahtera daripada terlibat dalam perkara yang diharamkan oleh Islam termasuk memakan rasuah politik Umno atau membuntut diekor DAP."

Namun selepas pita rakaman itu dihantar ke makmal di London untuk dianalisis dan mengesahkan suara itu suara Nik Abduh, secara automatik penafian Nik Abduh itu tertolak. Malahan peguam Pas sendiri mengakui yang suara itu adalah asli suara Nik Abduh. Pengesahan itu menyeronokkan Clare kerana ia mendapat bukti sampingan baru.

Penarikan balik saman.

Selepas “kemenangan” awal itu, orang ramai khasnya ahli Pas menunggu dengan penuh minat untuk mengikut perbicaraan itu seterusnya. Orang Pas jadi semakin ghairah untuk berkorban. Setiap sen yang mereka sumbangkan untuk membantu kos guaman Pas mahu dilihat hasil dan diharapkan ia menjadi derma sebagai saham untuk menjenguk syurga.

Dalam keghairahan itu, keadaannya kini macam anti klimek pula, apabila cerita Pas saman SR itu seakan hendak berakhir apabila Pas menarik balik hasrat itu. Penarikan balik itu diumumkan menerusi satu kenyataan akhbar tiga perenggan oleh setiausaha politik Abdul Hadi pada 2 Februari lalu.

Penarikan balik saman itu menjadi buah mulut dan persoalan umum. Persoalan juga timbul kenapa ia dibuat oleh setiausaha politik bukannya oleh Abdul Hadi sendiri ataupun Setiausaha Agung. Kenapa semasa nak umumkan tindakan saman Setiausaha Agung yang ke hadapan?

Saya sendiri mulanya anggap kenyataan media penarikan itu ia hanya berita palsu untuk mempermainkan Pas sahaja. Sepatutnya kenyataan penarikan balik itu dibuat oleh Hadi sendiri dalam sidang khas. Apabila ia dibuat oleh pihak lain, nampaklah penarikan balik itu bukan sesuatu berita atau tindakan yang melabakan Pas. Kalau ia sebuah tindakan melabakan Pas, pastilah Hadi atau Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan sendiri melakukannya.

Kenyataan media berhubung penarikan balik itu menyebut empat perkara; 1. Abdul Awang menarik balik tuntutan (claim) terhadap defenden. 2. Clare Rewcastle-Brown menarik balik tuntutan balas (counter claim) terhadap  Abdul Hadi Awang. 3. Tiada perintah berkenaan kos (no oder as to costs), dan 4. Kedua-dua pihak adalah tertakluk kepada persetujuan kerahsiaan mengenai terma-terma berkaitan penyelesaian ini.

Penarikan itu konon atas persetujuan kedua pihak. Terma persetujuan tidak pun diumum dan tertakluk kepada persetujuan kerahsiaan berkaitan terma-terma penyelesaian ini. Ini menjadikan ia penuh rahsia dan misteri. Kenapa? Kenapa dan kenapa?

SR menang.

Dari segi moralnya penyelesaian itu memberi kemenangan kepada SR.SR tidak mengalami apa-apa kecacatan atau damage. SR tidak membuang pun laporan yang didakwa Pas itu sebagai fitnah. Ia kekal dalam portal berkenaan seperti mula dimuatkan.

Sebaliknya walaupun dengan penyelesaian itu Pas tidak perlu bersusah payah menadah tangan dan mengarah ahli membawa “tin milo” mendapat derma, tetapi dari segi moralnya ia tercalar. Penyelesaian yang dilihat pelik dan ganjil inilah membuka ruang dan menarik minat kepada kita untuk menganalisa kasus ini.

Saya mulanya tidak mahu menyentuh perkara ini. Awal-awal saya sudah membuat perkiraan, kalau benar Najib bagi duit kepada Pas, ia tidak pelik dan ia bersifat ada udang di sebalik batu. Ada sesuatu yang Najib ingin dan mahukan daripada Pas.

Orang kaya tidak semudah itu memberi wang kepada orang miskin tanpa mengharap apa-apa balasan. Orang kaya sering kali menggunakan kekayaan untuk kepentingan dirinya. Tambahan lagi orang kaya itu seorang ahli politik, lagilah.

Umum faham situasi yang dihadapi Najib ketika itu. Najib dan kerajaan BN sangat tertekan. Isu dan skandal 1MDB mengancamnya, menjadikan kerajaannya makin goyah. Justeru dia memerlukan tongkat untuk dan bantuan. Jawaban telah pun ada, dalam pilihan raya umum ke 14 kerajaan Najib tumbang. Situasi itulah membuat Najib jadi baik dan mengatur kerjasama dengan Pas sebelumnya. Wang itu adalah sebagai umpan.

Pas pula menjadi gelap dan berpinar biji mata. Ada dalil kalau kita mengatakan Pas menerima duit. Apabila dilihat kepada pilihan raya lalu, Pas berbelanja menyediakan logistik pilihan raya parti itu sangat mewah. Bendera Pas bersaiz besar daripada biasa berkibar di mana-mana sahaja, dalam sungai, laut, atas bukit, dipuncak gunung.

Kemewahan Pas ini sangat menyerlah pada pilihan raya lepas, di mana keadaan ini belum pernah terjadi sebelum ini dalam 13 pilihan raya sebelum ini. Jadi adalah munasabah kalau dikaitkan kemewahan Pas itu ada hubung kait dengan wang RM90 juta.

Persoalannya kenapa tarik.

