Gadis Terkejut Lelaki Penghantar Makanan Asyik Telefon Ajak Berkenalan Siap Tanya Tinggal Sorang Ke


” Tadi i order makanan from Fo#dP#nd#. Now the rider tak stop call i dari tadi. Chat i semua. Tanya i dah makan ke belum, tengah buat apa, tinggal sorang ke, paling tak boleh blah dia tanya i “Kalau lepasni saya nak call lagi boleh tak?”
Demikian kata seorang gadis, Shahnaz Sharizal, berhubung tindakannya membuat perkongsian di Twitter mengenai kisah dia diganggu oleh seorang pekerja syarikat penghantaran makanan, baru-baru ini.
Berkongsi cerita dengan mStar, Shahnaz berkata kejadian berkenaan berlaku pada malam Ahad lalu ketika dia memesan makanan menggunakan khidmat sebuah syarikat penghantaran makanan terkenal.

” Saya buat pesanan menggunakan nombor telefon kakak yang sudah didaftarkan dalam aplikasi tersebut. Pada mulanya dia menghubungi nombor milik kakak saya untuk bertanyakan blok dan lokasi rumah. Kakak saya kemudian memberikan nombor telefon saya agar komunikasi lebih mudah, kerana kami tidak tinggal sekali.
” Apabila dia sampai, saya pun turun untuk ambil makanan. Ketika itu reaksi rider tersebut biasa sahaja, cuma dia bertanya kenapa guna nombor berbeza. Itu sahaja. Dan kemudian saya naik ke atas rumah untuk menikmati makanan, tetapi belum pun sempat jamah makanan, dia hubungi saya.
” Saya beritahu baru saja nak makan, dia pula beritahu nak berkenalan dan sebagainya. Saya beritahunya semula, saya ni seorang pelanggan, tolong jangan kacau dan saya sangat tidak selesa, kemudian dia cakap ‘takkan nak kenal pun tak boleh’.
” Tak salah kalau nak kenal, tapi bukanlah pada waktu dia sedang bekerja. Ini dia sudah mencampurkan antara kerja dengan urusan peribadi. Banyak kali pula tu dia call. Itu yang saya sempat rakam,” ujar gadis berusia 17 tahun ini.
Remaja yang juga model sambilan itu berkata, penghantar makanan tersebut tidak berputus asa apabila panggilannya tidak dilayan.
” Apabila saya tak layan panggilannya, dia hantar mesej kepada kakak saya tanya sama ada saya masih single,” kata Shahnaz.
Kata gadis dari Subang Jaya, Selangor ini, dia turut memberitahu ibunya mengenai tindakan lelaki terbabit yang disifatkan seperti sudah melampaui batas, selain bimbangkan keselamatannya.
Shahnaz turut memuat naik tangkap layar (screenshot) mesej yang dihantar oleh penghantar makan tersebut kepadanya dan juga kakaknya.
” Ibu minta saya buat laporan kepada syarikat penghantaran makanan tersebut. Dan saya sudah membuatnya, namun masih belum ada sebarang maklum balas setakat ini. Selain itu, saya turut ambil pendekatan menyekat nombor telefonnya.
” Tapi, saya masih bimbang jika dia menyimpan dendam atau niat tidak baik, apatah lagi dia tahu alamat saya. Saya mungkin akan buat laporan polis jika keadaan memaksa. Iyalah, siapa yang tidak risau sebab tindakannya seperti seorang psiko pun ada,” kata Shahnaz.
Sehingga kini perkongsian Shahnaz meraih perhatian netizen apabila ia meraih lebih 2,000 retweet selain turut dihujani komen netizen.
Ada di antara mereka yang turut sama berkongsi pengalaman diganggu ketika mendapatkan perkhidmatan penghantaran makanan dan juga e-hailing.
Namun tidak kurang juga ada yang mengecam tindakan Shahnaz yang memviralkan perkara berkenaan di media sosial kerana disifatkan mengaibkan penghantar makanan berkenaan.

” Ramai yang minta saya sekat dan tak usah layan panggilannya. Masalahnya dia menghubungi saya berulang-ulang kali. Lagi bimbang, dia ada alamat saya.
” Ada pula yang berkata saya berbuat demikian kerana mungkin lelaki tersebut tak kacak dan hanya bekerja sebagai rider.
” Bukan pasal itu. Masalahnya, dia sudah salahgunakan nombor telefon saya, sedangkan saya ini pelanggan. Bila jadi begitu, dia buatkan pelanggan tidak selesa. Pada saya, ketika bekerja, kita perlu profesional, itu sahaja,” ujarnya mengakhiri bicara.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : mstar
The post Gadis Terkejut Lelaki Penghantar Makanan Asyik Telefon Ajak Berkenalan, Siap Tanya Tinggal Sorang Ke appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/lelaki-penghantar-makanan-asyik-telefon-ajak-berkenalan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abam Delivery Berjoget Tuan Rumah Tinggalkan Makanan Ringan Depan Pintu Siap Dengan Nota

Abam Delivery Berjoget Tuan Rumah Tinggalkan Makanan Ringan Depan Pintu Siap Dengan Nota

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 415 hits
Bagi menghargai ejen penghantar barang seorang wanita telah berkongsi rezeki dengan meletak minuman dan makanan ringan di hadapan pintu rumah Perkara tersebut telah dilakukan oleh wanita itu sejak empat tahun yang lalu Saya akan letak beber...
Mengaku Polisi Pria Ini Ajak Gadis Dan Istri Orang Video Call Seks

Mengaku Polisi Pria Ini Ajak Gadis Dan Istri Orang Video Call Seks

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 314 hits
Mengaku Polisi Pria Ini Ajak Gadis dan Istri Orang Video Call Seks Bagi wanita yang terpikat mereka melayani chating dari tersangka dan akhirnya berkenalan lalu tukar menukar nomor WA dan akun Instagram Agar lebih menyakinkan tersangka meng...
Aku Nak Duty Offshore Ko Tolong Layan Isteri Aku Boleh Terkejut Rakan Buat Permintaan Pelik Siap Nak Bayar Lagi

Aku Nak Duty Offshore Ko Tolong Layan Isteri Aku Boleh Terkejut Rakan Buat Permintaan Pelik Siap Nak Bayar Lagi

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 1713 hits
Pada awalnya lelaki ini menyangka rakannya cuba melakukan prank Tetapi lama kelamaan perbualan dengan lelaki itu menjadi semakin serius dan membuatkan dia rasa ada yang tidak kena Lebih mengejutkan lelaki itu juga memaklumkan isterinya pern...
Niat Nak Suka Suka Dua Beradik Terkejut Terima Beratus Mesej Termasuk Dari Amerika Tanya Pasal Video Itu

Niat Nak Suka Suka Dua Beradik Terkejut Terima Beratus Mesej Termasuk Dari Amerika Tanya Pasal Video Itu

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 478 hits
Asalnya saya hanya suka suka nak rakam kenangan kehebatan dua rakan kampung kami atas inovasi ini tak sangka pula video itu tular dan sehingga kini saya masih menerima pesanan di Facebook Messenger dari merata tempat termasuk Thailand Vietn...
Tukang Urut Terkejut Baki Bank Tinggal Rm78 Sekelip Mata

Tukang Urut Terkejut Baki Bank Tinggal Rm78 Sekelip Mata

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 313 hits
KUANTAN Seorang tukang urut terkedu apabila mendapati wang RM7 000 dalam akaun sebuah bank yang baru dibuka hanya berbaki RM78 Kehilangan wang dalam akaun milik mangsa berusia 51 tahun dari Temerloh itu dipercayai dikeluarkan dua wanita dip...
28 Persen Kalori Masyarakat Perkotaan Berasal Dari Makanan Siap Saji

28 Persen Kalori Masyarakat Perkotaan Berasal Dari Makanan Siap Saji

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 264 hits
Masyarakat banyak beralih dari makanan yang bergantung pada musim sebagian besar bersumber dari tumbuhan dan kaya serat ke makanan yang tinggi karbohidrat gula lemak dan garam kata Kepala Badan Ketahanan Pangan Agung Hendriadi
Terdiam Ngo Dengar Jawapan Lelaki Penghantar Surat Kenapa Dia Gigih Beratur Ambil Makanan Gelandangan

Terdiam Ngo Dengar Jawapan Lelaki Penghantar Surat Kenapa Dia Gigih Beratur Ambil Makanan Gelandangan

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 468 hits
Pendapatan bersih saya hanya sekitar RM1 200 sebulan Jumlah ini kecil jika dibandingkan dengan beban perlu ditanggung apatah lagi dengan kos sara hidup yang tinggi di KL katanya Demikian pengakuan seorang lelaki apabila dia tidak berasa seg...
Bamsoet Mundur Jokowi Ajak Peserta Munas Golkar Beri Apresiasi Tepuk Tangan

Bamsoet Mundur Jokowi Ajak Peserta Munas Golkar Beri Apresiasi Tepuk Tangan

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 196 hits
Mundurnya Bambang Soesatyo dari bursa calon ketua umum Partai Golkar mendapat sorotan dari Presiden Joko Widodo Jokowi memuji pelaksanaan Munas X Golkar penuh suasana persaudaraan dan kerukunan yang baik
Mundur Jadi Caketum Bamsoet Ajak Pendukung Jaga Keutuhan Golkar

Mundur Jadi Caketum Bamsoet Ajak Pendukung Jaga Keutuhan Golkar

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 197 hits
Mundur Jadi Caketum Bamsoet Ajak Pendukung Jaga Keutuhan Golkar Bamsoet meminta para pendukungnya untuk menjaga keutuhan Dia bilang perjuangan masih panjang untuk menjadikan Golkar jaya di masa mendatang
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Sarapan Di Pasar Larkin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Fail Rpm2025 Fail Rekod Persediaan Mengajar Sesi 2025 2026

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga