Gadis Malang Ini Mati Dibakar Hanya Kerana Tolak Lamaran
GADIS MALANG INI MATI DIBAKAR HANYA KERANA TOLAK LAMARAN | Hari ini saya terbaca satu kisah yang sangat menyayat hati. Bagaimana seorang manusia melayan manusia lain dengan tidak selayaknya. Adakah dunia ini sudah tiada manusia yang baik dan boleh melindungi manusia lain? Adakah di dunia sudah berkurangan rasa simpati dan sifat belas kasihan?
Namanya gadis malang ini ialah Ankita Pisudde. Dia menetap di bandar Hinganghat di Wardha.India
Dia seorang pensyarah di kolej. Pada 3 Februari jam 7:15 pagi dia dibakar hidup-hidup di hadapan Kolejnya oleh Vikesh Nagrale, hanya kerana Ankita menolak lamarannya.
Penduduk tempatan berusaha membantunya, tetapi Ankita mengalami luka bakar yang cukup parah hingga orang ramai tidak mampu berbuat apa-apa. Ankita mengalami 40 % luka bakar tahap 3, ketika dia dalam perjalanan ke kolejnya.
Foto di bawah adalah pelakunya, Vikesh Nagrale. Ketika kejadian lelaki ini sudah berkahwin dan mempunyai anak lelaki berusia 6 bulan.
Menurut laporan dari pihak perubatan , wanita itu mengalami luka bakar yang teruk pada kulit kepala, muka, anggota badan kanan atas, tangan kiri, punggung atas, leher dan mata serta kecederaan pernafasan yang teruk.
Sekitar jam 4 pagi , 10 februarI kadar oksigennya merosot walaupun terdapat sokongan ventilator, ditambah dengan penurunan pengeluaran air kencing dan penurunan tekanan darah, kata hospital.
Beberapa hari selepas kematian Ankita, Beberapa penduduk tempatan, kebanyakan wanita dan pelajar kolej, melakukan tunjuk perasaan di kota Wardha menuntut hukuman mati bagi Vikesh Nagrale.
Tidak ada liputan media yang meluas tentang kejadian menyayat hati ini kerana bagi pihak media Pilihanraya Delhi lebih penting pada masa itu. Malah tidak ada ahli politik yang membicarakan tentang kes Ankita kerana pada waktu itu tidak mempunyai kepentingan dengan agenda mereka.
Mengikut apa yang diperkatakan orang ramai berkaitan kes tersebut, media arus utama tidak membuat liputan berita dengan betul kerana lelaki itu dari golongan kasta yang tinggi dan TIDAK BOLEH dihina walaupun Ankita juga dari kasta yang sama.
Vikesh Nagrale sebenarnya sudah 2 kali cuba untuk mendekati dan menyerang Ankita namun dia gagal. Pada 3 februari 2020 Vikesh membakar Ankita hanya kerana gadis tersebut tidak mahu bercakap dengan nya.
Vikesh yang bekerja sebagai kontraktor Kereta api mengaku dia sudah beberapa bulan mengekori Ankita. Dia juga pernah bersemuka dengan bapa Ankita untuk meminta persetujuan berkahwin dengan Ankita, namun bapa gadis tersebut memarahi Vikesh kerana sering mengganggu anaknya dan mengugut akan melaporkan perbuatan nya kepada pihak polis.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2020/11/gadis-malang-ini-mati-dibakar-hanya.html