Gadis Obes Dakwa Ditipu Usahawan Kosmetik Terkenal


Shawaliah Hadir Gadis yang mengalami masalah obesiti, Nurul Aira Wani Nazira Ibrahim, 23, atau dikenali sebagai Wani Comel tidak dapat menahan air matanya daripada menitis pada sidang media yang diadakan Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, PETALING JAYA- Seorang gadis yang menghadapi masalah obesiti, Nurul Airawani Nazira Ibrahim, hari ini menuntut pampasan ratusan ribu ringgit daripada seorang usahawan kosmetik selepas mendakwa beliau dimanipulasi dan dieksploitasi.
Kisah gadis berusia 23 tahun yang lebih dikenali sebagai Wani Comel  yang beratnya pernah mencecah 300 kilogram (kg)  seperti yang tular sebelum ini, mendakwa kontrak sebagai duta produk kurus yang ditandatangani pada September 2019 hanya memberi keuntungan kepada sebelah pihak sahaja.
Selain tidak mendapat manfaat seperti yang dijanjikan, Nurul Airawani Nazira sedar kontrak yang ditandatanganinya tidak jelas.
“Janji  jaga kebajikan saya, keluarga saya. Mereka cakap boleh tanggung saya buat pembedahan potong usus (bariatrik), saya setuju. Awalnya saya tidak setuju tapi mereka cakap boleh jamin saya boleh senang.
“Perjanjian yang diberi akan tolong saya, keluarga saya dan tolong saya sampai berjaya. Kata nak bagi rumah, bagi kereta menyara hidup saya dan keluarga,” katanya pada sidang media hari ini.
Mendedahkan kekecewaannya, Nurul Airawani Nazira yang berasal dari Jerantut, Pahang itu memaklumkan syarikat kosmetik jutawan itu tidak lagi bertanggungjawab terhadap beliau seperti yang dijanjikan sebelum ini selepas menjalani pembedahan bariatrik yang ditaja.
Malah ujarnya, kontrak yang ditandatangani itu dibuat selepas menjalani pembedahan tanpa memberi penjelasan secara terperinci mengenai habuannya sebagai duta produk kurus syarikat berkenaan.
Nurul Airawani Nazira mendakwa, bayaran yang diterima sepanjang mempromosikan produk itu kurang RM1,000 meskipun sebelum ini dia dijanjikan bayaran bulanan sebanyak RM3,500.
“Selepas selesai pembedahan dan keluar dari hospital saya dibiarkan begitu sahaja. Saya tidak buat rawatan susulan sampai sekarang. Laporan kesihatan saya pun tidak dipegang oleh saya tetapi pihak sana (usahawan kosmetik itu),” katanya.
Akibat tidak menjalani rawatan susulan selepas pembedahan bariatrik, Wani kini mengalami kesan sampingan iaitu sakit pada perut setiap kali makan, ujarnya.
“Sebelum pembedahan saya tidak sakit pun perut,” tambahnya.
Gadis yang mengalami masalah obesiti, Nurul Aira Wani Nazira Ibrahim, 23, (kanan) atau dikenali sebagai Wani Comel menunjukkan laporan polis yang telah dibuat dan bersama peguamnya, Haziq Aizuddin Subhi (dua dari kanan) menunjukkan borang perjanjian dan akujanji oleh Pengasas Kosmetik popular yang menipu kontrak terhadap anak guamnya untuk menjadi duta produk kurus ketika di Faroz Cafe, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLANKehidupannya juga dengan keluarga tidak berubah, sebaliknya katanya kekal susah.  
Beliau selain itu turut mendakwa pernah digertak oleh wakil usahawan berkenaan kerana tidak berpuas hati apabila situasi sebenar terdedah selepas menerima bantuan daripada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan sumbangan.
Nurul Airawani Nazira juga mengaku dikecam oleh netizen yang dianggapnya tidak mengetahui situasi sebenar menyebabkan dia tertekan dan bersedih.
Sehubungan itu, gadis berkenaan menuntut agar usahawan kosmetik berkenaan membayar pampasan, membayar upahnya sebagai duta dan janji-janji yang lain.
Jika diberikan peluang bersemuka, Nurul Airawani Nazira menetapkan ia perlu diadakan tanpa syarat dan dihadiri media.
“Tunaikanlah apa yang dijanjikan, saya pun manusia. Saya bukan binatang, bukan. Saya bukan anak lembu bukan anak kucing,” katanya.
Dalam pada itu peguam Nurul Airawani Nazira, Haziq Aizuddin Subhi memaklumkan telah menghantar surat tuntutan kepada usahawan berkenaan bagi menyelesaikan masalah itu.
“Tuntutan bagi pihak sana tujuh hari untuk perkara ini selesai. Kita akan hantar notis kedua jika tidak ada respon sekiranya tidak ada kita terpaksa ambil jalan terakhir, mungkin ke mahkamah,” katanya lagi.
Terdahulu Haziq berkata, kontrak yang disediakan oleh syarikat usahawan itu tidak jelas. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/gadis-obes-dakwa-ditipu-usahawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abang Janji Lepas Rakam Abang Delete Kesal Ditipu Boyafren Gadis Hamil Buat Laporan Polis

Abang Janji Lepas Rakam Abang Delete Kesal Ditipu Boyafren Gadis Hamil Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 608 hits
Seorang wanita berusia 21 tahun yang bekerja sebagai kerani membuat laporan polis kerana kesal ditipu oleh teman lelaki yang enggan bertanggungjawab di atas kehamilannya Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Fa...
Mereka Koyakan Kontrak Minta Saya Bayar Rm60 000 Wani Comel Tuntutan Usahawan Kosmetik Tunaikan Janji Tetapi

Mereka Koyakan Kontrak Minta Saya Bayar Rm60 000 Wani Comel Tuntutan Usahawan Kosmetik Tunaikan Janji Tetapi

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 338 hits
Nurul Airawani Nazira Ibrahim atau dikenali sebagai Wani Comel tampil membuat tuntutan terhadap seorang usahawan kosmetik untuk menunaikan janjinya selain mendakwa dia telah dieksploitasikan sebagai duta produk syarikat usahawan bergelar Da...
Siri 86 Perak Ph Ditipu Lagi

Siri 86 Perak Ph Ditipu Lagi

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 278 hits
BICARA YB KHALID SAMAD TAJUK PERAK PH DITIPU LAGI TARIKH 10 12 2020 MASA 9 30 MALAM MODERATOR MOHD SHAIFUL ROSEMANMenurut YB Khalid Samad lagi penyokong di bawah seharusnyalah menyokong dan bersatu dan bukan menyerang sesama sendii beliau j...
Najib Dakwa Jangan Tuduh Beliau Menghasut Rakyat Sangkal Dulu Isu Kwsp Moratorium

Najib Dakwa Jangan Tuduh Beliau Menghasut Rakyat Sangkal Dulu Isu Kwsp Moratorium

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 283 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau bukan menghasut atau mempermainkan rakyat apabila terus memperjuangkan isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lanjutan moratorium pinjaman sebagai syarat untuk Barisan Nasion...
Suri Rumah Rugi Rm177 500 Ditipu African Scam

Suri Rumah Rugi Rm177 500 Ditipu African Scam

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 260 hits
Mangsa perlu bayar cukai insurans tuntut barangan dihantar suspek KEPALA BATAS Seorang suri rumah kerugian sebanyak RM177 500 selepas wanita itu ditipu lelaki dari Poland yang dipercayai sindiket penipuan African Scam dalam kejadian di sini...
Ditipu Penganjur Mengenai Perlawanan Juventus Penyokong Korea Selatan Dapat Ganti Rugi

Ditipu Penganjur Mengenai Perlawanan Juventus Penyokong Korea Selatan Dapat Ganti Rugi

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 336 hits
Kebenaran telah pun terbukti Selepas beberapa lama akhirnya penyokong Juventus atau peminat Cristiano Ronaldo di Korea Selatan yang kecewa hampa berjaya mendapatkan keadilan Sebelum ini seramai 162 pembeli tiket aksi pra musim antara Juvent...
Peruntukan Rm372 845 Juta Untuk Pelan Pemulihan Usahawan Medac

Peruntukan Rm372 845 Juta Untuk Pelan Pemulihan Usahawan Medac

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 260 hits
PUTRAJAYA Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melalui agensinya TEKUN telah mewujudkan permohonan secara atas talian untuk Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro Sehingga 30 April 2020 jumlah permohonan yang diterima ad...
Pks Dan Usahawan Mikro Disaran Ubah Strategi Pemasaran Model Perniagaan

Pks Dan Usahawan Mikro Disaran Ubah Strategi Pemasaran Model Perniagaan

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 261 hits
KUCHING Perusahaan Kecil Dan Sederhana serta Usahawan Mikro disaran mengubah strategi pemasaran dan model perniagaan mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Datuk Seri Wan Junaidi ...
Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke

Coffee Trains Good Vibes At Myrail Coffee Sendayan

Era Baharu Perbelanjaan Bijak Rakyat Malaysia Kini Seimbangkan Harga Dengan Kualiti

Penceramah Agama Ditahan Disyaki Memberi Ceramah Tanpa Tauliah

Ai Bakal Ubah Jalan Raya Malaysia Ini Peranan Korea Selatan

Resepi Rendang Daging Batang Pinang Yang Sangat Sedap Lembut Juicy Dan Dimakan Bersama Nasi Himpit Dan Kuah Kacang

Malaysia Juara Dalam Best Cuisine Di Pertandingan Worldchefs National Cuisine Challenge 2025 Dubai

Windows Update Bakal Jadi Pusat Kemas Kini Serba Lengkap Ala Iphone


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zafrul Lompat Zahid Marah Anwar Happy

Redhouse Lane Unearthing The Hidden Cathedral Caves Beneath The Forest Of Dean

Penyemangat Terbesar Untuk Beribadah

Yuran Ahli Rm60

Gav Mar Beachfront Mansion By A Cero Iconic Coastal Luxury In Catalonia

Perikatan Mp Wants Madani Govt To Suspend Ruling On Commercial Lpg Cylinders