Persoalan kini kenapa saman itu ditarik balik. Apakah perkembangan terbaharu yang berlaku, atau apakah wahyu yang baru turun di Russila, Terengganu. Tidak mungkin kalau tidak ada mengada tempua bersarang rendah. Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin. Demikian kenapa Allah memerintahkan kaum Muslimin menghubah arah kiblat dari arah Masjid al-Aqsa ke masjid Haram  ada sebab musababnya.

Atau apakah mimpi dan waridat baru Abdul Hadi untuk membuat penarikan itu. Apakah SR yang mencadangkan. Tidak mungkin orang seperti Clare Rewcastle-Brown, bermimpi dahulu kerana dia tidak tahu menabir mimpi.

Buktinya kalau Clare yang menarik, tentu ada ganti rugi kepada Pas yang perlu dibayar. Tidak. Penyelesaian ini tidak membabitkan sebarang kos. Di sinilah kita merasakan ada sesuatu yang mendesak dan menekan Pas untuk menarik saman itu.

Untuk menganalisa hal ini ada beberapa perkara yang perlu dikaji. Pertama ialah dari manakah munculnya idea untuk menyaman SR itu? Dan apakah sebab saman itu kemudian ditarik balik.

Di sinilah, versi baru yang saya sebutkan semalam dan akan saya buka ceritanya di sini. Ada orang yang memasang jerat untuk memerangkap Abdul Hadi dan Pas. Siapa? Kita terus beranalisa. Bersambung.[wm.kl.10:46 am 08/02/19]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/02/pas-vs-sarawak-report-versi-yang-diluar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarawak Report Settlement Not An Admission Of Guilt Says Pas Sec Gen

Sarawak Report Settlement Not An Admission Of Guilt Says Pas Sec Gen

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 347 hits
PAS president Abdul Hadi Awang s withdrawal of his defamation suit against Sarawak Report is not tantamount to an admission of guilt according to party secretary general Takiyuddin Hassan Responding to critics Takiyuddin said Hadi took into...
My Right To Talk About Rm90 Million Case Sarawak Report Editor Tells Pas

My Right To Talk About Rm90 Million Case Sarawak Report Editor Tells Pas

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 311 hits
Sarawak Report editor Clare Rewcastle Brown has dismissed a PAS leader s remark that she should stop bringing up the RM90 million case following her out of court settlement with party president Abdul Hadi Awang Speaking to FMT Rewcastle Bro...
Rahsia Kenapa Pas Tarik Balik Saman Terhadap Sarawak Report Akan Terdedah

Rahsia Kenapa Pas Tarik Balik Saman Terhadap Sarawak Report Akan Terdedah

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 336 hits
ULASAN BERITAAPABILA Husam Musa mencadangkan agar Pas mendedahkan terma persetujuan dicapai di luar mahkamah kenapa parti itu menarik balik saman terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown ia menggambarkan Senator berkenaan menemu...
Patriot Urges Investigation Into Sarawak Report Allegations Against Pas

Patriot Urges Investigation Into Sarawak Report Allegations Against Pas

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 356 hits
The National Patriot Association has called for an investigation into the claim in a Sarawak Report article that the RM90mil that Umno allegedly paid to PAS leaders could be from 1Malaysia Development Berhad funds Patriot president Datuk Mo...
Pas Bayar Sarawak Report Rm2 Juta Untuk Selesai Kes Luar Mahkamah

Pas Bayar Sarawak Report Rm2 Juta Untuk Selesai Kes Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 411 hits
Saman SR Dedahkan Terma London1 Maafkan saya kerana memberikan ulasan lanjut terhadap fiasco penarikan saman fitnah Presiden Pas yang berakhir dengan kredibiliti Pas semakin dipersoalkan Bermakna persetujuan penyelesaian itu nampaknya terde...
Sarawak Report Siarkan Semula Artikel Tuduh Pemimpin Pas Terima Rm90 Juta

Sarawak Report Siarkan Semula Artikel Tuduh Pemimpin Pas Terima Rm90 Juta

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 608 hits
EDITOR Laman Web Sarawak Report Rewcastle Brown menyiarkan kembali artikel mendakwa pemimpin pemimpin PAS terima wang RM90 juta dari Najib sebelum pilihan raya umum ke 14 yang lalu Tindakan itu susulan Presiden PAS Dato Seri Abdul Hadi Awan...
Selesai Luar Mahkamah Adakah Pas Akui Artikel Sarawak Report Soal Mp

Selesai Luar Mahkamah Adakah Pas Akui Artikel Sarawak Report Soal Mp

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 351 hits
Diterbitkan Hari ini 9 09 pagiAnggota Parlimen Kepong Lim Lip Eng mempersoalkan sama ada tindakan PAS tidak meneruskan saman terhadap Sarawak Report menunjukkan dakwaan laman itu bahawa ada pemimpinnya menerima dana RM90 juta sebagai usaha ...
Senang Cerita Pas Dikira Telah Tewas Kepada Sarawak Report

Senang Cerita Pas Dikira Telah Tewas Kepada Sarawak Report

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 497 hits
Dalam satu tindakan mengejut dan tiba tiba Presiden Pas Hadi Awang dilapor menawarkan penyelesaian luar mahkamah dalam saman yang difailkannya terhadap Sarawak Report Penyelesaian luar mahkamah yang diterima dan disambut baik oleh Sarawak R...
Pas Tak Kisah Sarawak Report Tak Turunkan Artikel

Pas Tak Kisah Sarawak Report Tak Turunkan Artikel

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 350 hits
February 3 2019 8 32 PMArtikel mendakwa RM90 juta dipercayai dimasukkan ke dalam akaun bank pimpinan atasan PAS masih dalam talian PETALING JAYA PAS berkata ia sudah tidak lagi kisah laman Sarawak Report tidak menurunkan artikel yang menjad...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids