Gabungkanlah Dengan Kebijaksanaan


 
Alif Jamil


Saya suka semangat pendekar yang ditonjolkan oleh Panglima Aduka nih.. 









Cuma dalam kita bersemangat tu, kita jgn lupa melatih akal kita untuk berfikir lebih panjang sebelum membuat apa² kenyataan terbuka dalam isu² besar terutama melibatkan geopolitik antarabangsa.. 


Dari sudut perundangan, cara Aduka mendesak Perdana Menteri tu ada beberapa kekeliruan yg perlu saya perbetulkan.


Pertama, Aduka mendesak PMX seolah² Perdana Menteri ni ada kuasa veto untuk “mengarah” pembebasan aktivis Malaysia yg ditahan Isrqel. 


Dari segi undang² antarabangsa, kuasa sebegini tidak wujud. 


Malah Malaysia ni tidak ada hubungan diplomatik rasmi dgn Israel, maka takde saluran unilateral yg boleh digunapakai.. 


Satu²nya jalan sah adalah melalui nota² diplomatik dgn memberi tekanan dua hala melalui negara²  perantara..


Contohnya Turki, Qatar serta desakan di peringkat antarabangsa melalui Majlis Keselamatan PBB, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atau Tribunal Undang² Laut Antarabangsa (ITLOS).


Kedua, kenyataan Aduka tu ada unsur ugutan mahu “sekat” kedatangan Donald Trump ke Malaysia bercanggah dgn Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961. 


Undang² antarabangsa menetapkan bahawa pemimpin negara luar yg hadir secara rasmi dilindungi dgn hak keselamatan dan kebebasan untuk bergerak. 


Jika ada kenyataan untuk menghalang atau menggagalkan lawatan, ia bukan sahaja bercanggah dgn konvensyen diplomatik, malah boleh mencalarkan imej Malaysia sebagai negara berdaulat yg menghormati undang² antarabangsa.


Itu bahaya. 


Ketiga, dari sudut undang² domestik, desakan berbentuk ugutan massa untuk sekat kunjungan pemimpin luar ni boleh jatuh dibawah Akta Hasutan 1948 kerana ia menjejaskan hubungan kerajaan dgn negara²  lain atau Seksyen 505 Kanun Keseksaan (mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan huru-hara awam). 


Jadi cara ini bukan sahaja lemah dari segi diplomasi, malah ia berisiko dari segi perundangan..


Apa yg sepatutnya Aduka buat ?
 
1. Letakkan tekanan secara bijak dgn menyeru kerajaan Malaysia menggunakan saluran undang² antarabangsa contohnya membuat hantaran dgn menuntut Israel dipertanggungjawabkan di bawah Konvensyen Geneva (IHL) kerana menghalang misi kemanusiaan.
 
2. Desak PMX supaya bawak isu ini ke UNCLOS 1982 dan ITLOS kerana kapal flotilla tu sudah berada diperairan antarabangsa dan berhak untuk akses kpd kebebasan laluan.


3. Sokong peranan Wisma Putra dgn mengingatkan peranan kerajaan dibawah Vienna Convention on Consular Relations 1963 untuk melindungi hak²  warganegara Malaysia di luar negara.
 
4. Seru kearah solidariti diplomatik.
Aduka boleh gesa dan desak kerajaan supaya bekerjasama dgn OIC, NAM, Turkiye, Qatar dan negara² sekutu lain untuk menekan Israel secara kolektif.


5. Gunakan bahasa yg menambah kekuatan rundingan Malaysia bukannya memberi gambaran emosional yg boleh diputar media asing terutama media yg pro terhadap terr0rist. 


Kenyataan² yg terlalu agresif ni berisiko kerana ia meletakkan nyawa para sukarelawan kita menjadi taruhan.. 


Pada saya, semangat Aduka itu wajar dipuji, tapi jadi pendekar ni mesti kena pandai gabungkan keberanian dgn kebijaksanaan. 


Apa yg kita mahu sekarang ni bukannya ugutan² yg tidak bijak , tetapi satu kenyataan yg memperkukuh posisi rundingan Malaysia digelanggang undang² dan diplomasi antarabangsa. 


Barulah suara rakyat jadi senjata, bukan kelemahan.


Sebab itu org tua² dulu kata Pendekar ini kesinambungan nama "Pandai Akal". 


Jadi nasihat sy pada Panglima Aduka , lepasni kena lebih "pandai akal" sebelum turun berjuang.


Barulah betol² panglima orang kata.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/10/gabunbkanlah-dengan-kebijaksanaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berani Tu Bagus Tapi Berani Saja Tanpa Kebijaksanaan Itu Tidak Bijak

Berani Tu Bagus Tapi Berani Saja Tanpa Kebijaksanaan Itu Tidak Bijak

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 188 hits
Alif Jamil My brotha Yusof Azmi Saya faham kenyataan yg cuba awk sampaikan kerana saya juga berjiwa perang sama seperti awk Saya akui rekod yusof menggempur samseng dan ah long yg menindas masyarakat tempatan Tak semua org berhati kering na...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Woit Modal Dah Habis Ke

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nasi Goreng Dan Bab Manusia Jadi Monyet

Mini Steam Iron Antara Barang Yang Harus Kena Ada Bila Travel

Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit