Berani Tu Bagus Tapi Berani Saja Tanpa Kebijaksanaan Itu Tidak Bijak




Alif Jamil


 My brotha Yusof Azmi. 







Saya faham kenyataan yg cuba awk sampaikan kerana saya juga berjiwa perang sama seperti awk. 


Saya akui rekod² yusof menggempur samseng² dan ah long yg menindas masyarakat tempatan.


Tak semua org berhati kering nak hadap apabila dikepung ah long dan ceti nih. 


Saya faham jiwa tu kerana saya juga pernah berada pada tempat yg sama.. 


Saya hormat keberanian yusof apabila bertegas supaya kita patut putuskan hubungan diplomatik dgn US. 


Semangat itu sy setuju, dan roh kenyataan tu sy akui benar.


Namun dalam konteks sekarang, langkah itu bukan sahaja tak bijak, malah ia boleh menjadi taruhan nyawa rakyat kita sendiri.


Sekarang ni kita sedang berdepan dgn kuasa besar bukannya berdepan dgn Ah Long.. 


Dalam dunia pentadbiran dan diplomasi kerajaan, hubungan² rasmi ni bukan boleh dibuat main, ini melibatkan soal leverage negara. 


Dengan adanya hubungan diplomat, kita ada ruang untuk sertai rundingan, saluran konsular dan kuasa mempengaruhi keputusan. 


Kesemua ini diiktiraf dalam Vienna Convention on Consular Relations 1963 yg mewajibkan negara melindungi warganegaranya diluar negara melalui perwakilan diplomatik. 


Memutuskan hubungan diplomat bermakna pintu perlindungan itu kita sendiri yg tutup.


Lebih dari itu, nyawa sukarelawan kita yg kini berlayar membawa misi kemanusiaan bergantung pada norma keselamatan maritim antarabangsa seperti SOLAS 1974 dan prinsip UNCLOS. 


Tanpa hubungan diplomatik ini, akses kita untuk jaminan keselamatan, evakuasi kecemasan atau perlindungan konsular akan menjadi sangat lemah. 


Itu risiko nyata dilaut dan ditanah yg berdepan dgn konflik.


Dan jangan lupa, undang² antarabangsa melalui Piagam PBB (UN Charter, Art.51) jelas melarang sebarang penggunaan kekerasan kecuali untuk pertahanan diri atau mandat Majlis Keselamatan. 


Apabila kita sendiri yg putuskan hubungan, kesannya kita hilang peluang untuk gunakan saluran damai, forum multilateral dan suara ASEAN sebagai perisai diplomatik. 


Risiko eskalasi semakin tinggi, dan sukarelawan kita jadi pihak paling yg terdedah kpd ancaman.. 


Siapa yg untung kalau kita putuskan sekarang? 
Jawabnya US dan Z1onist Laknatullah, kerana mereka boleh bunuh rakyat kita pada bila² masa sahaja. 


Siapa yg rugi? 
Negara kita, kerana hilang leverage. 
Sukarelawan kita, kerana hilang perlindungan; 
Rakyat Pqlestin sendiri kerana saluran bantuan boleh terjejas. 


Adakah kita bersedia jika negara kita diserang dgn misille dan bom ??


Sepatutnya adalah lebih baik Yusof menggunakan keberanian ini sebagai suara agresif untuk membuktikan kemarahan rakyat Malaysia untuk tekan kuasa besar di peringkat antarabangsa. 


Tapi jgn jadikan keberanian itu alasan untuk kita putuskan hubungan diplomatik kerana saluran diplomasi inilah senjata utama negara untuk melindungi rakyat kita dan menyelamatkan sukarelawan diluar sana.


Berani bersuara itu adalah sifat yg mulia, namun keberanian yg memusnahkan saluran perlindungan rakyat itu adalah suatu kebodohan. 


Kalau nak jadi wira, jadilah wira yg tahu bila perlu pedang dihunus dan bila perlu akal dihunus untuk kuasai seni berunding. 


Walaubagaimanpun, saya tetap bersama semangat Yusoff.


Marah kita itu benar.. 


Namun langkah memutuskan hubungan diwaktu sekarang hanya akan membahayakan nyawa sukarelawan kita, melemahkan posisi rundingan negara dan menutup pintu undang² antarabangsa yg sepatutnya menjadi senjata kita.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/10/berani-tu-bagus-tapi-berani-saja-tanpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Angka Itu Nampak Besar Tapi Speaker Dewan Rakyat Dedah Gaji Ahli Parlimen Rm25k Tidak Cukup Ini Sebabnya

Angka Itu Nampak Besar Tapi Speaker Dewan Rakyat Dedah Gaji Ahli Parlimen Rm25k Tidak Cukup Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 754 hits
Melalui sesi temubual bersama BFM baru baru ini Datuk Seri Johari Abdul menjelaskan bahawa gaji asas Ahli Parlimen biasa adalah sekitar RM16 000 sebulan manakala selebihnya datang daripada pelbagai elaun lain Gaji RM25 000 sebulan ti
Gabungkanlah Dengan Kebijaksanaan

Gabungkanlah Dengan Kebijaksanaan

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 104 hits
Alif JamilSaya suka semangat pendekar yang ditonjolkan oleh Panglima Aduka nih Cuma dalam kita bersemangat tu kita jgn lupa melatih akal kita untuk berfikir lebih panjang sebelum membuat apa kenyataan terbuka dalam isu besar terutama meliba...
Hattan Samba Apa Saja Chord

Hattan Samba Apa Saja Chord

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 885 hits
Dm G Dm G Dm G A A Dm A Dm G Kalau sakit carilah doktor A Dm Mintak ubat baru cepat sembuh A Dm Kalau bosan carilah kawan A Dm Minta tolong baru rasa lapang Gm Hidup ini mudah C Dm jangan kau berat beratkan A Gm A A Suka dan duka hanya perm...
Bila Doa Itu Menyebut Namamu

Bila Doa Itu Menyebut Namamu

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 132 hits
Bila Doa Itu Menyebut Namamu Bila Doa Itu Menyebut Namamu Jangan sampai kau menyakiti hati seseorang hingga dia duduk di atas sejadah dan mengadu kepada Allah tentang perbuatanmu Kerana saat itu percayalah kau bukan lagi berhadapan dengan k...
Kekayaan Dan Kesenangan Itu Juga Satu Ujian

Kekayaan Dan Kesenangan Itu Juga Satu Ujian

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 221 hits
Alhamdulillah Allah ni memang Maha Pemurah Dia janji sesiapa yang berusaha akan dapat Itu memang janji Dia Tapi bagi orang yang beriman segala yang Allah beri dia akan ingat bahawa itu adalah pinjaman sebab kita minta dan usaha Tapi bagi or...
Senarai Makanan Kecemasan Tahan Lama Untuk Situasi Banjir Wajib Simpan

Hujan Lebat Di Shah Alam 4 Jalan Ini Ditutup Sepenuhnya Akibat Kenaikkan Air

Why Some Rich People Sell Their House

Meningkatnya Jumlah Muflis Tanda Tanda Ekonomi Yang Perlu Diambil Kira

Buah Mangga Kulit Merah

Kecik Kecik Tapi Bau Power

Persiapan Skuad Malayan Tigress Langkah Pertama Menuju Kejohanan Antara Bangsa

Blok B2 Geng Hantu Multi Kaum


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Security Alert Unusual Login Notification

Spm 2025

Perkuburan Baqi Hanya Jemaah Lelaki Yang Boleh Ziarah

Good Morning

Catatan Hujung Minggu 23 November 2025

Petua Mudah Lebatkan Bulu Kening