Kemelut Umno Melaka Biasalah Laki Bini Pun Gaduh Zahid


malaysiakini.com
Hariz Mohd
Diterbitkan: May 20, 2022 4:51 PM
Tidak ada sebarang masalah melanda Umno Melaka, kata Ahmad Zahid Hamidi, ketika wujud spekulasi mendakwa ada sesetengah pihak sedang cuba menyingkirkan pengerusinya, Ab Rauf Yusoh.

Ahmad Zahid pada masa sama mengakui dia ada bertemu dengan sekumpulan ketua Umno bahagian dari Melaka baru-baru ini. Dia juga mengesahkan turut bertemu Ab Rauf.

Namun Presiden Umno itu menegaskan ia bukanlah kemelut yang luar biasa.

"Tak ada masalah apa-apa (di Melaka)," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Ditanya mengenai kemungkinan ada desakan untuk mengetepikan speaker Dewan Undangan Negeri Melaka itu daripada jawatan pengerusi Umno negeri, sambil ketawa Ahmad Zahid berkata: "Biasalah... laki bini pun bergaduh."

Sebelum ini Malaysiakini cuba mendapatkan komen Ahmad Zahid selepas beberapa ketua Umno bahagian di Melaka dilaporkan cuba menggantikan Ab Rauf dengan Sulaiman Md Ali yang juga ketua menteri negeri itu.

Mereka juga dikatakan bertemu dengan Ahmad Zahid untuk menyatakan hasrat tersebut baru-baru ini.
"Dah jumpa (ketua-ketua bahagian). Saya pun dah jumpa Datuk Rauf," katanya sebagai reaksi kepada pertanyaan mengenai pertemuan tersebut.

Umno Melaka dipercayai sudah lama berdepan dengan isu dalaman, antara lain ekoran Ad Rauf didakwa mengintai jawatan ketua menteri yang disandang Sulaiman yang tidak memegang sebarang jawatan penting dalam kepimpinan parti di peringkat negeri.

Pusingan terbaharu spekulasi mengenai kemelut itu hadir kira-kira dua minggu lalu apabila ada khabar angin bertiup mendakwa Sulaiman dikhabarkan dipaksa meletak jawatan.

Ketua menteri itu bagaimanapun menafikan khabar angin tersebut, manakala Rauf pula menganggapnya sekadar "tuduhan liar".

Susulan itu keadaan berbalik pula apabila ada beberapa pemimpin Umno di peringkat bahagian di Melaka dilaporkan mahu Sulaiman menggantikan Ab Rauf sebagai pengerusi perhubungan negeri.

Langkah awal diambil Umno Alor Gajah yang mengadakan mesyuarat bahagian dan mencadangkan Sulaiman dilantik sebagai ketua perhubungan Umno Melaka.

Sebuah portal berita juga melaporkan lima pemimpin Umno bahagian dari Melaka telah menemui Ahmad Zahid berhubung perkara itu.

[Baca berita asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/05/kemelut-umno-melaka-biasalah-laki-bini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gaduh Tikam Menikam Perkara Biasa Dalam Umno Akui Zahid

Gaduh Tikam Menikam Perkara Biasa Dalam Umno Akui Zahid

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 185 hits
Tak hairan Zahid sendiri sedang catas orang orang baik dalam UMNO Yang tinggal nanti hanya perompak wang rakyatPETALING JAYA Tak ada masalah apa apa kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menafikan timbul spekulasi bagi menyingkirkan Ketua U...
Zahid Belum Didapati Bersalah Masih Berhak Pimpin Umno Kata Ku Li

Zahid Belum Didapati Bersalah Masih Berhak Pimpin Umno Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 188 hits
Tengku Razaleigh Hamzah berkata selagi Ahmad Zahid Hamidi yang terpalit dengan kes mahkamah belum didapati bersalah selagi itulah beliau berhak memimpin Umno PETALING JAYA Ahmad Zahid Hamidi berhak memegang jawatan presiden Umno selagi tida...
Ku Li Tegaskan Zahid Layak Pimpin Umno Selagi Belum Bersalah

Ku Li Tegaskan Zahid Layak Pimpin Umno Selagi Belum Bersalah

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 151 hits
PETALING JAYA Ahmad Zahid Hamidi berhak memegang jawatan presiden Umno selagi tidak dijatuhkan hukuman bersalah kata veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah Selagi Zahid belum didapati bersalah katanya selagi itulah beliau berhak memimpin Umno...
Pesanan Mesra Untuk Zahid Hamidi Berhenti Sajalah Sebagai Presiden Umno

Pesanan Mesra Untuk Zahid Hamidi Berhenti Sajalah Sebagai Presiden Umno

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 171 hits
Selain Tun Mahathir Mohamad telah menyatakan kesediaan untuk berdepan dengan Ahmad Zahid Hamidi di mahkamah berhubung dakwaannya bahawa Presiden UMNO itu pernah meminta campurtangan beliau berkaitan kes mahmamah yang sedang dihadapinya beka...
Selepas Umno Semakin Kuat Zahid Sedia Berdepan Saman Dr Mahathir

Selepas Umno Semakin Kuat Zahid Sedia Berdepan Saman Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 204 hits
agendaily com20 5 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyaman bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa memfitnahnya Ancaman saman yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mengentarkan Presiden UMNO Datuk Se...
Pindaan Perlembagaan Umno Bukan Untuk Selamatkan Zahid

Pindaan Perlembagaan Umno Bukan Untuk Selamatkan Zahid

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 199 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pindaan perlembagaan parti itu bukan bertujuan untuk menyelamatkan kendudukannya Jelasnya amat malang jika ada dalam kalangan pemimpin parti itu yang mempercayai tuduhan sedemikian Sebaliknya kata...
Umno Tiada Dna Cetus Kekacauan Kata Zahid Lupa Tarik Sokongan Jejas Kestabilan Negara

Umno Tiada Dna Cetus Kekacauan Kata Zahid Lupa Tarik Sokongan Jejas Kestabilan Negara

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 283 hits
agendaily com15 5 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mengumumkan penarikan sokongan 15 Ahli Parlimen UMNO terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 3 Ogos 2021 Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi b...
Umno Perlu Lupakan Kerjasama Dengan Pas Pada Pru15 Kata Zahid

Umno Perlu Lupakan Kerjasama Dengan Pas Pada Pru15 Kata Zahid

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 414 hits
Umno perlu lupakan kerjasama dengan PAS pada PRU15 kata Zahid Dikemas kini 10 minit yang lalu Diterbitkan pada 7 May 2022 10
Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia

Massive Gas Pipeline Fire In Putra Heights Says Fire Dept

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles

Queen Hosts Hari Raya Reception For Utm International Students

Tips For Travelers Entering The U S Now Check Your Visa Turn Off Your Phone

When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First

Lirik Lagu Enigma Bob Yusof

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah

Gen Z Can Help To Future Proof Workplace By Bridging Fobo